Setahun kemudian.
Di tandas, dalam rumah Kuzyari.
“Syukur Alhamdulillah… Qesyah akan dapat adik... “ keseronokan tiada henti sambil melihat ujian kehamilan itu.
Kehidupan Nideeqa kini sangat berlainan dari sebelumnya. Dia mengambil sepenuh masa di rumah untuk menjaga orang yang tersayang. Oleh itu, dia tidak bekerja sebagai peguam dan ingin menumpukan perhatiannya kepada anak dan suaminya. Seperti seorang ibu yang lain, Nideeqa hanya mahukan anak-anaknya dapat didikan dan sokongan dari dirinya. Meskipun begitu, dia tetap menjual karipap bilis seperti dulu.
Menjelang hari lahir Elqesyah lagi tiga hari dan segala persiapan hampir selesai. Jika dulu Elqesyah hanya menyambut dengan ibunya sahaja, tapi kini, dia merasakan bahawa dirinya sudah lengkap semuanya. Di taska Elqesyah, dia menjemput rakan-rakannya untuk hadir hari lahirnya itu dan dia berasa amat teruja tentang pesta itu.
Manakala di pejabat Kuzyari, Kuzyari sedang memikirkan hadiah yang menarik untuk anaknya dan perangai tingkah laku isterinya itu. Dia dapat merasakan bahawa isterinya bersikap aneh baru-baru ini. Justeru itu, dia pun bercadang untuk mengambil cuti untuk meluangkan masanya kepada keluarganya minggu hadapan.
Sementara itu, di sebuah tempat yang amat jauh dari Kuala Lumpur, seorang wanita tua sedang mengelap meja makan dan tiba-tiba majikannya menamparnya.
“Eh perempuan!... kau buat kerja dengan lembap!... sekarang hampir tengah hari… mana makan tengah hari aku?...” ujar majikannya sambil melemparkan kain buruk ke muka wanita itu.
“Err… maaf Puan… hari ini saya tak berapa sihat jadi saya masak bubur saja… semua kerja ini sudah hampir selesai…”
“Apa?... bubur saja?!... hei… aku kutip kau bukan nak dengar cerita sedih kau… aku tak kira… kau sakit ke… sihat ke… sekarang aku nak kau masak yang lain!... SEKARANG!...” majikannya memulas telinga wanita itu.
“Tapi puan… saya sakit… saya tak…” wanita itu cuba jelaskan.
“Baiklah… kau pilih… nak masak atau aku halau kau dan kau akan hidup merempat di luar… sudahlah tua… masih nak melawan cakap aku saja… ini dah cukup bagus aku kutip kau…” majikannya menyampuk sambil mengheret wanita itu ke dapur.
“Apalah nasib aku… setelah kehilangan semuanya… kini aku menjadi hamba orang… nak dikatakan pembantu rumah bukan… nak dikatakan tukang masak pun bukan… aku bekerja tanpa gaji dan hanya mendapat sesuap nasi dan secawan air untuk hidup saja… mana lagi aku nak pergi?... hidup aku kini sebatang kara...“ tangisan wanita itu, Mak Kiah.
Majikan Mak Kiah, Puan Fareedah, seorang hartawan dan memiliki seluruh tanah di kawasan itu. Wang yang dimilikinya telah membutakan dirinya sehingga semua benda boleh diselesaikan dengan wang. Dengan wang itu, dia mempunyai kuasa untuk beli apa yang dia inginkan. Puan Fareedah juga merupakan seorang wanita yang talam dua muka kerana hendak disanjung oleh ramai orang di kampungnya itu.
Pada awalnya, Mak Kiah percaya bahawa Puan Fareedah itu baik dan ikhlas membantunya. Namun di sebaliknya, Puan Fareedah cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan. Setiap penderaan terhadap Mak Kiah, telah mengingatkannya akan apa yang dia lakukan kepada anak saudaranya sendiri. Ia seolah-olah Puan Fareedah adalah dirinya dahulu.
Di markas Nisyam, seluruh kegiatan haramnya telah dipindahkan di rumah Mak Kiah. tiada bahan bukti di tempat lamanya. Tiba-tiba, Nideeqa datang ke rumah Mak Kiah untuk menjemput ibu saudaranya hadir di majlis menyambut hari lahir Elqesyah.
“Bos, ada perempuan datang cari Mak Kiah…”
“Siapa? Kenapa dia nak cari Mak Kiah?”
“Tak tahu Bos,... mungkin nak ajak makan atau borak?...”
“Dah pedulikan dia… nanti dia pergi juga… yang lain… jangan menghisap barang-barang itu sekarang…”
Setelah 15 minit tidak ada orang yang membuka pagar rumah Mak Kiah, Nideeqa pun meletakkan sampul surat di dalam kotak pos. Oleh kerana Nideeqa sedang berbadan dua, dia terhidu asap keluar dari rumah Mak Kiah dan ternampak asap besar di belakang rumah Mak Kiah.
Tanpa berfikir panjang, Nideeqa membuat panggilan kecemasan bahawa ada kebakaran yang berlaku di rumah ibu saudaranya itu. Sepuluh minit kemudian, ahli bomba dan beberapa polis telah sampai. Bunyi siren kereta bomba itu telah menarik perhatian Nisyam.
“Alamak… Polis!.... Kau orang semua cabut… lari!....” Nisyam mengambil beg berisi RM 500 ribu lalu membuka langkah seribu.
Malangnya, sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, seluruh kawasan rumah Mak Kiah telah dikepung dan Nisyam telah ditahan oleh pegawai polis. Semua barang-barang dimilikinya telah dirampas untuk disoal siasat.
Nideeqa kini berhati walang dan merisaukan ibu saudaranya itu. Walaupun Mak Kiah selalu menghukum dan menyeksa Nideeqa, Nideeqa tidak membenci Mak Kiah. Oleh itu, Nideeqa ingin mencari ibu saudaranya itu.
Kuzyari pun menasihati Nideeqa agar mencari ibu saudaranya setelah selesai pesta hari lahir yang akan diadakan tidak lama lagi. Nideeqa pun mengikut dengan nasihat suaminya itu.
Di rumah Puan Fareedah, Mak Kiah sering dibuli dan dicaci oleh majikannya. Sekarang, Mak Kiah sedang membalut tangan kiri akibat dicelup dengan air panas. Puan Fareedah menarik tangan kiri Mak Kiah lalu merendamkannya di periuk berisi air panas kerana Mak Kiah terlanggar pasu bunga kesayangan Puan Fareedah semasa menyapu lantai. Pasu bunga itu sangat mahal sekali dan ia adalah edisi terhad, cuma 100 biji pasu sahaja telah dihasilkan.
Justeru itu, Puan Fareedah tidak teragak-agak untuk menyeksa seseorang itu jika barang kesayangannya rosak atau pecah.
“Padan dengan kau!... siapa suruh kau pecahkan barang aku!... sekarang rasakan akibatnya...” Puan Fareedah mula berangin.
“Tapi Puan... Mak Kiah tak sengaja... Mak Kiah sudah minta maaf....” jelas Mak Kiah sambil mengurut tangan kirinya. Puan Fareedah tidak berpuas hati dan dia bergegas kena dapur lalu menampar Mak Kiah.
“Jangan cuba menjawab!... kau sedar diri kau itu sikit... aku yang kutip kau.... kasi kau makan... sekarang... kau berani nak melawan aku?!...” tegas Puan Fareedah.
Dengan apa yang berlaku terhadap diri Mak Kiah sekarang, Mak Kiah sangat menyesal kerana tidak melayan dan menjaga anak buahnya dengan baik. Bak pepatah, sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sementara di balai polis, Nisyam dan konco-konconya telah disoal siasat dan didakwa atas menyalah gunakan rumah yang bukan miliknya serta membuat aktiviti haram. Oleh itu, mereka semua di hukum gantung seminggu dari sekarang.
Tiga hari kemudian.
Hari lahir Elqesyah pun tiba dan inilah hari yang dinanti-nantikan oleh Elqesyah. Di balkoni rumah Kuzyari, pelbagai makanan ringan telah disediakan di meja bufet. Tidak dapat diungkap perasaan bahagia yang Elqesyah alami sekarang. Rakan-rakan Elqesyah sedang bermain di halaman rumah yang dipenuhi bunga-bunga memekar.
Sambutan yang meriah telah di akhiri dengan berita gembira. Nideeqa mengumumkan bahawa Elqesyah akan mendapat adik baharu. Riak wajah Elqesyah yang berseri-seri itu menandakan keriangan yang benar-benar dirasai.
Namun, keriangan itu diganggu dengan berita buruk. Ada panggilan dari pihak polis untuk meminta Nideeqa pergi ke balai sekarang. Nideeqa terpaksa keluar dari rumah Kuzyari untuk berjumpa dengan pegawai polis di balai. Kuzyari mengiringi isterinya manakala Mak Esah dan Mak Mak sedang meneruskan sambutan hari jadi Elqesyah.
Setibanya di balai, Nideeqa dan Kuzyari pula diiringi oleh dua pegawai polis ke bilik siasatan.
“Kenapa ini inspektor?...” Nideeqa bertanya.
“Saya nak tanya... adakah Puan kenal wanita bernama Rokiah binti Helmi?...”
“Ya... itu mak saudara saya... kenapa dengan dia inspektor?...”
“Puan Rokiah ditahan kerana disyaki membunuh Puan Nurul Fareedah binti Samad, majikan Puan Rokiah...”
“Apa?... mak saudara saya membunuh orang?... boleh saya berjumpa dengan mak saudara saya?...”
“Boleh... ini alamat balai lokap... dan hari pembicaraan Puan Rokiah akan berlangsung dua minggu dari sekarang...pihak kami akan mengumumkan tarikh tepat kepada puan untuk pembicaraan tersebut... Menurut undang-undang... Puan Rokiah akan dihukum gantung... kecuali ada bukti lain yang mengatakan bahawa Puan Rokiah tidak bersalah...”
“Baiklah... saya faham... boleh kami minta diri dulu...”
“Silakan...”
Kuzyari dan Nideeqa pun pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan mereka pulang, semasa Kuzyari sedang memandu, Kuzyari bertanya kepada Nideeqa.
“Deeqa... okey?...”
“Tak tahulah... Abang... Deeqa rasa serba salah...”
“Abang faham... nanti bila dah sampai di rumah... kita bincang okey...”
“Kalau Abang... jadi tempat Deeqa... apa yang Abang akan buat...”
“Kalau ikutkan hati Abang kan... Abang biarkan makcik kena gantung... tapi... kita ni manusia biasa dan tidak berhak nak menghukum sesiapa... mungkin makcik dianiaya...”
“Tapi kalau betul makcik membunuh orang itu... macam mana?...”
“Deeqa... Deeqa sekarang kan sedang berbadan dua... emosi Deeqa masih belum stabil... apa kata nanti kita buat solat tahajud semoga Allah akan memberikan kita petunjuk nanti... Deeqa jangan risau okey...”
“Baiklah Abang...”
Setelah sampai di rumah Kuzyari, Nideeqa menuju ke biliknya untuk berehat. Nideeqa duduk di atas katilnya sambil memikirkan sesuatu. Mulut Nideeqa terkunci, hatinya terkatup dan tenggelam dalam kepiluan. Awan mendung bergayutan di pelipis mata Nideeqa. Mukanya berubah menjadi merah-padam mengenang nasib ibu saudaranya itu. Ingatan Nideeqa masih segar kepada peristiwa yang berlaku empat tahun yang lalu. Walakin begitu, Nideeqa telah mengambil keputusan untuk membantu ibu saudaranya.
Elqesyah menanyakan keadaan ibunya kepada Kuzyari. Berat hati Kuzyari untuk menjelaskan perkara sebenarnya kepada anaknya dan dia hanya memberitahu Elqesyah agar Elqesyah memberi ruang untuk ibunya berehat.
Mak Esah membuka pintu bilik Nideeqa lalu dia cuba menegurnya.
“Deeqa... Deeqa okey ke?...”
“Tak ada apa-apa... Deeqa cuma penat sikit...”
“Mak Esah faham... kalau kamu bersedia nak cerita... Mak Esah ada di sisi kamu...”
“Terima kasih Mak Esah... sebab memahami Deeqa..”
“Tak mengapa... Deeqa berehatlah... jangan fikir bukan-bukan ya...”
“Baiklah Mak Esah... Deeqa pergi berehat...”
Share this novel