Nideeqa diberi rawatan pada tangan kirinya dari nurse sambil merintih terkenang kan nasib-nya yang tak beribu bapa. Nideeqa menggunakan telefon dari kaunter untuk menelefon ketua kampung, Pak Azman. Sejam kemudian, Pak Azman dan isterinya datang untuk menjemput Nideeqa pulang ke rumah Nideeqa.
Setelah sampai ke rumah Nideeqa, Pak Azman pesan pada NIdeeqa untuk berehat supaya esok boleh menyempurnakan mayat arwah ibu bapanya. Nideeqa masuk ke biliknya lalu mengambil kotak kecil yang berisi jam tangan sambil mengenangkan detik-detik indah bersama ibu bapanya.
“Abah… Mak… Deeqa berjanji… Deeqa akan buat Mak dan Abah bangga dengan kerjaya Deeqa nanti… Deeqa tak kan sia-sia kan pengorbanan Mak dan Abah...” Deeqa mencium jam tangan itu lalu memakai nya dan dia pun terus baring atas katil sambil melelapkan matanya
Keesokan harinya, Pak Azman datang ke rumah Nideeqa supaya boleh menyempurnakan mayat arwah ibu bapa Nideeqa. Jiran sekampung pun turut hadir dan membuat majlis tahlil. Setelah mayat ibu bapa Deeqa selamat dikebumikan, Deeqa pulang ke rumahnya dan masuk dalam bilik nya sambil melihat jam tangan tersebut.
Sementara itu, Pak Azman dan 6 orang wakil kampung sedang berbincang nasib Nideeqa di rumahnya sendiri. Pak Azman ingin mendapat cadangan masing-masing agar boleh dipertimbangkan. Kebanyakan dari wakil kampung itu memberi cadangan yang sama iaitu beritahu kepada adik Farouk, Makcik Rokiah, atau digelar sebagai Mak Kiah, hadir dan menjaga Nideeqa sebelum cadangkan untuk menghantar Nideeqa ke rumah tumpangan anak-anak yatim.
Setelah selesai berbincang, Pak Azman menelefon Mak Kiah untuk beritahu khabar yang buruk. Apabila Mak Kiah menerima khabar itu, dia tidak berasa sedih atau bersimpati terhadap anak saudaranya. Mak Kiah setuju untuk pulang kampung esok dengan satu tujuan iaitu merampas semua harta arwah abangnya.
Keesokan harinya pada waktu tengahari, Mak Kiah sampai ke kampungnya lalu dia berjumpa dengan Pak Azman. Pak Azman menanya Mak Kiah kalau dia setuju untuk menjaga Nideeqa. Pada mulanya Mak Kiah tidak setuju sebab ia akan memberi beban kepadanya. Apabila dia fikir dengan teliti, dia pun sanggup menjaga Nideeqa untuk memenuhi niatnya. Mak Kiah dan Pak Azman pun pergi ke rumah Nideeqa dan mereka cuba memujuk Nideeqa agar Nideeqa ikut Mak Kiah ke Kuala Lumpur.
“Maafkan Deeqa… Pak Azman.. Deeqa tak sampai hati nak tinggalkan rumah ini… Banyak kenangan manis Deeqa dengan Mak Abah…”
“Deeqa… Mak Kiah tahu Deeqa sekarang bersedih… Kita bukan nak tinggalkan rumah ini selamanya… Mak Kiah berjanji… Mak Kiah akan bagi Deeqa tinggal rumah selepas tamat belajar… Deeqa masih belajar kan… Tentu… Mak Abah… sedih tengok Deeqa macam gini... “ Pujuk kan Mak Kiah dengan suara yang manja dan tenang.
“Baiklah Mak Kiah… Deeqa pergi kemas kan barang jap…”Kata Nideeqa sambil melangkah ke biliknya untuk mengemaskan barang keperluannya. Nideeqa tidak lupa untuk membawa hadiah terakhir dari ibu bapanya.
“Wah… bukan main senang kamu pujuk Deeqa itu” Kata Pak Azman sambil memuji kehebatan Mak Kiah.
“Tak de lah… aku kan ada anak… Jadi aku tahu macam mana nak pujuk dia…” Ujar Mak Kiah
“Kau tunggu Deeqa… Sekarang aku boleh bercakap lembut dengan kau… Nanti... dah sampai KL, aku tahu apa nak buat dengan kau… kau ingat aku nak jaga anak yatim seperti kau…” Mak Kiah berbisik dalam hati dengan mukanya senyum lebar.
Setelah itu, Nideeqa dan Mak Kiah sudah dalam perjalanan untuk ke KL. Mak Kiah cuba menggembirakan sambil mesra dengan Nideeqa supaya Nideeqa tidak rasa kekok apabila sampai KL nanti. Kata-kata manis Mak Kiah dapat memperdaya kan Nideeqa dan Niqeeda pun rasa senang sebab dia mempunyai ibu saudaranya yang baik hati. Sudah beberapa jam dalam kereta, mereka pun sama di rumah teres Mak Kiah. Nideeqa tercengang lalu membuka pintu kereta dan berjalan sambil menikmati keindahan rumah Mak Kiah.
“Wah… Cantik sungguh rumah ini... Besar juga…”
‘Cantik tak?... rumah Mak Kiah?...” tanya Mak Kiah dengan suara yang menyindir.
“Cantik… Mak Kiah… “ jawab Nideeqa.
Mak Kiah menarik rambut belakang Nideeqa dan mengheretnya ke bilik kecil bersebelahan dapur. Kemudian Mak Kiah menolak Nideeqa dan melemparkan barang-barangnya ke arah Nideeqa.
“Kenapa ni Mak Kiah?... Apa salah Deeqa?...” NIdeeqa bertanya sambil tersedu-sedu.
“Sebab aku benci dengan Mak kau yang tidak tahu asal usulnya tiba-tiba kahwin dengan Abang aku!... Sejak itu... banyak orang mengata bahawa abang aku dan Mak kau dah terlanjur… sebab itu mereka kahwin!…” Jawab Mak Kiah sambil memulas telinga kiri Nideeqa dan menolaknya semula.
“Mak Kiah… mereka dah takde… tak baik memburukkan mereka… mereka kan keluarga Mak Kiah… Lagipun… kalau salah mereka… kenapa nak salahkan Deeqa?...tak boleh maafkan mereka?...”Nideeqa tersedu-sedu semasa bersuara.
“MAAF?!... Eh kau masih tak tahu?”
“Tahu apa Mak Kiah?..”
“Kau tu anak luar nikah!... semasa Mak dan Abah kau sampai di kampung… Mak sedang mengandung kan kau sudah dua bulan… tak kan kau tak faham lagi?... Aku jijik ada anak haram macam kau!..”
“Mak Kiah!... Mak Kiah tak boleh buat andaian palsu… boleh jadi fitnah tau… “
“Diam! Tak payah kau nak nasihat kan aku! Kau tu anak haram je!... Sekarang… aku bagi kau sejam untuk bersihkan diri dan kemas bilik ini… Faham!...”
“Fa...Faham Mak Kiah…”
“Eh… tak payah panggil aku Mak Kiah…geli... rasa nak loyar tekak ni… Mulai hari ini… aku nak kau panggil aku Puan Rokiah… Faham!...
“Fa…ham… ma...ma.. Puan Rokiah…”
“Bagus… Apa lagi tercegak di situ?! Lekas buat kerja kau dan jumpa aku nanti!... “
Mak Kiah pun beredar dari bilik itu lalu pergi ke biliknya. NIdeeqa tergamam sambil menanya pada dirinya bahawa pekara itu fitnah. Dia mula melihat jam tangan kesayangannya sambil termenung.
“Mak...Abah… betul ke apa Puan Rokiah kata tadi… Saya ni anak haram ke?...” Nideeqa mencium jam tangan itu lalu dia bersiap-siap untuk jumpa Mak Kiah.
“Deeqa… Eh Deeqa!”
“Ya Puan…”
“Kenapa lembab sangat kau ni?... Kau pekak ke aku panggil tadi...”
“Maaf Puan… Saya tengah solat tadi…”
“ALASAN!.. Dah ni senarai kau… Kau kena buat sebelum 8 malam ini… Faham!...”
“Banyaknya… boleh ke aku habis kan dalam dua jam ni” Nideeqa keliru pada dirinya.
“Eh apa kau berdiri cepat buat kerja kau! Pergi… Pergi lah buat kerja!” Mak Kiah menolak Nideeqa sekuat-kuat tenaganya dan Nideeqa terjatuh lalu kepalanya terhantuk di tepi lantai.
“Ya Allah… macam mana aku nak hadap semua ni… sampai bila aku nak jadi hamba mereka?... Adakah ini ujian yang Kau beri kan padaku?...” Nideeqa meratap sambil memegang dahi nya yang luka.
Hari demi hari, Mak Kiah memaksa Nideeqa buat kerja seluruh rumah setiap hari. Nideeqa pun tidak di beri makanan yang sedap cuma nasi, telur goreng dan kicap masin dan ini sudah menjadi makanan rutinnya yang sama. Mak Kiah tak benarkan Nideeqa keluar untuk bersiar-siar sebab dia tak mahu orang tahu bekas lebam, bengkak dan luka di anggota badan Nideeqa.
Mak Kiah mempunyai dua anak lelaki iaitu Kamaluddin (Kamal) dan Kamiluddin (Kamil). Mereka cuma beza umur setahun saja dan Kamil adalah anak sulung dalam keluarga Mak Kiah. Kamal sering buat perangai dan dia selalu di manja oleh Mak Kiah. Kamal pun tidak belajar sebab dia mempunyai rekod disiplin yang banyak dalam sekolah sehingga ketua sekolah terpaksa buang Kamal dari sekolah.
Walaupun begitu, apa Kamal nak, Mak Kiah sanggup tunaikan sampai dia buat kegiatan haram pun Mak Kiah tidak tahu. NIdeeqa sering perhatikan kelakuan Kamal pada waktu malam tapi dia tidak daya untuk beritahu hal itu. Kamil suka menolong orang dan dia gemar membuat amal kebajikan. Tiap-tiap malam, dia pergi ke surau untuk mendengar dan membantu fakir miskin. Mak Kiah selalu tidak suka dengan kegiatan Kamil.
Meskipun begitu, Kamil masih hormat ibu cuma dia membuat kegiatannya secara senyap. Kamil juga akan pertahankan Nideeqa jika dimarahi oleh Mak Kiah tapi dia berasa serba salah sebab Mak Kiah mengugut Kamil kalau dia bela Nideeqa, Mak Kiah tidak mengaku dia sebagai anaknya. Ibarat tersepit mulut buaya, Nideeqa sukar untuk cari jalan keluar dari tempat neraka itu. Apa yang dia mampu buat ialah berdoa pada Allah agar semua urusan Nideeqa dapat dipermudah kan.
“Kenapa ujian aku seberat ini… Ada cara lain ke untuk aku keluar dari tempat puaka ni?... Mak… Abah… Deeqa rindu kamu berdua… Deeqa berjanji… walau apa-apapun… Deeqa akan tunai permintaan Mak Abah…” Bisikan Nideeqa sambil membelai dan cium jam tangannya.
Dua bulan kemudian, Mak Kiah mendapat jemputan dari kawannya untuk hadir majlis kesyukuran di rumah kawannya pada esok malam. Dia ingin mengajak Kamil dan Kamal tetapi Kamal tidak sudi. Kamil memberi pendapat agar bawa Nideeqa sekali. Mak Kiah tidak setuju sebab dia nak Nideeqa duduk rumah saja.
Pada malam esok, ketika Mak Kiah dan Kamil pergi ke majlis tersebut, Nideeqa mengunci semua pintu lalu dia pergi ke biliknya. Seperti biasa, Nideeqa memakai jam tangannya dan berdoa sebelum dia melelapkan matanya. Sejam kemudian, Kamal pun balik awal setelah dia kalah judi dan dia tak puas hati.
Apabila dia masuk ke rumah, dia teringat bahawa ibu dan abangnya sudah keluar cuma Nideeqa saja ada di rumah, jadi dia menghendap masuk ke bilik Nideeqa. Dia membuka pintu perlahan sambil membuat setapak demi setapak dan dia melihat punggung Nieeqa kemudian dia terkap tangan Nideeqa.
“Apa abang nak buat ni?...”Nideeqa menanya sambil terperanjat.
“Kau diam!... Aku nak menjamah tubuh kau… hahaha… kau jangan risau… aku buat perlahan je…”jawab Kamal dengan rupanya yang menakutkan.
“Jangan abang… Jangan abang!!!...Jangan!” Nideeqa menjerit sambil cuba melepaskan genggaman Kamal.
“DIAM!” Kamal menampar Nideeqa.
Nideeqa mula senyap sambil melihat sekelilingnya dan dia ternampak jam besar di kirinya. Dia cuba mencapai jam itu dengan semampunya.
“Ya Allah... berilah aku kekuatan…” Nideeqa berkata dalam hati sambil menggunakan seluruh tenaganya untuk mencapai jam itu sehingga berjaya.
Nideeqa hentam Kamal dengan jam besar itu ke kepala Kamal sehingga Kamal pengsan. Tidak berfikir panjang, putih tapak kaki Nideeqa apabila bergegas membuka pintu di depan sambil melarikan diri. Pada waktu yang sama di pekan, seorang lelaki bernama Kuzyari Afshah (Kuzyari) sedang keluar dari restoran dan menjawab panggilan ibu dari telefon bimbitnya.
“Ya Bonda… Ari tak apa-apa… Ari okey..”
“Ni.. Bonda nak tanya…Ari ni bila nak kahwin? Dah 26 kan?... Ni anak kawan Bonda masih belum kahwin…”
“Takpe Bonda… nanti Ari kol Bonda balik…”
Share this novel