Babak 6

Romance Completed 10235

Sebulan kemudian.

“Alhamdullilah… Esok hari keputusan SPM aku… Mak… Abah… Deeqa akan berusaha untuk jadi Peguam... “ Nideeqa melihat tarikh di kalendar itu sambil membelai jam tangannya.

Pada hari Ahad, semasa Kuzyari sedang minum kopinya sambil membaca majalah usahawan, Nideeqa memanggil Kuzyari sebab dia ingin memberitahu hal esok.

“Ada apa awak panggil Abang?”

“Deeqa nak minta izin kat Abang untuk pergi sekolah ambil keputusan SPM dan selepas itu… Deeqa nak balik kampung nak ziarah kubur arwah Mak Abah… Boleh tak Abang?...”

“Boleh.. Tapi Abang nak ikut… awak tak boleh pergi seorang-orang tau…”

“Tapi Abang…”

“Kan Abang dah kata… lagipun Abang pun nak ziarah kubur arwah Mak Abah saudara Abang… Dah jangan risau okey...”

“Baiklah Abang… Terima kasih… Deeqa pergi bilik.. Nak pilih baju untuk esok…”

“Pakai je baju yang Abang beli kan minggu lepas… kalau tak awak takleh pergi esok…”

“Ya lah… Abang ni suka nak ugut Deeqa… Kan Deeqa akan buat apa saja untuk Abang…”

“Okey lah kalau begitu…”

“Deeqa masuk bilik dulu ya...” Nideeqa pun jalan ke biliknya.

“Maaf kan aku Deeqa… Sebenarnya… Aku dah cinta kan kau Deeqa… aku nak melamar kau tapi aku takut kalau Deeqa tolak…” Kuzyari mengeluarkan kotak kecil yang berisi cincin dalam kocek-nya.

Keesokan hari, semasa Kuzyari memanggil Nideeqa supaya cepat siap, Nideeqa muncul di belakangnya. Kuzyari berpaling dan tergamam apabila melihat Nideeqa memakai pakaian berbunga ros.

“Abang… Deeqa dah siap ni…”

“Oh… Okey… kita berangkat sekarang… Mak Esah… kami pergi dulu…”

“Baiklah… hati-hati jalan ya…”

Oleh kerana Nideeqa pindah darinya kampungnya Mak Kiah telah mendaftar kan sekolah Nideeqa bersamaan sekolah Kamil di Kuala Lumpur agar Nideeqa boleh menerima keputusan SPM itu. Setelah sampai di sekolah, Nideeqa beriya-ya keluar dari kereta pergi ke sekolah sambil melihat padan tanda agar namanya di letak kan sebagai pelajar cemerlang sementara Kuzyari sedang menunggu dalam keretanya.

Semua pelajar beratur di dewan sekolah dalam bentuk 3 garisan. Setiap garisan mempunyai 100-200 pelajar kecuali garisan ketiga, yang diutamakan untuk pelajar cemerlang, cuma 50 pelajar sahaja. Masa giliran Nideeqa untuk mengambil surat keputusan dari gurunya.

Dengan rasa senang hati, Nideeqa membuka surat itu membaca sambil berjalan ke pagar sekolah. Mak Kiah sedang menunggu Kamil di luar pagar. Oleh kerana Kamil tidak beratur di garisan ketiga, ia akan mengambil masa. Tiba-tiba, Mak Kiah ternampak kelibat Nideeqa sedang berjalan dengan senyuman yang lebar.

“Eh… itu Deeqa… Amboi bukan main gembira dia ni… nanti aku kerja kau…”

“Eh Deeqa!...”

“Puan… Rokiah...” Nideeqa bingung apabila Mak Kiah terpacak di depannya.

“Hai… macam tak kenal aku?... Mari sini… balik!... nanti aku kerjakan kau!...”

“Tak nak… Deeqa tak mahu balik!...”

“Ewah… Ewah… mentang-mentang dah berpakaian mewah… dah nak berlagak dengan aku… Memang kau anak haram!...”

“Deeqa bukan anak haram!... Deeqa anak sah dari Mak Abah...” Nideeqa menjawab dengan perasaannya tergugat.

“Oh… dah pandai menjawab ya… ini pakaian cantik… mana kau dapat?... kau curi eh?... atau… kau jual tubuh badan kau… kalau dah anak haram… anak haram juga…”

“Okey… kalau Nideeqa anak haram… anak puan… anak binatang!...”

“Biadab kau ni… kau jangan cuba nak pelekehkan anak aku… kau tu kena sedar diri… tak siapa nak jaga kau… aku yang kutip kau dari kampung kau… kau ingat sikit...” Mak Kiah memulas telinga kiri Nideeqa sambil menamparnya berterus-terusan di luar pagar sekolah.

Kuzyari terlihat ada pertengkaran di luar pagar semasa dia keluar dari keretanya untuk berjalan sambil menunggu Nideeqa.

“Deeqa… Deeqa kena pukul tu…” Kuzyari bergegas di kejadian itu.

“Aku akan pastikan kau hidup merempat dan tak ada orang peduli kan… Kau…” Mak Kiah merampas surat keputusan SPM Nideeqa lalu dia menolak Nideeqa ke bawah. Mak Kiah koyakan surat itu di depan Nideeqa.

“Puan... itu surat Nideeqa… tolong jangan koyakan…”Teriakan Nideeqa.

“Aku tak peduli… Kalau aku benci kan Mak kau… dengan kau sekali aku benci… Siapa nak tolong anak haram macam kau!...”Mak Kiah campakkan surat yang di koyakan itu ke muka Nideeqa dan surat itu bertaburan.

Kuzyari tiba di belakang Nideeqa lalu menghulur kan tangan kanannya kepada Nideeqa dan Nideeqa memandang tangan Kuzyari lalu dia berpaling ke arah Kuzyari. Kuzyari mengangkat Nideeqa supaya Nideeqa boleh berdiri tegak. Mak Kiah keliru apabila seorang lelaki segak membantu Nideeqa bangun.

“Hey… dia ni siapa?... bapak ayam kau ke?... dah berapa banyak duit kau kikis dia?...”

“Jaga mulut Makcik tu… Deeqa ni… Isteri aku… Dan Aku suami Deeqa...” Kuzyari buat pengakuan. Nideeqa memandang kanan apabila dia terdengar pengakuan dari Kuzyari.

“Betul ke… dia nak kahwin dengan aku…” Nideeqa bertanya di fikirannya.

“Apa?... Suami?... Anak haram ni pun boleh kahwin… Kau ni buta ke… apa yang bagus sangat si Deeqa tu?...” Mak Esah menyindir Kuzyari.

“Aku tak buta… Makcik yang buta… Makcik tanya pada anak Makcik apa dia dah buat pada Deeqa…”

“Kau jangan nak tuduh anak aku… apa buktinya?… aku boleh laporkan hal ini pada polis...”

“Nak lapor?... Lapor lah… Aku pun boleh laporkan pada polis bahawa anak Makcik tu cuba rogol Deeqa dan Makcik pula akan terlibat sebab mendera anak yatim… Macam mana?... masih nak mengadu pada polis?...”

“Ermmm… Ermmm..” Mak Kiah tergamam.

“Aku nak buat peringatan pada Makcik… kalau Makcik atau anak Makcik cuba ganggu Deeqa lagi… Aku tak teragak-agak mengadu hal ini pada polis… Faham?!...”

“Ish… Kau ni… Deeqa!… pergi dengan laki kau… mulai hari ni… Kau bukan anak saudara aku lagi… Jangan kau cuba cari aku bila kau susah nanti… Faham!...”

“Dah habis cakap?... Jom Deeqa... kita balik…” Kuzyari memegang tangan Nideeqa lalu mereka pergi ke keretanya.

Semasa dalam perjalanan pulang dalam kereta, Kuzyari dan Nideeqa tidak bersuara. Malahan, Nideeqa asyik menatap wajah Kuzyari yang sedang memandu sambil memikirkan.

“Ya Allah… aku bersyukur... Kau telah temukan aku dengan Encik bengis ni… walaupun dia muka ketat… tapi hatinya baik… kalau betul lelaki yang aku pandang ni jodoh aku… Kau berikanlah aku pentujuk agar semua dipermudah kan... Amin…”

Ketika sampai di rumah Kuzyari, Nideeqa ingin bertanya pada Kuzyari tetapi Kuzyari terus pergi ke biliknya. Pada waktu malam selepas Ishak, Kuzyari mengajak Nideeqa duduk di ruang tamu sebab ada hal yang Kuzyari ingin sampaikan.

“Deeqa… Sebenarnya Abang…”

“Betul ke Abang nak kahwin dengan Deeqa?... Abang sanggup ke terima baik buruk Deeqa?...” Dengan pantas Nideeqa bertanya.

“Woo woo… relaks… Abang akan jelaskan… Betul... apa Abang cakap tadi… Sebenarnya… Abang sukakan Deeqa sejak pertama kali kita berjumpa… Masa itu masing-masing sedang jual mahal… dan Abang malu nak kata sebab Abang takut Deeqa tak sudi terima lelaki bengis macam Abang sebagai suami…”

“Abang… Deeqa… pun suka kat Abang… cuma Deeqa tak luahkan perasaan Deeqa sebab mungkin Abang dah ada yang punya… maklumlah… Abang ni ada kerjaya… Deeqa pun baru dapat keputusan SPM…”

“Deeqa… Abang masih bujang lah… Kalau Deeqa nak tahu … Deeqa seorang lah yang berjaya melembutkan hati Abang…”

“Abang… Deeqa nak…. Tanya… takut… Abang marah…”

“Apa dia Deeqa?...”

“Hmmm...Kenapa Abang susah nak percayakan perempuan?...”

“Sebenarnya… Abang tak sedia nak beritahu hal itu…”

“Abang… kalau kita nak jadi berumah tangga...kita tidak boleh simpan rahsia… Abang dah tahu kisah hidup Deeqa… Sekarang Deeqa nak tahu… Tolonglah Abang…”

“Erhmm… Baiklah… Abang ceritakan…” Sukar untuk Kuzyari cerita kan kisah silamnya. Namun begitu, demi NIdeeqa, dia cuba kuatkan hati untuk meceritakan.

“Pada masa itu… Abang tengah umur 16 tahun… Ayah Abang seorang usahawan yang berjaya… oleh kerana kerjayanya… ramai wanita tergilakannya… pada suatu hari, ada pekerja wanita baharu bernama Riyanna. Pada awalnya Ayah Abang tidak layan Riyanna… ada kejadian yang membuat Ayah Abang kahwin dengan Riyanna… Bonda Abang… tidak menerima hakikat bahawa dia di madu kan… lalu Bonda Abang menghilang kan diri tanpa sembarang berita pun... “ Sungguh mendebarkan apabila Kuzyari cerita kan. Air matanya menitis setiap kali dia cerita kan.

“Mak tiri Abang… seorang perempuan jalang… dia selalu bawa lelaki lain semasa Ayah Abang kerja luar negara… Dia ugut Abang dan Mak Esah kalau kita mengadu hal ni pada Ayah… kita akan dihalaunya… Ayah Abang terbagi kan semua harta kepada Mak tiri Abang dan langsung takde bagi Abang… Abang tak harap semua kekayaan itu… cuma pada suatu hari… semasa Abang lalu bilik Ayah sambil terdengar Mak tiri Abang upah orang untuk bunuh Ayah semata-mata harta…

Mak Esah masa tu tak percaya kat Abang sebab dia pun masih bekerja di rumah itu… pada malam hari yang sama… Mak tiri Abang membawa luggage dan katanya dia hendak pergi bercuti sebulan di Langkawi… Kita pun tak hiraukan malah lagi seronok apabila dia tidak ada di rumah...”Perit hatinya apabila ceritakan kejadian itu.

“Keesokan harinya… ada orang menelefon Mak Esah mengatakan bahawa Ayah Abang meninggal dunia akibat di racun orang… Kami terperanjat… Mak tiri Abang pun lesap entah ke mana… Tiga bulan kemudian… rumah kami dijual dan Abang tidak tahu masa itu… Mak Esah yang banyak membantu Abang…

Dia ada rumah kecil di kawasan ini… Abang dan Mak Esah hidup macam orang susah… Bonda Abang pun tidak tahu sebab dia tidak bilang khabarnya… Abang dah anggap Mak Esah macam Mak Abang sendiri… Abang berusaha sehingga Abang jadi sekarang ni… Mak Esah yang menyaksikan jatuh bangun Abang....”

“Macam mana Abang jumpa dengan Bonda Abang?...”

“Baru-baru je… Bonda Abang menelefon Mak Esah… Mak Esah tidak bilang Bonda Abang di mana Abang tinggal tapi Abang akan jumpa dia ke suatu tempat yang ditetapkan… Dia pulang sebab nak tebus balik apa yang dia tinggalkan untuk Abang… Abang belum sedia sebab luka dalam hati Abang terguris besar dan sukar untuk menyatukan semula… Sejak kejadian itu lah… Abang tidak percaya kesemua perempuan…”

“Abang… jangan risau… Deeqa kan ada… Deeqa pun dah takde sesiapa pun melainkan Abang dan Mak Esah…”

“Terima kasih Deeqa… sejak Abang kenal Deeqa… Makan Karipap Deeqa... Abang rasa lega dan tenang… Abang pun kagum dengan Deeqa yang mempunyai cita-cita tinggi… Abang minta maaf hal pagi tadi… Abang akan dapat kan surat keputusan itu untuk Deeqa… dan juga teman Deeqa ziarah kubur arwah Mak Abah Deeqa...”

“Terima kasih Abang… Deeqa setuju dengan lamaran Abang…”

“Bagus… lusa kita kahwin…”

“Lusa?... Bukankah itu cepat sangat?...”

“Kan Abang dah cakap depan Makcik Deeqa... yang Abang ni suami Deeqa… untuk elakkan dari timbul fitnah… baik kita kahwin cepat…Lagipun… Abang perlu balik ke rumah Bonda dan susah untuk temu Deeqa nanti...”

“Hmm… baiklah Abang… Deeqa ikut kan je…” Nideeqa memberi senyuman yang lebar pada Kuzyari. Kuzyari terasa lega dan dia bersyukur sebab Nideeqa terima lamaran Kuzyari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience