Setelah Kuzyari menutup panggilan itu, dia mula termenung dan fikirkan kenapa ibunya tidak memahami perasaannya dan cuba mendesaknya untuk kahwin dengan Putri Marjeena. Kuzyari tidak suka dipaksa dan tujunya untuk bersendirian supaya dia tidak dipaksa. Tiba-tiba, ada orang melanggarnya.
“Hoi perempuan! Kalau nak lari pun... pergi kat stadium!… lari kat sini buat apa?..”
“Ma… Maafkan saya… Saya tidak…” Nideeqa rebah secara mendadak.
“Hey kau… bangun… bangun… bangun lah!... Alamak… ada kesan lebam dan bengkak?… lebih baik aku bawa dia ke rumah aku ...Mak Esah boleh tolong… kalau tak... orang sini ingat aku pukul dia pula...”
Kuzyari mengangkat Nideeqa lalu meletakkannya ke tempat duduk di belakang. Setelah sampai di rumah Kuzyari, Kuzyari mememaggil Mak Esah tanpa henti.
“Jap Ari… Eh… anak siapa kamu bawa balik ni?... Ari jangan macam-macam eh…”
“Ish takdelah… dia terpengsan depan Ari… ada bekas lebam dan bengkak kat anggota tubuh badannya… Ari pun bawa dia di sini sebab takut orang ingatkan Ari pukul dia…”
“Kesian nya perempuan ini… takpe Ari bawa dia ke bilik Mak Esah… nanti Mak Esah uruskan…”
“Okey Mak Esah… Terima kasih...” Kuzyari bergegas ke bilik Mak Esah lalu meletakkan Nideeqa atas katil dan beralih ke biliknya untuk membersih kan diri dan menunaikan solat.
Mak Esah pun menukarkan pakaian Nideeqa sambil sapu ubat untuk lega kan kesan bengkak dan lebam pada tubuh badannya. Setelah itu, Mak Esah pun memanggil Kuzyari.
“Macam mana Mak Esah?... dia dah sedar?...”
“Belum lagi… Mak Esah tengok badannya semua lengoh… macam dia buat kerja berat je…”
“Ish.. tak kan budak semuda dia ni dah bekerja… bukan ke dia masih belajar?...”
“Mak Esah tak tahu… kita hanya boleh tunggu dia bangun… biarkan dia berehat…”
“Baiklah, Mak Esah… Ari tunggu di sini…”
“Cantik pula dia ni… tapi secantik dia pun kena dera… siapa yang kejam sangat pukul dia… dia masih muda… kesian juga aku tengok dia ni… takpe… aku tunggu dia sampai di bangun…” Ujar Kuzyari sambil duduk bawah dan baring di sebelah katil itu sambil memandang wajah Nideeqa.
Pada waktu yang sama, Mak Kiah dan Kamal pun pulang dari majlis itu. Mak Kiah menjerit dan memanggil Nideeqa.
“Deeqa! Deeqa! Deeqa!... DEEQA!!!... Mana saja... anak haram itu…” Mak Kiah mula naik darah lalu pergi ke bilik Nideeqa. Apabila Mak Kiah membuka pintu secara ganas, dia terkejut melihat bilik itu kosong. Mak Kiah mula menanya pada Kamal.
“Kamal!... Kamal!..”
“Ada apa Mak jerit-jerit malam ni… Kamal nak tidur ah…”
“Kamal… kau nampak tak Deeqa?...”
“Takde… Kamal tak nampak pun… masa Kamal balik… pintu depan tak kunci dan takde orang di rumah… mungkin dia lari kan diri?...” Kamal berkata bohong pada Mak Kiah.
“Ish… Anak haram tak tahu di untung!... Jap… kenapa dengan dahi kau Kamal?... Mak Kiah memegang dahi Kamal sambil menanya.
“Oh.. Kamal terjatuh semasa nak balik tadi… jangan risau lah Mak… Kamal dah sapu ubat pun…”
“Takpe… lain kali hati-hati… dah kau pergi tidur…”
“Mak… Deeqa mana?...” Kamil bertanya
“Sepupu haram kau tu dah lari kan diri… kalau aku dapat dia nanti aku tahu apa yang kerjakan dia…”
“Sudahlah Mak… Biarkan dia pergi…”
“Eh… Mana boleh… Kalau dia beritahu pada polis macam mana?...”
“Itu lah Mak… buat sesuatu tak berfikir… kalau tadi kita ajak dia pergi sama kita kan tak jadi begini…”
“Dah Dah… Kau pergi tidur lah… kepala Mak dah serabut… Jangan kau tambah kan serabut Mak ini…”
“Baiklah… Kamil masuk tidur.. Selamat malam…” Kamil beralih ke biliknya sementara Mak Kiah berasa gelisah dan panik dalam sebab dia risau kalau Nideeqa adu kan pada pihak polis.
Beberapa jam kemudian, mata Nideeqa terbuka secara perlahan sambil memandang kiri dan kanan lalu dia menjerit.
“Ahhh!... Apa awak nak buat kat Deeqa?... Awak cuba rogol Deeqa ke?...” Teriak Nideeqa sambil menampar muka Kuzyari.
“Aduh… Hey… kenapa kau tampar aku ah?... apa salah aku?!...”
“Bukan ke awak nak cuba tak elok kat Deeqa?... Keluar!... Jangan apa-apakan Deeqa… Keluar!... Jangan apa-apakan Deeqa...” Deeqa masih menjerit sambil melempar kan bantal ke arah Kuzyari.
“Ish budak ni… Kau boleh bawa tenang tak!... kalau aku nak buat… masa kau pengsan tadi dah aku buat lah… aku cuma tolong kau tadi semasa kau pengsan… ini rumah aku…”
“Deeqa berada di rumah awak?... berdua?... baju Deeqa?...pakaian Deeqa dah tukar… awak tukarkan ke?...” Nideeqa mula rasa kurang selesa sambil menutupi badannya.
“Tak lah… Mak Esah yang tolong tukar kan.. Tak kan aku nak tukar pakaian kau pula… Jangan menuduh… jadi fitnah, dosa tau ah…”
“Deeqa tanya je lah!... “
“Ini kenapa Ari?..”
“Mak Esah… dia dah sedar… Mak Esah tolong tenang kan dia ni… Tuduh Ari buat tak senonoh pada dia...”
Nideeqa bangun dari katil lalu bergegas ke arah Mak Esah dan memeluknya dengan kuat.
“Makcik Makcik… tolong Deeqa… lelaki tu nak cuba rogol Deeqa…”
“Ish… Kamu ni.. Ari tak buat apa-apa pada kamu… Dia cuma nak bantu kamu je… jangan fikir bukan-bukan...”
“Okey! kalau kau ingat aku nak apa-apakan kau!... Kau beri alamat rumah kau sekarang!… aku akan hantar kau pulang…”
“Pulang?... Deeqa tak nak balik rumah… rumah tu rumah puaka!... Makcik… tolong Deeqa… Deeqa merayu sangat… jangan hantar Deeqa pulang…” Nideeqa memeluk Mak Esah sekuatnya sambil tersedu-sedu…”
“Baiklah Nak… Makcik tak bawa kamu pulang… Tapi… sekurang-kurangnya ceritakan pada kami apa yang berlaku… macam mana kamu ada kesan bengkak dan lebam di badan kamu?…”Mak Esah cuba menenangkan Nideeqa sambil membelai rambut Nideeqa.
“Baiklah… Deeqa ceritakan pada awak dan Makcik… kita duduk dulu...” Nideeqa menyesatkan air matanya dan mula ceritakan kisahnya.
Nideeqa beritahu pada Kuzyari dan Mak Esah bahawa ibu saudaranya ,Mak Kiah, mendera dan membuat kerja berat tidak hiraukan kepenatan Nideeqa. Dia pun jelaskan kenapa dia melarikan diri disebabkan sepupunya yang cuba hendak merogolnya apabila ibu saudara dan sepupunya lagi satu sedang keluar untuk kenduri.
“Macam begitu ceritanya…”
“Hais… Sepupu kau cuba tak elok dengan kau… aku kena tampar.. Kuat pula tamparan kau ni…”
“Dee.. Deeqa minta maaf kat awak sebab menampar awak… Deeqa berterima kasih kat awak sebab selamatkan Deeqa…”
“Takpe… Aku pun dah dapat hadiah dari kau…”
“Hadiah?... Hadiah apa Deeqa beri kat awak?... Deeqa tak bawa apa-apa barang pun?...”
“Hadiah penampar yang kuat dari kau...”
‘Sudah lah tu Ari… dah lewat malam ni… tak manis bertengkar… Kesian kan dia ni… jangan risau… anggaplah kami sebagai keluarga kamu… Oh ya… Panggil Mak Esah je... Yang ini Kuzyari Afshah … boleh panggil dia Ari je. Siapa nama kamu?...”
“Oh… Nama.. saya…”
“Deeqa.” Kuzyari menyampuk.
“Hai macam mana awak tahu?”
“Habis tu… kau asyik sebut ‘Deeqa Deeqa’ je... aku pun boleh agak lah...”
“Oops.. sori… Memang nama saya Deeqa… Nama penuh saya Nideeqa Elmenda.. Semua orang panggil saya Deeqa je… ”
“Okey lah Deeqa... tidur dulu.. Kami semua ngatuk ni..”
“Baiklah… Hmm.. Awak..”
“Ya… ada apa?...”
“Boleh Deeqa panggil awak ‘Abang Ari’?”
“Lantak kau lah… nak panggil aku Abang ke… Sayang ke… Kanda ke… Atau Hubby… asalkan kau selesa di sini… dah pergi tidur… selamat malam…”
“Selamat malam Abang Ari...”
“Ish… poyo betul dia tu… tapi kacak juga dia ni… alamak aku tertampar dia pula… Terima kasih Allah sebab Kamu telah menemukan aku hambaMu yang mulia. Aku sekarang dah bebas dari rumah tu… Aku mesti buat sesuatu untuk balas budi mereka tu…” Bisikan Nideeqa sambil memandang Kuzyari yang sedang berjalan ke biliknya.
Share this novel