Nideeqa sedang tumpang kereta Shafeeqa lalu mereka ke Merpati Biru Holdings. Semasa mereka masuk ke tempat letak kereta, seorang lelaki sedang melintas ke lif lobi dan kereta Shafeeqa hampir terlanggar lelaki lalu dia cuba menghentikan keretanya.
“Sori.. Sori… Encik… Encik tak apa-apa?...” Shafeeqa keluar dari keretanya sambil membantu lelaki itu.
“Takpe.. Awak tak… sengaja…” lelaki itu terpaku sambil terpegun apabila melihat raut wajah Shafeeqa.
“Abang Deriz?... Abang Deriz tak apa-apa?...” Nideeqa menyampuk.
“Hey… Deeqa… apa khabar?... jumpa Ari ke?...”
“Ya… jumpa… Abang Ari... Abang Deriz okey ke?... nak kawan Deeqa hantar Abang Deriz tak?...”
“Betul… saya okey ni.. Deeqa siapa nama kawan Deeqa tu?...” Deriz bisik pada Nideeqa.
“Oh ya… perkenalkan… ini kawan Deeqa… Shafeeqa… Feeqa… ini Megat Deriz… kawan suami aku… masih bujang lagi… macam kau suka memilih sangat…”
“Ish.. kau ni… jangan cakap kuat-kuat… malu lah aku..”
“Oh… Shafeeqa?... sedap nama itu… Erhmmm... awak ‘free’ tak malam ini atau esok?...”
“Erhmm… Deeqa minta diri dulu… suami Deeqa mesti tengah tunggu Deeqa… bye... “Nideeqa beredar dan tinggal kan Shafeeqa bersama Deriz.
“Macam mana?... boleh saya keluar dengan awak?...”
“Erhmmm… boleh lah… lagi pun saya terlanggar awak… bila nak jumpa…”Shafeeqa tergagap sambil mengoyang kan tangannya.
“Apa kata… awak salin nombor awak di sini…” Deriz mengeluarkan telefon bimbitnya dan bagi kepada Shafeeqa untuk salin nombor.
“Oh… okey…”Shafeeqa pun salin dan simpan nombornya lalu tekan ‘missed call’ supaya dia dapat nombor Deriz.
“Terima kasih... nanti saya kol awak ya…”
“Boleh… sori tau sebab terlanggar awak…”
“Takpe lah… kita kosong-kosong…”
“Okey kosong-kosong… saya nak pergi ofis dulu.. Jumpa lagi...”
“Baiklah… awak pun hati-hati..”Muka Deriz semakin ceria.
“Cantik sungguh kawan Deeqa ni… Aku mesti cuba memikat hatinya… nanti aku tanya Deeqa tentang Shafeeqa… Yaw... Hoo!... Deriz berkata pada dirinya sendiri.
Sementara itu, Nideeqa dan Kuzyari berada dalam bilik mesyuarat dan mereka sedang berbincang mengenai kes pecah amanah.
Dalam kes tersebut, Kuzyari memberi fail berisi dokumen yang buat tempahan barang-barang yang asli berserta kan harga dan juga dokumen perjanjian antara Merpati Biru dengan klien apabila setuju membuat projek tersebut. Namun, mengikut penyemakan dari Amelia, barang-barang yang sampai itu seakan-akan dengan apa yang mereka tempah tapi apabila selesai diguna, materialnya tidak kukuh. Nideeqa bertanya pada Kuzyari kalau dia ada syarikat atau orang yang iri hati padanya. Kuzyari beterus terang kepada Nideeqa bahawa dia tak ada sesiapa yang boleh dia syak sebab ini pertama kali masalah ini berlaku.
“Jangan risau… Abang.. Deeqa akan bantu syarikat ini… Sekarang… Deeqa perlu tengok ‘logbook’ siapa yang terima, semak dan tandatangan barang-barang. Deeqa perlu mengesan kan jejak urus niaga dari awal…”
“Baik lah… Abang akan beritahu Amelia untuk mendapatkan maklumat yang Deeqa perlu…”
Nideeqa sedang meneliti orang yang tandatangan barang-barang itu. Dia dapati bahawa tandatangan itu tidak sama dari rekod buku catatan biasa.
“Deeqa rasa… ada musuh dalam selimut... “
“Apa maksud Deeqa?...”
“Mungkin ada orang upah sesiapa dari pekerja Abang untuk menjatuhkan Abang… Supaya dalangnya tidak diketahui…”
“Oh… begitu… jadi… apa harus Abang buat?...”
“Abang perlu soal siasat semua yang terlibat dengan projek ini… dan setiap perbualan.. Hendak lah direkod… selepas itu… Abang beri kan rakaman suara itu pada Deeqa dan Deeqa akan selidik dari itu…”
“Baik lah… Abang… harap kita dapat selesai kes ini sebab ini sudah mengelibatkan nyawa orang…”
“Deeqa akan uruskan secepat mungkin."
Setelah selesai perbincangan, Nideeqa pun pulang ke rumahnya dulu untuk mengemaskan barang-barangnya sebab esok dia akan pergi ke rumah Kuzyari bersama dengan Elqesyah dan Mak Mah. Sementara Kuzyari pulang ke rumahnya lalu dia beritahu kepada Mak Esah yang Nideeqa akan datang ke rumahnya esok. Mak Esah sangat teruja apabila mendengar berita baik itu.
Pada masa yang sama, Deriz telefon Shafeeqa lalu dia menanya kalau Shafeeqa tidak sibuk malam esok.
“Besok?... saya tak sibuk kut… kenapa?...”
“Erhmm… Saya nak ajak awak makan malam di rumah keluarga saya boleh?...”
“Makan malam di rumah keluarga awak?... Erhmm… saya ni segan lagipun kita baru je suka…”
“Tolonglah awak… Pliz… Saya dah beritahu Ayah Bonda saya…”
“Okey lah… Awak bagi alamat awak… esok saya datang…”
“Eh… takpe… takpe… awak bagi alamat awak… saya akan datang jemput awak… boleh?...”
“Baiklah… saya nak tidur ni… jumpa esok… selamat malam…”
“Terima kasih… awak pun… selamat malam… yes!...” Riang rasa Deriz apabila Shafeeqa nak makan malam dengannya esok.
Pada keesokan tengahari nya, Kuzyari sedang dalam perjalanan untuk menjemput Nideeqa sekeluarga di rumah Mak Mah. Elqesyah sangat kembang hati dan tidak sabar hendak pergi.
“Mama… bila Papa nak sampai…”
“Qesyah… Papa akan sampai… sabar ya…”
“Wah wah… tengok tu… Qesyah… bukan main ceria... Mak Mah tengok Qesyah…”
“Dah lama tak jumpa Papa dia... Mak Mah… Macam Deeqa kecil-kecil dulu…”
“Syukur Alhamdulilah… Deeqa bertemu semula dengan Ari…”
“Mama… Tok Mah… Papa dah sampai!...”
Kuzyari pun masuk ke dalam sambil mendokong Elqesyah lalu memeluknya. Nideeqa pun keluar dan salam pada Kuzyari. Mak Mah pun temankan Elqesyah masuk dalam kereta sementara Nideeqa dan Kuzyari sedang mengangkat beg-beg lalu masuk ke belakang kereta.
Begitu ceria mereka sekeluarga semasa perjalanannya ke rumah Kuzyari. Setelah sampai ke rumah Kuzyari, Mak Esah mengalu-alukan ketibaan Nideeqa sekeluarga.
“Mak Esah… Mak Esah… apa khabar?...”
“Alhamdulilah… Mak Esah sihat… Cantik sungguh anak Mak Esah ni…”
“Terima kasih Mak Esah… Mak Esah… ini cucu Mak Esah… Nur Elqesyah… Qesyah… ini Tok Esah… pergi salam… Tok..”
“Cucu Tok… dah besar… comel Qesyah ni... macam Deeqa….”
“Haiz… macam Deeqa je… takde macam Ari?...”Kuzyari menyampuk.
“Dah lah tu… mari masuk… Mak Esah tunjukan bilik kamu semua…”
Di waktu malam, Nideeqa, Mak Esah dan Mak Mah sedang hidangkan jamuan makan malam sementara Kuzyari sedang mengambil masa untuk melukis dengan Elqesyah.
“Papa… cantik tak Qesyah lukis…”
“Wah…cantik lah... Qesyah lukis gambar siapa ni?”
“Qesyah lukis gambar kita semua… dalam rumah…”
“Pandai lah anak Papa…” Kuzyari beri kucupan di dahi Elqesyah.
“Abang… Qesyah… mari ke meja makan… santapan dah sedia…”
“Jom Qesyah…” Kuzyari mendokong anaknya lalu pergi ke meja makan.
“Wow… Karipap ikan bilis… ‘best’ nya… Qesyah suka…”
“Papa pun suka… sini… Papa suapkan Qesyah…”
“Mak Esah bersyukur sangat… kita dapat makan sekeluarga macam gini… cuma Bonda Ari je takde...”
“Dah lah tu… Mak Esah… Ari akan pujuk Bonda Ari untuk terima Deeqa…”
“Mama… Papa ada ibu?...”
“Ada sayang… Bonda Papa orang yang baik… cuma… dia ada kerja sikit… sebab itu dia tak dapat datang…” Jelas Nideeqa dengan tidak mengaib keburukan Puan Kamsyiah.
“Wah... Qesyah ada 3 nenek….”
“Hahaha… betul lah tu Qesyah… Qesyah ini beruntung sangat…”
Setelah bermakan malam dan rancak berbual, Elqesyah pun rasa letih dan Mak Esah temankan Elqesyah ke bilik Elqesyah. Sementara Mak Mah dan Nideeqa kemas kan meja makan dan dapur. Kuzyari pula sedang kemas barang-barang Elqesyah di ruang tamu dan buat pertama kali hati Kuzyari rasa tenang dan lapang apabila orang yang dia sayangkan ada di sisinya.
Selepas itu, Kuzyari pergi ke biliknya lalu duduk atas katil dan menanti isteri masuk ke biliknya. Beberapa minit kemudian, Nideeqa pun masuk ke biliknya lalu menegur suaminya.
“Abang tak tidur lagi?...”
“Tak… Abang tunggu Deeqa… Abang nak cakap sikit dengan Deeqa…”
“Apa dia Abang?...”
“Sebenarnya… Abang cadangkan kalau Deeqa dan Qesyah tinggal di rumah buat selamanya…”
“Abang… kan Deeqa perlukan masa… kejadian itu membuat Deeqa trauma… Deeqa minta maaf..”
“Abang minta maaf… Abang tak sampai hati nak biarkan Deeqa tinggal tempat lain setelah 4 tahun pisah…”
“Abang… Sejak kejadian itu… banyak kepahitan yang Deeqa alami… Deeqa cuma perlukan masa… Abang… Abang boleh je bawa Qesyah pergi jalan-jalan… Deeqa takleh halang… Deeqa takut kalau Bonda Abang halau Deeqa lagi…”
“Baiklah… Abang faham… Abang akan pujuk Bonda Abang untuk terima Deeqa dan Qesyah…”
“Maafkan Deeqa...Abang…”
“Dah lah... tu… Abang pun minta maaf… kita tidur ya…”
“Baiklah…”Nideeqa mematikan suis lampu lalu mereka lelapkan mata mereka.
Share this novel