Babak 4

Romance Completed 10235

Jam sudah pukul 5 pagi, Nideeqa selalu bangun pada waktu itu dan dia pergi mandi. Setelah itu, dia pun menunaikan solat Subuh. Perut Nideeqa berbunyi dan Nideeqa pun ingin membuat sarapan untuk Mak Esah dan Kuzyari lalu dia menuju ke dapur.

Nideeqa cuba buka peti ais untuk melihat bahan-bahan sambil memikirkan apa yang dia mahu masak kan nanti. Dia ternampak ada mee kuning sekilo dan udang segar lalu dia membuat mee goreng biasa yang arwah ibunya pernah buat. 30 minit kemudian, Mak Esah datang ke dapur sambil menghidu bau masakan Nideeqa.

“Amboi.. Sedapnya bau… Mak Esah tak tahu Deeqa ni boleh masak…”

“Oh Mak Esah… Selamat pagi… tak lah... masakan biasa je… resepi arwah Mak Deeqa…”

“Macam ni Deeqa kata biasa… Dah… Hidangkan di meja makan… nanti Ari turun nak makan sarapan…”

“Tak mahu lah… malu lah.. Takut Deeqa tengok muka bengis dia tu…”

“Apa nak di takut kan… dia bukan makan orang…”

“Mak Esah je hidang mee goreng ni.. Mak Esah bilang je Mak Esah yang masak…”

“Ish Deeqa ni… ya lah… Mak Esah pergi hidang… Deeqa pergi bilik je…” Mak Esah menyuruh Nideeqa pergi ke biliknya. Kemudian Kuzyari pun turun dari biliknya dengan pakaian kemas dan segak lalu pergi ke meja makan. Mak Esah ke dapur untuk mengemas kan barang.

“Hmmm… Sedap juga bau masakan hari ini… tak macam Mak Esah je.. Mungkin Mak Esah beli dari gerai… Takpe… dia pun perlu rehat..” Kuzya berfikir.

Kuzyari mula memakan mee goreng itu sambil nikmati kesedapannya. Secara tidak sedar, pinggan Kuzyari licin dan dia memanggil Mak Esah.

“Ya Ari… Ada apa?...”

“Sedap mee goreng ni… Mak Esah beli kat mana?...” tanya Kuzyari.

“Beli?... Tak... Mak Esah tak beli…”

“Habis tu?... Siapa masak?..”

“Mee goreng yang Ari makan tu… sebenarnya Deeqa yang masak… Kenapa Ari?”

“Deeqa?!” Kuzyari mula terpaku.

“Tak kan budak semuda dia tu dah boleh masak?... Ish.. pelik lah…” Fikiran Kuzyari sedang celaru.

“Tak pe Mak Esah… Ari pergi kerja dulu…”Kuzyari salam tangan kanan Mak Esah lalu dia berangkat ke pejabatnya.

Nideeqa kemudian keluar dari bilik lalu beralih ke meja makan dan dia terus menanya.

“Macam mana?... Dia suka tak?..”

“Hmmm… Deeqa tengok pinggan tu… Deeqa dah boleh agak dia suka atau tidak..”

“Wow! Sampai licin sekali…” Mata Nideeqa terbeliak dan tidak percaya.

“Betul Deeqa… Kalau Deeqa nak… sepanjang Mak Esah kerja dengan Ari… Dia tak pernah habiskan makanan dia… dia selalu makan tiga suku je… Pelik juga Mak Esah fikirkan…”
“Biar betul Mak Esah… Tak kan masakan Deeqa yang mudah gitu je… Mungkin ‘mood’ dia baik hari ini…”

“Ish... Deeqa ini… Mak Esah dah jaga dia sejak kecil lagi… Mak Esah dah macam mak angkat Ari… Jadi… Mak Esah kenal baik buruk dia...”

“Oh… Mana keluarga Abang Ari?... mereka tak jaga dia ke?...”

“Yang itu… Deeqa kena tanya pada tuan badannya sendiri… Tapi yang Mak Esah tahu… Ari itu orang baik, hormat orang tua dan suka bersederkah…”

“Baik?.. Tapi kenapa muka dia bengis je?... cakap dengan Deeqa macam nak perang pula…”

“Mak Esah tak boleh ceritakan sebab itu hal Ari… Yang Mak Esah tahu… ada sejarah hitam yang berlaku padanya… yang lain… Deeqa kena tanya Ari sendiri…”

“Okey lah… Hmm… Mak Esah… malam ini nak masak apa?... Boleh Deeqa bantu?”

“Mak Esah nak masak Nasi Lemak… Ari suka sangat Nasi Lemak… sejak Mak…” Mak Esah terhenti seketika sebab dia tersasol.

“Mak? Mak siapa?... “

“Arwah Mak Tok dia lah… Nenek Ari...”

“Oh… Deeqa pun tahu masak Nasi Lemak sebab Arwah Mak Deeqa jual Nasi Lemak dan Karipap Ikan bilis…”

“Apa?... Karipap Ikan bilis?... Mak Esah tak pernah dengar pun… Selalunya Karipap sardin, kentang atau ayam…”

“Ini resipi dari arwah Mak Abah Deeqa… Mak Esah rasa tak?... Deeqa boleh buat kan…”

“Betul ke ni?... kalau gitu… apa kata Deeqa masak untuk makan malam ini?...”

“Boleh… tapi bahan-bahan tak cukup…macam mana nak…’

“Pasal bahan itu semua jangan risau… Deeqa pergi buat senarai apa yang perlu… Nanti Mak Esah beli kan…”

“Okey lah Mak Esah… Deeqa pergi salin bahan-bahan yang perlu…” Nideeqa pun pergi ke biliknya mencari kertas dan pena atau pensel lalu dia menuliskannya.

Berapa jam kemudian, Mak Esah pun bersiap sedia untuk ke pekan sambil membawa senarai yang perlu beli dari Nideeqa. Semasa Mak Esah ke pekan, Nideeqa mula kemas rumah Kuzyari untuk membalas jasa mereka yang menolongnya.

Walaupun itu adalah tugas sebagai pembantu rumah, bagi Nideeqa, dia ikhlas membersih kan rumah itu berbanding rumah ibu saudaranya. Bagaikan kumbang putus tali, Nideeqa sekarang menjadi burung yang terlepas dari sangkar maut serta kembang hati.

“Assalamualaikum… Eh… Deeqa… Ya Allah… Kenapa Deeqa bersihkan rumah ini?...” Mak Esah terkejut apabila melihat Nideeqa sedang mengelap lantai di ruang tamu.

“Waalaikumsalam… Mak Esah… bila Mak Esah balik?...”

“Baru tadi… Sudah lah tu… ini kerja Mak Esah… Deeqa kan tetamu kami… bukan orang gaji…” Teguran Mak Esah sambil mengambil pengelap lantai dari Nideeqa.

“Kenapa Mak Esah?... Deeqa cuma nak balas budi Mak Esah dan Abang Ari je…”

“Takpe… yang ini biar Mak Esah buat… Kalau Deeqa nak balas kebaikan.. Deeqa pergi masak yang sedap-sedap… Kasi pinggan Ari licin macam tadi tu…” Ujar Mak Esah sambil memberi semua barang yang dibelinya kepada Nideeqa.

“Okeylah… Deeqa minta maaf… Deeqa pergi dapur masak.. Terima kasih sebab beli kan barang-barang ini..” Nideeqa mengambil barang-barang itu lalu pergi ke dapur dan menyusun kan bahan-bahan untuk makan malam nanti.

Setelah Mak Esah membersih kan rumah, dia menjenguk Nideeqa di dapur sambil meperhatikan Nideeqa semasa menumis sambal ikan bilis sambil menggoreng Karipap.

“Mak Esah?.... Kenapa Mak Esah pandang Deeqa macam tu?...”

“Eh… Tak lah… Mak Esah kagum dengan Deeqa… Dengan usia muda… Deeqa dah pandai kemas rumah, memasak dan mengaji… Beruntung arwah Mak Abah Deeqa... ”

“Terima… Kasih… Mak Esah… Deeqa nak tunaikan janji arwah Mak Abah… iaitu… jadi seorang Peguam…”

“Dah lah tu… Mak Esah yakin Deeqa akan berjaya…” Mak Esah memeluk Nideeqa sambil mencium dahi Nideeqa. Selepas masak, Mak Esah dan Nideeqa menghidang makanan di meja makan. Sementara menunggu kepulangan Kuzyari, Nideeqa pergi ke biliknya untuk membersih kan diri lalu menunaikan solat Isyak. Mak Esah pula sedang mengemas dapur agar semua barang teratur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience