Seminggu kemudian.
Sudah hampir dua bulan Nideeqa tidak pergi ke pejabat. Nideeqa risau kalau kerjanya akan bertambah dan tidak terurus. Justeru itu, dia meminta izin dari Kuzyari.
“Sayang.. Kenapa nak pergi kerja esok?... sayang kan baru sembuh…”
“Deeqa risau… sebab semua kes… Feeqa yang atasi semua itu… Deeqa perlu bantu dia Abang…”
“Jangan risau… Abang dah upah pekerja sementara untuk mengantikan Deeqa… Feeqa pun dah setuju dengan cadangan itu... “
“Abang… buat semua ini untuk Deeqa?...”
“Ya… Abang nak Deeqa betul-betul sembuh… baru Deeqa boleh mula kerja semula…”
“Terima kasih Abang…” Nideeqa peluk suaminya.
“Sama-sama Sayang…” Kuzyari memberi kucupan di kepala Nideeqa.
Tiba-tiba, bunyi loceng di luar pintu. Nideeqa pun turun dari biliknya lalu membuka pintu. Masa itu, Elqesyah berada di taska, Mak Mah dan Mak Esah keluar ke pasar. Hanya tinggal Kuzyari dan Nideeqa saja di rumah. Muka Nideeqa berubah apabila melihat kehadiran mak saudaranya di depannya.
Nideeqa terus menutup pintu itu dan mencari tempat untuk bersembunyi dengan keadaan tergesa-gesa. Kuzyari mula berasa pelik dengan reaksi isteri itu. Dia pun terus ke arah Nideeqa.
“Ya Allah… Deeqa… kenapa macam begini?...”
“Abang… Abang… Abang… tolong Deeqa… Deeqa takut…”
“Deeqa takut?... siapa di luar rumah itu?...”
“Puan Rokiah… Puan Rokiah… Puan Rokiah… dia datang Abang… Deeqa takut…”
“Deeqa… Deeqa… Deeqa… Abang ada… Tengok muka Abang… Tengok muka Abang… Selagi Abang masih hidup… Abang akan lindung Deeqa… jaga Deeqa…”
“Tapi dia datang Abang… dia nak pukul Deeqa… dera Deeqa… Deeqa takut Abang…”perasaan ketakutan Nideeqa meluap-luap.
“Abang faham… kita dengar dulu penjelasan dia… mungkin dia nak minta maaf kat Deeqa… atas kesalahan dia itu…”
“Tapi… nanti dia pukul Deeqa…”
“Jangan risau… sebelum dia pukul Deeqa… Abang pukul dia dulu… dah lah…cuba senyum sikit… Abang ada di sisi Deeqa…” Kuzyari peluk Nideeqa sambil membelai kepala Nideeqa.
“Ya Allah… tak sampai hati… aku melihat penderitaan yang isteriku lalui… begitu berat ujian yang Kau berikan kepada isteriku…”
Segala penderitaan Nideeqa lalui terlalu pahit dilupakan tambahan pula ketika itu dia masih muda dan mentah mengawal emosinya itu. Namun begitu, kekuatan dan semangat Nideeqa adalah dari sokongan suami yang dia cintai. Setelah Kuzyari pujuk dan tenang kan Nideeqa, mereka bersama membuka pintu itu. Disebabkan Nideeqa masih dalam ketakutan, dia berdiri di belakang Kuzyari sambil memeluk Kuzyari kuat-kuat.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam… oh Makcik… apa Makcik buat di sini?...”
“Makcik nak jumpa dengan Deeqa boleh?...”
“Tak nak… Tak nak… Deeqa tak nak jumpa dengan Puan!... “ Deeqa mula berontak tak tentu arah.
“Makcik balik lah… kan Deeqa dah kata dia tak nak jumpa dengan Makcik…”
“Tolonglah… Makcik ada hal penting…”
“Makcik ingat tak apa Makcik pernah kata dengan Deeqa dulu…”
“Ya Makcik… ingat… tapi berilah Makcik peluang untuk bercakap dengan Deeqa…”
“Saya sebagai suami dia… Saya tak kan izinkan Makcik berjumpa dengan Deeqa… lagipun Makcik dah tak mengaku Deeqa sebagai anak saudara Makcik…”
“Tolonglah… Makcik… merayu sangat… bagi Makcik peluang…”
“Takde peluang bagi Makcik… Makcik dah pijak maruah isteri saya… dan tuduh isteri saya bukan-bukan… yang saya takleh terima… Makcik pukul dia… dera dia… seksa dia… teruk-teruk… dan setelah 4 tahun… baru Makcik datang nak jumpa dengan dia… orang yang Makcik dah hina dan caci itu dulu...”
“Ya Allah… begitu berani suamiku… pertahankan untuk aku… aku mesti kuat… mungkin Makcik dah berubah… Ya Allah… Kau berikanlah aku kekuatan untuk berdepan dengan Makcik aku…” Nideeqa bangun dari lantai lalu ke arah Kuzyari sambil memegang bahu kanan Kuzyari lalu dia senyum pada Kuzyari.
“Abang… biarlah Puan masuk… kasi dia peluang untuk berkata…”
“Deeqa… betul Deeqa boleh?...”
“Insya-Allah… Deeqa boleh bertahan…”
“Baiklah… kami izinkan Makcik untuk bercakap… setelah itu… Makcik pergi dari sini dan jangan ganggu kami lagi… faham?!...”
“Ba… Baiklah… Makcik berjanji…”
Pasangan kekasih itu menjemput tetamu yang tidak diundang itu ke ruang tamu lalu mereka semua duduk di sofa. Mak Kiah mula berkata.
“Deeqa.... Makcik minta maaf… Makcik banyak berdosa dengan Deeqa… Makcik dah terima balasan dari Allah… Makcik dah kehilangan anak Makcik… Kamil… dan Kamal sekarang ditahan oleh pihak polis sebab disyaki memiliki dadah… kalau Makcik tak dapat peguam dalam masa terdekat ini… untuk meringankan hukuman Kamal… dia akan dihukum gantung… tolong lah Deeqa… hanya Deeqa saja boleh bantu Makcik...”
“Puan… saya boleh maafkan Puan… tapi… saya tak mampu bantu kes Puan…”
“Tolonglah… Deeqa… Makcik merayu sangat… Makcik susah nak cari peguam lain… sebab pembicaraan mahkamah minggu depan...”
“Makcik… Deeqa kan dah kata dia tak boleh… tolong Makcik pergi dari sini…” darah Kuzyari mula meluap-luap.
“Kenapa… Deeqa takleh bantu Makcik?...”
“Puan tak akan faham apa Deeqa lalui… Anak Puan cuba merogol Deeqa dulu!… jadi… macam mana Deeqa nak bantu orang yang cuba menjatuhkan maruah Deeqa?!…” Nideeqa bangun dari sofa lalu dia beredar dari situ.
“Deeqa… Makcik tahu anak Makcik bersalah… Makcik minta maaf… Makcik dah kehilangan Kamil… Makcik tak sanggup kehilangan Kamal juga…”
“Ya Allah… apa harus aku perlu buat?... patutkah aku bantu orang yang pernah musnah hidup aku dulu…” Nideeqa dalam dilema.
“Baiklah… Deeqa akan bantu Puan tapi… Puan hendaklah tandatangan surat perjanjian…”
“Ba… ba… baiklah… Makcik akan ikut apa kehendak Deeqa…”
“Ini kad alamat pejabat Deeqa… Puan pergi ke sana esok selepas makan tengahari… kita boleh bincang di sana...” Nideeqa memberi kad itu pada Mak Kiah.
“Terima kasih… Deeqa…” Mak Kiah pun menerima kad itu lalu dia pulang dengan hati yang lega.
Setelah Mak Kiah pulang, Kuzyari bertanya pada isterinya.
“Deeqa… apa Deeqa dah fikir masak-masak?”
“Dah Abang… kalau ini cari supaya Puan Rokiah tidak ganggu… Deeqa… lagi…”
“Tapi Deeqa ikhlas tak?...”
“Kenapa Abang tanya begitu?...”
“Deeqa… kalau niat kita baik untuk membuat sesuatu… Insya-Allah kita diberkati dari-Nya… Abang tak nak Deeqa buat semata-mata Deeqa terpaksa…”
“Abang… Deeqa faham… lagi pun Puan Rokiah adalah sebahagian dari keluarga kita… kalau Deeqa tak bantu… siapa lagi?...”
“Abang bangga dengan Deeqa… Abang doakan semoga semua urusan kita dipermudah kan... “
Pada keesokan harinya, Mak Kiah pergi ke firma Nideeqa dan dia sedang mencari Nideeqa. Shafeeqa pun menegur.
“Assalamualaikum… Puan sedang mencari siapa?...”
“Oh… Makcik nak jumpa dengan Deeqa…”
“Dia ada dalam bilik… Puan ini siapa?...”
“Saya Puan Rokiah… mak saudara Deeqa…”
“Okey… kejap ya… saya panggil kan Deeqa…”Shafeeqa pergi ke bilik Nideeqa dan beritahu dia bahawa ada orang mencarinya.
“Hey beb… mak saudara kau… datang… dia ada di luar…”
“Okey… kau bawa dia di sini… terima kasih…”
“Puan… Puan boleh masuk... “
“Baiklah… terima kasih…”
Mak Kiah pun masuk ke bilik Nideeqa. Nideeqa tidak membuang masa dan dia memberikan dokumen untuk ditandatangani. Dalam isi kandungan dokumen itu, ada perjanjian bahawa selepas Nideeqa selesai kes, Mak Kiah dan anaknya tidak boleh ganggu hidupnya lagi dan seluruh hak hartanah dari arwah Mak Abah Nideeqa tidak akan diserah kepada Mak Kiah dan anaknya.
Mak Kiah pun setuju dan dia tandatangan surat itu. Mak Kiah cuba berbaik dengan Nideeqa namun Nideeqa cuma melayan Mak Kiah tidak lebih dari seorang klien. Nideeqa masih berpegang dengan prinsipnya ketika di firma.
Sementara di lokap, Kamal termenung dan teringat dengan apa yang pihak polis beritahu kepada maknya.
“Puan mesti dapatkan peguam untuk ringankan hukuman… kalau tidak, anak Puan akan dihukum gantung sebab memiliki dadah…”
“Aku tak nak mati… Aku tak nak mati…” Kamal meraung dan memberontak tidak tentu arah.
Manakala di firma, Shafeeqa bertanya dengan Nideeqa.
“Hoi… beb… tadi apa kes?...”
“Oh… anak dia terlibat dengan dadah…”
“Tengoklah… anak punya pasal… mak jadi… mangsa… tapi kan bukan ke dia tu yang pukul kau dulu… seperti mana kau ceritakan aku semasa kita di kolej dulu?...”
“Ish kau ni kan… macam pegawai polis pula… ya… dialah yang pernah pukul aku…”
“Tapi aku hairan lah… dia dah buat macam kat kau… kau boleh bantu dia…”
“Takpe lah… lagipun aku dah buat perjanjian supaya dia tidak boleh ganggu hidup aku lagi selepas aku selesai kan kes anak dia…”
“Apa-apa pun… aku bangga dengan kau beb… susah tau orang nak maafkan orang yang sudah aniaya kan kita…”
“Dah lah… kita pun manusia biasa… tidak lepas dari kesilapan… aku boleh maaf kan dia… cuma aku tak mampu anggap dia... mak saudara aku…”
“Betul juga cakap kau… dah lah… masa dah nak habis waktu kerja… jom kita balik…”
“Ya lah… aku kena masak karipap ikan bilis untuk Qesyah…”
“Habis tu… untuk aku takde?...”
“Kau suruh Abang Deriz buat kan lah…” Nideeqa mengusik Shafeeqa.
“Wow… dah pandai sakat aku pula... “ Shafeeqa mula merajuk.
“Lah… merajuk pula kawan aku ni… okeylah… besok aku bawa karipap ikan bilis untuk kau…”
“Okeylah… ini macam aku suka dengan kau… beb…”
“Okeylah… aku bergerak dulu…”
Share this novel