Seminggu kemudian.
Hari pembicaraan pun tiba dan Mak Kiah sedang duduk di mahkamah. Sebagai peguam bela, Nideeqa membantu Mak Kiah untuk meringankan hukuman Kamal.
“Yang arif, izinkan saya bertanya sepatah dua dengan tertuduh?...” Nideeqa meminta izin.
“Mahkamah diberi kebenaran…” ujar Hakim.
“Encik Kamal… apa punca Encik Kamal menyebarkan gejala dadah itu?...”
“Sebab… aku dipaksa oleh Ahlong… aku berhutang dengannya RM10 ribu…”
“Baiklah… lagi satu soalan… kenapa Encik Kamal… meminjam duit dari Ahlong?..”
“Aku nak berniaga… buka bengkel motor… tapi rakan kongsi aku tipu aku… duit semua dah habis dia sapu…”
“Baiklah. Itu saja pertanyaan saya…”
“Yang arif, saya ingin menanya beberapa soalan dari tertuduh?...” pegawai polis ingin bertanya pada tertuduh.
“Mahkamah diberi kebenaran…” ujar Hakim.
“Encik Kamal… tahukah awak bahawa barang yang awak hantar itu adalah dadah?...”
“Sebenarnya aku tak tahu… barang-barang itu semua dibungkus dalam kotak mancis… mereka pun tidak bilang aku yang barang itu mengandungi dadah…”
“Pernah kah awak berasa curiga?...”
“Tak sebab aku terikat dengan hutang Ahlong…”
“Baiklah… itu saja soalan saya…”
“Yang arif… izinkan saya berkata?...”
“Mahkamah diberi kebenaran…” ujar Hakim.
“Menurut penjelasan dari Encik Kamal… beliau sedang dijadikan sebagai ‘scapegoat’ supaya pihak polis tidak dapat cari dalangnya… mungkin dia terbuat silap meminjam duit dari Ahlong… tapi itu tak bermakna dia menjual dadah… kalau betul dia jual dadah… dia akan tahu siapa pembekal dia dan pihak polis akan buat serbuan dari ‘supplier’ itu… saya tahu mengikut akta dadah berbahaya (DDA)… tertuduh akan dihukum gantung kalau dia betul-betul niat nak jual dadah…”
“Saya bangkang yang arif… ini telah memperlekehkan prestasi pihak polis…”pegawai polis menyampuk.
“Bangkangan diterima”
“Maaf yang arif… boleh saya teruskan?...”
“Baiklah… teruskan…”
“Saya tidak berniat memperlekehkan tanggung jawab pihak polis… malah… apa yang saya nak sampaikan… adalah… kes ini boleh berlaku sesiapa saja… jadi oleh itu… saya berharap agar Encik Kamal diringankan hukumannya… itu saja yang saya nak sampaikan…”
“Baiklah… mahkamah berehat seketika!...” Hakim mengetukkan tukul itu dan semua orang pun berehat selama 30 minit.
Setelah itu, Hakim pun membuat keputusan.
“Mengikut keterangan dan bukti dari Peguam Nideeqa Elmenda… saya… ingin memutuskan bahawa Encik Kamal tidak didapati salah atas memiliki dadah… tetapi... oleh kerana dia meminjam duit dari pinjaman haram… dia akan dihukum penjara selama 4 tahun dan disebat 5 kali… sekian… pembicaraan ini sudah selesai…” ujar Hakim sambil mengetukkan tukul itu.
Mak Kiah bersyukur sebab anaknya tidak dihukum gantung. Dia kini telah sedar akan kesilapannya terhadap Nideeqa. Kuzyari sangat bangga dengan isterinya atas perbuatannya yang ikhlas dan mulia itu.
Setelah selesai pembicaraan di mahkamah, Mak Kiah pun pulang ke rumahnya. Sementara itu, ada enam orang tidak dikenali memecah masuk ke dalam rumah Mak Kiah lalu mereka hanya duduk di sofa sahaja untuk menunggu kepulangan Mak Kiah.
Setibanya Mak Kiah sampai di depan rumahnya, dia membuka pintunya dengan hati yang lega lalu masuk ke dalam sambil menekan suis lampu. Mak Kiah mula lemah semangat apabila dia terlihat enam orang duduk di sofanya.
“Sabar dulu mak cik…. Jangan terkejut…” salah seorang dari enam orang itu cuba menegur.
“Eh… kau semua ni siapa?... ini rumah aku!... lebih baik kau semua pergi… kalau tak aku panggil polis!!!” balas Mak Kiah dengan suara yang tinggi.
Ketua dari enam orang itu, Nisyam, pun bangun dari sofa itu lalu berjalan ke arah Mak Kiah.
“Apa?... ini rumah mak cik?... kalau betul ini rumah mak cik… habis itu… ini apa?...” Nisyam menunjukan surat geran rumah Mak Kiah kepada Mak Kiah.
“Eh.. itu surat aku!... pulangkan!...” Mak Kiah cuba rampas semula surat itu dan Nisyam cuba mengelaknya.
“Kalau mak cik nak surat ini… mak cik kena tolong kami dulu…”
“Tolong apa?” soal Mak Kiah.
“Aku nak rumah ini jadi tempat seludup untuk dadah kami… jadi mak cik mesti tolong kami…” jelas Nisyam dengan senyuman kucing.
“Apa? Buat tempat simpan dadah? Aku tak nak… baik kau semua pergi… kalau tak…”
“Okay… kalau mak cik tak nak kerjasama dengan kami… mak cik harus keluar dari sini… sebab geran rumah ini ada pada aku…” Gertakan Nisyam.
“Macam mana kau ada geran rumah aku?...” soal Mak Kiah sambil cuba merampas surat itu.
“Oh… yang ini… tanyalah anak kesayangan kau… dia yang bagi ini pada aku... sebab dia berhutang dengan aku… jadi… dia bagi geran ini untuk tebus semua hutangnya…”
“Aku tak nak bersubahat dengan kegiatan haram kau!... keluar!... “ Mak Kiah cuba menarik Nizyam ke luar pintu tetapi Nizyam menolaknya.
“Hei mak cik… aku boleh keluar sekarang… tapi sebelum 12 tengah malam… aku nak mak cik keluar dari sini… kalau tak… aku bakar rumah ini…” tegas Nisyam lalu mereka berenam beredar dari rumah Mak Kiah.
Mak Kiah sudah mati kutu dan dia hanya boleh keluar dari rumahnya demi mengelakkan dirinya daripada kegiatan haram. Masa adalah berharga dan Mak Kiah sangat menyesal sebab dia tidak mengambil tahu kegiatan anak-anaknya itu. Dia pergi ke biliknya untuk mengemaskan pakaiannya itu.
Di rumah Kuzyari, ada sambutan kecil untuk meraikan kedua pasangan yang akan duduk di jinjang pelamin tidak lama lagi. Nideeqa sangat bersyukur bahawa sahabat karibnya akan menjadi isteri orang. Bukan itu sahaja, malah sambutan tersebut juga meraikan keluarga Kuzyari dan Nideeqa setelah sekian lama berpisah serta merapatkan lagi hubungan seorang ibu dan anaknya.
Di markas Nisyam, Nisyam telah mengarahkan tiga orang suruhannya untuk menghalau Mak Kiah secara paksa. Justeru itu, pada waktu 9 malam ketika Mak Kiah sedang baring sambil melelapkan matanya, seorang dari mereka itu menutup mulut Mak Kiah dengan kain berisikan Styrofoam sehingga Mak Kiah tidak mampu bangun. Dua orang dari mereka pun mula mengikat kaki dan tangan Mak Kiah dengan bungkusan plastik.
Setelah itu, mereka bertiga mengangkat Mak Kiah dan letakkan di belakang duduk kereta mereka. Mengikut perintah ketua mereka, mereka menghumbankan Mak Kiah jauh dari Kuala Lumpur dengan sehelai pinggang sahaja. Semua kad pengenalan dan informasi tentang Mak Kiah telah dirampas oleh mereka bertiga itu.
Pada keesokan harinya, mata Mak Kiah mula celik dengan perlahan lalu dia memandang di sekelilingnya sambil memeriksa barang-barang penting dalam begnya.
“Semua barang-barang aku…. Dah tak ada?... di mana aku berada sekarang ni?... macam mana aku nak pulang?...” pelbagai soalan telah belenggu di fikiran Mak Kiah.
Oleh kerana amat sukar di hadam oleh Mak Kiah, dia mula meraung sambil bertanya orang yang tinggal di situ. Kelakuan Mak Kiah tidak tumpah seperti kucing kehilangan anaknya dan kebanyakan orang di situ enggan balas setiap pertanyaan dari Mak Kiah.
“Ya Allah, adakah ini pembalasan yang Kau berikan kepada diriku?... aku betul-betul menyesal sebab mendera anak saudara aku sendiri… kini aku telah kehilangan semuanya… anak-anak aku… rumah aku… dan harta benda aku…sekarang manakah harus aku tuju?” rintihan seorang wanita yang telah hilang hala tujunya.
Share this novel