Babak 10

Romance Completed 10235

4 tahun kemudian.

“Alhamdulilah… akhirnya aku berjaya membina firma sendiri… Fee & Dee Law Corporation. Aku bersyukur ditemukan kawan seperti Shafeeqa semasa di Universiti… tanpa dia… aku tak mampu buat ini sendirian… Mak Abah… Deeqa dah tunaikan permintaan Mak Abah… Deeqa harap… Mak Abah… bangga dengan kerjaya Deeqa sekarang…” Nideeqa termenung sambil melihat logo firma-nya. Penampilan Nideeqa pun sudah berubah dan dia kini berhijab dengan berpakaian yang menutup aurat-nya.

“Hoi… Deeqa...kau ni asyik khayal je…”

“Ish… takde lah Feeqa… aku sedang memikirkan firma yang kita tuguhkan bersama…”

“Ya lah… berjaya juga kita ni kan…”

“Feeqa dah makan?...”

“Belum lagi… jom kita pergi ‘lunch’...”

“Okey… “ Nideeqa dan Shafeeqa keluar dari firma untuk makan tengahari.

Sementara itu, syarikat Kuzyari, Merpati Biru Holdings, menghadapi saman dari kliennya atas lambat pembinaan dan menggunakan barang yang tidak berkualiti. Selama berpuluh-puluh tahun, tidak ada pernah ada saman dari syarikat Kuzyari dan Kuzyari syak ada orang yang ingin mensabotajnya untuk menjatuhkan syarikatnya.

Setiausaha Kuzyari, Amelia, sedang mencari peguam bela untuk membantu kes tersebut. Ada 10 talian nombor firma peguam bertauliah dan 9 daripadanya tidak setuju sebab mereka tidak mahu mengambil risiko untuk membantu syarikat Kuzyari. Amelia cuba memanggil dari talian nombor terakhir iaitu Fee & Dee Law Corporation.

“Helo… Fee & Dee Law Corporation.. Cik Shafeeqa bercakap…”

“Helo… Saya Amelia setiausaha dari syarikat Merpati Biru Holdings…”

“Ya Cik Amelia… boleh saya bantu?...”

“Sebenarnya… syarikat kami perlukan peguam bela bagi kes pecah amanah… boleh tak Cik Shafeeqa jumpa dengan boss saya esok?...”

“Oh.. kes pecah amanah… boleh… pukul berapa esok Cik Amelia nak pihak kami berjumpa?...”
“Erhmmm… Pukul 11 pagi boleh?...”

“Sekejap ya… saya nak lihat jadual kami esok… Oh maaf Cik Amelia… pukul 11 pagi tak boleh… pukul 2 petang boleh... ”

“2 petang?... Sekejap ya… saya lihat jadual bos saya… helo… Cik Shafeeqa… pukul 2 petang boleh…”

“Okey lah… kita jumpa esok ya… terima kasih… bye…”

Setelah Shafeeqa meletakkan telefonnya, dia memanggil Nideeqa di bilik pejabatnya.

“Deeqa… Aku nak kau ‘handle’ kes ini…” Shafeeqa memberi maklumat kepada Nideeqa.

“Kenapa aku?... aku ada banyak kerja ni…”

“Helo… Deeqa… kita berdua je disini… aku sekarang ada 5 kes… kau cuma 3 kes je.. Kau tolong lah aku…. Nanti aku belanja kau makan okey…” jelas Shafeeqa sambil menyusun sepuluh jari.

“Okey lah… aku tolong kau…”

Sementara itu, Puan Kamsyiah pergi ke sebuah kampung yang adiknya pernah tinggal di situ. Sudah lama Puan Kamsyiah mencari adiknya yang hilang itu dan akhirnya dapat jumpa setelah orang penyiasat sendirian Puan Kamsyiah memberi maklumat tentang keberadaan adiknya.

Dia bertanya kepada penghulu kampung sama ada adiknya tinggal di sini atau tidak. Pak Azman memberitahu kepada Puan Kamsyiah bahawa adiknya yang hilang itu sudah meninggal dunia bersama suaminya dan mereka mempunyai seorang anak perempuan dan sudah kahwin dan pemuda tampan. Pak Azman lupa nama suami Nideeqa tapi dia memberi alamat rumah yang Nideeqa sedang tinggal bersama suaminya. Puan Kamsyiah pun berundur diri lalu pulang ke rumahnya.

Di rumah Mak Mah, Nideeqa pulang sambil memanggil anaknya.

“Qesyah…”

“Mama..” Elqesyah memeluk ibunya.

“Qesyah dah makan?...”

“Belum… tunggu Mama makan sama…”

“Aw… baiknya anak Mama ni…” Nideeqa memberi kucupan di pipi Elqesyah.

“Deeqa… baru balik?... macam mana kerja okey?...”

“Ya Mak Mah… banyak kes tapi Deeqa cuba buat waktu kerja je…”

“Oh… begitu… jom.. Kita makan bersama…”

“Baiklah… Deeqa tukar pakaian kejap… Qesyah… Qesyah pergi kat Tok Mah…Mama pergi bilik jap...”

“Baik Mama…”

Selepas Nideeqa salin pakaian, dia dengan keluarga kecilnya sedang makan malam sambil borak panjang.

“Mama…”

“Ya Qesyah…”

“Qesyah nak Karipap ikan bilis… besok Mama boleh buat kan?...”

“Boleh… Mama akan buat apa saja untuk Qesyah… tapi Qesyah kena dengar cakap Tok Mah okey?...”

“Ya Mama… terima kasih Mama…”

“Larat ke Deeqa bangun awal nak buat Karipap?...”

“Boleh lah Mak Mak… Deeqa dah biasa pun…”

Sementara itu di rumah Kuzyari, Mak Esah sedang menyiap kan Karipap ikan bilis untuk Kuzyari. Meskipun bentuknya sama, tapi rasanya tidak seperti air tangan isterinya sendiri.

Kuzyari langsung tidak putus asa mencari isterinya sendiri. Dia yakin bahawa dia akan bertemu semula dengan isterinya. Mak Esah faham perasaan Kuzyari dan dia cuba memujuk dan memberi kata-kata semangat Kuzyari supaya Kuzyari mampu hadapi hari esok.

Di rumah Puan Kamsyiah, Puan Kamsyiah sedang memikirkan sama ada dia patut berjumpa dengan anak saudaranya atau tidak. Setelah panjang memikirkannya, Puan Kamsyiah mengambil keputusan untuk jumpa anak saudaranya pada hujung minggu ini.

Keesokan harinya pada pukul 1.50 petang, Nideeqa sampai di pejabat Merpati Biru Holdings lalu dia menanya pada Amelia di manakah bilik Encik Afshah. Amelia menemani Nideeqa ke bilik Encik Afshah lalu mengetuk pintunya.

“Masuk…”

“Encik Afshah… Cik Elmenda Peguambela dah sampai…”

“Okey… terima kasih Amelia… tolong tutup pintu…” Kuzyari sedang memandang di jendela.

“Baik Encik Afshah…” Amelia keluar dari bilik itu sambil menutup kan pintu.

“Terima kasih... sebab Cik sudi bantu kes ini…” Kuzyari pun pusing kerusinya ke arah Nideeqa.

“Abang Ari?...”Nideeqa terpaku.

“Deeqa?...” Kuzyari bangun dari kerusi itu lalu bergegas ke arah Nideeqa sambil memeluknya.

“Syukur Alhamdulilah… Deeqa pergi mana?... puas Abang mencari Deeqa… Maaf kan Abang… “Kuzyari mula merintih.

“Abang… Deeqa minta maaf… Deeqa takleh jumpa Abang…” jawab Nideeqa sambil menolak pelukan itu.

“Kenapa ini Deeqa?... Deeqa tak sayang kan Abang?...”

“Deeqa… Deeqa… tak nak Bonda Abang dan Abang bertengkar… lagi pun Abang dah kahwin dengan calon pilihan Bonda Abang…”

“Tak Deeqa… Abang tak jadi kahwin… sebab perempuan tu... sedang mengandung kan anak orang lain…”

“Abang… tolong lah… jangan cari Deeqa… Deeqa taknak Bonda Abang tahu…”

“Deeqa!... dengar sini!… Abang tahu semua ini kesilapan Bonda Abang… Maaf kan Abang... tolong jangan hukum Abang… Kalau Deeqa nak tahu… tak sedetik pun… abang lupa kan Deeqa… tiap-tiap hari.. Abang mencari Deeqa sampai lewat malam… dan setiap hari juga abang berdoa agar Allah temukan Abang dengan Deeqa semula… Tolong Deeqa… Jangan tinggalkan Abang lagi...” Jelas Kuzyari sambil memegang kedua bahu Nideeqa.

“Abang… Deeqa minta maaf… kata-kata Bonda Abang membuat hati Deeqa terguris… Deeqa tak nak maruah Deeqa dipijak begitu saja…”

“Abang faham Deeqa… tapi maaf kan lah Bonda Abang… lagipun dia pun Mak saudara Deeqa…”

“Deeqa dah maafkan Bonda Abang… cuma Deeqa tak mampu berdepan Bonda Abang…”

“Tolong Deeqa… kita bincang ini diluar?… dah lama tak jumpa…”

“Okey lah Abang… Deeqa boleh ikut Abang… tapi beri Deeqa masa untuk tinggal bersama Abang..”

“Okey Deeqa… Abang tak paksa… tapi ikut Abang pergi makan ya?...”

“Okey lah…”

Kuzyari dan Nideeqa pun keluar dari bilik Kuzyari lalu mereka pergi satu tempat restoran dan mereka mula berbincang. Kuzyari mula cerita kan apa yang berlaku pada dirinya setelah kejadian. Dan Nideeqa pun cerita kan nasib-nya, apa yang dia lalui dan jelaskan tentang cek itu.

“Apa?... Abang ada anak perempuan… Kenapa Deeqa tak bilang abang dulu?...”

“Masa tu, Deeqa baru je tahu yang Deeqa ni mengandung dan belum sempat beritahu kat Abang, Bonda Abang sampai dan Deeqa diusirnya…”

“Jadi cek itu… Deeqa cuma gunakan untuk barang keperluan anak kita?...”

“Ya Abang… Deeqa tak sentuh pun untuk pembelanjaan universiti Deeqa…”

“Deeqa… Boleh Abang… jumpa anak Abang…”

“Boleh… Tak kan Deeqa nak putus kan hubungan bapa dan anak… tapi bila?...”

“Sekarang boleh?...”

“Boleh Abang… tapi kereta Deeqa…”

“Takpe… Deeqa letak kereta Deeqa di pejabat Abang… kita naik kereta Abang je okey…”

“Okeylah… Deeqa ikut Abang je…”

Nideeqa mengikut Kuzyari dan menaiki kereta Kuzyari lalu menuju ke rumah Mak Mah. Meskipun berpisah 4 tahun lebih, cinta Kuzyari pada Nideeqa tidak pernah berubah dan begitu juga kasih sayang Nideeqa terhadap Kuzyari. Oleh kerana keegoan mereka, mereka tidak berkata apa-apa pun.

Apabila mereka sampai rumah Mak Mah, Elqesyah terdengar bunyi kereta di luar lalu dia keluar dan menjemput ibunya.

“Mama!...”

“Eh… Qesyah…”

“Siapa dia ni Mama?...”

“Qesyah… ini Papa Qesyah… Mama pernah bilang Qesyah yang dia berlayar jauh… sekarang dia dah pulang… pergi salam Papa Qesyah…” Nideeqa merendahkan badannya sambil menatap wajah Elqesyah.

“Papa Qesyah?... Papa!...” Elqesyah pun memeluk bapanya.

“Anakku… maafkan Papa... “

“Abang... nama anak kita Nur Elqesyah…”

“Papa pergi mana?... Papa tak nak jumpa Qesyah ke?...”

“Papa pergi jauh sayang… Papa janji… Papa tidak tinggalkan Qesyah dan Mama lagi… Maafkan Papa… Qesyah…”Kuzyari memeluk sambil mencium dahi Elqesyah.

Mak Mah terdengar riuh rendah di luar rumahnya lalu dia pun keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Apa bising-bising ni?...”

“Tok Mah… ini Papa Qesyah…”Elqesyah memanggil Mak Mah dengan senang hati.

“Eh… Encik Ari?...”

“Mak Mah?... Mak Mah.. Mak Mah apa khabar?...”Kuzyari salam tangan Mak Mah.

“Alhamdulilah Mak Mah sihat… wah… kecil dunia ini… Mak Mah tak tahu Deeqa ni isteri Ari…”

“Macam mana Abang kenal Mak Mah?...”

“Oh… Mak Mah ni bekas pembantu rumah di rumah Bonda Abang… Mak Mah berhenti kerja sejak kehilangan anak perempuannya… dan Mak Mah kata… dia ingin membawa diri jauh dari kami…Kalau Abang tahu Deeqa tinggal dengan Mak Mah… dah lama kita jumpa semula...”

“Sudah lah tu Ari… ini semua takdir Allah… Syukur lah kita semua berkumpul semula… Masuk lah… kita makan bersama... Qesyah… ajak Mama Papa Qesyah masuk ke dalam…”

“Baik Tok Mah… Mama Papa… jom kita makan!..” Elqesyah memimpin kedua tangannya ke tangan ibu bapanya sebelah-belahan lalu.

Mereka semua berkumpul di meja makan sambil menjamu selera dan memborak panjang.

“Papa… Papa… cuba Karipap ini… Mama buat… sedap…” Elqesyah memberi Karipap ikan bilis kepada bapanya.

“Oh… terima kasih Qesyah…Papa cuba ya...” Kuzyari menerima Karipap itu lalu memakannya. Air mata Kuzyari mula mengalir sambil menikmati Karipap itu.

“Papa… kenapa Papa nangis?...”

“Papa… rindu masakan Mama Qesyah…”

“Kalau Qesyah nak tahu… Papa Qesyah ni… manja sangat… macam Qesyah…” Nideeqa menyapu sambil menyakat suaminya.

“Ish… Deeqa ni… suka sakat Abang… Susah tau nak rasa Karipap Deeqa ni…”

“Mak Esah kan boleh masak… dia tahu resipi Deeqa…”

“Memang Mak Esah boleh masak.. Tapi tak sesedap Deeqa masak…. “ Ujar Kuzyari pula.

“Alah… Cakap je nak masakan dari air tangan isteri…” Mak Mah menyampuk.

“Teruk lah Abang ni… nanti Deeqa bagi tahu Mak Esah... baru tahu…”

“Cakap pasal Mak Esah… boleh tak Deeqa dan Qesyah pergi rumah Abang hujung minggu ini?... Mak Esah rindu dengan Deeqa… Kalau dia tahu dia ada cucu secomel Qesyah ni… tentu dia gembira...”

“Tak boleh Abang… rumah Abang kan dekat dengan rumah Bonda Abang… Deeqa belum sedia berdepan Bonda Abang...”

“Eh.. tak rumah yang pertama kali Deeqa tinggal bersama Abang itu…”

“Deeqa… pergi lah dengan Ari… tak baik tau menghampakan permintaan suami… berdosa…”

“Tapi Mak Mah… tak kan Deeqa tergamak tinggal kan Mak Mah sendirian…”

“Betul tu Mama… Papa.. Ajak Tok Mah sekali boleh.. Tok Mah ikut lah…”

“Papa nak ajak… Tok Mah kalau Tok Mah sudi ikut dengan kami…”

“Takpe lah Ari… Mak Mah segan lah…”

“Apa Mak Mah cakap begitu… kita sekarang kan dah sekeluarga… kalau Mak Mah tak pergi… Deeqa tak nak pergi…”

“Baiklah… Mak Mah ikut…”

“Yay!... “ teriak Elqesyah.

Setelah makan malam dan rancak berbual, Kuzyari ingin meminta diri. Mak Mah mempelawa Kuzyari untuk tidur di sini semalam sebab sudah larut malam dan tidak sampai.

“Ari… tidur je malam ni.. Lagi pun dah malam... “

“Takpe.. Mak Mah… Ari pulang dulu…”

“Papa… Papa… tidur sini… Qesyah tak nak Papa pergi…”Elqesyah memujuk bapanya.

“Abang… tak rindukan Qesyah ke… dia dah pujuk Abang tu…” Tambah Nideeqa.

“Baiklah… Abang tidur sini…Qesyah… Papa tak pergi mana-mana… Papa tidur sini ya...”

Nideeqa pun tunjuk kan Kuzyari biliknya. Mak Mah menemani Elqesyah tidur sementara Nideeqa dan Kuzyari masih bersembang dalam biliknya.

“Hais… cantik sungguh isteri Abang ini... “

“Dah mula lah puji Deeqa lambung tinggi…”

“Kenapa?... tak suka?...”

“Deeqa malu lah… Dah Abang pergi tidur… Esok nak ke pejabat kan?...”

“Deeqa… tunggu sekejap..” Kuzyari memegang tangan kanan Nideeqa.

“Kenapa Abang ni?...”

“Terima kasih… sebab terima Abang semula dalam hidup Deeqa…Abang cinta kan Deeqa...”

“Abang… Deeqa tak pernah lupa kan Abang… Deeqa… nak Abang tahu… Deeqa akan selalu menunggu Abang walaupun seribu tahun sekalipun Deeqa tetap tunggu... Deeqa tersayangkan Abang...“

“Abang harap lepas ini... kita mula kan hidup baharu… Biarlah sejarah silam itu menjadi pengalaman untuk kita memahami antara satu sama lain…”

“Baik lah… Abang tidur dulu… Deeqa nak mandi dulu...”

“Okey… Abang tidur dulu… selamat malam…”

Pada keesokan harinya, apabila Nideeqa sampai di ofis, Shafeeqa ternampak Nideeqa dihantar oleh seorang lelaki lalu dia menegur Nideeqa.

“Hwei… Siapa lelaki tu?...”

“Erhmm… dia suami aku…”

“Apa?! Suami?... bila kau dah kahwin… tak jemput aku pun majlis kenduri…”

“Sori beb… Aku dah kahwin 4 tahun lepas…”

“Apa?... kau ni… perkara macam gini pun nak rahsia kat aku… kita kan kawan…”

“Sori… Sori… kau dah makan?... kalau tak kita pergi ‘breakfast’... Aku belanja…”

“Okey… tapi kau mesti cerita kat aku tau…”

“Ya… aku janji…”

“Nasib baik kau belanja… jimat aku hari ini…”

“Haiz… perli nampak… aku tarik balik kan... gigi jari kau nanti…”

“Okey… sori lah beb... “

Shafeeqa dan Nideeqa pun pergi ke kafe berdekatan untuk bersarapan sambil Nideeqa cerita kisahnya kepada Shafeeqa.

“Begitu lah ceritanya Feeqa....”

“Wah… sungguh ‘complicated’ kisah hidup kau beb… macam drama melayu pula…”

“Apa lah kau ni… sejarah kita kan berbeza… macam ‘ex-boyfriend’ kau yang curang tu…”
“Ish.. kau ni.. Aku nak lupa kan lelaki tak guna tu… kau asyik ingat kan aku je…”

“Hah… tahu pun… nak sakat aku lagi…”

“Okey lah sori… kosong-kosong?...”

“Kosong-kosong…”

“Feeqa… pengalaman macam itu lah yang banyak mengajar kita erti kehidupan dan semangat untuk menghadapi hari esok…”

“Wah… wah… pandai juga kau ini… aku rasa kau tersalah ambil bidang lah..”

“Ini bidang aku minat lah...kenapa?...”

“Kau sepatutnya jadi kaunselor…” Shafeeqa mengusik.

“Haiz… ya lah sangat… nanti aku nasihat kan kau 7 hari 7 malam… sampai kau takleh tidur…”Nideeqa pun mengusik balik.

“Okey… okey… kalau kita bercakap… sampai esok pun belum tentu habis… jom kita gerak..”

“Ya lah.. Aku kena pergi ofis suami aku… sebab nak bincang kes nya…”

“Alah… rindu kan suami lah tu… bila lah… jodoh aku…”

“Kau cerewet sangat… jom ikut aku… pergi ofis suami aku… mana lah tahu kau akan temu jodoh kau pula…”

“Tak nak lah… aku macam ganggu ‘privacy’ kau je..”

“Bukan macam itu… kereta aku ada kat ofis suamiku… jadi aku perlu kan kau hantar aku ke sana.. Boleh?..”

“Boleh… kita kan kawan… Jom… aku hantar kau...”

“Terima kasih Feeqa…”

“Sama-sama…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience