Babak 8

Romance Completed 10235

4 hari kemudian.

Kuzyari dan Nideeqa sudah menjadi suami isteri yang sah dan mereka berhajat untuk menziarahi kubur arwah Mak Abah Nideeqa sebelum Kuzyari mengajak Nideeqa pergi ke rumah Kuzyari yang berhampiran dari rumah Bonda-nya sementara Mak Esah sedang menjaga rumah Kuzyari. Nideeqa pun tidak sabar pergi kampung halaman dan oleh kerana itu, dia membaca buku dalam untuk mengisi masanya semasa perjalanan ke kampungnya.

Selepas 6 jam dalam kereta, Kuzyari dan Nideeqa sudah sampai ke rumah Nideeqa lalu Nideeqa keluar dari keretanya. Kuzyari faham dengan Nideeqa yang bersungguh-sungguh itu dan dia meninggal kan keretanya lalu Nideeqa mengajak Kuzyari untuk menziarahi arwah Mak Abah Nideeqa. Mereka sampai ke tanah perkuburan lalu mereka berdoa.

“Mak Abah… Deeqa dah tahu apa yang berlaku… Mak Abah jangan risau kan Deeqa… Deeqa dah kahwin… Ini Suami Deeqa… Kuzyari… Anak saudara Mak... Dia sangat baik pada Deeqa… Deeqa janji Deeqa tunaikan permintaan Mak Abah. Deeqa akan selalu doa kan Mak Abah…supaya tenang di sana…” Ujar Nideeqa sambil menyiram kan air bunga kedua kubur arwah-nya.

Semasa perjalanan ke rumah Nideeqa, Pak Azman mula menegur Nideeqa. Nideeqa pun kenal suaminya Kuzyari yang juga anak saudara belah Maknya pada Pak Azman. Pak Azman sebenarnya ada hal penting ingin menyampai kan kepada Nideeqa dan dia mengajak mereka ke rumahnya.

Setelah sampai di rumah, isteri Pak Azman menjemput Nideeqa dan Kuzyari dengan hati terbuka dan mereka pun duduk di ruang tamu. Sementara itu, Pak Azman masuk ke biliknya lalu dia mengambil sampul surat dan beralih ke ruang tamu.

“Deeqa… ini untuk Deeqa…”
“Surat apa ini Pak Azman?”

“Ini surat wasiat dari arwah Abah kamu… Dia pesan pada aku untuk bagi kamu… setelah kamu dapat keputusan SPM kamu kalau Abah kamu meninggal…”

“Surat wasiat?...” Nideeqa keliru sambil membuka sampul surat itu. Dalam sampul itu, terdapat 4 pucuk surat.

“Sebenarnya… Abah kamu ini suka berahsia… Tapi Pak Azman harap… Deeqa jangan kecil hati…”

“Baiklah Pak Azman… terima kasih sebab simpan kan wasiat ini untuk Deeqa…”

“Takpe… minum lah… nanti kita makan bersama ya…”

“Maaf kan kami Pak Azman… Saya dan Deeqa tidak boleh duduk lama… sebab kami perlu balik KL sebelum malam…”

“Baiklah… Kalau begitu… Pak Azman pun bersyukur sangat sebab Deeqa pun dah kahwin.... Kamu Kuzyari… jaga Deeqa ini baik-baik…”

“Insya-Allah Pak Azman… Saya akan jaga Deeqa macam mana saya jaga diri saya…”

Kuzyari dan Nideeqa pun beredar dari rumah Pak Azman lalu mereka naik keretanya untuk meneruskan perjalanan mereka ke rumah Kuzyari yang berdekatan dari rumah Bonda Kuzyari. Nideeqa ikut saja apa kehendak Kuzyari sebab dia tahu hanya Kuzyari yang boleh melindunginya dan juga dia hendak mula hidup baharu dengan suaminya. Semasa dalam kereta, Nideeqa membaca isi kandung surat wasiat dari bapanya.

“Kepada anakku si cantik manis ni, Nideeqa Elmenda binte Farouk… Surat ini Abah tulis kan pada kamu kalau apa-apa yang berlaku pada Mak dan Abah… Deeqa… Mak dan Abah sebenarnya menyimpan rahsia dan Abah harap Deeqa tidak kecil hati dengan kami…

Mak kamu sebenarnya ialah anak orang kaya dan dia telah dihalau sebab mengandung kan kamu. Biar Abah jelaskan perkara yang sebenar. Abah kenal Mak kamu dari universiti. Masa itu Mak kamu cuma beza setahun daripada Abah. Abah sedang mengambil jurusan undang-undang sementara Mak kamu mengambil jurusan masakan…

Pada mulanya Abah anggap Mak kamu sebagai kawan sebab kami menyertai aktiviti korukolum yang sama. Mak kamu sangat pandai dan bersifat lemah lembut. Dia sering membawa roti dan sambal ikan bilis untuk Abah. Namun begitu, Mak kamu sering diganggu oleh pelajar seniornya kerana dia selalu di gelar pelajar cemerlang dan banyak orang cemburukan Mak kamu. Setiap hari Mak kamu dibuli sehingga Abah tidak sampai hati melihat Mak kamu disiksa lalu Abah cuma mempertahan kan. Apa yang berlaku di universiti, Mak kamu di mengadu pada bapanya malah dia hanya memberitahu kepada orang gajinya bernama, Mak Esah.

Pada suatu hari, salah seorang dari seniornya mengupah tiga orang untuk menculik dan merogol Mak kamu. Pada masa itu, Abah sedang ke rumah sewa Mak kamu untuk mengembalikan buku nota yang Mak kamu tercicir petang tadi. Tiba-tiba, Abah terdengar jeritan Mak kamu. Abah pun masuk dan cuba mencari Mak kamu… Abah masuk ke bilik... Mak kamu sedang di pukul oleh samseng itu tepi dinding. Abah pun cuba memukul nya dan tiga orang pun pengsan dan Abah menelefon polis. Mak kamu sedang dalam trauma. Sejak itu Abah memutuskan untuk berkahwin dengan Mak kamu. Abah berjumpa dengan Mak Esah untuk mendapat restu sementara bapanya tengah di luar negara. Mak Esah tidak berkata apa-apa dan dia setuju cuma dia ingin bapa Mak kamu tahu hal. Abah merayu pada Mak Esah agar hal itu dirahsiakan. Setelah Mak Esah setuju, kami pun berkahwin secara senyap. Sejak hari itu, tiada sesiapapun cuba mengganggu Mak kamu.

Abah ceritakan hal ini supaya kamu tahu bahawa kamu bukan anak luar nikah. Permintaan kami adalah Deeqa mesti temukan keluarga Mak kamu yang hilang itu. Tolong Abah satu kan tali yang terputus 18 tahun dulu. Maaf kan Abah. Abah tidak berniat menrahsia kan perkara ini pada kamu. Kalau boleh, Mak kamu ingin menyatu kamu dengan anak saudaranya Kuzyari Afshah. Dengan cara ini, ia boleh menyatukan semula keluarga kita.

Abah ada menyimpan geran tanah di ladang dan rumah kita. Itu semua milik kamu. Gunakan lah sebaik mungkin.

Pesan pada kami, janganlah bersifat dendam dan dengki. Kalau ada yang ragu, sewajarnya tanya dahulu atau siasat. Mak dan Abah akan sentiasa bangga dan sayang pada kamu.

Sekian…

Farouk Helmi” Nideeqa tersedu-sedu apabila membaca surat itu.

“Mak… Abah… Deeqa akan ingat pesan Mak Abah… Mak… Deeqa dah tunai kan hajat Mak… Deeqa dah bertemu keluarga Mak dan pun dah kahwin dengan Abang Kuzyari…” Nideeqa memegang surat sambil memberi kucupan di surat itu.

Selepas sampai ke baharu, Nideeqa terperanjat dan teruja melihat keindahan rumah Kuzyari itu.

“Kenapa Deeqa tak masuk?...”

“Besar juga rumah Abang ini…”

“Ini hadiah untuk isteri Abang… Cantik tak?..” Kuzyari memegang bahu Nideeqa dari belakang.

“Can… tik...” Nideeqa terimbas kembali apa yang terjadi pada dirinya semasa berada di rumah Mak Kiah. Nideeqa sebenarnya masih trauma dengan apa yang Mak Kiah buat terhadap dirinya.

“Cantik ya… sini kau…”

“Haah…. Jangan!...” Nideeqa berlari kedalam rumah itu dan sembunyi di dapur.

“Deeqa?...” Kuzyari terasa hairan melihat kelakuan Nideeqa. Kuzyari pun masuk kedalam lalu mencari isterinya. Setelah lama mencarinya, Kuzyari terperanjat melihat Nideeqa berada di dapur duduk di lantai sambil menangis.

“Ya Allah... Deeqa?… kenapa Deeqa ada di sini?...” Kuzyari merendahkan badannya lalu membelai kepala Nideeqa.

“Abang!... Deeqa takut… Abang… Deeqa takut kalau Puan Rokiah jumpa Deeqa lagi...” Nideeqa memeluk dengan keadaan ketakutan.

“Deeqa jangan risau… Abang ada… Abang minta maaf kalau kata Abang buat Deeqa teringatkan peristiwa lama Deeqa…” Kuzyari memujuk Nideeqa.

“Abang… Abang… Deeqa minta maaf… Deeqa sebenarnya trauma setelah... apa yang Puan Rokiah buat… dera Deeqa… Seksa Deeqa… pukul Deeqa... “

“Deeqa… Deeqa… pandang wajah Abang… Abang janji… Abang akan sentiasa jaga Deeqa… Makcik Deeqa takleh buat apa-apa dengan Deeqa… Abang tak kan biarkan sesiapapun luka kan hati Deeqa… percayalah...” Kuzyari kesat kan air mata Nideeqa lalu dia membawa Nideeqa ke biliknya.

Bonda Kuzyari sering mendesak Kuzyari untuk kahwin dengan calon pilihan Bonda-nya. Kuzyari sebenarnya tidak mahu jumpa Bonda Kuzyari sebab dia masih belum sedia lagi. Amat sukar bagi Kuzyari berdepan Bonda Kuzyari setelah apa yang berlaku pada dirinya. Nideeqa cuba memujuk Kuzyari agar memberi peluang kedua pada Bonda Kuzyari selagi Bonda Kuzyari masih bernafas.

Nideeqa sudah tidak beribu bapa dan niatnya untuk menjernihkan air yang sudah di keruh 10 tahun dulu. Selepas mendengar nasihat Nideeqa, Kuzyari pun mengalah untuk jumpa Bonda Kuzyari.

Keesokan harinya, Kuzyari pun pergi ke rumah Bonda-nya sendirian. Bonda Kuzyari, Puan Kamsyiah, teruja dengan kedatangan Kuzyari dan dia menjemput Kuzyari masuk ke ruang tamu.

“Bonda syukur sangat… Ari tinggal lah di sini… Bonda sunyi…”

“Ari sebenarnya tinggal di hujung sana dekat dengan Bonda… Bonda tak perlu risau… tiap minggu… Ari akan datang sini…”

“Oh… jadi Ari dah tinggal daerah sini?... baguslah… senang hati Bonda… ni… Bonda nak tanya…”

“Apa dia Bonda?...”

“Bila Ari tak sibuk?”

“Tak pasti… kenapa?”

“Bonda nak kenal anak kawan Bonda… Putri Marjeena tu…”

“Bonda tolong lah… jangan desak Ari… Ari datang sini bukan nak bincang hal ini kan… kalau Ari tahu… Ari tak balik ke rumah Bonda…”

“Okey… Bonda minta maaf… Bonda sebenarnya nak tengok anak Bonda berumah tangga…”

“Ari… tak suka Putri Marjeena tu… Biarlah Ari cari jodoh sendiri…”

“Eh… tak boleh begitu… Bonda pun hak nak pasti anak Bonda bahagia…”

“Hak?... Bonda ingat kan... siapa tinggal kan Ari 10 tahun dulu?... Ari cuba nak maaf kan apa Bonda buat apa Ari… tapi hati Ari sakit… jadi Tolonglah… kalau Bonda desak Ari lagi… Ari tak akan jejak rumah ini lagi…”

“Ari… Bonda minta maaf… Bonda tak sepatutnya tinggalkan Ari macam begitu… Baiklah… Bonda beri Ari ruang untuk cari pasangan Ari dalam tempoh 6 bulan… tapi kalau Ari tidak dapat calon isteri… Bonda akan jodoh kan Ari dengan Marjeena… boleh…”

“Boleh Bonda… Ari akan tunaikan permintaan Bonda…”

Dua hari kemudian semasa Kuzyari sedang bekerja di ofisnya, Puan Kamsyiah pergi ke rumah Kuzyari. Dia mengetuk pintu dan Nideeqa membuka pintu itu.

“Kau ni siapa?...”

“Erhmm… Saya ni... pembantu rumah sambilan… Puan ini siapa?..”

“Aku Puan Kamsyiah… Kuzyari ada di rumah?...”

“Oh.. Encik Kuzyari takde… dia dah pergi kerja… Puan nak masuk ke dalam dulu tak?...”

“Okey..Boleh.. Kasi aku masuk... “ Nideeqa menjemput Puan Kamsyiah ke ruang tamu dan dia pergi ke dapur untuk sedia kan minuman.

“Biar betul Ari ada orang gaji muda… Mak Esah mana?... perempuan macam baru habis SPM je... “ Fikiran Puan Kamsyiah berceralu.

“Ni minuman Puan… Sila lah minum…”

“Hmm… Kau ni terlalu muda jadi orang gaji… kenapa kau nak jadi orang gaji?…”

“Oh… saya nak kumpul duit... untuk belajar universiti… Encik Kuzyari baik hati sangat… memberi tawaran untuk bersihkan rumah ini…”

“Oh okey lah… kerja elok-elok… jangan kau cuba mengurat anak aku… Faham…”

“Baik Puan…”

“Dah aku nak balik… kau beritahu pada Kuzyari yang aku datang tadi… okey?”

“Baik Puan… saya akan beritahu pada Encik Kuzyari…hati-hati jalan Puan...”Puan Kamsyiah pun beredar dari rumah Kuzyari.

“Nasib baik tak tersalah cakap… Bonda Abang pun sangat tegas juga…” Nideeqa menutup pintu dan sambung dengan kerjanya.

Setelah habis kerja di pejabat, Kuzyari pun pulang dan Nideeqa akan menjemput kepulangan suaminya dengan mesra. Kuzyari pergi ke biliknya untuk bersih kan diri dan menunai kan solat sementara Nideeqa akan sedia kan makanan kegemaran Kuzyari.

Sejak berkahwin, Kuzyari tidak benar Nideeqa berniaga sebab dia boleh menampung semua pembelanjaan Nideeqa. Kuzyari cuma ingin isterinya bahagia dan lupakan kisah silamnya. Setelah menjamu selera, Nideeqa beritahu pada Kuzyari bahawa Puan Kamsyiah datang nak bertemu Kuzyari. Kuzyari tahu sebab dia terima panggilan dari Bonda-nya sewaktu dia pulang ke rumah tadi.

Nideeqa cuba nasihati Kuzyari supaya beterus terang pada Puan Kamsyiah untuk mengelakkan dari fitnah. Kuzyari masih berkeras hati dan dia hanya boleh bilang bahawa dia perlukan masa yang tepat untuk jelaskan pada Bonda-nya. Nideeqa hanya boleh menyokong pendirian Kuzyari dan dia mampu berdoa agar melembut kan hati Kuzyari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience