BAB 11 - BGL - AMUKAN KAYLA

Romance Completed 29589

"Kayla!" Tersentak Kayla bila pintu biliknya dikuak secara mengejut.

"Oh, Tuan Qaizer... Ada apa ya Tuan Qaizer? Main terjah je bila saya ni? Ada apa-apa yang penting ke?"

"Apa yang you buat ni, Kayla?"

"Buat apa? Saya tengah clearkan semua kerja saya sebelum saya serahkan pada pengganti saya. Any problem, tuan?"

"You... You cuba nak mencabar I, Kayla?"

"Apa yang tuan mengarut ni? Saya cabar apa?"

"Kenapa you letak jawatan?"

"Tuan Qaizer dah dengarkan penerangan saya tadi di bilik mesyuarat. Kenapa nak tanya lagi?" Kayla meneruskan tugasnya seperti biasa.

"You tak boleh berhenti, Kayla!"

"Oh really? Bagi saya sepuluh sebab kenapa saya tak boleh meletakkan jawatan? Bagi saya sepuluh sebab, sekarang!" Naik seoktaf suara Kayla, sekaligus membuatan Qaizer terkejut. Kali pertama dia melihat perubahan Kayla. Ternyata Kayla cuba mencabar kesabarannya.

"I, COO. So, I tak terima perletakkan jawatan you, Kayla."

"Sorry, Tuan Qaizer... Tuan hanya COO, tapi saya dah serahkan surat perletakkan jawatan saya pada empunya pemilik syarikat ini, Tan Sri Rais Raisudin. Any problem with that, Tuan Qaizer?" Soal Kayla sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Jangan cabar I, Kayla."

"Go to hell, Tuan Qaizer Tuan takde hak nak menghalang saya!" Tersentak Qaizer. terkejut dengan bahasa yang dikeluarkan Kayla.

"You bukan Kayla yang I kenal..."

"So, what? Saya bukan dilahirkan untuk buat orang impress dengan saya. Saya bukan dilahirkan untuk diperbodohkan, dihina dan dipergunakan orang lain yang kejam macam awak, Tuan Qaizer. So, tolong beredar dari bilik saya."

"I dah cakap, you tak boleh letakkan jawatan!"

"Who cares... Lagipun, saya tak buat salah pun pada awak. Jadi, jangan halang tugas saya. Saya banyak kerja. Tolong keluar!"

"Kayla, please... I minta maaf sebab dah lukakan hati you. Tapi, tarik semula perletakkan jawatan you, Kayla."

"Hei, hei! Kenapa saya kena ikut cakap awak? Awak siapa? Kenapa tiba-tiba muncul depan saya, jerit kat saya, jangan berhenti bagai? Kenapa? Apa hak awak?" Dada Qaizer ditunjal-tunjal dengan hujung jari. Qaizer mengepal penumbuknya. Kepantangan Qaizer bila ada manusia yang menunjal dada dan kepalanya.

"Jangan berani nak letakkan tangan you pada I, Kayla..." Ujar Qaizer sambil mengetap giginya, menahan marah.

"Saya peduli apa! Kalau tak nak saya berkasar dengan awak, sila keluar sekarang. Tak perlu jadi hipokrit, Tuan Qaizer! Pujukan awak tak jalan untuk saya."

"Kayla, I nak you fikir masak-masak, Kayla. Fikir betul-betul. Peluang takkan datang bergolek, Kayla."

"Tuan Qaizer, saya tak faham dengan awak ni. Apa niat awak sebenarnya, Tuan Qaizer? Awak dah hina saya. Tuduh saya macam-macam... Awak ingat ni, apa? Drama akasia ke? Sinetron? Tolonglah! Berhenti ganggu hidup sayalah, Qaizer. Saya dah letih nak layan perangai awak ni. Annoying tau tak!"

"Kayla, I... I minta maaf, okey... I tahu I dah tersilap menilai you, Kayla. Tapi, jangan berhenti, please..."

"Tadi saya dah tanya awak, Qaizer. Bagi saya sepuluh sebab kenapa saya kena tarik balik perletakan jawatan saya? Cakaplah! Saya nak dengar." Kayla menyilang tangannya buat kesekian kalinya. Qaizer menelan air liurnya yang berpasir.

"Tolonglah, Qaizer. Keluarlah. Jangan ganggu hidup saya lagi. Saya banyak kerja yang perlu diselesaikan." Ujar Kayla sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Kayla... Dengar cakap I, Kayla. I..."

"I apa? Awak tak faham ke Qaizer. Saya tak nak diganggu! Saya tak nak lagi awak ganggu hidup saya. Cukuplah awak cakap saya macam-macam. Awak hina saya. Awak tuduh saya perempuan rempit, perempuan murah. Awak ingat saya apa? Bohsia ke? Salah ke saya menunggang motor? Salah ke saya buat apa yang saya suka?" Berombak dada Kayla menahan amarahnya.

"Saya tak pernah susahkan orang lain pun. Saya tak pernah kisah pun orang lain. Saya tak campur urusan orang lain. Kenapa awak sibuk dengan hal saya?" Qaizer terdiam. Mata masih tertumpu pada Kayla. Qaizer dapat lihat mata Kayla merah. Mungkin Kayla sedang menahan marah dan tangisannya dari pecah. Hati Qaizer menjadi sayu melihat kesedihan di wajah Kayla.

"Kayla, I minta maaf. Maafkan, Kayla. I salah menilai you, Kayla. Jujur, I... I sukakan you, Kayla."

"Hah! Suka? Suka kutuk saya, suka hina saya. Apa lagi yang awak suka, Qaizer?" Sindir Kayla.

"Kayla, bukan macam tu, Kayla. Jujur, Kayla. I suka you, Kayla. I rasa, I dah jatuh cinta dengan you, Kayla."

"Excuse me! Awak giler ke, Qaizer? Saya tunangan orang. Awak nak kena pelangkung dengan tunang saya ke?"

"I tak takut dengan sesiapa, Kayla. Asalkan I dapat you."

"Giler! Jangan mengarutlah Qaizer! Saya dah bertunang."

"Kayla, orang berkahwin pun boleh bercerai. Inikan pula bertunang."

"Apa yang awak mengarut ni, Qaizer? Awak cakap apa ni? Awak ada niat nak ganggu hubungan orang lain ke?"

"Ya, kalau orang itu adalah you, Kayla."

"Bullshit! Jangan mengarut, Qaizer! Saya takkan buat benda bodoh macam tu. Lagi-lagi dengan lelaki kejam macam awak, Qaizer!"

"Kayla, I akui, I salah, Kayla. Please, bagi I peluang untuk I perbetulkan keadaan. I sayangkan you, Kayla!"

"Ya Allah... Tolonglah Qaizer. Jangan mengarut. Saya dah bertunang, Qaizer dan saya bakal mendirikan rumah tangga dengan orang yang saya sayang, saya cintai. Awak faham tak?"

"No! You can't do this, Kayla... You can't do this to me!"

"Kenapa tak boleh? Tarikh pernikahan kami sudah ditetapkan dan saya takkan biarkan sesiapapun mengganggu majlis kami."

"Kayla, I love you so much, Kayla... Please, I'm begging you... Give me a chance, Kayla..." Rayu Qaizer.

"Awak memang dah giler, Qaizer. Baik awak keluar dari bilik saya sebelum saya report pada tan sri. Keluar! Keluar!" Jerit Kayla menyebabkan Farah melulu masuk ke bilik Kayla.

"Cik Kayla..."

"Farah! Suruh jantan giler ni keluar dari sini! Suruh dia keluar, sekarang!" Jeritan Kayla semakin kedengaran. Semua pekerja di tingkat itu mula berbisik-bisik setelah melihat perubahan ketara Kayla. Sebelum ini Kayla dikenali sebagai salah seorang pengurus yang tidka banyak cakap. Tapi, hari ini, Kayla menunjukkan sisi lainnya.

"Tuan Qaizer, please... Benarkan Cik Kayla berehat. Please..." Rayu Farah sebelum keadaan semakin tegang.

"Fine! I akan keluar, Kayla! But remember one thing, Mikayla Marlisa... I takkan mengalah begitu sahaja dan I akan pastikan you jadi milik I, Kayla! Milik I!" Laung Qaizer tanpa menghiraukan pandangan mata pekerja di situ sebelum melangkah keluar dengan hati yang sebal.

"Allahuakhbar..." Kayla menghentakkan kedua tangannya di atas meja.

"Cik Kayla, minum dulu... Tenangkan hati... Cool down... Istighfar, Cik Kayla... Istighfar..." Kayla mengikut segala arahan Farah sebelum melabuhkan punggung di kerusinya. Gelas berisi air sejuk diteguk laju.

"Cik Kayla okey?" Kayla angguk laju. Rambut panjangnya diraup ke belakang sebelum diikat tinggi menyerlahkan leher jenjangnya.

"Allahuakhbar... Allahuakhbar..."

"Okey, tak?"

"Saya, okey. Thanks, Farah."

"Sama-sama Cik Kayla."

"Kalau awak tak masuk tadi, mau saya hempuk kepala dia dengan kerusi ni. Giler!"

"Apa yang berlaku, Cik Kayla?"

"Dia marah saya letak jawatan. Suruh saya fikir masak-masak."

"Takkan sebab itu je?" Kayla tarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.

"Dia suruh saya putus dengan tunang saya sebab dia sukakan saya."

"What?"

"Awak pun terkejutkan? Hari tu hina saya, tuduh saya perempuan rempit, perempuan murah. Hari ni, lain pulak statement dia. Esok, entah apa pulak dia cakap."

"Cik Kayla nak report kat tan sri?"

"Entahlah. Pening kepala saya dibuatnya. Takpe. Saya cuba relax dulu. Kalau keadaan semakin rumit dan tegang... Tahulah saya nak ajar dia macamana..."

"Cik Kayla tak takut kalau dia buat benda lain?"

"Takut tak takut, belakang cerita. Tapi, saya takkan bagi dia muka. Kalau dia berani sentuh saya, saya takkan teragak-agak patahkan tangan dia." Melopong mulut Farah mendengar amaran Kayla.

"Serius Cik Kayla?"

"Kenapa tidak? Kita tak boleh mengalah dengan jantan macam si Qaizer ni. Jangan bagi dorang pijak kepala. Jangan tunjukkan yang kita ni lembik! Sesekali kita kena ajar lelaki macam ni."

"Err, tunang Cik Kayla, okey ke?"

"Setakat ni, alhamdulillah. Saya kenal dia pun tak lama dan apa yang dapat saya simpulkan, tunang saya pemurah, penyayang, soft spoken. Kekadang dia romantik. Saya ni, kasar sikit dengan dia. Saya tak pandai nak bercinta. Tapi, jujur, saya selesa dengan tunang saya." Ujar Kayla dengan senyuman terukir di bibirnya. Farah turut mengulum senyuman.

"Cik Kayla sayangkan tunang Cik Kayla?"

"Emm, sejujurnya ya. Dulu, saya macam terkejut je bila ada lelaki yang sukakan saya dan sudi jadikan saya kekasih dan tunang dia. Saya tak tahu nak sayang atau cinta macamana. Maklumlah, saya polos lagi masa tu."

"Sekarang, macamana? Dah semakin sayang?" Merona wajah Kayla ditanya dengan soalan sebegitu.

"Cik Kayla tak jawab lagi soalan saya."

"Ya, saya sayangkan dia. Saya tak pernah sayang mana-mana lelaki pun. Tapi, tunang saya selalu buat saya sayangkan dia. Setiap hari, ada je kejutan yang dia buat untuk menarik perhatian saya. Kadang-kadang saya sendiri tak faham. Dia tak penat ke?"

"Lelaki ni, Cik Kayla, kalau dia dah sayang, dia akan betul-betul, macam tunang saya. Saya pun lebih kurang macam Cik Kayla, kasar. Tapi, tunang saya tak pernah berhenti menyayangi saya. Dia selalu mengalah dengan saya sampai saya pun rasa sayang giler kat tunang saya."

"Awak pun dah bertunang, Farah?"

"Dah, Cik Kayla."

"Macamana saya boleh tak tahu?"

"Cik Kayla tak tanya pun."

"Ish, awak ni, Farah. Suka buat lawakkan?"

"Jadi, macamana?"

"Macamana apa?"

"Sorry, Cik Kayla. Salah soalan. Bila nak langsungkan pernikahan Cik Kayla?"

"Usai selesai kerja saya kat sini. Lepas ni, mungkin saya akan kerja dengan tunang saya."

"Oh, bagusnya. Rezeki tu..."

"Entahlah. Saya tak pasti, Farah. Saya takut, kalau saya akan kecewa."

"Jangan cakap macam tu, Cik Kayla. Tak semua lelaki kejam macam si Qaizer tu. Cik Kayla sendiri cakap, tunang Cik Kayla baik orangnya. Dia pun bersungguh-sungguh mahukan Cik Kaylakan?" Kayla angguk kepala.

"Jadi, takde alasan untuk kita bahagia, Cik Kayla. CIk Kayla kena percaya tunang Cik Kayla. Kalau dari awal perhubungan, tidak ada kepercayaan, kejujuran dan komunikasi, sebuha perhubungan itu akan hancur di tengah jalan."

"Amboi... Awak bercakap macam pernah berkahwin je..."

"Kahwin tu tidak. Tapi, saya pernah beberapa kali putus cinta, Cik Kayla..."

"Ala, kesiannya."

"Ini semua saya jadikan pengalaman untuk saya. Buang ego, buang perasaan mudah berpuas hati dengan diri sendiri, percayakan pasangan, in shaa Allah, everything will going smooth."

"Wah! Pakar cinta bagi saya tips."

"Ish, Cik Kayla ni... Bergurau je dia..."

"Hahaha... Comellah awak buat muka macam tu, Farah."

"Cik Kayla ni, asyik nak bergurau je... Cik Kayla tu apa kurangnya... Cantik, elegen, genius... Yang penting, saya sendiri teruja tau jumpa perempuan cantik yang lasak macam Cik Kayla ni... Saya salute Cik Kayla. Sebab tulah, tunang Cik Kayla sukakan Cik Kayla. Sayangkan sangat CIk Kayla. Tentu dia insecure lepaskan Cik Kayla naik motor sorang-sorang."

"Ya. Kekadang dia risaukan saya sebab saya tunggang motor seorang diri. Tapi, alhamdulillah, tunang saya memahami. Dia faham minat saya. Lagipun, saya takde kereta, Farah. Motor kesayangan saya tulah satu-satunya harta yang saya ada."

"Takpe, Cik Kayla. In shaa Allah. Ada rezeki Cik Kayla nanti. Mana tahu, bakal suami Cik Kayla hadiahkan sebuah kereta untuk kegunaan Cik Kayla."

"Ish, takpelah Farah. Saya tak perlukan semua tu. Yang penting, saya tak disia-siakan."

"In shaa Allah, Cik Kayla. Jangan risau. Rezeki tak pernah salah alamat."

"Ya, saya tahu. Dah... Pergi sambung kerja. Ada sejam lagi sebelum balik. Jangan nak curi tulang."

"Yes, boss!" Farah tabik hormat Kayla sebelum melangkah keluar dengan tawa kecilnya. Tergeleng kepala Kayla dengan gelagat Farah yang mencuit hatinya. Terasa sedikit lega selepas amukan tadi. Dari kejauhan, seseorang mendengar omelan dan bebelan Kayla dengan senyuman mekar di bibir.

Ting!

"Eh, siapa pulak yang hantar mesej ni? Orang nak baliklah..." Omel Kayla sambil menggesek ikon notifikasi.

"Hah? Dia kat bawah? Apa yang dia nak? Ish, tunang aku ni... Suka tau, buat kejutan macam ni..."

"Awak..." Bahu Azroy dicuit.

"Hai, sayang..."

"Awak datang sini ada kerja ke?"

"Taklah. Saya nak ajak tunang saya balik.

"Balik? Saya naik motor? Takkan nak biarkan motor saya kat sini?"

"Sayang... Saya tak cakap apapun lagi. Ni, hah... Saya datang naik superbike."

"Superbike?"

"Yap!"

"Wait, wait... Awak datang sini naik superbike?"

"Ya, sayang. Kenapa tak percaya?"

"Saya tak tahu pun, awak ada superbike..."

"Awak tak tanya..."

"Ish, awak ni..."

"Dahlah. Jom balik. Kita singgah cafe kejap."

"Tapi, ayah..."

"Sayang, saya dah hantar makanan awal-awal kat ayah. Saya nak minta izin dari ayah nak ajak awak ke cafe dan ayah izinkan."

"Emm, sekarang ke?"

"Tak, tahun depan..."

"Awak..." Rengek Kayla.

"Ya, sayang. Sekarang. Nanti kita lambat balik pulak."

"Yelah. Mana superbike awak?"

"Tu..." Sambil menuding jari ke arah motor Kawasaki berwarna hitam, Z900 SE, terbaru di pasaran.

"Wah! Cantiknya..."

"Nak try ke?"

"Emm, boleh ke?"

"Kenapa tidak?"

"Yes! Thanks, awak..."

"My pleasure, dear..." Sempat Azroy menoleh ke arah Qaizer yang berdiri di jendela memincingkan matanya ke arah Kayla. Deruman enjin superbike milik Azroy dan Kayla mengaum di jalanan.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-10-05 09:56:54 

tp kn llki ni awal2 je soft spoken .. tgh2 x dh ...hope roy xgitu

DHIA AMIRA.
2023-10-05 09:56:06 

betul ... xleh tnjuk sgt kita lemah ... wlau hati perih


NovelPlus Premium

The best ads free experience