"Sayang! Kayla!"
"A...wak..."
"Sayang, what happened to you? Kenapa dengan awak, sayang..."
"Sa...saya kena ragut..."
"Ragut? Dalam kawasan macam ni?"
"Bangnun, sayang... Bangun..."
"Ka...ki saya..."
"Kenapa dengan kaki awak?"
"Sa...kit..."
"Come, saya angkat awak." Tubuh Kayla dicempung perlahan-lahan lantas diletakkan di dalam kereta Azroy. Kebetulan, Azroy baru sahaja bercadang nak menjemput Kayla dari studio lantaran ini hari terakhir Kayla beraksi di depan kamera.
"Sayang, are you okay?" Kayla angguk perlahan.
"Macamana awak boleh kena ragut kat sini?"
"Saya tak tahu. Tiba-tiba, ada motor yang langgar tepi saya. Lepas tu, beg pakaian saya dia tarik."
"Wallet awak?"
"Nasib baik saya silang beg kat sini. Cuma, beg pakaian yang saya tukar tadi je kena ambil."
"Awak tahu siapa ke yang ragut beg awak tu?" Kayla menggeleng.
"Saya tak fikir ini kes ragut biasa."
"Apa maksud awak?"
"Orang takkan ragut beg pakaian tau. Budak-budak yang merempit ni dorang nak duit je, sayang."
"Jadi, awak nak cakap, ada orang sengaja nak kenakan saya?"
"Maybe... Takpe. Kita ke klinik dulu. Nanti kita buat report polis."
"Okey. Thanks, awak..."
"Boleh jalan ke ni?"
"Boleh... In shaa Allah..."
"Auch!" Baru je Kayla nak melangkah, langkahnya terhenti.
"Kenapa sayang?"
"Kaki... Sakit..."
"See, saya dah cakapkan... Sekejap."
"Eh! Awak!"
"Diam-diiam, sayang. Nanti jatuh." Terkejut Kayla bila Azroy mencempung tubuh langsingnya dan diletakkan di atas bonet kereta milik Azroy sebelum pintu kereta dibuka untuk Kayla.
"Stay..." Tegur Azroy sambil mencempung Kayla dan diletakkan denagn berhati-hati di seat penumpang di bahagian depan.
"Kita ke klinik dan lepas tu ke balai polis buat report. Okey?"
"Hurm..."
"Sakit ke kaki tu?"
"Sakit sikit... Mungkin tadi terseliuh masa nak tarik beg tu tadi."
"Takpe. Saya akan minta pihak pengurusan rakaman cctv dan dari situ kita boleh kesan kerja siapa."
"Awak rasa, siapa yang nak kenakan saya?"
"Takde orang lain, sayang..."
"Maksud awak?"
"Qaizer."
"Qaizer?"
"Ya... Dia seorang je yang ada motif macam tu."
"Awak yakin ke, Roy?"
"Kenapa? Awak tak yakin ke?"
"Bukan macam tu, awak. Tapi, saya takut jatuh fitnah pulak."
"Takpe. Kita akan ke balai polis untuk buat report dulu. Lepas ni, kita dapatkan rakaman cctv dari pihak pengurusan. Saya yaki apa yang saya rasa, awak..." Kayla termenung seketika.
"Sayang, relaks okey... Saya akan dapatkan bukti dan saya pasti apa yang saya rasa, itu yang sebenarnya."
"Awak, janganlah marah saya. Saya cuma bimbang je."
"It's okay, dear. Saya faham. Jom, kita ke klinik dulu. Nanti kita fikirkan kemudian pasal bukti ni. Yang penting, kita buat report hari ni juga."
"Hurm... Saya faham." Azroy menghidupkan enjin kereta sebelum kenderaan pacuan empat roda milik Azroy meluncur laju.
"See, betul tak saya cakap? Ini semua kerja Qaizer. Kalau bukan sebab dia, awak takkan tercedera sampai macam ni tau... Next week, kita dah nak nikah. Awak rasa, saya boleh tahan ke macam ni?" Kayla sudah mencebik.
Sebaik sahaja ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk Kayla, mereka berdua ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan tentang kes ragut yang dialami Kayla. Sebaik sahaja mendapatkan kertas laporan, mereka menuju ke pusat membeli-belah dimana berlakunya kes ragut tadi. Dengan kuasa yang ada pada Azroy dan laporan polis beserta kehadiran pihak polis, mereka berjaya mendapatkan rakaman cctv ketika waktu kejadian dan ternyata kelibat Qaizer ada bersama dua lelaki bermotor yang meragut Kayla.
"Saya minta maaf. Saya tak terfikir sampai macam tu sekali dia nak ganggu kita..."
"Sebab tu saya cakap dengan awak... Saya kenal lelaki macam Qaizer tu. Kalau dah playboy, tetap playboy. Dia dengki sebab awak tolak dia dan awak terima saya."
"Awak, janganlah marah saya..." Rintih Kayla bila Azroy mula tegas dalam berkata-kata.
"Sayang, sorry... Saya tak marah awak. Saya sayang awak. Dah. Saya minta maaf. Saya bukannya marah awak pun... Tak payah nak sedih-sedih sangat. Saya kiss awak kat sini nanti."
"Ish! Asyik ugut nak kiss saya je, awak ni!"
"Ala, awak ni. Awak ingat saya ni kejam sangat ke? Saya tak segatal Qaizer tau..."
"Awak..." Rengek Kayla.
"Yelah. Sorry, okey..."
"Emm, awak..."
"Hurm... Saya lapar..."
"Lapar? Ingat dah kenyang tadi..."
"Roy, janganlah. Saya lapar ni. Nanti saya makan awak, baru tahu..."
"Saya rela, sayang..." Bisik Azroy.
"Awak..." Rengek Kayla bila Azroy mengusiknya.
"Assalammualaikum, Mikayla Marlisa..." Kayla terpegun bila namanya diseru seseorang.
"Kayla..."
"Sayang... Ada orang sebut nama awak tu..." Ujar Azroy. Kayla enggan menoleh.
"Adik..." Terpejam mata Kayla bila 'panggilan' itu menyapa telinga.
"Sayang..." Kayla menggeleng.
"Maaf, cik panggil siapa ya?" Soal Azroy pada seorang wanita yang berdiri di belakang mereka.
"Kayla. Saya panggil Kayla, adik saya." Ada sedikit riak terkejut terpampang di wajah Azroy dan Kayla.
"Cik siapa?"
"Saya... Saya kakak, Kayla... Nama saya, Tina..." Kayla menoleh dan berdiri di belakang Azroy.
"Kayla... Kayla pergi mana, dik? Kayla tak rindu akak? Kayla tak rindu umi?" Kayla enggan bersuara. Pertemuan ini benar-benar mengejutkan Kayla.
"Kayla, akak rindu Kayla... Izinkan akak peluk Kayla... Akak minta maaf sebab dah banyak kali lukakan hati Kayla. Akak tak berniat, dik." Esakan kecil kedengaran dari mulut Tina. Azroy hanya mampu memandang kedua beradik ini.
"Sayang..." Kayla menggeleng.
"Awak, saya nak balik."
"Sayang, jangan buat macam ni..." Pujuk Azroy.
"Kalau awak tak nak balik, saya nak balik sendiri. Sakit pun sakitlah."
"Sayang, relaks okey... Saya hantar awak balik. Tapi, please... Jumpa kakak awak sekejap."
"Azroy, kalau awak saya paksa jumpa dia lagi, saya takkan jumpa awak lagi. Awak tahu tak apa yang dia dah buat kat saya? Awak tahu tak betapa sakitnya saya rasa akibat perbuatan dia? Awak tahu tak macamana saya menghilangkan perasaan malu saya akibat perbuatan perempua ni? Awak tahu tak?"
"Sayang, saya..."
"Awak tak tahu! Awak tak tahu betapa saya sengsara akibat perbuatan dia dan umi dia. Saya dipukul, dihina, ditampar malah dihalau sebab dia! Sekarang, awak nak suruh saya jumpa perempuan ni? Untuk apa?" Bentak Kayla bersama juraian air mata.
"Kayla... Akak minta maaf, dik. Akak berdosa pada Kayla. Akak tahu akak dah banyak buat salah. Akak dah buat dosa pada Kayla. Akak hina, akak buat Kayla disalahkan umi. Tolong maafkan akak dik... Akak dah menyesal... Akak dah terima hukuman, dik... Akak dah kehilangan anak dalam kandungan akak, dik... Tolonglah... Maafkan akak..." Rintih Tina. Tiba-tiba perasaan kasihan menjalar dalam diri Kayla bila Tina melutut di lantai.
"Sayang, please..."
"Akak... Bangunlah." Kayla mengalah jua. Lantas menghampiri Tina yang terduduk di lantai.
"Kayla, maafkan akak dik... Maafkan akak."
"Akak, bangunlah... Tempat ni kotor..."
"Tak... Akak takkan bangun selagi Kayla tak maafkan akak. Akak berdosa, dik. Akak tahu akak dah banyak buat salah." Kayla melepaskan keluhan.
"Akak, bangunlah... Kotor tempat ni, kak... Please, bangun dulu..."
"Kayla cakap dulu yang Kayla maafkan akak. Akak akan bangun."
"Ya Allah.... Tolonglah, kak.. Tolonglah. Bangun... Kaki Kayla sakit ni... Bangunlah..."
"Kak, bangunlah. Kayla memang tengah sakit kaki." Pujuk Azroy bila Tina masih berkeras tidak mahu bangun.
"Maafkan akak, Kayla... Akak tak tahu..." Tina bangun dengan bantuan Kayla.
"Akak rindukan Kayla..." Serta-merta tubuh langsing Kayla ditarik masuk dalam pelukan.
"Maafkan akak, dik. Tolong maafkan akak. Akak dah banyak buat dosa kat Kayla. Akak minta maaf. Tolong, ampunkan akak, dik..." Air mata Kayla berjujuran membasahi wajah mulusnya.
"Kayla minta maaf sebab dah buat akak terseksa macam ni. Maafkan Kayla, kak. Kayla rindu akak... Tapi, Kayla tak lupa segala kata-kata akak dan umi... Kayla terluka sangat bila Kayla dihalau dari rumah dengan abi." Rintih Kayla lagi. Pelukan dileraikan.
"Adik akak cantik sangat. Cantik sangat." Wajah Kayla dielus. Kayla simpa senyum.
"Akak pun cantik..."
"Adik, mana abi?"
"Abi kat rumah sewa kami."
"Umi macamana, kak? Umi sihat?" Tina menundukkan kepalanya.
"Akak, kenapa kak? Kenapa dengan umi?"
"Umi tak sihat, dik... Umi dah sebulan sakit. Umi rindukan Kayla. Hari-hari sebut nama Kayla. Umi dah tak boleh bangun, dik..."
"Allahuakhbar..." Esakan Kayla semakin kedengaran.
"Sayang, control yourself. Jom, kita masuk kat restoran sebelah tu. Come... Sayang tak larat nak berdiri lama-lamakan?" Kayla angguk laju. Sejujurnya, Kayla menahan kesakitan kaki sejak kemunculan Tina.
"Mari kak... Kita masuk dalam restoran tu... Kita boleh borak panjang."
"Teirma kasih, cik. Terima kasih, dik." Kayla beriringan dengan Tina masuk ke restoran sambil dipimpin Azroy. Terhinjut-hinjut kaki Kayla ketika berjalan ke arah restoran.
"Terima kasih hantar akak sampai rumah."
"Sama-sama, kak." Ucap Azroy. Usai meluangkan masa hampir dua jam di restoran bertaraf tiga bintang itu, Azroy menawarkan diri untuk menghantar Kayla pulang ke rumah.
"Kayla tak nak singgah rumah tengok umi?" kayla menggeleng.
"In shaa Allah... Lain kali ya, kak... Kayla dah lama sangat tinggalkan abi. Abi pun tak sihat sangat."
"Allahuakhbar... Kenapa Kayla tak cakap dengan kaak tadi?"
"Takpe, kak. Kita pun dah lama tak jumpakan?"
"Ya, dik... Hampir dua tahunkan kita tak jumpa. Akak terkejut bila tengok wajah Kayla kat majalah hiburan tu. Subhanallah... Adik akak cantik sangat." Kayla kulum senyum.
"Sumpah. Kayla memang nampak cantik sangat. Jauh lagi cantik dari sebelum ni. Tak sangka adik akak dah semakin matang."
"Kayla minta maaf, kak. In shaa Allah, lain kali Kayla datang jenguk umi dengan abi, ya... Hari dah lewat nii. Lagipun, abi kena makan ubat ikut waktu."
"Maafkan akak, Kayla. Terima kasih sudia hantar akak. Terima kaish sudi luangkan masa dengan akak."
"Sama-sama. Akak masuklah. Kesian umi tu. Jaga umi untuk Kayla, ya. In shaa Allah. Ada rezeki dan jodoh, kita bertemu lagi."
"In shaa Allah, Kayla. Kayla jaga diri. Encik, terima kasih jagakan adik saya." Azroy tunduk tanda hormat walaupun Azroy lebih tua dari Tina.
"Sampaikan salam Kayla buat umi."
"In shaa Allah. Kayla pun, sampaikan salam akak buat abi."
"In shaa Allah, kak... Akak jaga diri, ya..."
"Eh, apa ni? Kayla, apa ni? Akak tak nak... Kayla..." Tina membuka genggaman tangan yangbersalaman dengan Kayla sebentar tadi.
"Akak, anggap ini hadiah dari Kayla. Akak guna untuk beli ubat umi dan belanja harian ya?"
"Allahuakhbar... Terima kasih, Kayla. Moga Allha permudah segala urusan Kayla."
"Aamiin. Terima kasih sekali lagi, kak. Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Tina melambai-lambaikan tangan ke arah Kayla.
"Umi! Umi! Assalammualaikum, umI!"
"Kayla..." Lemah panggilan umi.
"Umi, Tina jumpa Kayla... Tina jumpa Kayla, umi. Tengok ni... Kayla bagi Kayla duit..."
"Kayla..."
"Ya, umi... Kayla yang bagi. Tadi, Tina jumpa Kayla dengan tunang dia kat pusat membeli-belah masa Tina nak cari kerja tadi."
"Tunang?"
"Ya, umi. Kayla dah bertunang. Bukan kaleng-kaleng lelaki tu, umi... Bertuah Kayla... Nampak budak lelaki tu orang kaya, ada kedudukan. Tadi pun, dia hantar Tina balik dengan kereta mewah dia. Dahlah hemsem... Kaya pulak tu... Haish.. Beruntung si Kayla tu." Umi menghela nafas.
"Umi, jangan sedih, umi. Kayla kata nanti dia kahwin, dia akan ajak kita sekali. Tentu kita akan dilayan macam mem besarkan, umi?""
"Kayla tak nak datang sini?"
"In shaa Allah, nanti dia datang, umi. Dia nak jaga abi. Abi tak sihat." Air mata umi berjujuran. Mendengar nama Kayla membuatkan hatinya menjadi sayu. Kerinduan yang datang bertamu, cukup mencabar perasaan umi. Jujur, dia rindukan Kayla dan suaminya, Haji Hamidun.
"Umi, in shaa Allah, nanti Kayla datang lagi. Dia cakap nanti dia datang sini dengan abi."
"Yelah..." Pendek jawapan umi.
"Eleh! Kau ingat aku hairan sangat ke dengan kau ni! Setakat lima ratus, kau bagi aku... Huh!" Tina mencampak duit pemberian Kayla ke tilam.
"Hurm... Macamana kau goda lelaki hemsem yang kaya-raya tu, Kayla? Takkanlah lelaki tu senang-senang je nak jatuh cinta kat kau..."
"Aku akan buat lelaki tu jatuh cinta pada aku macamana aku buat dulu. Aku akan hancurkan hdiup kau, Kayla... Dan, tunangan kau tu, akan jadi milik aku... Hahaha!!!" Gelak tawa Tina menakutkan. Kebetulan, umi yang mahu ke tandas, mendengar segala omelan Tina.
Apa yang Tina katakan mengenai umi semuanya bohong belaka. Tina sengaja berkata begitu untuk menarik perhatian Kayla agar pulang ke rumahnya. Dan, Tina akan menjalankan misi jahatnya.
"Azroy Aiman... Wah! Beruntung hidup aku dapat lelaki kaya. Tak payah aku bersusah-payah lagi. Hahaha!" Umi ketakutan mendengar gelak ketawa Tina.
Sorry, guys. Baru dapat update kisha si Kayla ni. Enjoy reading
Share this novel
dah agak pon..tina tkkn sdar diri dn insaf..nnti kono langgar lori bru tau..
kalah nabila huda
tina best actress