"Hai darling... Lamanya tak jumpa you." Tina menghampiri seorang lelaki yang bergelar datuk di sudut kelab dangdut terkemuka itu.
"Darling..." Pinggang Tina dirangkul dan Tina dengan rela membiarkan tangan tua itu meaba-raba punggung montoknya.
"Darling, kenapa muram je ni? I tahu... Ni mesti wife you tak layan youkan?"
"Hurm... Sebab tulah I cari you... I dah rindukan you Tina... Jom ikut I..."
"Err, nak ke mana?" Soal Tina. Sejujurnya Tina takut dengan ajakan orang tua gatal itu. Belum pernah Tina melayan mana-mana pelanggan di kelab dangdut itu sehingga luar dari kelab. Semuanya dilayan sama rata hanya sekadar antara dia dengan pelanggan kelab.
"Kondo I... Kita boleh spend time together... Kat rumah tu, bosanlah. Wife I tak pandai nak layan I. Asyik sibuk dengan persatuan je... Jomlah."
"Datuk... You tahukan, I bekerja time macam ni..."
"Tak boleh ke you ambil cuti?"
"Kenapa tak cakap dengan I awal-awal. Senang I minta cuti dengan Mami... Ni dah separuh hari waktu bekerja. Rugi... Gaji I kena potong nanti."
"Ala... I adalah... You cakap je, apa yang you nak... I sediakan untuk you."
"Sabar, datuk. Tak lari gunung dikejar..." Deringan telefon mematikan perbualan mereka berdua. Tina menjeling. Entah apa yang dibualkan orang itu dengan lirikan menggoda yang bakal membuatkan Tina munta hijau. Sesekali datuk tua itu mengenyit matanya ke arah Tina.
'Nak muntah aku! Ingat aku kemaruk sangat ke nakkan kau? Aku nak duit kau jelah orang tua...' Gumam Tina.
"Ala, Tina... Sorrylah. I ada hal pulak. Kena ke rumah ladang. Nantilah kita spend time together ya. Make sure you kena ambil cuti untuk I..."
"Ala, tadikan kata nak spend time dengan I?" Gedik.
"Next time, okay. I ada urusan lain ni."
"Yelah. I ni tak pentingkan..." Sengaja Tina buat-buat merajuk. Padahal, hakikatnya, memang Tina tak nak langsung bertemu dengan orang tua gatal tu.
"Tina, janganlah macam ni. I janji, I dah settlekan kerja I, I cari you, Kita bercuti kat luar negara, okey?"
"Yelah. I tunggu."
"Nah... Untuk you." Beberapa helai duit not seratus diletakkan di tapak tangan Tina. Melebar senyuman Tina melihat sekepuk duit di dalam genggamannya.
"Thank you, datuk. Ni yang I sayang ni..."
"Okey, baby. I pergi dulu, okey."
"Okey, datuk..."
"Huh! Senang je nak pujuk orang tua ni. Dasar orang tua bodoh!" Omel Tina sebelum merapati seorang lelaki yang kelihatan sangat hot si matanya.
"Hai... Seorang je..." Lelaki itu menjeling.
"Sombongnya... Nak I temankan." Lelaki tadi menjeling lagi.
"Kenapa you sombong sangat ni? Kalau datang sini, kena happy. You jangan risau, I akan layan you... I tahu macamana nak layan lelaki macam you ni..." Tina meraba dada kekar lelaki kacak di hadapannya.
"Hei!" Tina marah bila tangannya ditepis.
"Huh! Dasar perempuan murah!"
"Kalau I murah kenapa datang sini?"
"Hei betina! Kau tak layak nak sentuh aku!"
"Jantan bangsat!"
Pang!
"Argh!" Terjelepuk Tina di lantai kelab dangdut selepas ditampar lelaki kacak tadi.
"Tina, kenapa ni?"
"Syiqa... Lelaki ni... Dia... Dia tampar I..." Rintih Tina sambil mengusap pipinya. Syiqa salah seorang dari kawan Tina di kelab dangdut itu.
"You, kenapa you tampar kawan I?" Soal Syiqa seraya merapati lelaki kacak itu.
"Sebab kawan you ni menggatal. Dia ingat I ni siapa? Suka-suka hati je nak sentuh I... Huh!" Wajahnya dipalingkan dari Tina yang sedang menahan keperitan akibat ditampar tadi.
"Jangan marah dia. Dia baru lagi kat sini. You pun, janganlah kasar sangat dengan dia."
"Habis tu, you nak suruh I layan perempuan ni? You tak cakap dengan perempuan ni siapa I?"
"Emm, I minta maaf. Dia orang baru. Janganlah kejam sangat."
"Hei! You semua dengar sini. Ini tempat I. Nak kerja, buat cara nak kerja. Jangan cari masalah. Dasar betina murah!" Bentak lelaki tadi sebelum mengangkat kaki meninggalkan Tina dan Syiqa.
"Bangun, Tina. Lepas ni jangan sentuh dia. Dia pemilik kelab ini."
"Hah? Dia pemilik tempat ni?"
"Ya, Tina."
"Dia memang macam tu ke? I minta maaf, Syiqa... I tak tahu dia pemilik tempat ni..."
"Sebenarnya, dia tak macam tu. Tapi, dengarnya dia kecewa lepas cintanya ditolak."
"Frust bercinta?"
"Mungkin... Sebab dia kecewa bila gadis yang dia idamkan jadi hak orang lain."
"Lar... Ramai lagi gadis lain, kenapa kena sampai kecewa macam tu. Lepas tu nak lepaskan pada orang lain." Omel Tina.
"You tak tahu apa, Tina... Perempuan tu, semua orang kenal. Popular juga dia sekarang ni..."
"I kenal ke?"
"I rasa you mesti kenal. Model yang tengah meletup sekarang ni..."
"Model?"
"A'ah... Melayu tau. Cantik sangat." Tina terdiam seketika.
"Siapa nama model tu?"
"Emm, kalau tak silap I, Kayla... Kayla apatah... Tapi, itulah nama dia. I dah tengok gambar model tu. Serius, dia memang cantik sangat. Bertuah lelaki yang dapat dia."
"Jadi, boss kita tu sukakan si Kayla, model tu?"
"A'ah... Tapi, kecewa sebab model tu tolak dia mentah-mentah..." Tina tersengeh jahat. Nampaknya Tina macam ada rancangan yang hendak diaturkan.
'Hurm... Kau pun minat adik aku? Emm, nampaknya aku ada umpan nak kenakan Kayla... Bukan main kau ya... Ramai pulak yang jatuh cinta kat kau, ya Kayla... Takpe. Aku akan pastikan kau kecewa nanti.' Gumam Tina.
***************************
"Sayang..."
"Awak..."
"Kita video call..."
"Tak naklah... Malulah.."
"Sayang, dah siap ke?"
"Dah... Awak?"
"Dah, sayang..."
"Awak dah sampai ke?"
"Saya kat bawah ni. Dalam kereta tadi. Awak kat mana sayang?"
"Dalam kereta juga."
"Awak okey?"
"Emm, tangan saya sejuk."
"Kenapa tak nak jawab video call saya?"
"Emm, saya... Saya malulah... Nanti kat dalam kita jumpa, ya..."
"Relaks, okey. Kita nak menikah je, sayang. Istighfar banyak-banyak. Awak kena ingat yang saya sayang awak."
"Ya, saya tahu... Emm, awak okey tak?"
"A little bit nervous..."
"Istighfar banyak-banyak, okey... Awak kena ingat yang saya sayang awak..." Ujar Kayla, lembut.
"Come again, sayang?"
"Apa?"
"Sekali lagi cakap macam tadi..."
"Tak nak."
"Yang, please... Sekali je... Saya nak mengadap tok kadi ni... Saya perlukan aura awak, sayang..." Kayla terdiam seketika.
"Sayang, please..."
"Err... Istighfar banyak-banyak. Ingat saya sayang awak..."
"Saya sayang awak juga. Oh... I'm flaterred..."
"Mengada je."
"Thanks, sayang. Jumpa kat dalam, ya. Jangan rindu saya tau..."
"Hihihi... Okey. Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Talian dimatikan.
"Kayla, mari nak... Tok kadi dah panggil tu..."
"Baik, umi." Dengan lafaz bismillah, Kayla melangkah keluar dari kenderaan milik keluarga Azroy, Bugatti Veyron yang dibawa khas untuk Kayla selaku pengantin baru.
"Ya Allah, serius cantik gila Kayla... Untung kau, Roy..." Azroy tersenyum lebar bila Kayla dipuji. Azroy melirik memandang Kayla yang baru masuk dengan lemah gemalai.
"Aku mimpi ke, Naim? Aku kat syurga ke?"
"Tak payah nak angau sangat... Hormat aku yang masih single ni..." Ujar Naim.
"Jealouslah tu..." Naim menjeling.
"First time aku tengok Kayla pakai tudung. Cantiknya... Subhanallah..." Puji Naim selaku sepupu rapat dan pengapit Azroy hari ini. Azroy bangga dapat memiliki isteri secantik Kayla.
"Roy, take care of her, Roy... She's beautiful. She's one in a million..."
"I will, papa... Doakan Roy, ya?" Tan Sri Arif Aiman mengusap bahu anak bongsunya. Melihat Kayla tertunduk malu, membuatkan Azroy tersenyum lebar. Jujur, Azroy jatuh cinta sekali lagi pada Kayla.
Menitik air mata Kayla usai Azroy melafazkan akad nikah berwalikan abi dan disaksikan oleh keluarga mereka berdua. Kayla mendapatkan umi, abi, mama, papa dan semua kakak Azroy untuk bersalaman dan berpelukan sebelum acara membatalkan air sembahyang. Kayla turut mengikuti Azroy menunaikan solat sunat tanda kesyukuran setelah disatukan sebagai suami isteri.
Tatkala acara membatalkan air sembahyang, Azroy menyarungkan sebentuk cincin emas putih bertahtakan berlian di jari manis Kayla, diikuti dengan seutas rantai leher dan seutas gelang tangan dari jenama antarabangsa buat permaisuri hatinya. Kayla membalas dengan menyarungkan sebentuk cincin emas putih buat sang suami.
"Sayang, look at me..." Tegur Azroy bila Kayla sejak tadi menundukkan wajahnya akibat pancaran flash kamera yang bertubi-tubi.
"Are you okay?"
"Silau mata... Err, abang... Kayla nak duduk sekejap, boleh?" Azroy rasa diawang-awangan bila Kayla memanggilnya dengan panggilan abang.
"Sayang duduk kat sini, dulu. Nanti abang ambilkan air. Nak ubat sakit kepala ke?"
"Tak payah rasanya. Kayla tak pening. Cuma, rasa silau mata..."
"Just sit here, okay... Abang ambilkan air." Kayla anggukkan kepala.
"Sayang..." Kayla tersenyum melihat Azroy muncul dengan segelas air suam untuknya.
"Sayang minum dulu."
"Thanks, abang."
"My pleasure, sayang..."
Dato' Azroy Aiman dan Datin Mikayla Marlisa, sama cantik sama padan, bagaikan pinang dibelah dua.
"Pengantin sama cantik dan sama padan."
"Bertuah Azroy dapat isteri secantik datin."
"Cantik betul pengantin. Sama segaknya..." Bermacam-macam pujian yang dilemparkan buat kedua mempelai di atas singgahsana.
Tiba-tiba, kelihatan orang ramai termasuk wartawan dari beberapa akhbar merusuh masuk ke dewan untuk mengambil gambar Azroy dan Kayla menyebabkan suasana semakin kelam-kabut.
"Kamal!" Azroy memanggil pengawal peribadinya tatkala melihat suasa semakin membingitkan dan sekaligus membuatkan Kayla tidak senang duduk.
"Abang... Kenapa ni?" Soal Kayla yang tidak senang duduk.
"Sayang tunggu sini..."
"Tapi, bang..."
"Sayang, please..." Kayla akhirnya akur dengan arahan encik suami.
"Papa, abi... Tolong jaga Kayla."
"Hati-hati Azroy."
"Baik, abi."
"Dato..."
"Apa yang berlaku?"
"Ada seorang wanita menjerit-jerit menyebut nama dato dan datin..." Ujar Kamal, selaku ketua pengawal untuk majlis hari ini. Berkerut dahi Azroy.
"Siapa?"
"Kami tak pasti, dato. Tapi, saya dah menghubungi pihak polis."
"Bagus. Mana perempuan tu?"
"Di luar dewan, dato..."
"Mari..."
"Tapi, dato..."
"Kau tak risau, Kamal... Aku tak gentar dengan manusia macam tu..."
"Baik, dato. Silakan..." Azroy ditemani Kamal dan dua orang lagi pengawal keselamatan menghala ke luar dewan.
"Siapa kamu dan apa tujuan kamu ke mari?"
"Huh! Dato' Azroy..."
"Tina..."
"Dato' kenal dengan wanita ini?"
"Kenal..."
"Aku, kakak Datin Kayla..."
"Pembetulan, Tina... Kau hanya kakak sepupu Datin Kayla." Ujar Azroy tegas. Tina tergamam.
"Sebelum kau nak cakap apa-apa, aku bagitahu kau. Kau dan Kayla bukan sedarah dan sedaging. Kalian bukan adik-beradik kandung. Tapi, Haji Hamidon sanggup jadi kambing hitam, dalam erti kata lain, Haji Hamidon meminjamkan nama dia pada surat beranak kau untuk mengelakkan umi kau malu ada anak luar nikah!"
"Kau... Kau tipu akukan? Kau sengaja nak takut-takutkan akukan?"
"Huh! Aku nak tipu, untuk apa Tina? Apa niat kau sebenarnya ke mari? Apa niat kau ke sini tanpa diundang? Apa sebab kau bawa wartawan ke mari?"
"Dia kata dia nak malukan Datin Kayla sebab perempuan ni cakap Datin Kayla tidak layak untuk bersama dato." Celah seorang dari wartawan yang ada di situ.
"Huh! Kau ni memang dasar tak sedar dek untung. Kau dah cermin diri kau sendiri, Tina? Kau rasa kau layak ke dengan orang macam aku? Aku lebih kenal Kayla dari kau. Sebab apa? Sebab Kayla tak sekejam kau! Kayla tak sehina kau! Dasar perempuan kelab malam!"
"Kau..." Tina menuding jarinya tepat ke wajah Azroy.
"Berambus!" Sergah Kamal sambil menghalang Tina dari merapati Azroy yang segak berpakaian melayu.
"Aku tak nak berambus! Aku takkan berambus dari sini."
"Polis dah sampai, dato..." Tina sedikit tersentak mendengar nama polis.
"Abang... Kenapa ni?" Tiba-tiba Kayla mencelah.
"Sayang, kenapa datang sini..."
"Datin Kayla! Datin, apa perasan sekarang?"
"Datin, apa perkembangan datin selepas ini? Adakah datin akan meneruskan bidang permodelan?"
"Datin, senyum..." Hampir sakit jantung Kayla dengan soalan yang diasak para wartawan.
"Tolong beredar! Jangan ganggu datin." Halang Kamal.
"Huh! Seronok jadi isteri orang kaya?"
"Apa maksud kau, Tina?" Dalam sedar tak sedar umi melangkah menghampiri Tina.
"Kau... Seronok dapat jadi datin? Bahagia?"
"Sekurang-kurangnya, aku tak jadi macam kau, Tina. Aku tak sehina kau sehingga sanggup nak mendera ibu kandung sendiri. Kau seksa umi. Kau dera umi fizikal dan mental. Apa? Kau ingat kau akan selamat selamanya?" Berubah riak wajah Tina.
"Jangan ingat kau akan bahagia, Kayla..."
"Aku tak bahagia, sebab kau, Tina! Kau seksa aku, kau seksa abi! Kau banyak timbulkan masalah! Kau halang kebahagiaan aku! Kau tak puas lagi selama ini menghabiskan duit abi, duit umi, duit aku?" Sergah Kayla. Azroy sedari tadi memegang lengan si isteri. Bimbang sesuatu berlaku pada Tina jika Kayla tak mampu nak tahan amarahnya.
"Kau...!"
"Apa? Kau jangan ingat aku takut dengan kau, Tina... Selama ini aku berdiam diri sebab tak nak besarkan isu ni. Aku bertahan selama ini sebab aku tahu, umi takkan sebelahkan aku. Aku redha dengan ketentuan Allah bila aku dapat tahu umi bukan darah daging aku. Tapi, sekadar ibu saudara dan kau hanya sepupu aku."
"So, kau ingat kau dah bagus?"
"Ya. Aku bagus. Aku lebih bagus dari kau sebab aku tak hipokrit!"
"Huh! Aku hipokrit? Macamana dengan kau?"
"Aku tak hipokrit, Tina... Aku tak macam kau. Dari rumah berjubah, bertudung bagai. Sampai kat kelab, kau dedah aurat kau pada lelaki bukan ajnabi. Kau nak aku terangkan pada semua orang apa pekerjaan kau?"
"Kau...!!!" Tina menuding jarinya ke arah Kayla, namun sempat Azroy menarik tubuh isterinya.
"Argh! Ti...na." Tina tergamam tatkala pisau ditangan yang sepatutnya menikam Kayla, mengenai umi yang entah dari mana munculnya.
"Umi! Umi, Ya Allah, umi... Abang, umi..." Kayla menangis melihat umi terbaring dengan tangan yang menekup perutnya. Darah membuak-buak keluar dari perut umi.
"Ya Allah, apa yang kau dah buat Tina? Apa yang kau dah buat?"
"Tahan perempuan ni!" Tina tidak bereaksi langsung ketika ditahan pengawal keselamatan Azroy sebelum diserahkan pada pihak berkuasa yang kebetulan tiba di lokasi kejadian selepas dihubungi Kamal, pengawal peribadi Azroy.
"Sayang..." Kayla menoleh bila namanya disebut.
"Abang..." Azroy merangkul pinggang Kayla dari belakang. Dagu Azroy terletak elok dibahu Kayla.
"Hurm... Wanginya sayang abang ni..." Leher Kayla dicium berkali-kali.
"Abang, gelilah..."
"Sayang tengok apa?" Kayla memegang tangan Azroy yang merangkul pinggangnya.
"Tengok pemandangan kat sini. Cantik..."
"How do you feel?"
"Alhamdulillah... Thanks, abang..."
"Untuk apa?"
"Untuk segala-galanya..." Azroy mengerutkan dahinya.
"Meaning?"
"Terima kasih sebab masih bertahan dengan sayang."
"Kenapa cakap macam tu? Sayang segala-galanya untuk abang. Terima kasih sudi terima abang dalam hidup sayang."
"Don't mention. Abang dah banyak tolong sayang. Abang dah banyak berkorban untuk sayang. Abang tolong sayang dapatkan rumah sewa, lepas tu sayang dan abi duduk free je kat rumah tu. Abang tolong sayang dalam bidang model. Tapi, sengaja je abang rahsiakan. Sedangkan semua tu cousin abang, pekerja abang, saudara-mara abang." Azroy tertawa kecil.
"Lepas tu, abang bantu sayang pasal hal Tina, hal umi... Abang dah banyak bantu sayang. Sayang malu tau..."
"Kenapa nak malu? Sayang bukan orang lain pun... Sayang hak abang dan abang hak sayang. Tak perlu rasa malu. Lagipun, apa yang abang lakukan sebab abang sayangkan sayang. Abang tak nak sayang susah hati. Abang tahu sayang dah banyak berkorban demi keluarga sayang. Sebab tu, abang nak tolong sayang." Kayla simpan senyum. Tubuh diputarkan menghadap Azroy.
"Tapi, abang..."
"Shu... Can we forget about this? Kita tengah honeymoon tau. Lama abang tunggu sayang. Abang bawa sayang datang sini sebab nak spend time together..."
"Sorry, abang. Sayang dah banyak susahkan abang. Sayang abaikan abang. Sayang abaikan hak abang sebagai seorang suami. Maafkan sayang." Kayla menundukkan kepalanya. Dagu Kayla dipaut. Mata bertentangan mata.
"Abang sanggup lakukan apa sahaja demi sayang. Hal hak abang, hak sayang... Abang tahu sayang perlukan masa. Kita doakan yang baik-baik buat umi dan Tina, ya."
"Terima kasih, abang. Sayang rasa bertuah memiliki suami sebaik abang. Terima kasih sebab terima sayang buruk baiknya." Kayla mendakap erat tubuh tegap Azroy.
"Terima kasih sebab terima abang, seadanya." Kayla simpan senyum sebelum sisi kepalanya dicium Azroy.
"Boleh abang dapatkan hak abang malam ni?"
"I'm yours, abang... I'm yours..." Azroy mencempung tubuh Kayla ke katil. Suasana di dalam kamar beradu mereka ketika ini, samar dengan lampu meja. Sengaja Azroy membiarkan lampu di kamar mereka begitu demi mendapatkan mood romantik. Dengan lafaz bismillah, buat pertama kalinya, Kayla dan Azroy bersatu dalam ikatan yang suci dalam syurga ciptaan mereka.
Di mana Tina dan apa yang berlaku pada umi? Tina telah dimasukkan ke wad psikiatri lantaran mengalami gangguan perasaan selepas secara tidak sengaja menikam ibu kandungnya sendiri dan lagi umi telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.
Kayla mengalami masalah kemurungan akibat peristiwa itu. Dan, alhamdulillah. Kayla beruntung mempunyai suami sebaik Azroy yang cukup memahaminya. Hanya selepas tiga bulan selepas pemergian umi, Kayla kini semakin sihat dan kini mereka berdua di fasa berbulan madu dan akan menghabiskan masa selama sebulan mengelilingi Eropah. Moga bahagia milik mereka berdua.
Share this novel
Alhmdulillah ..tamat sudah..good luck