BAB 7 - BGL - HIPOKRIT

Romance Completed 29589

"Kayla..." Kayla mendongak bila namanya diseru. Agak terkejut juga Kayla bila tiba-tiba pintu biliknya dikuak tanpa diketuk terlebih dahulu.

"Tuan Qaizer..."

"You dah makan?"

"Err, dah. Tadi, di pantri."

"I ingat you makan kat kedai belakang sana..."

"Tak jadi, ramai sangat orang. Jadi kami bungkus je makanan tu."

"Oh... Lain kali jangan makan kat tempat macam tu. I tak suka..." Berkerut dahi Kayla.

"Eh, kenapa pulak? Saya suka je masakan dia. Sedap!"

"Tapi, belum tentu bersihkan? Lagipun, kita tak nampak cara dorang masak, bahan yang digunakan bersih atau tidak. Nanti you tak sihat, Kayla."

"Takpe, Tuan Qaizer. Saya dah setahun lebih makan kat tempat tu. Saya rasa, okey je. Kekadang tuan, masakan kat dalam cafe tu pun belum tentu bersih. Belum tentu bahan yang digunakan tu bersih dan tidak tercemarkan?"

"Sekurang-kurangnya, tempat tu, bertutup dan terlindung dari panas." Kayla tertawa kecil.

"Tuan, kalau panas dijadikan alasan, alamat tak makanlah saya nanti. Cafe pun belum tentu tempat yang selamat. Malang tak berbaukan, tuan?" Tuan Qaizer menjongketkan kening.

"Kalau nak bicara pasal panas, kat akhirat nanti, lagi panas, tuan. Tak terhitung dosa yang telah kita lakukan sehingga kita akan tenggelam dengan peluh kita sendiri akibat terlalu panas, sebab ketika itu, matahari hanya sejengkal dari kepala." Ujar Kayla, sekaligus memberi teguran.

"Kayla, kita bukan di surau untuk mendengar tazkirah..."

"Saya minta maaf, Tuan Qaizer. Saya berkata yang benar. Saya sedar, saya pun tak baik mana. Tapi, teguran tu untuk diri saya juga." Kayla meraup wajahnya sendiri.

"Saya minta maaf. Tapi, saya rasa tak salah kalau saya nak makan di mana pun tempat yang saya suka."

"I cuma concern pasal you."

"Takpe, tuan. Terima kasih. Saya tak perlukan sesiapapun kasihankan saya. Saya dah cukup dewasa untuk memilih mana yang elok atau sebaliknya."

"I faham, Kayla. Cuma, jujur I cakap... I... I sukakan you, Kayla."

"What? Tuan sukakan saya?"

"Ya, Kayla... I sukakan you dan I ambil berat pasal you. You tengok ni... I bawakan you, grilled chicken rice." Ujar Tuan Qaizer sambil menghulurkan makanan yang dijinjingnya pada Kayla.

"Tuan, saya tak minta pun tuan belikan saya, apa-apa. Saya tak suka susahkan orang."

"Kayla, I dah cakapkan I sukakan you, Kayla. I hanya risaukan you sahaja."

"Allahuakhbar... Tuan Qaizer, tolong jangan buat saya macam ni... Saya milik orang, tuan."

"Milik orang? Meaning?"

"Ini. Ini cincin pertunangan saya, tuan. Saya dah bertunang dan saya akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi, saya harap, tuan lupakan hati dan suka tuan pada saya." Kayla menghalakan cincin di jari manisnya yang tersarung cincin emas putih bersama batu permata.

"You bergurau, Kayla. I tahu you berguraukan? You sengaja nak buat I cemburukan? Betulkan, Kayla..."

"Tuan, tolonglah... Saya tak berminat atau berniat nak tipu orang. Saya cakap benda yang betul. Saya dah bertunang."

"No! I tahu you sengaja nak buat I cemburu. I tahu, you tak bertunang lagi. I tahu... I tahu sebab keluarga you ada masalah..."

"Tuan Qaizer. Saya mohon sangat jangan campur urusan keluarga saya, tuan. Saya tak suka."

"Kayla, boleh tak you bagi I peluang untuk buktikan yang I sayangkan you. I sukakan you, Kayla..."

"Stop! Tuan jangan mengarut. Saya tak suka! Saya tak pernah simpan apa-apa perasaan suka atau apa sahaja pada orang lain melainkan tunang saya."

"Kayla, please... Kayla, please... I... I suka you, Kayla..."

"Tapi, saya tak suka tuan! Maksud saya, saya tak ada apa-apa perasaan langsung kat orang lain. Saya hanya sukakan tunang saya dan hanya nama tunang saya yang ada dalam hati saya."

"Tak! Tak boleh! You tak boleh terima lelaki lain. You will be mine, Kayla!" Bentak Qaizer sebeum berlalu.

"Aduh! Jantan giler! Nak paksa-paksa orang pulak. Suka hati dia je..."

"Cik Kayla tak apa-apa?" Serta-merta pintu bilik Kayla dikuak.

"Awak ni... Terkejut saya, Farah."

"Sorry, Cik Kayla. Saya minta maaf."

"Yelah. Ada apa ni?"

"Takdelah. Saya nampak Tuan Qaizer marah-marah sebaik sahaja dia keluar dari bilik Cik Kayla. Ada apa yang berlaku, Cik Kayla?" Kayla melepaskan keluhan.

"Busybody juga awak nikan, Farah?"

"Hihihi... Bukan busybody. Cuma, concern je pasal Cik Kayla. Kot-kotlah Tuan Qaizer ganggu Cik Kayla. Apa yang berlaku sebenarnya, Cik Kayla?"

"Dia paksa saya terima dia."

"What? Tuan Qaizer?" Kayla angguk perlahan.

"Maksud Cik Kayla, Tuan Qaizer sukakan Cik Kayla?"

"Ya, Farah."

"Cik Kayla terima ke?" Kayla menggelengkan kepala.

"Jadi, itulah sebab dia marah-marah keluar dari bilik Cik Kayla?"

"A'ah..."

"Tuan Qaizer tu hebat juga orangnya. Cik Kayla tak suka ke?"

"Hati dan perasaan tak boleh dipaksa, Farah."

"Sayang tu, Cik Kayla. Tuan Qaizer tu, dah suka, kenapa ditolak?"

"Saya tak suka dipaksa."

"Hurm... Nampaknya, Tuan Qaizer kita ni, semacam jugak ni..."

"Ah, saya tak peduli. Saya awal-awal dah reject lelaki macam Tuan Qaizer tu."

"Sebab?"

"Sebab dia lelaki yang sombong dan ego. Bila dia menolak untuk follow kita lunch kat tempat panas, saya dapat tahu, dia lelaki macamana... Then, paksa saya terima makanan yang dia bagi ni." Kayla menolak bekas makanan yang dihantar Qaizer tadi.

"Ni... Dari Tuan Qaizer?"

"Ya. Dia tak benarkan saya makan sebarangan dan kalau nak makan kena makan kat cafe, kononnya lebih bersih dan selamat."

"Ish, belum apa-apa dah nak control hidup Cik Kayla."

"Tulah pasal... Serius, saya memang tak suka. Lagi-lagi bila dia paksa saya terima dia."

"Cik Kayla tolak atas alasan apa?"

"Ni..." Kayla menunjukkan cincin dijari manisnya.

"Hah? Cincin tunang ke cincin nikah?"

"Saya dah jadi tunangan orang. Tapi, Tuan Qaizer mengamuk. Dia cakap saya sengaja nak mainkan dia."

"Ish! Susahlah nak layan lelaki macam tu. Tak matang."

"Betul. Sebab itu, saya berterus-terang yang saya milik orang dan dalam hati saya hanya ada nama tunang saya seorang je." Farah simpan senyum.

"Kenapa awak sengeh?"

"Takdelah. Senyap-senyap dah bertunang. Tak jemput saya pun."

"Bukan macam tu. Ni semua kejutan. Dari nak celebrate birthday saya, cik tunang saya datang melamar dengan family dia semua. Serius, saya terkejut. Bukan sengaja tau..."

"Ala, takpelah. Tu namanya rezeki. Jodoh Cik Kayla dah dekat. Jaga baik-baik, Cik Kayla."

"In shaa Allah, Farah. Tapi, awak tak payahlah hebohkan perkara ni, ya. Saya tak selesa nanti. Lagipun, tunang saya dah tahu, pasal Qaizer ni. Saya pernah cakap dengan dia yang saya pernah menerima hadiah dari Tuan Qaizer..."

"Apa? Cik Kayla pernah terima hadiah dari Tuan Qaizer?"

"Shu... Janganlah bising. Nanti dia tahu. Dia dah cakap jangan bagitahu orang pasal hadiah tu."

"Bila Cik Kayla dapat hadiah tu?"

"Emm, beberapa minggu lalu... Masa kita nak makan tengahari sebab nak celebrate birthday saya. Sebelum pergi tu, Tuan Qaizer bagi saya hadiah."

"Mana hadiah dia? Cik Kayla tak pakai?" Kayla menggelengkan kepala.

"Awal-awal lagi dia dah cakap yang dia tak izinkan saya bagitahu orang. Saya pun tak berminat sebenarnya, walaupun dia bagi saya hadiah mahal."

"Emm, mesti menarik hadiah yang Tuan Qaizer bagikan, Cik Kayla?"

"Menarik. Tapi, saya tak suka bila orang banyak bunyi bila dah bagi hadiah. Saya rasa macam tak ikhlas je. Cuma, apa yang pelik... Sebelum ni, Tuan Qaizer tak pernah kisahkan pun dengan saya. Kalau bertembung pun, dia sikit pun tak heran... Bukan kata nak tegur, nak pandang saya pun, dia tak lalu."

"Serius, Cik Kayla?"

"Ya, Farah... Saya ni dahlah tak lawa, tak cantik, tak seksi. Datang kerja tak pernah pakai pakaian lain melainkan seluar je... Kenapa dia tiba-tiba berminat nak kenal dengan saya?"

"Pelik juga tu? Tapi, Cik Kayla... Orang kata, dari mana datangnya cinta, kalau bukan dari mata turun ke hati..."

"Ah! Itu mengarut je. Saya ni, dah dua tahun lebih kat syarikat ni. Tiba-tiba, dah dinaikkan pangkat, baru dia nak tegur. Kenapa? Cuba awak huraikan kat saya..." Farah mengetuk-ngetuk dagunya sendiri.

"Betul jugakkan? Sebelum ni, macam tak kisah je. Tiba-tiba dah naik pangkat, dah sama level, baru nak tegur."

"Itu tak ikhlas namanya, Farah. Saya tak suka orang macam tu. Tak jujur. Nak berkawan, kena tengok level."

"Yelah, Cik Kayla. Kita ajak makan kat luar, kat bawah pokok pun, dia tak nak. Kononnya, nanti kulit dia perit, gelap. Pastu dia cakap, panaslah... Macam perempuan pulak..."

"Tahupun. Saya tak selesa dengan orang yang acah-acah baik ni. Serius, saya memang tak suka. Hipokrit sebenarnya. Saya macam trauma dengan orang macam ni." Ujar Kayla, jujur. Rambut panjangnya diraup dan ditolak ke belakang.

"Cik Kayla okey ke? Kenapa Cik Kayla nampak macam stress je dengan orang macam ni?" Kayla melepaskan keluhan.

"Saya dah alami kisah ni, Farah. Saya dah rasai siituasi sebegini dalam kehidupan realiti saya. Jujur saya cakap. Saya benci dengan manusia acah-acah baik ni. Hipokrit! Munafik! Realiti sebenarnya, hancur! Saya benci dengan keadaan macam ni!" Bentak Kayla. Tidak sedar dengan suara yang semakin meninggi.

"Bertenang Cik Kayla Istighfar... Jangan terbawa-bawa dengan perasaan, Cik Kayla. Ingat tuhan..."

"Astaghfirullahalazim... Ya Allah, maafkan saya Farah. Saya... Saya terbawa-bawa pulak. Allahuakhbar..." Kayla meraup wajahnya sambil beristighar.

"Minum dulu, Cik Kayla." Farah menghulurkan segelas air yang diambilnya dari belakang Kayla. Kayla memang dikenali semua kakitangan. Mereka tahu yang dia rajin minum air suam dan sentiasa membawa sebotol air suam untuk kegunaan sendiri.

"Terima kasih, Farah." Farah angguk kepala. Air diteguk perlahan.

"Alhamdulillah."

"Maafkan saya, Farah. Saya tak suka dengan situasi begini."

"Cik Kayla ada alami benda sebegini ke?" kayla angguk sendiri.

"Tapi, biarlah saya simpan sendiri perkara ni. Saya tak nak buka aib keluarga saya. Cukuplah saya katakan, saya trauma dengan orang-orang macam ni. Cukup menyakitkan bila berhadapan dengan manusia munafik dan hipokrit macam ni."

"Maafkan saya, Cik Kayla."

"Sorry, Farah. Awak tak salah. Jangan minta maaf macam tu. Saya yang salah."

"Takpelah, kalau macam tu. Cik Kayla rehat dulu. Panggil saya kalau Cik Kayla perlukan apa-apa." Kayla angguk kepala.

"Thanks again, Farah."

"No problem, Cik Kayla. Saya keluar dulu."

"Thanks..." Farah angguk kepala dan berlalu meninggalkan Kayla sendirian di dalam biliknya.

"Allahuakhbar... Maafkan aku Ya Allah..." Kayla berisitighfar tatkala tersedar kekhilafan diri sendiri. Kerja yang tertangguh disambung semula tanpa banyak masalah. Itulah kelebihan Kayla. Cepat move on dengan apa yang telah dia alami. Kayla tidak pernah mencampuradukkan tugasan di pejabat dengan masalah yang dia alami sendiri.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Kayla, masuk nak. Ni, hah Azroy datang ni."

"Aip... Ada apa datang sini petang-petang ni?"

"Kayla, kenapa cakap macam tu kat Azroy? Tak baik, nak..."

"Sorry, abi. Kayla bergurau je. Bukannya serius." Jawab Kayla sambil melirik ke arah encik tunang.

"Dah, Roy. Minum dulu. Kayla, basuh tangan tu. Ni ada kuih dengan air nescafe ni."

"Kuih? Nescafe? Abi beli kat mana?"

"Bila masa pulak abi keluar. Azroy yang banyak kuih ni. Air nexcafe ni pun, dia yang buat."

"Ala, sweetnya tunang saya ni. Ni mesti ada apa-apakan datang sini?"

"Bertuah punya budak. Apa cakap macam tu, Kayla? Tak baiklah..."

"Abi ni... Kayla gurau je... Azroy dah biasa dengan gurauan Kayla, kan awak?" Soal Kayla sambil mengerdip-ngerdipkan matanya, membuatkan Azroy tersenyum lebar.

"Takpe, abi. Roy dah biasa dah. Abi minumlah, makan kuih ni."

"Yelah, Roy. Melayan Kayla ni, semuanya terhenti kerja."

"Ish, abi ni. Tak baik cakap Kayla macam tu, tau..."

"Minum, awak... Nah, air panas dan kuih kegemaran awak..." Sepiring kuih dan secangkir nescafe panas ditolak ke hadapan Kayla.

"Thank you..." Azroy simpan senyum. Sejujurnya, dia dah tak sabar nak tanyakan hal si Qaizer pada Kayla. Tapi ditahannya. Bimbang bakal mencetuskan perbalahan antara mereka nanti. Lagi pula, mereka dihadapan abi. Tak manis pula bila nak berbual mengenai orang lain dihadapan abi. Tak gentleman kata orang.

"Awak... Kita berborak sekejap, boleh?"

"Kita duduk kat luarlah."

"Boleh je..." Mereka berdua duduk di sofa rotan di porch rumah semi-D milik keluarga Azroy.

"Yap. Cakaplah. Apa yang penting sangat tu?"

"Err, takde apa. Cuma, nak tanya macamana dengan tugas awak di office. Rakan-rakan sekeliling, macamana?"

"Lain macam je bunyinya. Awak nak tanya apa sebenarnya ni, Roy? Cuba direct to the point." Azroy menghela nafas.

"Saya dah beberapa malam tak lena tidur."

"Sebab?"

"Qaizer." Kayla menelan air liurnya yang berpasir.

"Anything to share, Kayla?"

"Emm, takde apa yang berlaku, Roy."

"Kayla, saya dapat rasa awak sembunyikan sesuatu dari pengetahuan saya, Kayla. Saya tunang awakkan? Saya takkan marah. Saya cuba nak share masalah dengan awak. Itu je..."

"Sebenarnya, Tuan Qaizer ada bagi saya hadiah."

"Hadiah hari lahir?"

"Ya... Tapi, saya tak pakaikan hadiah gelang tangan Pandora tu."

"Gelang Pandora?"

"Ya, awak. Dia cakap, jangan bagitahu sesiapa."

"Jadi?"

"Saya takdelah cakap apa-apa sebab masa tu kita belum bergelar tunangan orang."

"Kenapa tak pakai?" Kayla menggeleng.

"Kenapa?"

enjoy reading, guys

Share this novel

Nurul_MataPena
2023-09-20 00:03:30 

dia semacam kan, si qaizer ni

DHIA AMIRA.
2023-09-17 16:18:38 

paksa2 lak

DHIA AMIRA.
2023-09-17 16:18:29 

tatut lak ngn tuan qaizer ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience