"Aku nak perempuan! Sekarang!"
"Baik, boss!"
"Wait!
"Ya, Tuan Qaizer?"
"I nak fresh. I tak nak yang dah dipakai orang. Faham!"
"Ya, Tuan Qaizer." Telefon bimbit dicampak ke katil. Tuan Qaizer melepaskan semua pakaiannya sebelum masuk ke bilik mandi di hotel. Qaizer membersihkan dirinya sebelum menghadap perempuan-perempuan murah yang menjadi tempat Qaizer melempiaskan nafsunya.
Tok! Tok!
"Tuan Qaizer..."
"Hurm... Masuk!"
"Ini, budak baru... Student IPTA... Segar lagi, boss..."
"Kau sure?"
"Sure, boss... Ini duit kau..." Beberapa keping not seratus diserahkan ke tangan lelaki yang dikenali dengan panggilan Shaun.
"Thanks, boss... Nikmati daging segar dari ladang." Ujarnya dengan sengehan nakal.
"Blah!" Pintu ditutup rapat dan dikunci bagi mengelakkan gadis itu melarikan diri.
"Apa yang kau berdiri kat sini. Pergi bersihkan diri kau."
"Ba...baik, tuan..."
"Nanti!" Terhenti langkah gadis itu.
"Ni, pakai bathrobe ni. Aku nak kau sentiasa bersih. aku tak suka perempuan kotor." Qaizer menyerahkan bathrobe pada gadis itu.
Klik!
Pintu bilik mandi dikuak sebelum gadis itu melangkah keluar dan berdiri di hadapan Qaizer. Terpegun Qaizer melihat kemulusan kulit gadis di hadapannya.
"Siapa nama kau?"
"Qila, tuan..."
"Umur kau?"
"Saya... Saya dua puluh dua tahun, tuan."
"Kau masih belajar?"
"Ya, tuan."
"IPTA?"
"Ya, tuan..."
"Bidang?"
"Pengurusan Perniagaan."
"Hurm... Kenapa kau jadi call girl?"
"Duit, tuan... Saya perlukan duit untuk teruskan hidup... Saya bukan orang senang. Saya anak yatim piatu dan dijaga pak cik dan mak cik."
"Kau tak takut kerja macam ni?"
"Saya takde pilihan, tuan. Dalam kepala saya, hanya nak cari wang untuk pelajaran saya."
"Jadi, ini kali pertama kau buat kerja macam ni?"
"Ya, tuan."
"Baik. Aku ada syarat aku sendiri."
"Mak... Maksud tuan?" Qila menelan air liurnya sendiri.
"Aku tak suka hak aku, dikongsi dengan lelaki lain." Qila mendongak dengan kerutan di dahi.
"Aku akan beli dan jaga kau. Aku akan bela kau."
"Saya tak faham maksud tuan?"
"Sorry, aku lupa ini kali pertama buat kau... Aku akan beli kau dari Shaun dan aku akan jaga kau. Kau tak perlu kerja macam ni lagi selepas ni dan syarat utama aku... Kau kena layan kau bila aku perlukan kau. Kau faham?"
"Tuan nak cakap, saya hanya dibenarkan melayan tuan?"
"Yap! Pandai pun. Sekali aku dah jaga kau, kau kena turut segala perintah aku. Faham?" Qila anggukkan kepala.
"Aku paling benci dengan penipu. Dan aku harap kau akan setia dengan aku dan jangan sesekali mengharapkan lebih dari itu."
"Sampai bila?"
"Apa maksud kau?"
"Sampai tiba saatnya aku akan lepaskan kau..."
"Saya setuju asalkan tuan tidak ganggu waktu belajar saya dan saya perlukan waktu untuk healing."
"Fine. Aku izinkan asalkan bukan dengan lelaki lain. Kalau aku dapat tahu, kau engkar atau kau curangi aku, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau. Kau faham?" Kecut perut Qila mendengar ugutan Qaizer. Lantas kepala diangguk perlahan.
"Good. Lepas ni, aku akan sediakan perjanjian. Aku tak nak kau tipu aku kemudian hari."
"Baik, tuan."
"Good. Now... Aku nak kau layan aku..."
"Sa...saya..."
"Ops! Shit! Aku lupa kau masih fresh... Sini. Aku akan layan kau dan pastikan selepas ini, kau tahu macamana nak layan aku." Qila angukkan kepala.
"Come..." Qaizer menghulurkan tangan ke arah Qila sebelum Qila menyambutnya dalam keadaan takut-takut.
"Aku tak nak kau takut dengan aku. Aku nak kau rehat, layan aku dengan sebaik mungkin. Aku takkan berkasar dengan kau. Faham?" Qila angguk lagi. Melihat bibir merah merekah, Qaizer mula menghimpap tubuh Qila. Qila yang sebenarnya agak ketakutan, mula khayal bila Qaizer mula memainkan peranannya.
Leher Qila dijilat penuh nafsu sebelum bibir merekah Qila dipagut penuh kelembutan.
"Just relaks, okey... I won't hurt you... Relaks..."
"Hurm..." Gumam Qila bila kedua tangannya ditekan ke tilam. Qaizer mula menukar rentak membuatkan Qila terjerit kecil. Namun, sempat Qaizer menekup mulut Qila. Qaizer tahu, Qila akan menjerit bila Qaizer mula beraksi kasar.
Telefon bimbit dicapai. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Qaizer tersenyum lebar bila dapat meratah daging segar sehingga Qila rebah dalam dakapannya. Qaizer tak mampu melupakan Kayla. Sepanjang masa bersama dengan mana-mana perempuan, Qaizer membayangkan gadis itu Kayla.
Qaizer tidak peduli akan dosa pahala. Yang dia tahu, dia masih tidak dapat melupakan Kayla. Qaizer sungguh-sungguh mahukan Kayla. Qaizer tidak dapat menerima bila Kayla menjadi hak milik Dato' Azroy Aiman.
Sejak itu, Qaizer mula meniduri mana-mana perempuan yang dia mahukan. Qaizer sanggup mengintai Kayla kemana sahaja dia pergi walaupun Kayla ketika itu dengan Azroy, suaminya. Qaizer betul-betul angaukan Kayla. Setiap kali bersama-sama dengan gadis yang dia tiduri, dia akan bayangkan Kayla menjadi teman tidurnya.
Melihat jam di telefon masih awal, Qaizer cuba melelapkan mata. Namun, Qaizer gagal. Fikirannya menerawang memikirkan apa yang Kayla lakukan ketika ini. Ada masanya, Qaizer membayangkan Kayla sedang bersama-sama Azroy. Sumpah! Qaizer gila kerana Kayla.
Tubuh Qila ditolak perlahan. Gadis itu rebah dalam dakapan Qaizer. Betapa mulusnya kulit Qila. Qaizer akui, Qila memang cantik. Tapi, hati Qaizer tak mampu melupakan Kayla. Melihat setompok darah mengenai sarung tilam, Qaizer tersenyum lebar. Untuk kesekian kalinya, Qaizer berjaya menakluki mahkota seorang wanita. Hanya kerana dia terlalu angaukan Kayla, sudah ramai gadis menjadi mangsa Qaizer.
"Emm..." Gadis itu bergerak bila lehernya terasa pedih.
"Shu... Just relax... Aku takkan sakiti kau..." Qaizer menggomol leher dan bibir Qila.
"Layan aku, Kayla... Layan aku Kayla... Layan aku... I just want you, Kayla..." Itulah kata-kata yang sering keluar dari bibir Qaizer setiap kali dia bersama-sama gadis yang ditempahnya. Untuk kesekian kalinya, Qila terpaksa melayan nafsu Qaizer dalam kepedihan dan kesakitan.
*******************************
"Jangan! Jangan! Aku tak bunuh! Bukan aku bunuh umi! Bukan aku! Aku... Huhuhu..." Dari terjerit-jerit Tina tiba-tiba menangis. Begitulah kelakuan Tina sejak dimasukkan ke wad psikiatri. Hampir tiga bulan Tina ditempatkan di wad itu, tiada tanda-tanda Tina akan pulih.
Sebak hati Kayla melihat Tina dalam keadaan begitu. Menurut doktor yang mengendalikan kes Tina, Tina jadi begitu kerana trauma setelah secara tidak sengaja menikam umi.
Sememangnya, Tina berniat mahu menamatkan riwayat Kayla agar dia dapat memiliki Azroy. Ternyata percaturan Tina tidak kena. Dan lagi, Tina disahkan mengandung. Sesuatu yang mengejutkan Kayla dan abi.
"Macamana doktor? Macamana dengan kakak saya?"
"Takde apa yang boleh saya buat, datin. Pesakit nampaknya semakin agresif bila dipegang dan kami terpaksa mengikat kaki dan tangan pesakit. Tapi, ianya hanya sementara. Datin tak perlu risau..."
"Doktor rasa, kakak saya boleh pulih ke doktor?"
"In shaa Allah, datin. Ianya berkaitrapat dengan pesakit itu sendiri, sebenarnya... Kalau pesakit mahu cepat pulih, dia kena kuatkan semangat."
"Saya kasihankan kakak saya."
"Saya faham, datin. Tapi, buat masa ni, pihak kami tak boleh nak izinkan pesakit ini dilepaskan. Ia boleh membahayakan keselamatan orang-orang sekeliling."
"Kami faham, doktor..." Celah Azroy.
"Terima kasih banyak, doktor."
"Sama-sama dato', datin..."
"Mari sayang..." Tangan Kayla digenggam erat.
"Kita doakan yang baik-baik. Abang tak nak sayang stress sangat. Sayang tak kasihan baby ke?" Perut Kayla yang semakin membuncit, diusap perlahan.
"Sayang minta maaf, abang. Sayang cuba risaukan Tina.. Buruk baik pun, Tina tetap berkait dengan sayangkan?"
"Ya, abang tahu... Tapi, sayang mengandung. Kesihatan sayang lebih penting bagi abang. Abang tak nak apa-apa terjadi pada sayang..."
"In shaa Allah... Takde apa yang akan berlaku pada sayang selagi abang ada dengan sayang, okey?"
"In shaa Allah. Jom, sayang. Kita nak beli barang babykan?"
"Hurm... Boleh tak kita makan nasi kandar?"
"Sayang craving?"
"Hurm... Boleh tak?"
"Anything for you, sayang..."
"Sayang, abang..." Azroy menekan sesuatu di telefon bimbitnya.
"Ya, dato?"
"Standby kereta dengan budak-budak. Follow aku."
"Baik, dato..." Talian dimatikan.
"Abang call siapa?"
"Kamal..."
"Kenapa?"
"Abang nampak kelibat peminta fanatik sayang..." Dahi Kayla berkerut.
"Peminat fanatik? Sayangkan dah lama tak masuk majalah."
"Sayang, what I mean is, Qaizer. Tuan Qaizer merangkap bekas pengurus besar sayang."
"Hah? Kat mana? Abang..." Kayla merangkul lengan Azroy, erat.
"Dia ada tak jauh dari kita. Sayang relaks... Buat selamba."
"Abang, sayang takut..."
"Abang ada dengan sayang. Relaks, okey... Everything will be fine..." Azroy merangkul pinggang Kayla. Kayla memegang perutnya. Bimbang sesuatu akan berlaku pada mereka sekeluarga.
"Dato..." Pintu kereta dibuk tepat dihadapan Azroy dan Kayla.
"Masuk sekarang..." Arah Azroy.
"Dia nak apa lagi, abang?"
"Sayang." Kayla mengerutkan dahinya.
"Apa maksud abang? Sayang tak faham..."
"Qaizer terlalu obses pada sayang dan menurut maklumat yang abang terima, Qaizer mahukan sayang."
"Tak! Sayang tak nak! Abang, sayanga tak nak... Tolong sayang, abang... Sayang takut..."
"Sayang, relaks..."
"Sayang takut, abang..." Kayla ketakutan. Lengan Azroy dirangkul erat bersama tubuh yang mengigil kecil.
"Istighfar, sayang. Istighfar. Ingat tuhan..." Pujuk Azroy. Seraya itu, Azroy membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran yang pendek di telinga Kayla bagi menenangan Kayla.
"Feel better, now?" Kayla angguk dengan kelopak mata yang dipenuhi air mata.
"Abang ada dengan sayang. He will never touch you. Believe me..."
"Sayang minta maaf." Rintih Kayla sambil menyembamkan kepalanya di dada tegap Azroy.
"Shu... It's okay, it's okay... Abang takkan izinkan sesiapa mendekati sayang. Abang janji..." Basah baju Azroy dengan air mata Kayla. Jelas Kayla bagaikan ketakutan yang amat sangat. Entah apa yang bermain di fikiran Kayla ketika ini. Azroy menghela nafas. Belakang Kayla diusap perlahan.
****************************
"Hai, baby..." Wajah Qila dielus.
"Tuan..."
"I want you, baby..."
"Tuan, boleh saya tanya sesuatu?"
"Hurm... Asalkan bukan untuk suruh aku lepaskan kau..."
"Tak. Bukan itu. Emm... Siapa Kayla?" Tersentak Qaizer bila Qila mengajukan soalan sebegitu.
"Kenapa kau nak tahu?"
"Sebab... Hanya nama itu yang sering tuan sebut ketika bersama saya. Saya rasa, tentu wanita bernama Kayla itu terlalu istimewa di hati tuan, kan?"
"Kau tak perlu tahu. Tugas kau hanya untuk melayan aku. Sedar diri kau!"
"Saya tahu, tuan. Saya sedar diri saya. Cuma, saya juga punya hati dan perasaan."
"Hahaha... Kau ada hati dan perasaan?" Qila mengangguk.
"Kau nak cakap, kau dah mula jatuh cinta pada aku?" Qila menundukkan kepalanya. Qila meramas-ramas tangangan sendiri.
"Look at me, baby..." Dagu Qila dipaut sebelum mata mereka bertentangan.
"Kau dah mula sayangkan aku, kan?" Qila tidak menjawab. Air mata Qila mula mengalir hiba.
"Kau masih ingat perjanjian yang telah kau tandatangani?" Qila anggukkan kepala.
"So? Aku dah ingatkan kau jangan sesekali jatuh cinta pada aku sebab aku takde hati langsung dengan perempuan macam kau..." Wajah Qila ditolak.
"Aku hanya cintakan Kayla. Kayla, Kayla, Kayla! Hanya dia!"
Bam!
Tersentak Qaizer pabila pintu bilik dihempas kasar.
"Baby! Baby! Qila! Oh, shit!" Bentak Qaizer bila Qila terus meninggalkan dirinya sendirian di bilik hotel.
"Argh Persetan korang semua!"
Sudah seminggu Qaizer tidak bertemu dengan Qila. Entah kenapa dia merasakan dirinya kosong. Bagi Qaizer, dia tak perlukan perempuan seperti Qila. Ternyata dia silap. Seminggu, dua minggu, Qila langsung tidak dapat dihubungi.
Qaizer sudah mengarahkan budak-budaknya mencari keberadaan Qila. Qila tidak dapat dihubungi. Qila tidak hadir ke universiti. Macamana Qaizer tahu? Qaizer sanggup menyuruh budak suruhannya menunggu di pintu universiti, mencari Qila.
"Kenapa dengan aku? Kenapa aku jadi begini? Kenapa aku rindukan gadis itu?" Gumam Qaizer. Qajah diraup perlahan. Dua minggu, Qaizer rasakan terlalu lama untuk dia menahan rindu. Apakah Qaizer rindukan tubuh Qila yang menggiurkan itu? Atau mungkin, Qaizer sudah mula rindukan Qila? Qaizer tidak mengerti dengan perasaannya sendiri.
"Hai hemsem..." Dada Qaizer diraba.
"Berambus!"
"Wow! Garang... I like..." Ujar seorang gadis.
"You perlukan teman ke?" Qaizer tidak menjawab.
"I sudi menjadi peneman you..."
"Aku tak berminat dengan perempuan murah seperti kau! Berambus!"
"Dasar jantan sial!"
"Berambus!" Bentak Qaizer.
"Boss, relaks. Kami akan cari Cik Qila sampai dapat."
"I need her, Joe... I need her badly..." Rintih Qaizer. Tujuh bulan telah berlalu begitu sahaja. Qaizer menyibukkan dirinya dengan tugas di syarikat milik bapa saudaranya dan juga di kelab dangdutnya. Qaizer tak mampu melupakan Qila. Jika sebelum ini, dia gagal melupakan Kayla, tetapi, hari ini, Qaizer tidak mampu melupakan Qila.
Hanya dengan cara ini, Qaizer dapat melupakan Kayla. Qila... Sehingga ke saat ini, Qaizer masih mengharapkan Qila pulang ke pangkuannya. Qaizer berjanji untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan pada Qila.
Bercerita tentang Kayla... Kaya telah dikurniakan sepasang kembar yang diberi nama Azrai Aqmal dan Maisara Melissa. Keluarga mereka sudah lengkap kini. Tiada lagi gangguan dari mana-mana pihak.
"Sayang papa..."
"Kembar, tengok tu, papa dah pulang..." Ternyata anak-anak kecil itu bagaikan memahami apa yang diperkatakan mama mereka. Jelas kelihatan keterujaan terpampang di wajah suci mereka.
"Papa nak sayang mama dulu. Chup!" Satu kucupan dilabuhkan ke dahi Kayla selepas Kayla mengucup kekura tangan Azroy.
"Hurm... Sayangnya kembar papa ni..." Bertalu-talu kucupan singgah di wajah comel si kembar.
"Abang, sudah tu. Lemas anak..."
"Are you jealous?"
"Excuse me?"
"Betulkan? Sayang jealous dengan anak-anak..."
"Why should I?"
"Be honest, sayang. I know you very well..."
"Sorry, takde maknanya sayang nak jealous. Okey, abang dah balikkan? Abang takeover tempat sayang jaga anak-anak. Sayang nak berehat." Ujar Kayla seraya melangkah meninggalkan Azroy dan si kembar di ruang tamu.
Azoy simpan senyum. Azroy tahu apa yang berlaku pada Kayla sebenarnya.
"Kak Tipah, minta tolong Kak Mah tengokkan si kembar. Saya nak tengok Kayla sekejap."
"Baik, dato." Azroy melangkah masuk ke bilik kelamin di rumah banglo setingkat yang dibina di atas sebidang tanah yang dibelinya sebelum berkahwin dengan Kayla. Dan dia atas tanah yang luas itu, Azroy membina sebuah rumah banglo setingkat, lengkap dengan taman dan kolam renang untuk keluarga besarnya.
"Sayang..." Kayla tidak menjawab bila tangan Azroy mula meangkul pinggangnya.
"Kenapa ni, sayang? Marahkan abang?" Tiada sahutan dari Datin Kayla. Nafas dihela sebelum Azroy menarik tangan Kayla untuk bangun dan berhadapan dengannya.
"Anything to share..." Kayla mula mencebik. Tangisan Kayla semakin kedengaran bila Azroy mendakap erat tubuhnya.
"Kenapa cengeng sangat sayang abang ni?" Belakang Kayla diusap perlahan-lahan.
"Sayang..." Azroy meleraikan pelukan. Air mata Kayla diusap perlahan.
"Berapa bulan dah?"
"Hah?"
"Abang tanya, kandungan sayang dah berapa bulan?"
"Abang tahu?"
"Abang tahu, sayang. Abangkan suami sayang yang paling hemsem..." Kayla tertawa kecil.
"Berapa bulan dah?"
"Nak masuk dua bulan..."
"Kenapa rahsiakan dari abang?" Kayla membisu.
"Sayang tak suka sayang mengandung?" Rambut Kayla diselit ke tepi telinga.
"Bukan macam tu... Sayang risaukan si kembar. Dorang kecil lagi. Sayang takut anak-anak terabai dan kurang kasih sayang..." Azroy simpul senyum.
"Sayang abang... Abang janji dengan nyawa abang, sayang dan anak-anak takkan terabai selagi nyawa abang masih dikandung badan. Abang akan cuba sedaya-upaya dengan izinNya, membahagiakan keluarga kita. Takde sesiapa dari anak-anak kita yang akan kekurangan kasih sayang. Itu janji abang." Dahi Kayla dikucup.
"Sayang minta maaf."
"Takde apa yang nak abang maafkan. Sayang dah jadi isteri dan mama yang baik buat abang dan anak-anak. Abang sayang sayang, anak-anak kita, yang kat dalam perut mama ni dunia akhirat. Tiada siapa yang mampu memisahkan kita melainkan takdir Allah." Kayla anggukkan kepala dengan wajah yang sebak.
"Sedih lagi tak ni?" Kayla menggeleng.
"I love you, baby..." Ujar Azroy penuh sensual sambil mengusap perut Kayla yang masih kempis.
"I love you too, abang." Azroy mula memagut bibir Kayla dan Kayla dibawa ke syurga ciptaan mereka.
Share this novel