BAB 15 - BGL - KEJUTAN

Romance Completed 29589

Awak..."

"Hurm..."

"Awak, pandanglah saya."

"Ya, nak apa sayang?"

"Emm, kita nak ke mana ni?"

"Awak ikut je. Nanti saya bagitahu kalau dah sampai. Tak jauh. Kat tingkat atas je." Jawab Azroy sambil menggenggam erat tangan Kayla. Mereka menuju ke tingkat atas. Kayla tergamam sebaik sahaja Azroy muncul di depan murah sambil menjijit plastik berisi sarapan pagi untuknya, abi dan dirinya.

Azroy mengajak Kayla ke suatu tempat. Dengan berpakaian t-shirt kolar, jeans, sepatu semuanya berjenama mahal, Kayla sekadar mengikut Azroy ke tempat yang dimaksudkan.

"Morning, boss."

"Morning..."

"Good moning, boss."

"Good morning."

"Wah, cantiknya. Siapa tu?"

"Kak Dian, papa ada kat dalam?"

"Dato... Tan Sri ada di dalam. Tan Sri dah menunggu kedatangan dato dan Cik Kayla."

"Terima kasih. Saya boleh masuk sekarang?"

"Silakan, dato."

"Thanks, kak..."

"Kak Dian, siapa tu?"

"Anak Tan Sri Rais dengan tunang dia, Cik Kayla."

"Tunang? Tu... Dato' Azroy?"

"Ya, Dato Azroy Aiman, usahawan berjaya."

"Wah, beruntung badan Cik Kayla. Kahwin-kahwin, terus dapat pangkat datin."

"Itu namanya rezeki. Dah, dah. Pergi buat kerja korang. Jangan nak jadi busybody kat sini."

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

"Papa..."

"Azroy, Kayla... Duduk..." Azroy dan Kayla mengucup tangan Tan Sri Arif Aiman.

"Jemput duduk."

"So, macamana dengan perancangan majlis perkahwinan kalian?"

"Emm, kami target lagi dua bulan, papa."

"Hurm... Dah tak lama lagi."

"Ya, papa. Lagipun, Kayla terikat dengan projek Melly dalam memperagakan rekaan terbaru pakaiannya."

"Ya, papa ada dengar pasal tu. Macamana, Kayla? Seronok?"

"Alhamdulillah. Pengalaman baru buat Kayla. Kayla seronok sangat."

"She's talented, papa..." Kayla malu dipuji begitu.

"Jadi, yang Melly cakap Kayla pernah jadi model sambilan masa belajar dulu, betullah?"

"Betul, tan sri..."

"Papa, Kayla. You should change it." Kayla tertunduk malu.

"Itu yang Roy cakapkan tu. Kayla panggil Roy, awak. Papa rasa?" Tan Sri Arif Aiman tersenyum.

"Relakslah, Roy. Okey apa, Kayla panggil awak. Kalau Kayla panggil Roy, dato, macamana? Mesti lagi janggalkan?" Kayla simpan senyum sambil menjongketkan keningnya ke arah Azroy.

"Seronok eh, papa sebelahkan awak..." Kayla tergelak kecil.

"Pakaian pengantin, pakaian bersanding semua dah selesai ke?"

"Emm, belum papa. Tapi, Roy minta tolong Melly buatkan baju nikah khas untuk bakal menantu papa ni."

"Baguslah kalau macam tu. Tinggal dua bulan je lagi. Sepatutnya, persiapan dah separuh dah."

"Sebenarnya, mama, kak long, kak ngah, kak lang, kak teh, kak chik dan kak uda yang settle semuanya. Roy keluar duit je."

"Hah?" Kayla menayangkan riak wajah terkejut.

"Kayla, kenapa terkejut?"

"Kayla tak buat apa-apa persediaan pun lagi. Awak..." Lengan Azroy digoyangkan.

"Kan saya dah cakap... Awak duduk diam-diam je. Tiba masa nanti, terus majlis angkat nikah, sanding. That's it..."

"Awak... Takkan saya tak keluar duit langsung. Inikan majlis saya juga..."

"Sayang, saya dah cakap dengan abi. Untuk semua majlis ni, saya akan tanggung semuanya."

"Tapi..."

"Kayla, rezeki tu Kayla. Azroy susah nak keluar duit tau. Ini rezeki Kayla ni..."

"Papa pun... Statement agak-agaklah. Teruk sangat Roy ni sampai tak pernah keluar duit langsung."

"Hahaha... Saja nak gurau dengan anak bongsu papa ni..." Papa menepuk-nepuk bahu Azroy.

"Papa, Roy bukan budak kecil lagilah. Malu tau buat Roy macam ni... Dahlah depan bakal isteri Roy pulak tu..."

"Alah, Kayla faham. Kan, Kayla?" Kayla angguk sambil tertawa kecil.

"Well, papa panggil Roy dengan Kayla ke mari sebab ada hal penting yang nak dibincangkan."

"Hal apa, papa? Penting sangat ke?"

"Kenapa? Roy ada hal lain?"

"Emm, takdelah. Cuma, nak bawa cinta hati ni shopping."

"Awak..." Lengan Azroy dipukul manja.

"Haish... Tak sudah-sudah nak mengusik Kayla. Inilah bahananya..."

"Bahana apa pulak, papa?"

"Bahana jatuh cinta kali pertama..."

"Hah?"

"Ya, Kayla. Azroy ni tak pernah bercinta. Dari dulu macam tu. Takut sangat nak bercinta, nak couple."

"Kenapa macam tu?"

"Azroy dulu dididik oleh kak long, kak ngah, kak lang, kak chik, kak teh, kak uda... Jadi, segalanya dikawal ketat oleh kakak-kakak. Sampai pernah satu ketika, dorang panggil Roy ni pondan sebab tak berani buat keputusan sendiri. Semuanya kena refer pada kak long." Kayla menoleh ke arah Azroy.

"Kak long tu bukan garang, tapi tegas."

"Tegas-tegas pun, dengar Roy nak kahwin, terus menangis."

"Are you talking about me, Dato' Azroy Aiman?" Suara kak long menyapa telinga.

"Eh, along... How are you, along?"

"Kak long..." Kayla bersalaman dengan kak long sebelum melagakan pipi ke pipi kak long.

"Baru sampai ke, Kayla?"

"Ya, kak long. Roy ni, tak cakap pun nak ke sini. Kayla tangan kosong je."

"Ala, tak payah risau. Nanti, belanja kak long kat cafe bawah. Habis cerita, kan papa?" Papa tertawa kecil melihat gelagat kak long.

"Kak long, janganlah nak buli tunang Roy."

"Eleh, dia pulak yang lebih-lebih. Kayla elok je." Azroy menjeling.

"Kayla, dengan Roy ni, jangan dilayan sangat. Dia manja. Tak boleh nak beralah sikit. Nak menempel je. Tak malu. Dah tua bangka pun nak manja-manja lagi." Kayla kulum senyum.

"Siapa yang salah?"

"Salah apa?"

"Siapa yang salah? Siapa yang manjakan Roy sejak kecil?" Kak long mencerlung tajam ke arah Azroy.

"Siapa yang terlebih mencurahkan kasih sayangnya kat Azroy? Kak longkan? Kak long yang terlebih manjakan Roy. Bukan salah Roy. Roy tak minta pun semua ni. Tapi, sebab Roy dijaga oleh lima ornag kakak yang over protective, Roy nak buat macamanakan? Nasib baik Roy tak jadi sotong."

"Amboi, mulut tu. Jentik nanti."

"Kak long... Azroy dah tiga puluh tau... Jangan nak layan Roy macam anak-anak ya... Buat malu je. Jatuh saham Roy depan Kayla, tau..."

"Awak, sudahlah tu..."

"Sayang, jangan dilayan kak long ni. Memang kaki mengusik."

"Ala, kak long bukan usik orang lain pun. Kak long usik adik dan bakal adik ipar kak long. Salah ke?"

"Enough... Macam budak-budak. Buat malu je depan Kayla." Tegur papa.

"Sorry, papa..."

"Kak long, ada bendakan nak bincangkan dengan Kayla?"

"Ops... Sorry, papa. Kak long lupa pulak. Roylah ni."

"Eh, Roy pulak yang disalahkan."

"Habis tu, nak salahkan siapa? Mak cik cleaner?"

"Ya Allah dua orang ni..."

"Hihihi... Yelah, yelah. Kak long cakap..." Kak long melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan papa dan Kayla.

"Kayla, sebenarnya kami ada hajat."

"Hajat?" Kak long angguk laju.

"Hajat apa?"

"Sebenarnya, kami dah sepakat nak serahkan sebahagian dari share Azroy dalam company papa ni sebanyak sepuluh peratus pada Kayla, memandangkan Kayla bakal menjadi sebahagian dari keluarga kami."

"A...apa? Awak..."

"Sayang, dengar dulu... Kalau awak nak tahu, dah jadi perjanjian kami sejak dulu. Kami ada enam beradik. Dan setiap orang mempunyai share di dalam syarikat papa ni dan sudah disiapkan bahagian masing-masing."

"Memandangkan Azroy satu-satunya anak lelaki yang pewaris yang paling berhak dalam syarikat ni, Azroy mempunyai share antara yang paling tinggi iaitu sebanyak tiga puluh peratus. Papa kedua, sebanyak dua puluh peratus dan kak long, kak ngah, kak lang, kak chik dan kak teh, masing-masing mempunyai pegangan saham sebanyak sepuluh peratus." Tambah kak long.

"Jadi?"

"Jadi, sebagai hadiah perkahwinan dari papa dan dengan persetujuan Dato Azroy dan kami semua..."

"Termasuk mama..." Tiba-tiba mama mencelah.

"Mama..." Kayla mendapatkan mama, lantas tubuh wanita berusia lima puluhan itu dipeluk erat. Kayla membawa mama duduk berdekatan dengannya.

"Kami dah sepakat nak menghadiahkan sebanyak sepuluh peratus pegangan saham dari hak Dato' Azroy pada Kayla." Kayla ternganga. Tercengang, terkedu, tergamam mendengar bicara mereka sekeluarga.

"Kami semua mengalu-alukan kedatangan Kayla sebagai adik ipar dalam keluarga kami." Secara tiba-tiba muncul, kak ngah, kak lang, kak chik dan kak teh di dalam bilik papa.

"Kayla... Kayla tak boleh terima..."

"Kenapa, sayang?"

"Awak... Sa...saya rasa, saya tak layak untuk
menerima semua tu. Saya... Saya..."

"Sayang, please... Jangan tolak pemberian saya. Awak berhak memilikinya, sayang." Kedua tangan Kayla digenggam erat. Kayla memandang satu per satu wajah di hadapannya dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan.

"Kayla, ini semua rezeki Kayla. Kami ikhlas nak serahkan saham tu pada Kayla. Lagipun, sikit masa lagi, Kayla bakal bergelar isteri kepada Dato' Azroy, Datin Mikayla Marlisa. You deserve it, dear." Ujar papa.

'Ya Allah, apa kebaikan yang telah aku lakukan sehingga aku mendapat rezeki sebesar ini?' Getus hati Kayla.

"Sayang, hei... Kenapa ni? Kenapa sedih sangat ni?" Air mataku diusap perlahan.

"Pertama kali dalam hidup saya, saya rasa dihargai."

"Ala, ciannya adik ipar kak long ni... Dahlah. Takmu sedih-sedih." Kak long mengusap bahu Kayla bagi meredakan kesedihan bakal adik iparnya.

"Ya, Kayla. Takmulah sedih sangat." Pujuk kak teh.

"Haish... Tengah sedih pun, cantik tunang saya ni..." Usik Azroy."

"Jom. Kak long dah lapar. Dato Azroy Aiman, belanja kami kat cafe, ya. Cepatlah." Azroy menjeling.

"Terima kasih, semua. Papa, mama, kak long, kak ngah, kak lang, kak chik, kak teh. Kayla hargai sangat. Terima kasih sudi terima kehadiran Kayla dalam keluarga bahagia ni."

"Sayang, saya?" Azroy mencebik bila namanya tidak disebut Kayla.

"Awak, saya terharu sangat ni. Terima kasih sebab percayakan saya. Terima kasih sudi terima saya yang takde apa-apa ni. Terima kasih sebab sudi sayangkan saya."

"Sayang saya tak?" Soal Azroy, sengaja mengusik Kayla. Semua mata dah tertumpu pada Kayla. Wajah Kayla bertukar merah. Terasa wajahnya berbahang ketika ini. Masing-masing tersenyum lebar.

"Roy, sudahlah tu. Janganlah usik menantu mama ni. Kesian dia. Tengok wajah Kayla dah macam udang kena bakar dah."

"Sorry, sayang. Don't worry. Saya sayang awak tau. Saya tak peduli kalau ada yang nak muntah hijau pun, saya tak peduli. Saya sayang awak, sangat-sangat." Ujar Azroy, sengaja membuat muka di depan kakak-kakak kesayangannya dengan niat nak show off. Papa dan mama tersenyum lebar dengan gelagat anak-anak menantu mereka.

"Buwerk... Kak ngah nak muntah."

"Alang nak pitam."

"Ya Allah, mak-mak orang ni. Sudahlah tu. Jom kita ke cafe. Papa belanja."

"Yeslah! Papa you are the best." Puji kak teh.

"Err, awak..."

"Hurm..."

"Err, saya nak minta tolong boleh tak?" Azroy memusingkan tubuhnya menghadap Kayla.

"Yes, anything."

"Emm, saya sebenarnya, nak..."

"Nak apa, sayang? Cakap je. Saya dengar."

"Err, saya dah tempah cincin kahwin untuk awak."

"Sayang, saya dah cakapkan..."

"Awak, dengar dulu." Tangan Azroy digenggam.

"Saya dah niat nak hadiahkan untuk awak. Dah memang saya rancang dari awal hari tu. Tapi, tak sangka, awak nak taja semuanya."

"Saya tak kisahlah. Saya takde sesiapa nak saya habiskan duit saya tu. Awak seorang je yang saya ada. Jadi, tak salahkan kalau saya spend duit untuk wedding kita."

"Bu...bukan macam tu. Saya cuma nak hadiahkan untuk awak je. Saya dah niat, awak... Please, jangan tolak permintaan saya."

"Hurm... Apa yang saya akan dapat kalau saya terima?"

"Awak, janganlah..." Rengek Kayla.

"Okey, okey, sayang terima. But, please... Lepas ni, kalau nak beli apa-apa, biar saya yang bayarkan, boleh?"

"Thanks, awak..."

"My pleasure, sayang..." Kayla simpan senyum bila Azroy merenung wajahnya.

"Err, sayang. Kalau saya tanya sesuatu, boleh?"

"Tanya apa?"

"Awak nak jumpa umi dan Tina?" Wajah cuak Kayla jelas terpampang.

"Sayang, saya nak awak jawab dengan jujur. Saya bukan apa... Saya tahu, awak rindukan umi dan Tina. Sampai bila, sayang? Sampai bila nak bermusuhan? Apa pun yang berlaku, umi tetap ibu kandung awak dan Tina, tetap kakak awak, walaupun berlainan bapa. Awak fahamkan maksud saya?" Kayla mengangguk perlahan.

"Saya bukan nak paksa awak. Tapi, cuma fikir balik. Kalau takde umi, kita takkan bertemu, sayang. Kalau bukan sebab umi, awak tak lahir ke dunia ini. Cuba berdamai dengan takdir." Air mata Kayla mula bertakung di tubir mata.

"Saya minta maaf, sayang. Tapi, saya risau, kita akan terus berdosa sebab abaikan perasaan umi."

"Sa...saya... Saya rindu umi. Rindu Tina. Tapi... Sakit, wak. Sakit sangat dalam ni." Kayla menepuk-nepuk dada kirinya.

"Sakit, wak. Sakit sangat bila orang yang kita sayang, hina, maki kita setiap hari. Doakan saya ni cepat berambus, cepat mati. Saya ni bukan darah daging umi ke, wak? Saya bukan anak kandung umi ke sampai umi buang saya? Saya bukan adik Tina ke sampai saya diperlakukan sebegitu kejam?" Esakan Kayla mula kedengaran.

"Sayang, saya tahu awak kuat..." Kedua tangan Kayla digenggam erat.

"Saya tak kuat, awak... Saya tak kuat. Saya tak tahu sampai bila saya kena hadap semua ni. Sejujurnya, saya hanya fikirkan hal abi je sekarang ni. Kesian abi. Ada isteri tapi di halau keluar. Ada anak, tapi tak mengaku anak. Siapa lagi yang ada dengan abi kalau bukan saya, awak? Saya tak nak abi sedih, susah hati. Sebab tu, saya sanggup temankan abi sampai bila-bila. Bagi saya, abilah segalanya dalam hidup saya. Abilah ibu, abilah segalanya untuk saya." Rintih Kayla dengan juraian air mata yang tak mampu ditahan lagi.

"Sayang... Saya minta maaf. Saya tak sengaja."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience