BAB 19 - BGL - LAGI KEJUTAN

Romance Completed 29589

"Allahuakhbar..." Tina terus berlalu meninggalkan rumah tanpa mempedulikan umi yang sendang mengesot menahan kesakitan. Sebaik sahaja Kayla dan Azroy memastikan Tina sudah jauh meninggalkan rumah, Kayla menapak masuk ke dalam. Nasib baik, dia masih punya kunci rumah dan ianya digunakan untuk membuka pintu.

"Assalammualaikum, umi..."

"Kay...la..."

"Umi! Ya Allah, umi... Kenapa ni, umi?" Kayla terus menerpa ke arah umi yang masih terbaring di lantai beralaskan karpet. Tubuh umi disauk dalam pelukan.

"Kay...la..."

"Umi, ampunkan Kayla, umi. Ampunkan Kayla." Kayla mengucup wajah umi bertubi-tubi.

"Kayla... Anak umi... Maafkan umi, sayang. Umi dah banyak sakitkan hati Kayla. Umi lukakan hati Kayla. Umi lebihkan Tina dari segala-galanya. Ampunkan umi, nak..." Wajah Kayla dielus.

"Umi tak salah... Kayla minta ampun, umi... Kayla dah lama tak tengok umi. Kayla bersalah pada umi..." Kayla memeluk erat tubuh gempal umi sebelum umi leraikan. Wajah cantik Kayla umi renung. Anak mata yang terbentuk dengan alis mata yang melentik, diusap.

"Anak umi cantik... Anak umi cantik sangat. Subhanallah..." Wajah Kayla umi elus sebelum dahi Kayla dikucup lama.

"Umi..." Sekali lagi tubuh umi dipeluk erat.

"Ampunkan Kayla,, umi... Ampunkan Kayla. Kayla berdosa pada umi. Kayla tak sengaja, umi..."

"Sayang, dudukkan umi kat kerus dulu." Tegur Azroy.

"Sorry, awak... Maafkan Kayla, umi... Mari, umi. Kita duduk kat sofa. Sakit badan umi duduk kat bawah ni."

"Terima kasih, sayang umi."

"Hati-hati, umi." Kayla dan Azroy membantu umi bangun dan memapah umi duduk di sofa.

"Umi, ini Azroy, tunang Kayla."

"Umi..." Azroy mengucup kekura tangan umi.

"Kayla dah bertunang?"

"Dah, umi. Maafkan Kayla sebab tak jemput umi." Kayla menundukkan kepala.

"Takpe, nak. Umi faham. Umi yang salah dalam hal ni. Umi yang silap menilai. Umi tak tahu menilai permata yang ada di depan mata." Sekali lagi wajah cantik Kayla, dielus.

"Umi, kenapa Tina buat umi macam tu?" Umi melepaskan keluhan.

"Ini semua salah umi, Kayla. Umi yang terlalu manjakan Tina. segala kemahuan Tina, umi turutkan. Umi abaikan Kayla selama ini. Umi lupa, umi ada dua orang anak perempuan. Tapi, umi hanya pilih Tina. Dan ini, balasan buat umi sebab seksa Kayla selama ini."

"Jangan cakap macam tu, umi. Kayla tahu, ini semua ujian buat Kayla. Kayla tak pernah bencikan umi selama ini. Kayla cuma..."

"Kayla terasa dengan umi?" Lambat Kayla anggukkan kepala sebelum mengalihkan pandangannya. Azroy hanya mampu memandang Kayla dengan perasaan hiba. Mahu sahaja tubuh langsing cik tunang, dipeluk erat.

"Umi minta maaf, sayang. Umi tak sengaja nak uat macam tu pada Kayla. Apa yang berlaku selama ini, diluar kawalan umi. Umi sayangkan Kayla. Tapi, bila umi lihat wajah Kayla, umi rasa bersalah sangat."

"A...apa maksud umi?"

"Sebenarnya, wajah Kayla mengingatkan umi pada arwah kakak umi." Kayla mengerutkan dahi.

"Umi, apa sebenarnya ni? Kayla anak siapa, umi? Kayla bukan anak umi?" Umi menggelengkan kepala perlahan-lahan. Tersentak Kayla. Lantas, Kayla menjarakkan tubuhnya dari umi.

"Sayang..."

"Awak... Awak dengar tak, apa yang umi cakap? Saya... Saya bukan anak umi... Ya Allah.. Ujian apa lagi ni, Ya Allah..."

"Kayla, maafkan umi sayang... Umi bersalah pada Kayla selama ini. Umi penyebab segala masalah yang timbul..." Rintih umi.

"Apa yang umi cuba nak bagitahu Kayla... Cakap, umi... Cakap..."

"Kayla... Umi..."

"Tolonglah, umi... Cakap dengan Kayla... Siapa Kayla yang sebenarnya? Siapa ibu bapa Kayla..." Soal Kayla bertali arus.
"Sayang, sabar, sayang..."

"Awak, umi bukan umi saya, awak... Siapa saya yang sebenarnya?"

"Kayla... Ampunkan umi, nak... Umi bersalah, nak..."

"Tak... Umi cakap dengan Kayla... Siapa Kayla? Siapa ibu bapa Kayla yang sebenarnya? Cakap umi!"

"Kayla... Bertenang. Istighfar, awak... Istighfar..." Bahu Kayla dipegang Azroy.

"Umi, tolong Kayla, umi... Cakap dengan Kayla... Siapa ibu bapa Kayla..." Ada sedikit ketenangan pada Kayla ketika ini.

"Kayla anak arwah kakak umi... Mardiana..."

"Mardiana?"

"Ya, Kayla... Selepas melahirkan Kayla, ibu Kayla sakit dan meninggal dunia selepas seminggu kelahiran Kayla. Dan sebelum arwah Mardiana menghembuskan nafasnya yang terakhir, arwah minta umi kahwin jaga Kayla dan arwah juga suruh abi Kayla kahwini umi sebab..."

"Sebab apa, umi? Cakap, umi! Sebab apa?"

"Sebab, umi dah ada Tina ketika itu... Tina baru enam bulan sebelum kelahiran Kayla."

"Maksud umi?" Umi menelan air liur yang berpasir.

"Tina... Tina sebenarnya anak umi dengan bekas kekasih umi..." Ada riak terkejut terpampang di wajah Azroy, tetapi tidak di wajah Kayla kerana Kayla terlebih dahulu sudah mendengar rahsia ini ketika abi dan umi bertengkar dulu.

"Ya Allah..." Terjelepuk Kayla di atas karpet.

"Sayang!"

"Kayla, anak umi..." Umi cuba menghampiri Kayla. Namun, cepat Kayla menjarakkan diri dari umi dan mendapatkan Azroy yang setia bersamanya ketika ini.

"Kayla, maafkan umi, sayang. Umi sayang Kayla... Sayang sangat. Umi salah, nak. Umi terbawa-bawa dengan perasaan sebab terpaksa kahwin dengan abi dan terima Kayla. Umi tak rela sebenarnya sebab terpaksa menjadga Kayla."

"Patutlah, nama Kayla tak sama dengan Tina... Karina dan Mikayla Marlissa. Hahaha... Beza sangat dan wajah Kayla dan Tina pun berbeza sangat. Dan jarak umur Kayla dengan Tina pun tak jauh. Tak sampai tujuh bulan. Rupa-rupanya, Kayla anak Mardiana, arwah kakak umi... Ya Allah, apa dosa yang telah aku lakukan selama ini sehingga Kau uji aku sebegini, Ya Allah..." Rintih Kayla sambil meraup wajahnya.

"Kayla, maafkan umi, nak... Tolong, maafkan umi. Umi bersalah, nak... Umi bersalah sangat..."

"Nasi dah menjadi bubur, umi. Patulah umi bencikan sangat Kayla ni... Rupanya, Kayla bukan anak kandung umi. Kayla hanya anak arwah kakak umi yang terpaksa umi jaga. Allahuakhbar..." Kayla mengesat air matanya, sebelum mengambil sesuatu dari dalam sling bagnya.

"Kayla..."

"Umi, ini ada sedikit duit belanja buat umi... Kayla tak janji akan muncul lagi kat sini lepas ni." Segugus wang kertas bernot seratus diletakkan di dalam genggaman tangan umi.

"Kayla, jangan nak... Jangan buat umi macam ni... Umi minta ampun, Kayla. Umi sanggup sujud kaki Kayla..."

"Jangan! Jangan umi! Kayla perlukan ruang untuk menghadam semua ni... Maafkan Kayla, umi. Umi jaga diri. Simpan duit tu elok-elok. Kayla tak nak Tina ambil lagi duit ni untuk kegunaan diri sendiri."

"Kayla, jangan Kayla... Jangan tinggalkan umi..."

"Assalammualaikum, umi... Mari, awak." Kayla menarik tangan Azroy laju menuju ke pintu keluar. Azroy tak mahu mengganggu Kayla. Dibiarkan Kayla seketika melayan perasaannya di dalam kereta sebelum Azroy menghentikan kenderaan pacuan empat rodanya di tepi sebuah taman yang mempunyai tasik dan dijadikan sebagai kawasan untuk beriadah tidak jauh dari kediaman elit yang mana telah dibeli sebuah unit rumah banglo dua tingkat di situ.

Niat asal Azroy, mahu menunjukkan hadiah perkahwinan mereka berdua di kawasan perumahan elit itu. Tetapi, Kayla berkeras mahu melihat umi dan apa yang mengejutkan mereka, apa yang telah Tina lakukan pada umi. Tak sangka, Tina sekejam itu selama ini.

"Feel better, now?" Tangan Kayla digenggam erat, sebelum Azroy menarik tangan itu dan diletakkan di atas pahanya.

"Entahlah, awak. Saya... Saya tak tahu nak cakap macamana... Awak dengarkan rahsia yang baru je umi bongkar dan saya tak tahu langsung pasal hal itu. Dan abi sendiri tidak mahu menceritakan hal yang sebenar pada saya. Kenapa dorang buat saya macam tu, awak? Apa salah saya? Kenapa saya dijadikan mangsa keadaan?" Air mata mula bertakung di tubir mata Kayla.

"Sayang..."

"Saya malu, awak... Saya malu pada awak dan keluarga awak. Apa yang saya nak cakap pada keluarga awak nanti?"

"Sayang, awak tak perlu cakap apa-apa, sayang. Saya percaya, abi punya sebab tertentu kenapa rahsiakan semua ini dari awak. Cuma, hal umi, saya tak berani nak cakap. Sebab, itu di luar pemikiran saya. Tapi, please... Jangan marah abi... Abi tentu punya sebabkan?" Wajah Kayla dielus.

"Saya sayang awak, Kayla. Apa pun yang berlaku, awak segalanya untuk saya dan kasih sayang dan cinta saya takkan berubah. Awak kena faham tu... Sayya takkan biarkan awak sendirian. Awak faham kenapa?" Kayla menggeleng.

"Sebab saya sayang awak. Sayang sangat. Kita harung semua ni sama-sama. Okey?"

"Awak..." Kayla menghamburkan tangisannya ke dada tegap Azroy.

"Shu..." Belakang Kayla diusap perlahan bagi meredakan kesedihan Kayla. Azroy tahu, dalam keadaan begini, Azroy perlu bijak memujuk Kayla. Bukan mudah gadis seperti Kayla menanggung satu per satu masalah yang muncul. Lepas satu satu ujian yang muncul dan Azroy percaya, apa yang berlaku selama ini punya hikmah yang tersembunyi.

"Lega?"

"Hurm?" Kayla mengusap air matanya dengan tisu yang dihulurkan Azroy padanya usai pelukan terlerai.

"Saya tanya, sayang lega ke dapat lepaskan kesedihan kat baju saya ni?"

"Awak..." Rengek Kayla.

"Saya minta maaf. Habis baju mahal awak kena air mata saya... Sorry ya, awak..." Kayla membersihkan kemeja yang tersarung di tubuh tegap Azroy dengan tisu.

"Tak payah, sayang. Air je pun."

"Tadi awak cakap..."

"Saya gurau, sayang. Feel better, now?"

"Alhamdulillah..."

"That's my girl... Doa yang baik-baik, okey. Nanti, kta tanya abi. Tapi, please... Jangan marah abi. Abi tak salah pun. Cuma, saya percaya, abi punya alasan tertentu kenapa rahsiakan semua ini dari awak. Bolehkan dengar cakap saya?"

"Saya tak janji..."

"Sayang, please... Abi tu tak sihat sangat. Sayang nak suruh abi masuk hospital ke?"

"Eh, tak! Awak, janganlah cakap macam tu... Saya janji, saya takkan marah abi. Saya cuma nak tahu je, kenapa rahsiakan hal ini pada saya."

"Good... Banyakkan istighfar, okey... Saya sentiasa ada dengan awak walau dalam apa jua keadaan awak. Faham?"

"Ya, saya faham. Awak... Saya nak tunggang motor saya, boleh?"

"Nak ke mana?"

"Nak pusing-pusing. Saya nak release tension. Please..." Rayu Kayla sambil mengerdipkan mata dan merapatkan kedua tangannya.

"Hurm... Saya dapat apa kalau saya turutkan kemahuan awak?"

"Awak... Janganlah buat amcam ni ka saya? Awak tak sayang saya, eh?" Rengek Kayla.

"Yelah. Ish, suka ugut saya macam tu. Gilalah kalau saya tak sayang. Tapi, saya ikut sekali."

"Deal!"

"Amboi, lajunya... Bila nak pergi?"

"Sekarang. Jomlah!" Azroy melepaskan keluhan. Nak tak nak, terpaksa juga Azroy ikut kemahuan cik tunang. Kereta pacuan empat rodanya dipusingkan ke rumah Kayla.

"Abi... Kenapa rahsiakan semua ini dari Kayla?" Soal Kayla sebaik sahaja mereka tiba di rumah. Azroy sekadar menjadi penonton dan pendengar setia.

"Maafkan abi, Kayla. Abi terpaksa. Abi tak nak tambahkan lagi masalah pada Kayla. Abi tahu, Kayla dah banyak sangat tanggung masalah. Tanggung hidup kita, hidup abi. Nak bayar itu, ini. Itu belum lagi ubat-ubat untuk abi. Abi dah banyak menyusahkan Kayla."

"Abi, jangan cakap macam tu, abi. Abi tanggungjawab Kayla sekarang ni... Abi dah jaga Kayla dari kecil lagi. Tapi, kenapa abi tak nak ceritakan hal yang sebenar pada Kayla? Sekurang-kurangnya, Kayla boleh tahu dan kenal siapa ibu kandung Kaylakan?" Abi melepaskan keluhan.

"Abi, siapa Mardiana?" Abi menoleh ke arah Kayla.

"Abi, cakaplah abi... Siapa ibu kandung Kayla?"

"Mardiana Mahadir, kakak sepupu umi Kayla. Tapi, dah macam adik beradik dengan umi. Abi berkahwin dengan arwah ibu kandung Kayla sebelum abi terpaksa menerima umi."

"Kenapa?"

"Arwah ibu Kayla ada penyakit kanser rahim, Abi sendiri tak tahu sehinggalah selepas melahirkan Kayla. Arwah ibu mengalami pada rahimnya. Abi tak tahu. Selama ini, arwah ibu sembunyikan rahsia dari abi dan seminggu sebelum ibu meninggal dunia, ibu nak abi terima umi sebab umi dah melahirkan anak luar nikah, Tina."

"Tapi, kenapa abi setuju?"

"Kayla, waktu tu Kayla masih kecil, nak... Abi buntu nak cari tempat nak jaga Kayla. Abi takde keluarga lain. Abi ni anak yatim piatu. Abi sendiri dibesarkan di rumah anak-anak yatim."

"Sayang, awak dah janji dengan sayakan?"

"Saya minta maaf, awak. Saya cuba nak tahu kebenaran je... Maafkan Kayla, abi... Kayla minta izin nak keluar. Kayla nak tunggang motor."

"Abi izinkan. Asalkan Kayla pulang nanti, ya nak... Jangan tak balik. Abi sendirian kat rumah ni. Abi dah takde sesiapa lagi selain Kayla."

"In shaa Allah, abi... Abi jangan risaukan Kayla, ya. Kayla janji Kayla balik malam ni. Kayla cuma nak lepaskan tekanan je."

"Baiklah. Roy, tengokkan anak abi."

"In sha Allah, abi. Roy akan pastikan anak kesayangan abi pulang ke pangkuan abi. Abi jangan lupa makan, ya... Ubat abi kena makan tepat pada masanya."

"Ya, Azroy. Terima kasih ingatkan abi."

"Assalammualaikum, abi..."

"Waalaikumussalam..." Superbike Ducati XDiavel S-1262cc milik Kayla dan Azroy menderum di jalan raya. Azroy mengekori Kayla dari belakang yang menunggang superbikenya dalam keadaan tenang.

"Hurm... Alhamdulillah..."

"Okey tak ni?" Kayla kulum senyum.

"Kenapa senyum? Saya tanya ni, sayang saya okey ke?"

"Saya okeylah..."

"Serius? Betul ni?"

"Ya, awak. Saya okey..."

"Saya nak awak tahu, yang saya akan selalu sokong apa sahaja yang awak lakukan. Asalkan tidak menyalahi undang-undang dan agama. Faham?"

"Ya, awak. Saya faham. Thanks sebab selalu ada dengan saya." Azroy melebarkan senyuman melihat senyuman manis terukir di wajah cik tunang.

"Hurm... Lepas ni, tolong kurangkan menunggang superbike ni..."

"Eh, kenapa pulak?"

"Sayang, kita dah nak kahwin kurang sebulan lagi. Lepas tu, saya nak kita ada baby cepat-cepat."

"Hah? Baby?"

"Yelah. Saya nak baby... Nak kembar, triplet ke... Wah! Bestkan ada anak ramai ni... Nanti kita boleh kalahkan papa mama. Papa mama ada enam orang anak termasuk saya. Kita buat lapan orang anak. Mesti meriahkan rumah kitakan, sayang?" Tergeleng-geleng Kayla mendengar kata-kata mengarut seorang Dato' Azroy Aiman.

"Kenapa menggelengkan kepala pulak? Salah ke saya cakap?"

"Salahlah... Awak ingat saya kilang buat anak ke? Suka hati je nak tetapkan nak berapa orang anak. Yang mengandung saya. Yang melahirkan pun saya, tau..."

"Ala, yang. Kita buat anak kembar... Dua kali kembar empat dah dapat lapan orang ." Terjegil mata Kayla.

"Dahlah! Malas saya nak layan awak. Saya nak sambung ride."

"Sayang, tunggulah... Dengarlah dulu... Yang!" Kayla sudah pun menghidup enjin motornya.

"Sayang!"

Hai kesayangan. Jemput baca guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience