BAB 9 - BGL - LUAHAN

Romance Completed 29589

"Assalammualaikum, cik tunang..."

"Waalaikumussalam, encik tunang... Awak bat apa kat sini?"

"Nak tangkap pencuri." Selamba Azroy jawab. Berkerut dahi Kayla.

"Tangkap pencuri?"

"Ya. Saya nak tangkap pencuri hati yang dah curi hati saya." Kayla dapat rasakan wajahnya berbahang ketika ini dengan usikan Azroy.

"Awak nampak cantik bila tersenyum. Such a beautiful girl..."

"Awak ni... Eh, awak dari mana? Tiba-tiba muncul kat sini..."

"Dari cafe. Hantarkan kat abi makanan."

"Eh, makanan apa lagi? Tengahari tadi awak dah hantarkan?"

"Tu makan tengahari. Ni... Minum petang... Saya ada buat tempahan untuk orang tadi."

"Kak Teh masak apa?"

"Mi kari."

"Mi kari? Sedapnya... Untuk saya, ada tak?" Kayla mencantumkan kedua jari telunjuknya sambil mengerdip-ngerdipkan matanya.

"Ada ni... Saya ada bawa untuk awak sekali. Saya tahu awak suka makan mi karikan? Suka buat saya macam tukan? Sengaja je nak buat saya kalah..."

"Hihihi... Thank you, awak..."

"Wait... Kenapa mata ni sembap ni..." Bawah mata Kayla diusap perlahan. Kayla menelan air liur.

"Wanna share with me?"

"Tak. Takde apa-apa. Saya, kurang tidur sekarang ni. Tu yang mata sembap." Kayla cuba menutup masalahnya.

"Kayla, saya tahu, itu bukan jawapannyakan?" Kayla menelan air liurnya.

"Kayla, did anything happen to you?"

"Tak... Mana ada... Saya, okey?"

"Cakap dengan saya, apa si Qaizer buat kat awak?"

"Ma...mana ada..."

"Kayla, saya tunang awak, tau... Terus-terang dengan saya, boleh? Saya takkan marah awak. Saya hanya nak tahu apa yang berlaku... Itu je. Saya, tunang awak, Kayla. Bakal suami awak. Saya tak nak ada rahsia antara kita. Awak fahamkan?" Kayla angguk perlahan.

"Nak cakap ke atau nak saya sharekan video hal kat pejabat tadi?" Terdongak Kayla mendengar.

"A...apa? Video? Video apa?"

"Kayla kesayangan saya, tunangan saya... Saya tanya baik-baik ni... Nak bagitahu saya apa yang berlaku atau nak saya tayangkan video hal awak dengan Qaizer tadi?" Air mata mula bertakung di kelopak mata.

"Awak, saya tak marah awak... Saya hanya tahu apa yang berlaku kat tunang saya ni?" Soal Azroy. Esakan kecil mula kedengaran.

"Mikayla Marlisa... Please, jangan nangis. Okey, fine... Saya tak tanya lagi. Kalau dah rasa lega, dah boleh cerita kat saya, saya sedia mendengarnya." Pujuk Azroy.

"Sa...saya tak suka bila saya dihina... Orang tak tahu apa yang saya alami. Orang tak tahu betapa terseksanya jiwa saya apabila dibuang oleh ibu kandung saya sendiri. Kenapa seksa saya sedangkan saya tak pernah ganggu hidup orang pun..." Esakan Kayla semakin kedengaran.

"Kayla..."

"Dia cakap saya minah rempit, perempuan murah sebab saya tolak hadiah dia... Saya murah sangat ke awak? Saya ni macam minah rempit ke bagi awak?" Azroy melorek senyuman, sambil mengusap air mata yang mengalir di wajah mulus Kayla. Lencun wajah Kayla dengan air mata yang mengalir lesu.

"Saya tak nak tengok air mata ni, Kayla sayang. Awak, Mikayla Marlisa... Gadis yang kuat semangatnya. Kental dirinya. Kenapa perlu menangis hanya untuk jantan bodoh tu... Dia cakap macam tu sebab awak tolak dia. Dia marah jadi, dia keluarkan kata-kata bodoh macam tu. Dia dihasut orang, sebab tu dia berani tuduh awak macam tu. Sedangkan dia tak kenal awak yang sebenarnya." Kayla merenung ke dalam anak mata Azroy.

Mata yang sentiasa mendamaikan dirinya saat jiwa dia penuh dengan kekalutan. Azroy, lelaki yang bijak memanipulasi perasaan Kayla. Azroy selalu mengajar Kayla agar bersabar dan menerima takdir yang sudah tertulis dalam hidup. Azroy juga sentiasa memberi kata-kata semangat pada Kayla ketika Kayla dilanda gelisah.

"Awak, bakal isteri saya, Kalya. Saya tak nak awak kalah dengan mulut puaka manusia yang tidak tahu menghargai kewujudan awak. Saya sentiasa mahu melihat wajah yang sentiasa dipenuhi dengan keceriaan. Senyuman yang sentiasa meniti di bibir mungil awak." Azroy mengusap bibir Kayla. Berdegup jantung Kayla ketika ini.

"Kayla, kita bakal disatukan tidak lama lagi. Saya cuma nak awak jaga keselamatan diri dan jaga maruah diri awak, Itu je. Selebihnya, biar saya yang selesaikan. Awak faham?" Kayla angguk perlahan.

"Saya tak nak tengok lagi air mata ni mengalir untuk perkara-perkara yang remeh. Saya nak awak sentiasa kuat dan berfikiran jauh ke depan. Ingat satu perkara, Kayla... Awak sentiasa ada saya. Awak masih ada abi. Sepuluh orang tak sukakan awak, seribu lagi sukakan awak, Kayla." Air mata Kayla diusap perlahan.

"Saya sayangkan awak, Kayla. Saya cintakan awak. Sangat-sangat. Saya tak pernah rasa perasaan sebegini pada seorang wanita selama ini. Tapi, dengan awak... Ianya cukup berlainan. Jadi, saya pohon sangat. Pedulikan orang lain. Awak kena ingat satu perkara yang saya sayang awak." Semakin sebak Kayla rasakan tatkala mendengar kata-kata Azroy.

"Azroy, saya..."

"Shu... Saya tak kisah apa pandangan awak pada saya. Yang saya tahu, saya sayangkan awak, Mikayla Marlisa."

"Terima kasih, Roy. Saya terharu sangat. Selama ini, tiada siapa yang sudi berkawan dengan saya sebab umi dan kakak saya. Saya tak pernah ada kawan lelaki yang serius nak berkawan dengan saya sebab kakak saya. Saya takde kawan rapat walaupun perempuan sebab kakak saya dan umi saya yang gemar memalukan saya. Sedangkan, saya tak pernah buat apa-apa kesalahan pun."

"Saya faham apa yang awak rasa, Kayla."

"Hanya abi yang tahu apa yang berlaku. Tapi, awak tengok sendiri, Roy. Abi saya pun dihalau oleh isterinya, umi saya. Sepatutnya, seorang isteri menjaga makan minum suaminya. Hormat suami dan patuh ada perintah suami. Sebab suami adalah syurga buat seorang isteri. Tapi tidak pada umi saya. Abi sewenang-wenangnya dihina, dihalau. Malah abi pernah dipukul umi gara-gara melanggar perintah umi. Kejamnya umi..." Air mata Kayla menitik buat kesekian kalinya.

"Sebab kakak, saya takde siapa yang sudi nak berkawan. Dulu, ada seorang kawan yang berhasrat nak pinang saya. Tapi, tiba hari yang sepatutnya, disebabkan perangai kakak dan umi, mereka batalkan niat untuk merisik saya. Saya malu, Azroy. Saya malu sangat. Sebab tu, bila awak melamar saya sebelum ni, saya jadi trauma. Saya takut, saya akan kecewa buat kesekian kalinya. Saya rela tak berkahwin asalkan saya dapat jaga abi saya."

"Kayla, stop talking nonsense. Saya terima awak baik buruknya, Kayla. Saya tahu awak dengan abi. Kenapa saya nak tolak awak sebab abi? Lelaki yang matang dan gentleman, takkan sesekali memilih awak sebab awak cantik. Tapi, sebab personaliti awak, Kayla. Kita nak berkahwin bukan untuk sehari dua, Kayla. Tapi, untuk selamanya. Dan dalam perkahwinan ni, kiita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita seorang, tetapi dengan seluruh keluarganya." Panjang lebar penjelasan Azroy.

"Setiap pasangan ada masalah mereka tersendiri dan saya dah bersedia fizikal dan mental untuk hadap semua masalah ini dengan awak, Kayla. Saya dah terangkan pada mama dan papa pasal keluarga awak. Dan, sejujurnya tiada masalah untuk mama dan papa menerima awak dalam keluarga kami."

"Tapi, saya takut Azroy. Awak belum bertemu lagi dengan umi dan kakak saya. Saya takut..."

"Kayla, dengar sini. Dorang bukan tuhan untuk tentukan hidup mati seseorang. Umi dan kakak awak bukannya malaikat maut yang boleh cabut nyawa orang sesuka hati dan dorang buka tuhan, ingat tu. Hidup mati kita, ketentuan Allah, Kayla. Jadi, tak perlu takut pada manusia macam tu." Azroy meraup wajahnya.

"Sampai bila awak nak biarkan mereka tindas awak dan abi? Sampai bila, Kayla? Awak yang perlu tentukan hala tuju hidup awak. Awak yang kena fikir masa depan awak. Awak dah jalankan tanggungjawab awak sebagai anak dan sebagai seorang adik. Tapi, umi dan kakak awak yang tak tahu menghargai segala pengorbanan awak. Jadi, itu bukan lagi tanggungjawab awak, Kayla. Itu tanggungjawab mereka. Kifarah itu wujud, Kayla. Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Dia takkan uji hamba Dia tanpa mengetahui tahap kemampuan hambaNya, Kayla."

"Apa yang Azroy katakan tu, betul Kayla."

"Abi..."

"Abi setuju sangat. Kayla tak perlu perlu risau pasal orang-orang yang berfikiran sempit ni. Fikir masa depan Kayla sendiri. Kayla kena tahu, Allah tu tak kejam. Jadi, jangan sampai nak seksa diri sendiri hanya kerana nak bahagiakan orang lain."

"Tapi, abi... Kayla..."

"Kayla... Abi tak pernah pertikaikan apa yang Kayla buat selama ini. Abi tahu anak abi. Abi faham keadaan Kayla. Cuma, sudah-sudahlah fikirkan orang yang tak pernah tahu menghargai Kayla. Pedulikan umi dan Kartina. Dia manusia munafik. Abi takkan maafkan manusia macam dorang ni. Abi dah letih, Kayla. Sekarang ni yang paling penting, kehidupan Kayla. Abi nak tengok Kayla dan Azroy disatukan." Bahu Kayla dirangkul mesra.

"Terima kasih, abi." Kayla menundukkan kepala usai abi meluahkan isi hatinya. Malu didengari Azroy.

"Terima kasih, Azroy. Azroy memang budak yang baik. Abi harap Azroy dapat jaga Kayla sebaik mungkin. Kayla dah terlalu lama menderita. Jadi, abi berharap Kayla dapat menikmati kebahagiaannya dengan Azroy."

"In shaa Allah, abi. Doakan kami ya, abi?"

"Doa abi sentiasa mengiringi kalian berdua."

"Aamiin. Azroy ni, biasa je abi. Masih merangkak lagi. In shaa Allah, Azroy janji yang Roy akan jaga Kayla dan abi." Abi melorek senyuman sebelum mengesat air matanya.

"In shaa Allah. Abi sentiasa doakan kebahagiaan kalian berdua."

"Terima kasih, abi."

"Dah jangan nak meleleh lagi. Kesian Azroy. Dahlah bawa makanan, air pun dia yang buat."

"Awak?"

"Ala, abi... Takde hallah. Kecil je masalah tu..." Roy pun nak minum juga. Mari..."

"Thanks, awak..."

"No sweat, dear..." Merona wajah Kayla dengan usikan Azroy.

"Emm, abi nak tanya ni. Agak-agaknya, bila korang nak disatukan ni?"

"Kalay abi tanya Roy, esok juga Roy nak nikah. Tapi, Roy tunggu keputusan Kayla." Abi simpan senyum.

"Kayla... Bila tu? Abi ni dah semakin tua, Kayla. Abi nak merasa nak main dengan cucu abi sendiri. Entah esok lusa, umur abi tak panjang, tak merasa abi."

"Abi... Jangan cakap macam ni, abi... Kayla bukan tak nak... Tapi, Kayla baru je naik pangkat. Baru dua bulan. Kayla perlukan sedikit masa je lagi. Lepas dah settl kerja-kerja Kayla, Kayla janji Kayla akan tetapkan tarikh pernikahan secepat mungkin. Boleh ya, abi?"

"Kayla kena bincang dengan Azroy. bukan dengan abi. Kesian Azroy, tunggu lama sangat nanti. Maklumlah, dia yang nak kahwin dengan Kaylakan?" Usik abi.

"Awak, bolehkan? Kayla tak nak..." Belum habis bicara Kayla, Azroy dah cantas.

"Kayla... Macam ni... Apa kata awak letak jawatan awak kat syarikat tu dan bekerja di syarikat papa. Sekurang-kurangnya, kat sana, awak dijaga." Kayla mengerdip-ngerdipkan matanya. Tak percaya dengan apa yang dikatakan Azroy.

"Abi rasa macamana dengan cadangan Roy? Roy bukannya apa. Sekadar nak jaga Kayla. Roy tak nak ada mata-mata nakal dan mulut puaka yang cuba nak menjatuhkan Kayla. Lagipun, papa sendiri dah bagi lampu hijau pada Roy."

"Itu lagi bagus, Kayla. Memandangkan Roy dan Kayla bakal bergelar suami isteri, rasanya tak salah kalau Kayla bekerja dengan mertua Kayla. Sekurang-kurangnya, abi dah tak risau pasal keselamatan Kayla lagi."

"Macamana? Roy takkan paksa awak, Kayla. Roy rasa, ini yang terbaik untuk kita dan dalam masa yang sama dapat jauhkan diri awak dari manusia gila kat pejabat tu."

"Manusia gila? Kayla? Betul ke apa yang Azroy katakan tu?" Lambat Kayla nak anggukkan kepala.

"Ya, abi. Kayla diganggu anak buah majikan Kayla."

"Dia buat apa kat Kayla? Dia sentuh Kayla ke? Dia ada buat benda tak baik pada Kayla?" Bertubi-tubi soalan diajukan abi pada Kayla.

"Abi, dia tak sentuh pun. Kayla jamin, dia takkan berani nak usik Kayla. Cuma, Kayla sakit hati bila dia hina Kayla."

"Ini yang seboleh-bolehnya, abi tak mahu berlaku."

"Abi jangan risau. Kayla takkan izinkan sesiapa berani usik Kayla. Cuma, kecewa dengan manusia yang bermulut puaka ni. Sejujurnya, Kayla tersentap sikit bila Kayla dihina, dimaki hamun hanya kerana Kayla datang pejabat naik motor. Lepas tu, Kayla dihina selepas menolak pemberian hadiah dari seorang lelaki yang berpangkat kat office tu."

"Dia bagi Kayla hadiah?"

"A'ah, abi. Dia bagi masa hari lahir Kayla. Sebelum ni, dah dua tahun Kayla kat pejabat tu. Sikit pun dia tak heran. Nak tegur Kayla pun tak nak, apatah lagi nak pandang. Tapi, lepas Kayla dah naik pangkat, baru terhegeh-hegeh nak dekat dengan Kayla."

"Manusia macam ni, bahaya. Nampak gayanya, dia jenis memilih."

"Memang pun abi. Nak ikut Kayla dengan kawan Kayla makan. Tapi, tak nak makan kat luar, panas katanya. Nak makan kat tempat yang berair-cond je. Lepas tu, banyak bunyi. Kononnya, makanan kat luar tak bersihlah, tak jamin selamatlah. Banyak sangat komplennya." Omel Kayla.

"Kayla tak payah layan orang macam tu."

"Tak layan, abi. Sebab tu dia hina Kayla. Macam-macam dia cakap Kayla ni. Itulah, inilah. Nasib baik Kayla tak tumbuk hidung mancung dia."

"Amboi, garangnya..." Usik Azroy.

"Takdelah macam tu. Cuma, sakit hati je. Kayla pun dah lama tak belasah orang ni."

"Awak...?"

"Azroy jangan tak tahu, Kayla ni garang orangnya. Abi cuma takut, ada yang koma nanti. Tak koma, masuk wad gila..."

"Hah?" Terkejut Azroy mendengar kata-kata abi. Abi tertawa kecil.

"Abi?"

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-09-28 17:08:49 

xmnyempat nmpk? tkut kayla kna caras?? kikikiko

DHIA AMIRA.
2023-09-28 17:08:27 

amboi roy


NovelPlus Premium

The best ads free experience