"Awak..."
"Hurm..."
"Saya sangsilah tengok Tina tu."
"Kenapa? Bukan ke Tina dah sedar kesilapan dia?"
"Awak. Saya tak percayalah, wak. Saya rasa, Tin tentu ada rancangan dia sendiri."
"Maksud awak?"
"Tina pandai berlakon tau, wak. Dia booleh berubah karakter dalam masa yang singkat sangat."
"Apa maksud awak, sayang?"
"Hurm... Saya dah banyak kali kena dengan Tina."
"Tapi, hari tu?"
"Saya kenal Tina, wak.. Saya kenal sangat perangai Tina macamana... Kalau sebelum ni, Tina dikenali sebagai pelakon hebat, tak mustahil dia masih lagi menjadi pelakon demi mendapatkan apa yang dihajat."
"Saya tak fahamlah, sayang. Apa yang buatkan awak rasa Tina masih Tina yang sama?"
"Saya tak pasti... Tapi, serius wak... Saya dapat rasa, Tina ada agenda dua sendiri. Dia tak jujur, wak..."
"Tapi, tadikan dia menangis-nangis minta maaf..." Kayla melepaskan keluhan.
"Tina pernah buat begitu sebelum ni."
"Betul ni?"
"Ya, awak... Cara dia tengok awak pun, lain tau. Tina tak pernah serik, awak. Saya ni dah banyak kali tak jadi dipinang sebab Tina. Tina tuduh saya dah takde dara sedangkan sebaliknya. Tina tuduh saya perampas, sedangkan sebaliknya. Dah beberapa kali orang datang melamar saya. Tapi, disebabkan Tina punya mulut yang jahat, pinangan tak jadi. Saya kecewa, awak."
"Kecewa pinangan ditolak?"
"Bu...bukan macam tulah awak... Awak ni... Saya serius ni..." Paha Azroy dipukul manja.
"Okey, okey... Saya dengar..."
"Saya tak kisah pasal pinangan tu. Ingat saya heran sangat ke... Kalau saya terima pinangan tu, takdelah awak dapat saya, Dato' Azroy Aiman..." Sindir Kayla.
"Amboi sayang... Dah pandai nak sindir-sindir saya ni."
"Awaklah yang buat saya dulu."
"Okey, saya surrender. Sambung cerita." Kayla menjeling.
"Sebenarnya, saya ada deria rasa atau orang instinct yang boleh buat saya tahu orang tu suka saya jujur dan ikhlas atau nak mengambil kesempatan."
"Serius sayang?"
"Ya. Takde siapa tahu melainkan saya sendiri. Dan apa yang saya rasakan selama ini, semuanya betul. Tekaan saya tak pernah salah selama ini."
"Termasuk perasaan saya pada awak?" Kayla angguk sambil menundukkan kepala, menahan malu. Azroy menghela nafas lega.
"Nasib baik, saya jujur, tau. Kalau tidak, confirm saya kena belasah dengan tunang kesayangan saya ni."
"Awak... Janganlah..." Rengek Kayla. Azroy tertawa kecil.
"Kali pertama, saya ada kawan lelaki di sekolah. Dua tiga hari kenal dengan dia, saya rasa selesa sangat. Tapi, perasaan saya bertukar bila seminggu berkenalan dengan dia."
"Maksud awak?"
"Dia rapat dengan saya, semacam je. Saya tahu, tentu ada benda yang tak baik bakal berlaku pada saya. Saya dapat rasa yang dia tentu dah jumpa Kak Tina dan Tina tentu dah bagitahu perkara yang tak betul pasal saya."
"Jadi?"
"Yap... Tina cakap saya dah takde dara. Saya pernah buat hubungan seks dengan pelajar lelaki lain sebelum saya kenal dia."
"Astaghfirullahalazim..."
"Ya, wak. Saya tak tipu. Tiba-tiba dia ajak saya ke stor barangan sukan dengan alasan nak ambil barangan sukan kat sekolah. Tapi, saya tahu, saya dapat rasa sesuatu."
"Awak ikut dia?" Kayla angguk.
"Saya ajak beberapa orang kawan untuk teman saya tanpa pengetahuan dia. Saya minta kawan-kawan saya menyorok di belakang stor bila saya jumpa dia kat situ."
"Apa yang berlaku?"
"Dia cuba nak cabul kehornatan saya dan alhamdulillah. Nasib baik, kawan-kawan baik saya ada kat situ dan budak tu sempat dibelasah dan kebetulan salah seorang dari kawan-kawan saya dah panggil guru disiplin."
"So?"
"Dia ditahan. Tapi, dia sempat minta maaf dari saya. Dia menangis sebab dia kata Tina yang cakap saya senang diajak buat seks."
"Sebab tu je, dia terus nak cabul awak?"
"Apa nak cakap lagi, awak. Saya ni dah selalu sangat dimalukan Tina. Kat sekolah, kat kawasan perumahan. Saya cuba kesal dengan apa yang Tina lakukan pada saya sebab dia cakap saya macam-macam. Dia sanggup tuduh saya takde dara sedangkan dia sebenarnya yang dah takde dara."
"Tina?"
"Ya, awak. Tina tu umi hantar dia ke sekolah agama pun selepas dia dirogol teman lelaki dia beberapa tahun lalu."
"Dirogol?"
"Entahlah... Dari kenyataan budak tu, dia kata mereka suka sama suka. Tapi, disebabkan Tina bawah umur, budak lelaki tu dituduh merogol." Berkerut dahi Azroy.
"Ingatkan lepas kejadian tu, Tina akan insaf. Rupanya tidak... Tina bagaikan ketagih nak buat benda tu sampailah dia ditangkap bersama suami ustazahnya sendiri."
"Allahuakhbar..."
"Walaupun, Tina tu dah buat macam-macam masalah, umi tak pernah rasa menyesal. Saya juga yang dipandang serong seolah-olah saya yang kehilangan maruah diri." Ujar Kayla, sugul.
"Wait, sayang. Tadi, awak cakap, lepas budak lelaki tu cuba mencabul awak sebab dia dengar cakap Tina, apa yang berlaku pada Tina?"
"Oh... Budak tu dan Tina digantung dua minggu. Tapi, awak nak tahu tak wak... Umi tak percaya dengan saya. Umi cakap saya sengaja perangkap Tina sebab saya cemburukan Tina." Keluhan Kayla lepaskan.
"Awak cemburukan, Tina?"
"Hell no! Kalau saya cakap, saya jauh lagi hebat, lagi cantik dari TIna, awak percaya tak?"
"Eh, mestilah saya percaya... Saya bukan tak tahu nak bezakan yang mana batu yang mata permata, sayang... Lagipun, terang-terang, tunang saya ni lagi cantik. Kalau tidak masakan awak jadi model, sayang..."
"Itu kata awak, Azroy. Bukan umi. Saya dah buat macam-macam untuk buktikan pada umi yang saya lagi baik dari Tina. Saya jadi pelajar contoh. Saya jadi mendebat terbaik sekolah. Saya jadi atlet sekolah. Semuanya umi pandang sebelah mata. Dan setiap kali ada penyampaian di sekolah, abilah yang datang. Umi tak pernah datang sekalipun... Nampak tak macamana tak sukanya umi pada saya?"
"Tapi, kenapa umi macam tu kat awak? Bukan awak pun anak umi ke?"
"Entahlah, awak... Saya pun tak tah nak cakap macamana." Kayla melepaskan keluhan. Azroy mengusap kekura tangan Kayla bagi meredakan sedikit kemarahan Kayla.
"Apa lagi yang boleh saya cakap, awak? Saksi dah ada bersama bukti. Tapi, umi tetap percayakan Tina. Apa lagi yang mampu saya lakukan dari terpaksa menahan sabar?"
"Serius, saya tengok sendiri awak macamana, sayang. Keluarga saya pun sukakan awak. Apa yang buat umi awak sampai bencikan awak macam tu..."
"Awak cakaplah macamanapun, Azroy... Umi tetap macam tu. Bukan saya tak pernah tanya umi, apa yang buat umi bencikan saya sangat-sangat. Awak tahu apa jawapan umi?" Azroy menggeleng.
"Sebab saya anak abi."
"Itu je?"
"Ya..." Azroy masih mengusap kekura tangan Kayla.
"Sebab tu saya nekad. Saya nak belajar sampai ke peringkat tertinggi. Saya nak cari duit dan keluar dari rumah tu bersama abi. Saya rela jaga abi sampai mati, pun takpe. Asalkan saya dapat keluar dari rumah neraka tu." Pandangan Kayla mula berbalam.
"Sakit, awak... Sakit sangat bila takde sesiapa yang percayakan saya. Hina sangat ke saya di mata mereka?"
"Saya percayakan awak, sayang."
"Terima kasih, awak. Saya nekad nak cari duit demi membahagiakan abi walaupun terpaksa bersusah payah. Saya rela, asalkan abi bahagia dengan saya."
"Tapi, saya adakan dengan awak? Saya percayakan awak. Saya sayangkan awak. Boleh tak jangan tanggung semua masalah tu sendiri?" Anak mata hitam milik Kayla, direnung dalam-dalam. Azroy mahu Kayla merasakan cinta dan sayangnya hanya untuk Kayla seorang.
"Sa...ya..."
"Sayang, kita dah nak kahwin. Nak jadi suami isteri. Bukan lama pun. Sikit masa lagi. Awak masih tak percayakan saya ke?"
"Bu...kan macam tu, awak..." Kayla sudah mencebik. Air mata perlahan-lahan menuruni pipi gebunya.
"Sayang... Hei, kenapa ni, hurm?" Air mata Kayla diusap dengan jari.
"Sa...ya tak nak kehilangan awak. Saya sayang awak, Azroy. Saya tak pernah rasa disayangi selama ini... Please, jangan tinggalkan saya..." Rintih Kayla sambil menggenggam tangan Azroy.
"Ya Allah, sayang... Saya tak pernah terfikir nak tinggalkan awak, Kayla. Never! Awak segalanya untuk saya, Kayla. Tolong percayakan saya..."
"Tapi, Tina... Saya takut, Tina akan rampas awak dari saya. Saya berani cakap, Tina akan lakukan sesuatu untuk dapatkan awak..."
"Tapi, kenapa saya?"
"Sebab utama, dia tak boleh tengok saya bahagia dan lebih dari dia."
"Sebab kedua?"
"Sebab awak kaya-raya."
"What?"
"Ya, awak. Tina tak pernah suka hidup susah. Tina tak pernah buat kerja rumah, walaupun masak air sekalipun."
"Habis tu, selama ini, kat rumah tu, siapa yang buat kerja rumah?" Kayla menundukkan kepala.
"Kenapa, sayang? Cakaplah... Siapa yang selalu buat kerja rumah, masak, mencuci bagai?"
"Abi dan saya..."
"Allahuakhbar... Ya Allah..." Azroy meraup wajah.
"Itulah hakikatnya, awak..."
"Eh, Tina ada cakap yang umi tak sihat. Betul ke?"
"Saya ingat. Tina cakap umi rindukan saya. Tak... Itu mesti Tina yang cakap sendiri. Hakikatnya, umi tak sihat sebab dah tak larat nak buat kerja untuk Tina. Itu saya berani jamin."
"Umi tu bukannya sihat sangat. Memang ada masa, umi tak sihat sebab umi ada asma. Umi tak boleh terlalu sejuk dan terlalu panas." Azroy memerhatikan Kayla yang teruja bila bercerita pasal umi.
"Awak rindu umikan?" Soal Azroy sambil memegang pipi kiri Kayla. Kayla menundukkan kepala. Tidak menggeleng mahu pun mengangguk.
"Sayang..."
"Ya, saya rindu umi. Tapi, saya belum nak jumpa dengan umi lagi. Saya takut, itu rancangan Tina nak mengenakan kita. Dah setahun, awak. Tak pernah sekalipun saya tak rindukan umi. Tapi, hati saya terluka sangat. Sangat-sangat terluka sebab umi dan Tina."
"Jadi, sampai bila?"
"Biarlah keadaan menentukannya."
"Baiklah. Saya hormati pendirian awak. Tapi, saya tak nak awak fikirkan masalah awak ni sendiri. Saya nak kongsi masalah dengan awak. Boleh?"
"Awak tak menyesal?"
"Menyesal? Untuk apa?"
"Sebab kenal saya?"
"Sayang, saya ni tak pernah peduli pasal kisah silam awak, tau. Saya jujur dengan awak. Sebab bagi saya, cinta dan sayang saya bukan untuk dimain-mainkan. Saya jujur dengan awak. Saya sayang awak sebab diri awak, Mikayla Marlissa. Saya cintakan awak sebab diri awak sendiri. Saya tak suka manusia hipokrit..."
"Tapi, saya takut Tina... Saya tak nak dia buat apa-apa kat awak, Azroy. Saya boleh mati, kalau apa-apa berlaku pada awak, Azroy..."
"Jangan cakap macam tu, sayang. Saya janji, saya akan berhati-hati dengan Tina. Awak jangan risau. Saya tahu apa yang akan saya buat kalau Tina buat taik dengan kita. Kali ni, saya takkan bagi muka lagi. Ini kali, saya akan ajar dia siapa saya yang sebenarnya."
"Serius awak? Janganlah... Saya tak suruh awak cederakan dia..."
"Ya Allah, awak ni sayang. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Saya cuma nak ajar kakak awak tu je... Biar dia sedar, tak semua orang mudah diperbodohkan. Awak faham?"
"Ya, saya faham..." Senyuman terukir di wajah keduanya.
"Ish! Banyak kali aku call, tak berjawab pulak si setan ni... Mana kau pergi, hah? Aku nak pakai duitlah..."
"Setan betul!" Marah Tina bila panggilan telefonnya pada Kayla tidak berjawab. Terus telefon bimbitnya dicampak ke katil.
"Kenapa ni, Tina? Asyik nak mengamuk je sejak dua menjak ni... Tina ada masalah ke?"
"Umi diamlah! Sibuk je..."
"Kenapa marah umi, Tina? Umi tanya je..."
"Diamlah, umi! Jangan sibuk boleh tak?"
"Kenapa Tina ni semakin kurang ajar, hah? Apa lagi yang tak cukup, Tina?"
"Duit! Tina nak duit! Bagi Tina duit, umi..."
"Duit? Tina, semalam umi dah bagi Tina tiga ratus. Mana duit tu pergi?"
"Ni satu lagi, asyik nak menyoal aku je... Bagilah Tina duit. Tina nak gunalah!"
"Tina, Tina buat apa dengan duit tu? Mana duit yang Kayla bagi hari tu? Takkan dah habis?"
"Ish, orang tua ni! Tina guna untuk cari kerjalah!"
"Cari kerja? Tina nak kerja kat mana? Tina bukannya ada kelulusan..."
"Eh, orang tua ni... Banyak pula, bunyi dia... Bagi jelah."
"Duit umi dah takde, Tina... Umi baru lepas bayar kat orang yang hantar barang dapur tu. Tina bukannya nak tolong beli barang dapur!"
"Ah, penipu! Aku tahu kau banyak duit. Bagilah! Aku nak pergi cari kerja ni!"
"Kerja apa, Tina sampai habis duit macam ni? Tina cakap dengan umi, Tina... Apa yang Tina buat dengn duit tu!"
"Jangan sibuk dengan hal akulah, orang tua!"
"Argh!" Terjelepuk umi ke lantai selepas ditolak Tina.
"Sampai hati Tina tolak umi macam ni... Kenapa Tina berubah macam ni, Tina?"
"Ah, diamlah! Banyak soal, pulak! Aku nak duitlah orang tua!"
"Tina, tengoklah ni... Tinggal sepuluh ringgit je. Habis dah duit umi Tina kerjakan. Kalau macam nilah perangai Tina, sumpah umi dah buang Tina dari lahir lagi."
"Hahaha... Dah terlambat, orang tua... Dah terlambat. Dulu, kau seksa Kayla. Sekatang ni, aku pulak seksa kau. Biar padan muka kau..."
"Sampai hati Tina buat umi begini... Selama ni, umi jaga Tina, belai Tina. Umi selamatkan Tina... Ini balasan Tina pada umi?" Tangisan umi semakin kedengaran. Esakan umi menyesakkan dada Kayla yang sejak tadi mendengar perkelahian Tina dan umi di ruang tamu. Kayla mengatup mulutnya sendiri dengan tapak tangan bagi mengelakkan tangisannya kedengaran.
"Dah! Tak payah nak banyak cakap. Bak sini duit tu. Aku nak pergi kerja!"
"Tina, jangan! Umi ada itu je, Tina... Tolong, Tina... Jangan buat umi macam tu. Nanti..." Umi memeluk kaki Tina. Tina merampas sepuluh ringgit yang berada dalam beg kecilnya.
"Sekali lagi, kau ganggu hidup aku... Tahulah aku nak ajar kau macamana, orang tua! Huh!" Tina merentap kakinya dari pegangan umi.
"Allahuakhbar..."
Jemput baca guys... Sorry tau. Lambat update
Share this novel