BAB 16 - BGL - RAMPAS

Romance Completed 29589

"Sayang, saya minta maaf. Saya takde niat pun nak buat awak sedih macam ni. Tapi, saya perlu tekankan pada awak. Kita bakal berkahwin, sayang. Walau apapun yang berlaku, restu dari seorang ibu tu, amat diperlukan dalam membina ikatan perkahwinan. Awak fahamkan maksud saya?"

"Tapi, umi tak sayangkan saya. Umi benci saya. Saya tak dianggap sebagai anak pun selama ini. Saya siapa awak? Awak nak ke bila kita jumpa umi nanti, saya berterusan dibenci, dihina, dimaki hamun depan awak? Awak suka ke dengar semua tu?" Azroy mati kata.

"Awak cakap dengan saya. Awak suka tengok Tina menggedik-gedik depan awak nanti? Awak rasa, saya boleh tahan ke tengok Tina pegang-pegang awak? Atau awak nak tengok saya hapuskan Tina dari muka bumi ni?"

"Sayang, stop! Kenapa sampai ke situ awak fikir, sayang?"

"Sebab awak nak saya jadi macam tu!" Esakan Kayla mula kedengaran. Azroy meraup wajah. Sejujurnya, Azroy tak mahu Kayla dan keluarga bermusuhan. Ya, Azroy tahu dia tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegini. Tapi, sebagai manusia yang punya hati dan perasaan, tak sepatutnya itu dijadikan nanah dalam luka.

"Kayla, dengar cakap saya, Kayla. Kita bakal bernikah, sayang... Kita perlukan restu umi. Saya tak nak kita terus berdosa, sayang." Kayla menggeleng.
"Saya... Saya belum bersedia nak jumpa dengan umi. Saya..."

"Sayang..."

"Stop, Azroy! Kalau awak terus memaksa saya, saya takkan teragak-agak untuk putuskan pertunangan kita!" Jerkah Kayla.

"Sayang, no! Please... Saya minta maaf. Please, jangan cakap macam tu."

"Then, stop talking about them!"

"Sayang..." Azroy tidak teragak-agak menarik tubuh langsing Kayla masuk dalam pelukan. Kayla menghamburkan tangisannya di bahu Azroy. Terhinjut-hinjut tubuh Kayla menahan esakan.

"Saya minta maaf, okey. Saya minta maaf." Lambat Kayla membalas pelukan Azroy. Azroy memberanikan diri mengucup sisi kepala Kayla.

"Saya minta maaf. Saya takkan sebut lagi perkara ni..." Belakang Kayla diusap bagi meredakan kesedihannya.

"Saya minta maaf, ya? Saya takkan sebut langsung hal ni..." Azroy memujuk Kayla. Air mata Kayla yang maish bersisa, diusap perlahan.
"Can we go now?" Kayla angguk sambil mengusap air matanya.

"Sorry, again..." Kayla angguk kepala bila Azroy menggenggam erat tangannya. Sebelah tangan digenggam manakala sebelah tangan lagi digunakan untuk memegang stereng. Nasib baik kereta automatik.

Sepanjang perjalanan, Azroy masih menggenggam erat tangan cik tunang. Kayla masih dengan sedu-sedannya. Sesekali, Azroy mengerling ke arah Kayla. Nafas dihela. Dia tahu Kayla berkecil hati dengannya. Azroy tidak berniat mahu melukakan hati Kayla. Apa yang dia katakan, ternyata benar. Cuma, Azroy perlu memberi Kayla masa.

"Sayang..."

"Hurm..."

"Jom. Kita dah sampai..." Kayla simpan senyum. Wajah dibelek sebentar di cermin bagi membetulkan pelembap bibir dan rambut yang sedikit kusut. Sebaik selesai, Azroy sudah menanti di pintu lantas pintu di bahagian Kayla dibuka.

"Awak, saya boleh buka sendirilah."

"Ya, saya tahu. Saya sayang awakkan?" Kayla kulum senyum lantas huluran tangan Azroy disambut. Keduanya beriringan ke pusat membeli-belah terkemuka di Subang Jaya itu. Tujuan utama, Kayla dan Azroy perlu ke butik perkahwinan untuk mencuba pakaian nikah dan persalinan untuk majlis persandingan mereka.

Sekalipun, Azroy tidak melepaskan genggaman tangannya. Tidak pula Kayla cuba melepaskan, lantaran merasakan dia cukup selamat bila berada di samping Azroy.

"Sayang, sekejap..."

"Kenapa?"

"Sinilah... Saya nak tunjukkan sesuatu kat bakal isteri saya ni." Kayla mengerutkan dahinya.

"Tunjuk apa?"

"Sinilah... Tengok ni..." Membuntang mata Kayla melihat apa yang dihidangkan encik tunang.

"Ya Allah, dato... Awak ni... Jangalah. Malulah saya..." Rengek Kayla sekaligus menarik tangan Azroy jauh dari kedai yang menjual pakaian tidur yang super sexy.

"Hahaha. Nanti pakai untuk saya, eh?"

"Jangan nak buat gila, Dato' Azroy... Saya takkan pakai pakaian tak cukup kain tu. Buat malu je. Baik tak payah pakai apa-apa."

"Hah! Itu idea yang lebih baik."

"Awak..."

Pap!

"Auch! Ya Allah, sayang. Bisanya tangan awak... Aduh. Peritnya..."

"Hah, padan muka awak. Main-main lagi..."

"Apa pulak saya main. Betulkan apa yang saya katakan? Malam per... Ump... Ump..." Tak sempat Azroy menghabiskan bicara, Kayla terlebih dahulu menekup mulutnya.

"Awak mengarut lagi, saya balik sendiri." Kayla tergamam bila tapak tangannya dikucup Azroy. Wajah Kayla bertukar kemerahan akibat menahan malu.

"Saya suka tengok malu-malu macam ni... Awak selalu buat jantung saya bergetar hebat, Kayla..."

"Awak... Lepaskan... Kita kat public ni..."

"Ops! Sorry... Kalau bukan kat public, boleh?"

Pap!

"Auch! Yang, sakit yang. Ya Allah... Awak tak sayang saya, eh? Asyik nak dera saya je..." Rintih Azroy sambil menggosok lenganmya yag dipukul Kayla.

"Awkak, awak... Sorry. Saya tak sengaja. Awaklah asyik nak usik saya je... Awak nak tengok saya merajuk ke?"
"Okey, tak! Saya surrender!" Azroy mengangkat tangan tanda serah diri, mengalah dengan ugutan cik tunang.

"Awak, cepatlah. Nanti kak teh bisinglah."

"Ya, saya tahu. Saya saja je nak ajak awak cuci mata."

"Itu untuk awaklah! Saya takkan nak cuti mata tengok benda macam tu." Kayla menjeling membuatkan Azroy tergelak kecil.

"Macamana? Puas hati tak?"

"Gila tak puas hati? Cantik tu. Pandai kak teh jahit."

"Alhamdulillah. Terima kasih, Kayla."

"Eh! Kayla yang kena ucap terima kasih pada kak teh sebab kak teh yang bertungkus-lumus siapkan pakaian kahwin kami berdua."

"Ala, tak payah cakap macam tu. Ini perkahwinan adik bongsu kesayangan kak teh yang bongsu, yang terakhir, yang paling manja dan satu-satunya lelaki. Nasib baik tak jadi sotong..."

"Ish, kak teh ni! Ada cakap macam tu. Badan ketul-ketul macam ni, takkanlah Roy nak jadi sotong pulak."

"Tapikan, wak. Saya ada kawan yang badan ketul-ketul macam awak ni, tapi... Emm..."

"Tapi, apa?"

"Dia... Gay..." Perlahan tapi masih dapat didengari kak teh dan Azroy.

"Serius, sayang."

"Ya, wak. Tapi, dia baik. Cuma, yelah... Keadaan dia tu. Kami yang mana rapat je tahu dia macam tu. Serius wak. Dia hemsem, macho, body sixpack. Macam awak. Tapi, sayang... Dia pilih kehidupan yang bertentangan dengan fitrah."

"Maksud Kayla?"

"Dia... Err... Dia, gay..."

"Nak buat macamana... Dah itu jalan yang dia pilih. Kita doakan jelah yang baik-baik untuk dia."

"Err, Kayla..."

"Ya, kak teh."

"Kak teh sebenarnya, nak minta Kayla tolong cuba pakaian ni."

"Pakaian apa?"

"Dalam tu, ada lima pasanga baju gaun... Boleh tak kalau Kayla try satu per satu pakaian tu."

"Siapa punya, kak teh?"

"Sebenarnya, baju tu, kak teh buat khas untuk Kayla."

"Hah? Untuk Kayla?" Kayla terkejut bila mendengar kenyataan dari kak teh.

"Ya... Kak teh baru nak mencuba nasib masuk pertandingan mereka pakaian pengantin. Jadi, rasanya macam sesuai je dengan Kayla sebab Kayla pun memang modelkan? Dengan body cantik, langsing, tinggi lampai, wajah gorgeous, tentu Kayla nampak marvellous!"

"Err, boleh ke awak?"

"Eh, kenapa tanya saya? Awaklah yang kena buat keputusan."

"Tapi, awakkan bakal suami saya. Saya kenalah tanya pendapat awak dulu. Kalau awak izinkan, saya pakailah." Azroy kulum senyum.

"Kalau saya tak izinkan?"

"Roy, jangan buat hal, Roy. Kak teh cancel baju pengantin ni nanti."

"Okey, okey, okey... Allah, tak boleh langsung nak bergurau dengan kak teh ni. Nak marah je..." Kak teh menjeling.

Hampir sejam setengah usai mencuba pakaian baru rekaan kak teh, Kayla menyandarkan tubuh langsingnya ke tubuh Azroy. Azroy tersenyum lebar.

"Letih?"

"Letihlah, wak. Satu baju tu, dah ambil masa lebih kurang lima belas ke dua puluh minit untuk pakai, ini ada lima pasang. Tapi, saya suka!" Tegak tubuh Kayla. Terpampang keterujaan di wajah Kayla.

"Awak suka?"

"Suka sangat." Ujar Kayla dengan senyuman lebar terukir di wajahnya.

"Kak teh, berapa harga baju tu semua?" Kak teh mengerutkan dahinya

"Baju apa?"

"Ala, baju kahwin tadi plus baju yang lima pasang Kayla try tadi."

"Nak buat apa?"

"Azroy nak bayar."

"Bayar? Kak teh tak suruh bayar pun."

"Tapi, Roy nak bayar untuk Kayla."

"Awak, nak buat apa? Kak teh suruh try je. Saya trylah."

"Sayang, saya dah cakap, anything for you. Awak suka baju tukan? So, saya hadiahkan untuk awak."

"Tapi..."

"Ambil je, Kayla. Bukan senang Dato' Azroy nak keluarkan duit."

"Hai, kak teh... Sama je macam papa ngan kak long. Roy selalu belanja semuakan?"

"Yelah, yelah... Cakap orang... Awak tu pun tak boleh nak bergurau." Azroy mencerlung tajam ke arah kak teh.

"Emm, awak..."

"Ya, sayang... Awak nak apa-apa?"

"Emm, nak awak." Merona wajah Azroy diusik Kayla.

"Hahaha... Dato' Azroy Aiman blushing..."

"Berani awak usik saya, eh..."

"Ala, bukannya selalukan... Awak... Awak tahu tak, awak nampak comel dengan muka blushing macam tu..." Usik Kayla lagi.

"Sayang, stop it, okay."

"Hihihi..."

"Mikayla Marlissa!" Terhenti langkah keduanya bila nama Kayla disebut seseorang.

"Sayang..." Kayla merangkul lengan Azroy sambil berdiri di belakang Azroy.

"Kayla..." Kayla semakin mengeratkan rangkulan di lengan Azroy.

"Siapa awak?" Soal empunya suara.

"Siapa saya? Awak siapa?" Soal Azroy pula.

"Saya, Tuan Qaizer. Majikan Kayla."

"Pembetulan, bekas. Eh, tak... Tuan Qaizer hanya COO di syarikat Tan Sri Rais Raisudin."

"Jadi, awak anak buah tan sri?"

"Ya. Dan siapa awak dan apa hubungan awak dengan Kayla?"

"Dato' Azroy Aiman!" Suara seseorang menyapa telinga mereka. Ternganga mulut Qaizer bila mendengar nama lelaki yang berada di samping Kayla.

"Eh, Tan Sri Rais Rasudin..." Azroy berjabat tangan dengan Tan Sri Rais.

"Tan sri dari mana?"

"Ala, kami ada pertemuan denagn client tadi. Buat makan-makan kat restoran depan sana tu."

"Oh..."

"Eh, Kayla?"

"Tan sri..." Kayla menganggukkan kepala memberi tanda hormat pada bekas majikannya.

"Err, Qaizer..."

"Uncle kenal mereka?"

"Why not? Dato' Azroy Aiman seorang usahawan muda yang kini sedang meningkat naik. Walaupun, keluarga Dato' Azroy ni bukan kaleng-kaleng, tapi, Dato' Azroy tetap berusaha sendiri. Padahal, papa Azroy ni, Tan Sri Arif Aiman, usahawan berjaya di Malaysia ni."

"Tan Sri Arif Aiman?"

"Ya, Zer..."

"Apa khabar, dato?" Serta-merta Qaizer menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Azroy. Pelik Kayla dengan kelakuan Qaizer.

"Alhamdulillah..."

"Dato dengan Kayla..."

"Mikayla Marlissa, bakal isteri saya."

"What?"

"Kayla, tunang saya dan kami bakal bernikah sikit masa lagi. Nanti saya edarkan kad jemputan. Jemput datang tan sri..." Ujar Azroy sambil merangkul pinggang Kayla. Qaizer tayang wajah menyampah.

"In shaa Allah, dato."

"Tahniah Kayla, dato."

"Terima kasih, tan sri. Tuan Qaizer, jemput sekali nanti. Saya akan kirim kad jemputan nanti."

"In shaa Allah, dato." Azroy kulum senyum.

"Emm, saya fikir nak gerak dulu. Nak ambil barang kemas yang saya tempah untuk bakal isteri saya ni." Kayla rasa canggung bila Azroy merangkul pinggangnya di depan Qaizer.

"Yelah. Silakan, dato. Kayla, jumpa lagi. Tahniah sekali lagi."

"Terima kasih, tan sri. Kami pegi dulu." Kayla menarik tangan Azroy dan berlalu dari situ.

"Huh! Annoying..."

"Jaga bahasa kamu, Qaizer! Kalau bukan disebabkan mulut jahat kamu, Kayla takkan letak jawatan."

"It's not my fault, uncle. Dia sendiri yang nak letak jawatan. Bukan Qaizer yang paksa."

"Oh, really? Uncle tak buta lagi Zer... Uncle nampak apa yang kamu buat pada Kayla sebelum dia berhenti." Ada riak terkejut terpampang di wajah Qaizer.

"Jangan ingat uncle diam, uncle tak tak tau apa-apa, Qaizer..."

"Zer minta maaf, uncle. Zer cuba nak pujuk Kayla. Tapi, Kayla enggan dengar cakap Zer."

"Dah tentu Kayla takkan dengar cakap kamu, Zer. Kamu dah sakitkan hati dia. Kata-kata kamu, satu penghinaan buat Kayla. Kamu tahu tak?" Qaizer tergamam.

"Uncle pernah ingatkan kamu, Kayla bukan macam perempuan-perempuan yang kamu damping kat kelab malam, Zer. She's totally different. Kamu buat dia macam perempuan takde perasaan."

"Uncle, Zer takde niat pun."

"Yelah tu. Kamu pertikaian Kayla. Kamu hentam Kayla. Jangan ingat uncle tak tahu semua tu, Zer."

"Uncle, please..."

"Tolong dengar cakap uncle, Zer... Jangan ganggu Kayla. Dia berhak bahagia."

"Tapi, Zer sayangkan Kayla, uncle..."

"What? Zer sayang Kayla? Kenapa baru hari ni? Kenapa bukan sebelum ni Zer nak luahkan semua tu?"

"Zer... Zer sebenarnya..."

"Cukuplah, Zer. Jangan ganggu Kayla. Buang perasaan tu semua. Jangan seksa Kayla lagi. Biarkan Kayla bahagia."

"Huh! Sorry, uncle. Keputusan Zer muktamad. Zer akan rampas Kayla dari Dato' Azroy. Apa nak jadi, jadilah. Zer yakin, Kayla turut simpan perasaan pada Zer."

"Stop dreaming, young man! Jangan nak mengarut. Kayla bukan untuk Zer. Kayla hak Dato' Azroy. Jangan buat hal."

"Ah! Zer tak peduli siapa pun Dato' Azroy, tu. Yang penting, Zer akan rampas Kayla dari tangan dia."

"Jangan buat masalah, Zer. Kamu tak kenal siapa Azroy tu. Dia bukan kaleng-kaleng manusia, Zer. Kamu yang akan sakit nanti. Uncle bagi peringatan pada kamu, Zer... Lupakan Kayla. Cari perempuan lain. Ingat!" Tan Sri Rais Raisudin berlalu meninggalkan Qaizer yang masih termanggu selepas diberi amaran.

"Shit! Aku tak peduli... Aku akan rampas Kayla walau dengan apa pun caranya. Aku tak dapat Kayla. Tiada siapa yang akan dapat Kayla! Huh!"

Awal sikit kita update si Kayla dengan dato azroy ni. Enjoy reading semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience