BAB 12 - BGL - REZEKI

Romance Completed 29589

"Awak okey, ke Kayla?"

"Saya okey. Awak?"

"Alhamdulillah. Saya akan selalu okey kalau ada awak di sisi..."

"Ceh! Statement playboy..."

"Hei... Saya bukan playboy tau... Saya akui saya ada ramai kawan perempuan, tapi awak je yang melekat kat dalam hati saya." Merona wajah Kayla diusik Azroy.

"Err, bestlah tunggang motor ni..." Kayla sengaja menukar topik. Terasa canggung dengan renungan Azroy.

"Awak suka?"

"Ish! Mestilah suka... Tapi, saya tetap suka motor Ducati saya sebab saya beli dengan duit yang saya dapat hasil titik peluh saya selama ini. Bukan mudah nak dapat duit. Tapi, saya hargai setiap titik peluh saya."

"Titik peluh? Maksud awak?"

"Awak nak tahu tak, Roy... Masa saya sambung belajar dulu, saya usaha cari duit poket sendiri. Umi takkan hulur duit sesen pun kat saya. Abilah yang bersusah payah cari duit, masukkan dalam akaun saya. Saya kesiankan abi. Waktu tu abi memang tak sihat."

"Awak kerja part time?"

"A'ah... Saya kerja jadi model sambilan kat sebuah majalah."

"Model?"

"Tulah. Semua orang tak tahu. Saya terpaksa, demi menampung perbelanjaan kat universiti. Umi memang takkan hulurkan duit langsung. Jadi, nak tak nak, saya terpaksa cari duit poket sendiri. Saya dah rasa ikat perut, berpuasa sampai sebulan sebab takde duit belanja..." Ujar Kayla. Ada getaran pada suara gadis itu.
"Macamana boleh terjebak dengan dunia modeling ni?"

"Err, saya pun tak ingat. Kalau tak silap, masa tu ada satu majalah yang memerlukan model part time untuk memperagakan pakaian untuk wanita berhijab. Tapi, sayakan tak berhijab. Saya cuba je datang uji bakat. Dan tak sangka, saya berjaya. Tapi, bukan untuk yang berhijab je. Dalam masa dua minggu saya terpilih untuk buat catwalk di satu majlis memperagakan pakaian untuk seorang pereka fesyen yang baru meningkat naik."

"Rezeki awak, Kayla."

"Ya. Sebab tu, saya mampu nak beli motor Ducati ni. Lagipun, memang sejak kecil saya ni agak lasak orangnya. Saya suka naik motor sebab dulu abi ada motor Yamaha, 125cc. Motor lama. Saya selalu tunggang motor tu sendiri. Sampai saya simpan niat nak beli motor untuk kegunaan diri saya sendiri." Ujar Kayla panjang lebar.

"Abi tahu awak jadi model part time?"

"Tahu. Saya berterus-terang dengan abi. Bukan apa, saya tak nak nanti ada mulut puaka yang sampaikan kat abi cakap saya macam-macam. Saya dah nekad nak duduk asrama sebab nak jauhkan diri dari umi dan Tina."

"Banyak ke dapat duit hasil dari kerja model sambilan tu?"

"Alhamdulillah... Dengan duit bayaran tulah saya dapat sambung belajar sampai habis degree. Saya ikat perut sebab nak jadikan impian saya sebagai kenyataan. Alhamdulillah juga, saya mampu nak hulurkan sedikit wang saku untuk abi."

"Umi dan Tina tak tanya macamana awak dapat duit?"

"Ada. Tapi, saya tak sempat jawab, dorang dah bagi jawapan sendiri."

"Maksud awak?" Air mata mula bergenang di tubir mata. Kayla kesat kasar.

"Saya dituduh jual badan..." Rintih Kayla tergagap-gagap.

"Allahuakhbar... Sampai hati dorang cakap awak macam tu."

"Saya tak buat, awak. Demi Allah... Boyfriend pun saya takde. Baru je nak berkawan, Tina dah kacau. Sampai Tina burukkan saya pada kekawan saya yang lain, kononnya saya dah rosak. Tina jaja nama saya kononnya saya jual badan untuk sambung belajar. Tuhan aje macamana strugglenya saya nak tanggung kehidupan saya. Sedih saya, Roy. Saya bukan macam tu. Saya masih ada harga diri."

"Kawan-kawan awak percaya ke?"

"Apa yang boleh saya katakan, Roy. Sebab tu, saya takde kawan. Semua orang tak nak kawan dengan saya sebab fitnah yang melanda. Saya akur."

"Awak tak melawan, Kayla?"

"Untuk apa? Untuk apa Roy kalau kelak saya yang akan kalah. Saya akan menangis sampai sakit kepala sebab tak mampu nak lawan dorang berdua tu."

"Maafkan saya, Kayla..."

"It's okay, Roy. Saya dah biasa dengan semua ni."

"Tapikan, macamana awak boleh nekad nak pindah dari rumah tu? Maafkan saya sebab bertanya hal yang privasi." Kayla tarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskanya.

"Takpe. Saya faham. Sejujurnya saya hilang sabar lepas saya tampar Tina."

"Kenapa awak tampar Tina?"

"Sebab dia kurang ajar dengan abi." Azroy mengerutkan dahi.

"Tina buat abi sampai tak makan. Dia marah abi, diia cakap abi menyusahkan hidup dia. Tina buang nasi yang abi nak makan. Sedangkan selama ini, abilah yang jaga dia dari kecil sampai dia besar. Kadang-kadang abi lebihkan Tina dari saya, anak kandung dia sendiri. Tapi Tina ni... Dia tak serik." Kayla meraup wajahnya.

"Dia buat abi macam sampah. Tapi, itu semua takkan berlaku kalau Tina tidak dihasut umi."

"Umi?"

"A'ah... Umilah segala punca dalam masalah ni. Kalau bukan disebabkan umi, Tina pun tak berani nak melawan. Umi tahu Tina tu bermasalah, tapi disebabkan Tina anak kesayangan umi, umi sanggup selamatkan Tina. Hal saya, umi canang satu kampung kononnya saya bermasalah." Kayla menghela nafas. Azroy rasa kasihan melihat Kayla.

"Sebab tu, saya rasa risau kalau ada orang yang sukakan saya. Saya tak sanggup dimalukan lagi. Saya tak nak abi turut terkena tempiasnya."

"Awak kena tahu satu perkara, Kayla..."

"Maksud awak?"

"Awak tak sendirian, Kayla. Saya akan sentiasa ada dengan awak..."

"Thanks, Roy. Saya hargai sangat. Terima kasih hadir dalam hidup saya." Azroy simpan senyum.

Deringan telefon mengganggu perbualan mereka berdua. Kayla menggesek ikon hijau.

"Hello..."

"Hello, Cik Kayla..."

"Ya, saya, Kayla. Siapa ya?"

"Cik Kayla ingat saya lagi tak? Saya, Ninie... Emm, pembantu Cik Maya, dari Maya's Modeling."

"Oh, Cik Ninie... Sorry, saya tak simpan nombor Cik Ninie. Ada apa ya Cik Ninie?" Azroy hanya memerhatikan setiap gerak geri cik tunang.

"Begini... Saya dan Cik Ninie dah lama mencari Cik Kayla."

"Cari saya? Kenapa?"

"Kami nak tawarkan Cik Kayla menjadi model untuk projek baru kami."

"Projek baru?"

"Ya, projek baru. Ada seorang pereka fesyen ni yang mahukan kami mencari Cik Kayla untuk memperagakan pakaian terbaru ciptaannya."

"Err, siapa ya pereka fesyen tu?"

"Itu rahsia... Kami perlu bertemu dengan Cik Kayla sebelum apa-apa persetujuan dimeterai."

"Tapi, macamana nama saya boleh tiba-tiba disebut? Sebab saya dah dua tahun tak beraksi di depan kamera."

"Anggap jelah itu semua rezeki Cik Kayla... Lagipun, kata Cik Maya, pereka fesyen tu sendiri mahukan Cik Kayla. Kami turutkan aje... Macamana Cik Kayla, berminat?"

"Err, sebenarnya saya bakal mendirikan rumah tangga, Cik Ninie... Dan, saya perlukan persetujuan bakal suami saya."

"Itu tak jadi masalah. Apa kata Cik Kayla bawa tunang Cik Kayla untuk mendengar taklimat kami sebelum membuat sebarang penolakkan? Biar kami jelaskan semuanya pada beliau. Lagipun, tak lama projek ni. Dalam dua, tiga bulan macam tu... Macamana?"

"Err, Cik Ninie... Boleh tak bagi saya masa sedikit untuk saya berbincang dengan tunang saya?"

"Err, okey. Saya bagi Cik Kayla dua hari, boleh?"

"Boleh. Nanti selepas dua hari saya call semula Cik Ninie untuk bagi jawapan."

"Baik, terima kasih, Cik Kayla."

"Sama-sama." Talian diputuskan. Berkerut dahi Kayla.

"Kenapa berkerut je dahi tu..."

"Awak... Cik Ninie dari Maya's Modeling call saya."

"So?"

"Dia offer saya jadi model untuk seorang pereka fesyen. Projek ni tak lama. Kata Cik Ninie, dalam dua, tiga je. Macamana awak?"

"Awak berminat je?"

"Err, saya tak tahu. Saya perlukan persetujuan awak. Awak izinkan, saya okey. Awak tak izinkan saya ikut." Azroy simpa senyum sambil menongkat dagu melihat wajah cik tunang.

"Awak... Macamana?"

"My dear fiance... Sekarang saya nak tanya. Awak interested ke tidak?"

"Saya... Saya... Saya tak tahulah, wak."

"Mikayla sayang... Just say it... Saya tak marahpun. Cuma, saya nak tahu projek tu bila akan bermula?"

"Saya tak tahu... Tapi, majlis kita..."

"Sayang... Awak risaukan majlis kita ke awak risaukan saya, ke awak risaukan pasal projek ni?"

"Emm... Awak, saya tak tahu. Sebab tu, saya nak tanya pendapat dan izin awak. Saya tak nak awak cakap saya membelakangkan awak..." Ujar Kayla sambil menundukkan kepala. Azroy kulum senyum melihat kecomelan cik tunang.

"Awak, majlis kita sepatutnya lagi dua bulan. Tapi, saya boleh je tundakan selepas kerja awak ni tamat."

"Bo...boleh ke awak? Tak susahkan awak ke? Saya tak nak susahkan orang. Nanti apa pula kata, mama dan papa awak. Tu belum lagi lima kakak awak. Apa pulak kata dorang nanti..." Azroy melorek senyuman lantas tangan kanan cik tunang digapai.

"Mikayla Marlisa, cik tunang kesayangan saya... Saya tak kisah dengan apa yang awak nak buat, asalkan awak cakap dengan saya. Saya terima pendapat awak, saya hargai minat awak. Asalkan, saya diberitahu mengenainya. Saya tak nak dengar dari mulut orang lain, okey..." Kayla angguk. Kekura tangan Kayla, dikucup. Terjegil mata Kayla.

"Jadi, bila kita nak jumpa dorang, siapa tu, Cik Ninie..."

"Emm, saya minta tempoh dua hari untuk bagi dia jawapan."

"Kalau macam tu, awak call dia, bagitahu yang awak nak jumpa dia esok. Saya temankan."

"Awak... Awak tak sibukkan ke Azroy? Saya tak nak ganggu kerja awak..."

"Untuk tunang kesayangan saya, saya rela buat apa sahaja, asalkan awak sentiasa ada dengan saya..." Membahang wajah Kayla.

"Cik Kayla?"

"Ya, saya Kayla... Cik Ninie?"

"Ya, saya... Ini, Cik Maya..."

"Apa khabar Cik Maya?"

"Khabar baik, Cik Kayla..." Mereka berjabat tangan kecuali dengan Azroy.

"Eh, encik..."

"Err, ini tunang saya, Azroy..." Azroy anggukkan kepala tanda hormat kepada

"Oh... Err, silakan duduk." Kayla pelik melihat Cik Ninie dan Cik Maya merenung ke arah Azroy dengan wajah yang terkejut.

"Should we proceed?" Soal Cik Maya sambil mengerling ke arah Azroy yang beriak selamba.

"Awak macamana, Roy?"

"Saya ikut je. Yang penting, awak. Awak setuju ke? Selesa ke?"

"Tapi, awak okey ke kalau saya join?"

"Tunang kesayangan saya... Saya ikut awak, sayang. Awak okey, saya pun okey. Yang penting, saya akan follow awak ke mana aje awak pergi. Dan, saya tak nak ada pihak yang cuba ambil kesempatan kat tunang saya ni..." Kata-kata sinis dari Azroy Aiman.

"Err, in shaa Allah, tidak. Kami profesional. Kami takkan buat sesuatu yang bukan tugas kami. Kami masih mengikut undang-undang, tuan."

"Baguslah, macam tu... Saya tak mahu jenis yang ubat kerja separuh jalan dan lagi, jenis yang suka ambil kesempatan. Saya memang tak boleh terima. Bagi saya, orang jenis ni tak profesional."

"In shaa Allah, tuan. Kami bukan begitu. Dan saya bagi jaminan, pihak kami akan sentiasa menjaga nama baik syarikat dan begitu juga dengan keselamatan mereka yang bernaung di bawah label kami."

"Good to hear that. Saya hanya risaukan tunang saya. Maklumlah, sekarang ni, banyak company yang menipu. Yang suka ambil kesempatan. Bila awak cakap macam tu, saya rasa lega sedikit."

"Thank you.. Err, tak... Thank you, encik..." Kayla mengerutkan dahinya.

"Kalau macam tu, kami akan bertemu dengan Cik Kayla dan encik, minggu hadapan."

"Baik, Cik Maya... In shaa Allah, minggu depan saya saya akan datang ke sini. Terima kasih, Cik Maya, Cik Ninie..."

"Sama-sama. Jumpa minggu depan ya, Kayla..."

"Baik... Jumpa lagi..." Mereka bersalaman. Azroy merenung satu per satu wajah di hadapannya dengan jelingan tajam.

"Awak okey ke Roy?"

"Okey ke. Saya akan okey bila ada awak dengan saya."

"Err, Roy... Saya nak tanya. Awak..." Deringan dari telefon bimbit milik Kayla menghentikan bicara mereka.

"Awak..." Kayla menunjukkan skrin handphonenya pada encik tunang.

"Apa dia nak lagi dengan awak, sayang oi?"

"Saya tak tahu, awak... Macamana ni?"

"Jawab, tapi guna loud speaker..."

"Okey..." Ikon hijau digesek.

"Hello..."

"Kayla, where are you?"

"Kenapa tuan tanya macam tu?"

"I... I miss you, Kayla." Azroy beriak biasa.

"Jangan merepek, tuan. Saya tunangan orang, tuan."

"I tak peduli, Kayla. I really miss you, Kayla. I tahu, you marahkan I. But, please... Jangan elakkan I, Kayla."

"Tuan ni gila. Saya dah cakap, saya takde langsung ada perasaan pada tuan walau sebesar zarah. Tuan faham tak?"

"Kayla, please... I tak peduli semua tu, Kayla. I akan rampas you. I mean it!"

"Try me, Tuan Qaizer..." Tersentak Qaizer bila mendengar suara lelaki di corong telefon.

"Who are you?"

"You tak faham ke, tunang I dah cakap, dia tunangan orang. Dah takde perempuan lain ke you nak kacau? You ingat you anak saudara Tan Sri Rais, you boleh buat apa sahaja?"

"Huh! Who are you, hah? I akan pastikan Kayla jadi hak I..."

"Try me! Kita tengok you, Kayla bakal jadi hak you atau hak saya. Jangan ingat, dengan wang ringgit, you boleh milik Kayla. She's mine, Tuan Qaizer! She's mine!" Talian dimatikan.

"Shit!" Bentak Qaizer.

"Awak..."

"Don't worry. Saya, okey. Jangan layan dia lagi. Just ignore je."

"Okey, awak. Saya ikut cakap awak."

"Good... I'm sorry, okay. Saya buat semua ni untuk keselamatan awak, Kayla. Saya tak nak apa-apa berlaku pada awak, Kayla."

"Saya tahu. Saya faham awak buat semua tu sebab awak sayangkan sayakan?" Azroy kulum senyum.

"Thank you, awak..."

"My pleasure, dear..."

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-10-09 00:07:49 

part timer model mmg best ... pnh gak jdi zmn free hair ...skrg xdh ... tuan qaizer tu obses btul huhuhu ....


NovelPlus Premium

The best ads free experience