"Sayang, kenapa ni?"
"Awak... Tina... Dia call saya, dia ugut saya. Dia nak duit!" Aku bergegas mendapatkan Azroy sebaik talian telefon diputuskan.
"Jangan layan!"
"Tak! Saya tak layan. Tapi, dia ugut nak cederakan umi."
"Awak tunggu sini. Saya dah arahkan orang untuk cari Tina."
"A...apa maksud awak?"
"Tina dah menipu kita selama ini. Dia bekerja di tempat yang tidak elok. Saya dah suruh anak-anak buah saya dapatkan bukti..."
"Betul ke, awak?"
"Kita tunggu dulu, sayang... Kita tak boleh bertindak sebarangan, Kita tak tahu apa yang Tina rancangkan..."
"Tapi, umi macamana, awak? Saya risaukan umi..."
"Sayang, relaks okey... Umi selamat. Saya dah aturkan orang untuk jaga umi. In shaa Allah... Jangan takut."
"Saya takut, awak... Tina dah berani naik tangan pada umi sebab duit. Saya takut dia apa-apakan umi."
"Saya akan pastikan umi selamat, okey..." Lambat Kayla anggukkan kepala. Sejujurnya, dia sendiri pening dengan Tina. Walaupun, dia marah dengan apa yang umi telah lakukan padanya dan abi, tapi, Kayla tetap sayangkan umi.
"Sayang, please, jangan macam ni... Saya akan pastikan umi selamat ya... Awak macam ni, awak buat saya susah hati."
"Saya... Saya risaukan umi. Umi tu tak sihat sangat."
"Ya, saya tahu. Tapi, janganlah macam ni. Saya susah hati, tau." Pujuk Azroy bila Kayla mula melelehkan air mata. Teresak-esak Kayla membiarkan air matanya mengalir.
"Sayang, please... Jangan macam ni... Okey, okey... Kita ke rumah umi, ya. Kita bawa umi ke rumah awak."
"Tapi... Tina..." Kekura tangan Kayla, diusap perlahan.
"Tina takde di rumah. Saya tahu... Waktu-waktu macam ni, Tina kat kelab."
"Kelab?"
"Ya, sayang. Tina bekerja di kelab dangdut."
"Hah? Kelab dangdut?"
"Ya."
"Tapi, macamana awak tahu?"
"Lepas awak ceritakan pasal Tina, saya arahkan orang menyiasat Tina dan ternyata Tina dah jauh terpesong dari diri dia yang sebenar."
"Tapi, Tinakan berhijab..."
"Sayang, itu yang kita nampak. Yang kita tak nampak? Dari pemerhatian anak buah saya, Tina berpakaian macam biasa. Setibanya di kelab dangdut, Tina akan masuk dari belakang dan menukar pakaiannya pada yang lebih terbuka..." Kayla tergamam mendengar kata-kata Azroy.
"Allahuakhbar... Kenapa dengan Tina ni? Kenapa dia suka buat masalah?" Kayla ke hulu ke hilir.
"Yang, pening kepala sayalah... Cuma duduk."
"Saya risaulah, awak..."
"Ya, saya tahu awak risaukan umi. Saya pun risaukan juga umi..."
"Awak... Kita ambil umi, boleh? Saya risaukan umi."
"Boleh. Saya ikut cakap awak. Cuma, saya tak nak awak layan panggilan atau wassup dari Tina. Serahkan pada saya. Saya akan buat sesuatu nanti."
"Awak nak buat apa?" Soal Kayla dengan kerutan di dahi.
"Sayang, saya ni jahat sangat ke pada awak?" Kayla menggeleng.
"Minggu depan kita dah nak nikah sayang.. Saya tak nak apa-apa berlaku pada awak, sayang. Saya sayang awak tau. Sayang sangat. Saya rela tersakiti asalkan awak selamat." Air mata Kayla mula bertakung di tubir mata.
"Hei, kenapa ni, sayang? Saya tak marah awak, sayang. Janganlah sedih sangat. Awak period ke sayang?" Azroy mengesat air mata Kayla dengan jari besarnya.
"Ke...kenapa tanya macam tu?" Kayla mengusap sisa air matanya.
"Yelah... Asyik cengeng je hari ni..." Kayla menundukkan wajahnya. Malu sebenarnya bila apa yang Azroy katakan itu, betul belaka.
"Betulkan?"
"Apa yang betul?"
"Awak periodkan?"
"Senyap tandanya betullah tu... That's good..."
"Apa yang goodnya?"
"Yelah. Minggu depan wedding kitakan?"
"So?" Azroy menjongketkan keningnya berkali-kali.
"Apanya? Awak ni..."
"Minggu depan majlis kita..."
"Ya, saya tahu. Apa kena-mengena dengan period saya?" Azroy melorek senyuman yang lebar.
"Azroy! Cuba cakap betul-betul..."
"Fine... Saya cakap. Tak sangka, bakal isteri saya ni, polos orangnya..." Kayla mengerutkan dahi.
"Dato' Azroy Aiman bin Tan Sri Ariff Aiman... Boleh tak straight to the point?"
"Yelah. Saya cakap... Next week is our wedding. So, get ready for our first night."
"What?"
"Apa what-what? Saya tak kira... Saya nak kita rasai nikmat malam pertama. I don't care..."
"Awak!"
"And no more awak-awak, biawak... No more... You should call me hubby, abang or sayang. Deal?"
"Awak, janganlah... Ya Allah..." Azroy menekup mulutnya dari ketawa besar. Seronok dapat mengusik cik tunang. Wajah Kayla yang kemerah-merahan, kelihatan sangat comel ketika menahan malunya selepas diusik Azroy.
"Bolehkan? Saya tak nak awak panggil saya, Azroy... Awak... Yang penting, malam tu untuk kita berdua je."
"Ya Allah, awak ni, Azroy... Kenapa cakap hal ni? Malulah..."
"Apa pulak nak dimalukan? Hanya kita berdua je sayang."
"Sejak bila awak jadi gatal sangat ni, Dato' Azroy?"
"Sejak saya kenal awak, sayang."
"Azroy!"
"Ya, sayang... Cuba berlembut sikit dengan saya, sayang. Asyik nak marah je..."
"Macamana saya tak marah, awak cakap benda-benda macam ni."
"Saya cuba bagitahu awak je."
"Can we change the topic? Please..." Rayu Kayla. Sejujurnya, Kayla malu bila Azroy membicarakan hal begini. Ya, memang mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka minggu hadapan. Tapi, semakin dekat majlis mereka berdua, semakin berdegup jantung Kayla.
Ini majlis pertama kali bakal dianjurkan untuk dirinya dan ini perkahwinan yang bakal menentukan hala tuju hidup Kayla dan Azroy selepas ini. Cuma, sekarang ini... Hal umi dan Tina... Kayla bimbangkan keselamatan umi dan Tina walaupun sudah banyak kali mereka membuat masalah.
Kalau benar apa yang Azroy katakan pasal Tina, memang keputusan yang tepat untuk Kayla membawa umi keluar dari rumah itu sebelum terlambat.
"Sayang... Sayangku Mikayla Marlisa..."
"Ya, ya awak..."
"Nak pergi jemput umi ke tidak ni?"
"Ya, ya... Saya nak jemput umi."
"Cepatlah. Saya tinggalkan nanti..."
"Awak, janganlah..."
"Gila saya nak tinggalkan buah hati saya? Hell no!" Kayla tertawa kecil dengan gelagat Azroy. Siapa yang sebenarnya period pun tak tahu.
"Umi... Umi..." Kayla menjerit-jerit memanggil nama umi selepas membuka pintu rumah menggunakan kunci miliknya.
"Kayla... Umi kat sini..." Lemah suara umi tapi masih dapat didengari Kayla.
"Sayang, sini..."
"Umi... Ya Allah, umi... Kenapa sampai jadi macam ni?"
"Awak, tolong saya..." Azroy membantu Kayla membuka ikatan tangan dan kaki umi sebelum umi dipapah ke sofa di ruang tamu.
"Ya Allah, kenapa jadi macam ni? Mana Tina, umi?" Umi hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Umi, kenapa? Apa yang berlaku umi?"
"Umi kesal... Tina sanggup buat umi macam ni. Sampai hati Tina..." Rintih umi bersama juraian air mata.
"Takpe, umi... Kita doakan yang baik-baik, ya... Mari, umi. Kita keluar dari sini. Kayla tak nak apa-apa berlaku pada umi."
"Kenapa Kayla baik dengan umi? Kenapa Kayla masih mahu membantu umi setelah apa yang umi lakukan pada Kayla?" Kayla menelan air liur.
"Umi, kita ke klinik, ya..." Pujuk Azroy.
"Kayla... Kenapa tak jawab soalan umi? Umi dan Tina dah buat macam-macam kat Kayla... Kenapa Kayla masih sanggup nak bantu umi?"
"Sebab Kayla bukan Tina... Kayla tidak sekejam Tina." Jawapan Kayla menyentakkan hati umi.
"Umi tunggu sini. Kayla kemas pakaian umi." Kayla masuk ke bilik umi lantas mengambil seberapa banyak pakaian umi dan disumbat ke dalam bag troli yang berada di situ.
"Sayang..."
"Saya dah siap, awak."
"Mari, umi. Kita kena pergi sebelum Tina sampai."
"Maafkan umi, Kayla..." Air mata umi mengalir lesu.
"Umi, nanti kita berbual, ya... Awak, kita bawa umi ke klinik dulu."
"Saya baru nak cadangkan kat awak."
"Thanks, awak..."
"Macamana Is?" Soal Azroy sebak sahaja mereka tiiba di klinik milik kawan Azroy, Doktor Iskandar. Hampir sepuluh mini memeriksa umi, ada keluhan yang dilepaskan Doktor Iskandar.
"Kenapa, Is?"
"Ada beberapa kecederaan di tubuh badan umi. Di depan, belakang pun ada. Turut sama ada di kaki dan tangan umi."
"Kecederaan? Kecederaan macamana, Is?"
"Emm, ada banyak kesan lebam seolah-oleh dipukul dengan benda tumpul. Dan, cuba kau tengok sini... Kat leher umi." Kayla dan Azroy menghampiri umi lantas, leher umi diusap.
"Kau tengok ni... Ada kesan lelar di sini dan aku yakin, kesan ini masih baru. Mungkin baru sehari dua ianya ada kat leher umi."
"Umi... Ada apa-apa yang umi nak terangkan pada Kayla?" Umi menggeleng. Namun, air mata umi mula mengalir hiba.
"Umi... Cakap dengan Kayla, umi... Apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa ada kesan lebam di badan umi ni? Siapa yang buat, umi?" Esakan kecil dari mulut umi mula kedengaran.
"Umi, tolong Kayla, umi. Tolong cakap dengan Kayla... Tina ke yang buat semua ini? Umi... Cakap dengan Kayla, umi... Tina ke yang buat semua ni?"
"Sayang, please... Control yourself... Umi perlukan masa, sayang..."
"Umi... Cakap dengan Kayla, umi. Cakap dengan Kayla. Apa yang berlaku, umi? Kenapa Tina pukul umi? Umi, tolonglah... Kayla merayu... Cakaplah, umi..." Kayla sudah pun mengalirkan air matanya bila esakan umi semakin kedengaran.
"Sayang..."
"Awak... Saya tak pernah marahkan umi, awak. Saya tak pernah pukul umi, apatah lagi nak sentuh umi. Tapi, Tina... Tina sanggup cederakan umi. Umi ni... Umi ni ibu kandung Tina, awak... Ya Allah..." Kayla berura-ura mahu melangkah keluar dari bilik Doktor Iskandar.
"Sayang! Tolong istighfar, sayang. Istighfar... Kawal diri awak, sayang..." Azroy memeluk Kayla, cuba meredakan kesedihan dan kemarahan yang bersarang di dalam hati Kayla.
"Istighfar, sayang... Istighfar..."
"Sampai hati Tina... Sampai hati Tina buat umi macam ni... Kenapa Tina kejam, awak? Kenapa Tina sanggup cederakan umi? Apa yang umi lakukan sampai Tina sanggup nak cederakan umi? Ya Allah..."
"Sayang, dengar cakap saya, sayang. Awak kena kuat, sayang. Kena kuat. Saya akan cari Tina. Okey? Sekarang ni, kita kena concentrate pada umi. Awak tak kasihankan umi ke?" Serta-merta Kayla teringatkan umi dan mengesat air matanya.
"Please... Dengar cakap saya, okey... Ingat, kita nak tolong umikan?" Lambat-lambat Kayla anggukkan kepala.
"Ingat satu benda." Rambut Kayla dikuak ke belakang. Saya sayang awak dan saya takkan biarkan awak sendirian hadap semua ni. Awak tahukan?" Air mata Kayla mengalir lagi. Perasaan sebak semakin menguasai diri tatkala mendengar bicara dari encik tunang.
"Listen here... Kita bawa umi balik rumah awak. Kita temukan abi dengan umi, ya?" Kayla angguk laju.
"Is, ada ubat untuk umi ke?"
"Ada. Aku akan ubat untuk umi. Ubat makan dan ubat sapu. Makan ikut waktu. Jangan biarkan umi kau sendirian. Dia perlu berteman. In shaa Allah, kesan kecederaan tu akan hilang nanti."
"Thanks, Is. Aku hargai bantuan kau."
"No sweat, dato."
"Thanks again. Jangan lupa datang ke majlis kami next week."
"In shaa Allah, Roy." Azroy dan Doktor Iskandar bersalaman sebelum melangkah keluar dari bilik pemeriksaan.
"Mari umi." Umi angguk sebelum melangkah bersama Kayla.
"Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam... Kayla, Roy... Masuklah... Langkah kanan semua ni. Abi baru nak makan."
"Abi..." Terhenti langkah abi melihat kelibat manusia yang dia rindukan selama ini berada di hadapannya.
"Kenapa Kayla bawa perempuan ni ke sini?"
"Abi... Kayla terpaksa, abi. Umi..."
"Umi apa? Dia bukan umi, Kayla. Dia bukan ibu yang mengandungkan dan melahirkan Kayla. Dia hanya ibu saudara Kayla." Kata-kata abi menyentak tangkai hati umi.
"Abi, jangan macam ni... Kayla bawa umi lari dari rumah. Kayla nak selamatkan umi..."
"Kenapa Kayla kena bersusah-payah nak selamatkan perempuan ni? Untuk apa, Kayla? Selama hari ni, dia tak kisahkan langsung hal Kayla... Kenapa Kayla nak bantu dia?"
"Abi..."
"Kita makan dulu, ya abi... Roy lapar ni. Ni, ada Roy bawakan makanan kegemaran abi. Kita makan dulu, ya... Lepas ni, kita berbual panjang. Roy dah lapar sangat ni." Azroy cuba menceriakan keadaan yang canggung itu.
"Mari, abi, umi... Kita makan dulu, ya. Malam ni, umi tidur dalam bilik Kayla."
"Kayla, kenapa bawa umi masuk dalam rumah ni, Kayla?"
"Abi... Umi didera Tina, abi. Kalau bukan disebabkan Azroy, kita takkan tahu apa yang berlaku pada umi. Umi didera fizikal dan mental. Kami dah bawa umi untuk pemeriksaan dan doktor sendiri mengesahkannnya."
"Cuba tanya umi kamu, masa dia dera kamu dulu. Tanya umi kamu apa yang dia dah lakukan pada kamu dulu, Kayla... Tanyalah." Air mata umi mengalir lesu. Ya. Umi tahu dia kejam sebab seksa Kayla dari kecil sehingga Kayla menginjak dewasa.
Tapi, melihat keadaan dirinya sekarang, dia percaya, ini kifarah untuk dirinya kerana mendera anak yang baik seperti Kayla. Tina yang selama ini diagung-agungkan, menjadi kejam akibat perbuatannya sendiri yang selalu melebihkan Tina dari Kayla. Dan sekarang, apa yang telah dia lakukan pada Kayla, telah berbalik pada dirinya akibat perbuatan anak kandungnya sendiri.
Klik!
Pintu dikuak.
"Eh, mana orang tua ni? Aku rasa aku dah ikat dia kat dalam bilik ni. Takkan dia dah lari, kot." Omel Tina.
"Takkanlah dia nak lari... Dah hampir pukul lima pagi. Ke mana orang tua nak pergi?" Omel Tina sebaik sahaja sampai di rumah setelah habis waktu kerja. Memang menjadi rutin harian Tina keluar lebih kurang pukul lima petang dan kembali sebelum waktu subuh.
Bekerja sebagai GRO di kelab dangdut terkemuka di bandar besar, bukan satu kejutan buat Tina. tiada siapa yang tahu di mana Tina bekerja dan apa pekerjaan Tina. Dari rumah, Tina kelihatan sangat polos dengan dress atau jubah labuh dan tudung yang menutup dada. Namun, tiada siapa yang tahu, setibanya Tina di pusat dangdut itu, Tina berubah sertus peratus.
Dengan pakaian sendat yang tersarung ditubuh montoknya, Tina tanpa segan silu menggoyangkan pinggul mengikut rentak irama dangdut, melayan lelaki-lelaki gersang tanpa mengenal hukum halal dan haram. Usai menjalankan tugasnya di situ, Tina akan pulang dengan pakaian yang sama tersarung di tubuhnya ketika dia melangkah keluar dari rumah. Tapi, sampai bila Tina mampu menipu? Hanya Allah yang tahu.
Share this novel