BAB 13 - BGL - SIAPA AZROY

Romance Completed 29589

"Roy..." Roy simpan senyum.

"Cantiknya awak, sayang. Tercabar iman saya, tau."

"Awak, janganlah. Seganlah. Saya dah lama tak menghadap kamera ni. Saya nervous..."

"Come... Give me your hand..." Berkerut dahi Kayla.

"Nak bauat apa?"

"Nak bawak awak jumpa tok kadi."

"Roy... Mengada je..." Rengek Kayla.Azroy tertawa besar.

"Just give me your hand, my dear..." Lambat Ana hulurkan tangannya pada Azroy.

"Just relax... Take a deep breath... Lepaskan." Kayla mengikut segala arahan Azroy.

"So, ada rasa lega, tak?"

"Emm..." Kayla angguk kepala.

"Just relax, okay... I know, you can do it..."

"In shaa Allah. Doakan saya, ya... Saya nervous je."

"Awak boleh buat. Jangan risau, okey. Saya ada depan awak. Awak pandang saya. Jangan pandang orang lain. Saya jealous." Kayla tertawa kecil.

"Awak jangan nak gelak macam tu kat orang lain. Saya tak suka."

"Azroy... Janganlah buat saya macam ni..."

"Hahaha... Kayla, awak buat saya angau tau."

"Ish, awak ni... Dahlah. Saya nak naik atas pentas dulu."

"Okey. Careful, dear." Tergamam Kayla bila kekura tangannya dikucup Azroy. Berbahang wajah Kayla ketika ini.

"Hati-hati, okey. Saya ada kat depan."

"Okey, awak. Wish me luck..."

"I will, dear..." Azroy memerhatikan setiap langkah Kayla berjalan di atas pentas, sambil memperagakan pakaian dari pereka fesyen terkenal tanahair.

"She's talented."

"Cantiknya, dia... Model baru ke?"

"Serius, dia cantik dan berbakat." Bermacam-macam ayat memuji Kayla yang kedengaran di telinga Azroy. Kembang setaman Azroy rasa bila tunanganya dipuji. Tepukan gemuruh dihadiahkan tetamu yang hadir setiap kali Kayla berjalan di atas pentas.

Khasayf leka memandang cik tunang yang sedang berjalan di atas pentas dengan menggayakan lima pasang pakaian baru ciptaan pereka fesyen terkenal tanahair.

"Awak... Eh! Siapa awak?" Kayla terkejut bila tiba-tiba tangannya ditarik seseorang di belakang pentas, sebaik sahaja tamat sesi peragaan.

"Hai si cantik manis..." Kayla menepis tangan lelaki yang tidak dia kenali jauh dari pinggangnya.

"Awak siapa? Kenapa awak sentuh saya?"

"Let me introduce myself... I, Datuk Patinggi Raja Shahrul Shahrin..." Kayla tidak berminat nak menyambut huluran tangan si datuk tua tak sedar diri.

"Saya tak berminat nak kenal dengan sesiapa."

"Ah, come on... First time I dengar perempuan macam you tolak pelawaan seorang VIP macam I."

"Itu perempuan lain, bukannya saya. I;m not i terested at all..."

"How dre you?"

"Kenapa? Datuk memang pantang tengok perempuan cantik eh?Tak cukup ke yang ada kat rumah tu..."

"Relax... Lelaki boleh kahwin empat, sayang."

"Huh! Tang kahwin, semuanya nak ikut sunah. Solat, puasa, dah lengkap ke? Setakat pergi solat hari Jumaat je, belum melambangkan datuk tu dah Islam, datuk..." Sindir Kayla.

"Berani you nak kutuk I macam tu... I boleh beli you walau berapa pun harganya, Cik Kayla..."

"Do I care? For you information, datuk... Saya dah bertunang dan tunang saya ada duduk di depan pentas tu. Nak berkenalan dengan tunang saya ke?"

"Huh! Setakat bertunang. Orang berkahwin pun boleh bercerai-berai."

"Itu datuk. Lelaki yang macam datuk nilah yang selalu memporak-perandakan ikatan perkahwinan. Dah berapa buat benda ni?" Sindir Kayla lagi.

"I rasa you belum kenal siapa I, Cik Kayla."

"Saya tak berminat dan saya tak peduli siapapun datuk. Sekali lagi, datuk cuba buat benda tak baik pada saya, saya akan ambil tindakan."

"Hahaha... You nak ambil tindakan? You nak call polis, silakan... Dengan wang, I mampu buat apa sahaja."

"Itu yang datuk lupa. Jangan ingat datuk ni berkuasa. Datuk ingat dengan wang ringgit, datuk mampu bermaharajalela? Saya tak takut dengan manusia hina seperti datuk. Saya ada cara saya tersendiri. Cubalah, kalau datuk berani berhadapan dengan saya, one by one..."

"Kayla, Kayla... You buat I bertambah geram dengan you, Kayla... You buat naluri kejantanan I, membuak-buak."

"Ninie, Maya... Mana Kayla?" Soal Azroy bila sudah lima belas minit dia menunggu, Kayla tidak muncul di hadapannya.

"Eh, tadi dia dalam bilik persalinan."

"Bukan sepatutnya dia dah ada kat sini ke? Dah lewat lima belas minit ni..."

"Saya cari Kayla sekarang..."

"Kita berpecah. Cari Kayla sampai dapat." Ninie dan Maya angguk kepala sebelum bergerak mencari keberadaan Kayla.

"Cik Kayla, jangan jual mahal... I mampu nak bagi you kesenangan dan kemewahan hidup."

"Saya tak peduli dengan semua tu. Tunang saya mampu berikan segalanya pada saya. Saya tak perlu bantuan datuk. Datuk sedekah je pada yang lebih memerlukan. Itu lebih afdal. Bertambah rezeki datuk nanti." Sindir Kayla lagi.

"I pantang dicabar, Cik Kayla. Jangan ingat I akan berlembut dengan perempuan macam you..."

"So? Datuk nak buat apa? Datuk tak payah nak ugut sayalah, datuk. Rumah kata pergi, kubur kata mari!"

"Huh! You cabar I, Kayla... Boy, Zam!"

"Ya, datuk."

"Tangkap perempuan ni! Masukkan dia dalam kereta. Bawa dia ke kondo aku!"

"Baik, datuk!"

"Hi...ark!" Kaki Kayla terlebih dahulu melekat di muka Boy dan Zam sehingga keduanya tercampak ke sisi.

"Hah?" Datuk Patinggi Raja Shahrul Shahrin terkejut sehingga ternganga mulutnya melihat aksi Kayla. Jelas, Kayla bukannya seorang wanita yang boleh disentuh sewenang-wenangnya.

"Kenapa? Terkejut?"

"You..."

"Marilah... Kalau datuk nak kena tapak kaki saya bersaiz tujuh ni..."

"Kurang ajar!"

"Jangan berani sentuh tunang saya, Datuk Shahrul Shahrin..." Tangan kanan Datuk Shahrul ditepis kasar. Azroy tiba tepat pada masanya.

"Da...to' Azroy..." Kayla menoleh ke arah Azroy.

'Dato'? Azroy, dato'?'

"Datuk kenal Kayla?" Azroy simpan senyum.

"She's my fiance, datuk. Any problem with that?" Pinggang Kayla dirangkul dan ditarik rapat ke Azroy. Kayla tergamam, terkedu. Blur tiba-tiba.

"I... I ingat dia..."

"Kenapa? Datuk ingat, Kayla single?" Datuk Shahrin menelan air liurnya yang berpasir.

"Jangan ingat semua perempuan kat dunia ni, datuk boleh beli dengan wang ringgit, datuk... Kayla, hak saya, datuk dan menjadi kepantangan saya hak saya diusik..."

"I... I minta maaf, dato'. I tak sengaja."

"Kali ni, I maafkan. But, next time... Jangan salahkan I, datuk... By the way... I minta maaf bagi pihak tunang I... Datuk boleh bawak bodyguard datuk keluar dari sini..."

"Ba...baik..."

"Sayang, are you okay?"

"I'm okay... No worries..."

"Dah siap ke?"

"Dah..."

"Come, kita makan dulu. Semuanya dah siap..."

"Oh, okay..." Kayla beriringan bersama Azroy ke bilik yang menyediakan makanan untuk mereka.

"Sayang, stop staring at me..." Lembut tapi masih ada ketegasan di situ. Kayla masih tidak mengalihkan pandangannya. Azroy meletakakn sudu dan garfu di tepi pinggan.

"Saya tahu awak tentu dah listkan soalan untuk sayakan?"

"Banyak yang saya tak tahu pasal awak, Dato' Azroy..." Sengaja Kayla tekankan perkataan dato di depan Azroy.

"Please... Saya akan terangkan segalanya pada awak, selepas makan nanti. Boleh?"

"Awak tak tipu saya?"

"Saya janji... Saya lapar ni. Kang saya makan awak nanti."

"Try me, dato..." Tertoleh Azroy.

"Kenapa? Ingat saya takut."

"Sayang, saya tahu awak hebat. Tapi, tak selamanya kita hebat, sayang. Kita rasa kita hebat, jangan lupa ada lagi hebat dari kita."

"Saya minta maaf." Kayla menundukkan kepala.

"It's okay, sayang. Saya tak marah pun. Kita makan dulu, ya... Please..." Rayu Azroy. Kayla angguk kepala.

"Good... Nah! Ambil ni... Saya nak makan lebih... Biar bertenaga. Senang awak nak belasah manusia-manusia gatal tu nanti." Azroy meletakan hirisan daging yang sudah dihiris nipis ke pinggan Kayla.

"Awak ni..."

"Okey, okey... Saya tak kacau awak makan..."

"So, any explanation?" Soal Kayla sebaik sahaja mereka berada di dalam kereta Azroy. Jangan terkejut, Azroy memandu Lamborghini Revuelto, High Performance Electrified Vehicle (HPEV), kereta terbaru keluaran Lamborghini yang satu-satunya ada di Malaysia ketika ini.

"Apa yang awak nak tahu pasal saya?"

"Everything. Saya tak tertinggal satu benda pun." Wajah muram Kayla direnung dalam-dalam.

"Awak, cepatlah. Saya nak tahu semuanya pasal awak."

"Okey, okey. Saya akan ceritakan semuanya." Azroy menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan.

"Ya... Saya dah dapat pangkat dato tu dua tahun lepas."

"Sebab apa? Selalunya, yang dianugerahkan pangkat darjat semua ni mesti ada buat sesuatu yang 'wow'... Awak buat apa?"

"Emm, macamana ya nak cakap... Emm...."

"Cakaplah... Saya dengar..."

"Saya sebenarnya, ada beberapa syarikat yang akfif menjalankan perniagaan."

"Beberapa?" Azroy angguk perlahan.

"Salah satu darinya?"

"Saya ada lima cawangan cafe di Selangor. Saya ada sebuah syarikat kontraktor kelas A, sebuah syarikat yang berkaitan dengan rekaan pakaian dan modeling serta sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan." Melopong mulut Kayla mendengar penjelasan Azroy.

Kayla memang tidak percaya dengan apa yang dia lihat di hadapannya kini seorang lelaki yang berperwatakkan biasa, punya kedudukan tinggi dan bergelar dato. Bukan kaleng-kaleng anak muda yang menerima anugerah sebegitu hasil dari pekerjaan yang dijalankan.

"Awak... Awak tak tipu sayakan?" Azroy simpan senyum.

"Tak, sayang."

"Tapi, kenapa awak sorokkan semua tu?"

"Untuk apa dihebohkan, sayang? Pangkat tu semua tak kekal lama. Saya nak dikenali sebab diri saya. Bukan sebab pangkat arau kedudukan yang saya miliki. Saya tak nak dikelilingi oleh manusia-manusia hipokrit yang hanya mahu menumpang kemewahan hidup."

"Bunyi macam awak pernah kecewa..." Azroy meraup wajahnya. Rambut hang terjuntai di dahi, ditolak ke belakang.

"Sejujurnya, ya..."

"Explain..."

"Saya sebenarnya, dah hampir bertunang setahun yang lalu... Tapi, takde rezeki."

"Sebab?"

"Saya ditipu."

"Ditipu?"

"Ya... Dia bukanlah kekasih saya. Tapi, saya diperkenalkan oleh mama."

"Semudah itu awak terima?"

"Perempuan tu, anak kawan baik mama. Tapi, dia tak jujur dengan saya. Jadi, saya terpaksa menyamar jadi orang biasa. Pakai pakaian yang murah. Masa bertemu dengan dia kali pertama dan kedua, saya hanya menggunakan kereta staff saya. Kereta waja. Dia tak boleh terima. Dia hina saya. Dia kutuk saya." Kayla merasa kasihan melihat wajah suram encik tunang.

"Saya boleh terima kalau dia hina saya, tapi bukan mama dan papa saya. Itu sebabnya saya benci kalau pangkat dan kedudukan menjadi pilihan wanita sekarang. Saya jadi alergik dengan perempuan macam ni. Serius saya cakap. Saya tak pandai berkawan, Kayla..." Berkerut dahi Kayla.

"Awak lupa, saya pernah bagitahu yang saya dibela oleh kak long, kak ngah, kak lang, kak chik, kak teh?"

"Oh... Saya minta maaf..."

"It's okay. Sebab tu saya takde kawan perempuan. Saya bukan takut, tapi saya tak suka perempuan yang hipokrit. Menggelitis depan saya. Tunjuk body, tayang keseksian pada lelaki yang bukan mahram."

"Saya faham..."

"Tapi, bila bertemu dengan awak, saya automatik jadi angau. Saya jatuh cinta pada awak, Kayla. Jujur saya katakan, saya sayangkan awak kerana diri awak. Bukan sebab kecantikkan awak semata-mata." Kayla angguk malu. Wajahnya merona ketika ini.

"Saya hormati awak sebab diri awak sendiri, Mikayla Marlisa. Saya sayang awak, saya cintakan awak seadanya, Kayla. Sebab tu, saya janji dengan awak yang saya nak jaga awak sampai ke hujung hayat saya." Kayla malu bila Azroy mengucup kekura tangannya.

"Tapim awak tak segan ke bersama dengan saya? Family saya bermasalah. Saya tak boleh tinggalkan abi. Saya dah janji pada diri saya sendiri yang abi akan saya jaga sampai ke nafas yang terakhir. Itu janji saya."

"Kayla... Saya dah janji dengan abi yang saya akan jaga abi dan awak, Kayla. Saya dah notkahkan hati saya pada awak, Kayla. Tiada insan lain yang bertahta di hati saya selain awak, Kayla." Kayla rasa bertuah mengenali lelaki sebaik Azroy.

"Terima kasih, awak. Saya rasa terharu sebab pertama kali dalam hidup saya, saya rasa diri saya disayangi..." Azroy simpan senyum.

"Sejujurnya, saya rasa bertuah memiliki gadis seperti awak, Kayla. Trust me, sayang. I will love you more than everything..." Kayla tertunduk malu. Kali ini, Azroy menunjukkan sisi romantiknya yang sebenar.

Sorry kesayangan. Ambil masa sikit nak update. Enjoy reading...

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-10-24 20:25:08 

hamek kau wakaka

DHIA AMIRA.
2023-10-24 20:24:37 

org have2 gitular smua pkir duit bole bli apa je mreka nak


NovelPlus Premium

The best ads free experience