BAB 6 - BGL - LAMARAN

Romance Completed 29589

"Azroy... Apa yang awak buat ni?"

"Kayla, di depan abi dan keluarga saya... Saya nak lamar awak jadi hak milik saya sepenuhnya... Saya sukakan awak, Kayla. Saya sayangkan awak. Jujur saya katakan..." Ujar Azroy sambil melutut di hadapan Kayla. Air mata bergenang di tubir mata.

Kayla menoleh ke arah abi yang tersenyum lebar melihat telatah anak dara kesayangannya.

"Ish... Kenapa sampai menangis ni, Kayla? Kayla tak sudi jadi menantu mama?" Soal mama Azroy sambil mengusap bahu Kayla. Kayla menggeleng perlahan.

"Tapi... Kayla rasa... Kayla tak layak..."

"Jangan cakap macam tu, sayang... Kayla layak jadi menantu keluarga kami. Mama dan papa tidak pernah memilih siapapun pilihan anak-anak kami. Yang penting, mereka bahagia dan saling memahami antara satu sama lain..." Kayla menoleh sekali lagi ke arah abi yang menganggukkan kepalanya tanda restu pada anak dan bakal menantunya.

"Kayla, kak long, kak ngah, kak lang, kak teh, kak uda dan kak chik dah sukakan Kayla dari hari pertama kami nampak Kayla, tau..." Kayla menoleh. Ada riak terkejut di wajahnya.

"Kayla lupa, Kayla minum-minum dengan Roy kat cafe pada hari pertama Kayla jumpa Ro... Cafe tu, cafe keluarga kami." Kayla menoleh ke arah Azroy yang masih setia melutu di hadapannya.

"Ya. Ingat tak saya ajak awak minum kat cafe tu?" Kayla angguk laju.

"Sejak itu, saya dah sukakan awak dan kak teh yang simpan gambar awak. Kak teh ambik dari cctv cafe..."

"Ya, Kayla... Kak teh dah tunjukkan gambar Kayla kat kami semua dan kami sepakat nakkan Kayla jadi adik ipar kami."

"Kayla terima Azroy, ya?"

"Kayla... Kayla rasa macam tak sesuai... Kayla dan abi, hanya orang biasa..."

"Begitu juga dengan kami, Kayla. Mama dan papa hanya insan biasa. Cuma rezeki lebih memihak pada kami. Kayla terima Azroy, ya?" Akhirnya, Kayla mengangguk malu. Senyuman yang terukir di wajahnya, sedikit sebanyak melegakan hati Azroy.

"Hah, sarungkan cincin tu kat jari Kayla."

"Err, apa kata mama yang sarungkan. Macam tak manis pulak rasanya Roy yang sarungkan cincin ni..."

"Wah, anak mama dah matanglah, mama..." Usik kak ngah.

"Terima kasih, Kayla. Lepas ni mama dah tak perlu risau nak cari jodoh untuk si bongsu mama ni..." Usik mama.

"Mama, janganlah..."

"Ala, itupun nak malu..." Usik kak chik pula.

"Kayla..."

"Hurm..."

"Terima kasih sebab sudi terima saya."

"Tak... Saya yang kena ucap terima kasih sebab sudia terima kehadiran saya dalam hidup awak. Awak buat hidup saya dan abi kembali ceria. Terima kasih juga untuk majlis hari ni. Saya... Saya terharu sangat." Ujar Kayla dengan lelehan air mata.

"Kayla.. Saya tak nak tengok air mata awak... Saya nak tengok awak happy... Please... Jangan menangis di hari lahir awak. Tak baguslah..." Dengan berani Azroy mengusap air mata Kayla dengan tisu di tangan. Kayla terbuai dengan layana penuh kelembutan Azroy. Ini kali pertama, Kayla dilayan sebaik itu oleh lelaki.

"Terima kasih, Azroy..."

"Tak perlu ucapkan terima kasih pada saya, Kayla. Saya hanya nak denganr ucapan terima kasih dari awak sebaik sahaja akad terlafaz nanti." Merona wajah Kayla mendengar bicara Azroy.

"Tapi, boleh tak jangan rapat sangat dengan lelaki bernama Qaizer kat office awak tu. Saya jealous..." Ujar Azroy, jujur. Kayla tertawa kecil.

"Saya tak rapat dengan dia. Saya pun baru kenal dia. Tapikan wak, kenapa awak jealous ye? Sayakan bekerja dengan dia... Tak lebih dari itu pun."

"Mikayla Marlisa, saya ni lelaki tau wak... Saya tahu perasaan lelaki yang sukakan awak. Waka sendiri cakap yang dia tak pernah tegur awak sebelum ni. Tiba-tiba je dia muncul depan awak lepas awak dah naik pangkat. Itu maknanya dia lelaki yang ejnis pentingkan kedudukan."

"Emm, betul jugakkan? Tapi, awak tak perlu risau, eh. Saya takkan lebih-lebih sebab saya tahu, saya dah dipetik orang." Ujar Kayla sambil menunjukkan jari manis di tangan kanannya yang tersarung cincin emas putih bertahtakan batu permata.

"Jaga cincin ni macam awak jaga diri awak sendiri, tau..."

"In shaa Allah. Tapi... Saya harap awak faham keadaan saya, ya... Saya cuba cari rezeki. Takde niat nak menggatal atau sebaliknya. Saya nak ubah hidup saya dan abi. Itu je..."

"Saya percayakan awak, Kayla. Saya tahu, awak memang anak yang baik. Awak jangan risau. Andai ada rezeki kita bersatu nanti, abi tetap akan tinggal dengan kita berdua. itu janji saya." Kayla melorekkan senyuman.

"Terima kasih, Azroy."

"My pleasure, dear..." Bahagia. Itu yang Kayla dan Azroy rasakan.

*****************************

"Good morning, Kayla..."

"Eh... Tuan Qaizer... Assalammualaikum, tuan. Selamat pagi." Ujar Kayla ketika mereka bertembung di dalam lif.

"Emm, berseri you hari ni." Usik Qaizer.

"Err, takde tuan. Saya biasa je..."

"Itu bagi you, Kayla. I rasa you nampak lain sangat hari ni. Berseri..." Kayla rasa kurang selesa dengan kata-kata Tuan Qaizer. Nasib baik ada staff lain di dalam lif itu.

"Maaf, tuan. Saya gerak dulu." Ujar Kayla dengan tertib.

"Berkenan ke tuan?"

"Sorry?"

"Tuan berkenan ke dengan minah rempit tu?"

"Minah rempit? Siapa yang you maksudkan? Cik Kayla?"

"Ya, tuan. Semua orang tahu yang Cik Kayla tu, minah rempit... Takkan tuan tak perasan?"

"What do you mean? Cik Kayla tu, manager youkan? Macamana you boleh cakap dia minah rempit?"

"Ya, Tuan Qaizer... Cik Kayla mana pernah datang naik kereta. Memang setiap hari sejak dua tahun lalu, Cik Kayla datang kerja naik motor. Ramai yang cakap, Cik Kayla tu..."

"Dah apa?"

"Saya tak cakap. Tapi, ada kekawan cakap yang Cik Kayla tu bekas minah rempit. Ada yang cakap, dia bohsia..."

"What? You jangan main tuduh je, tau... You tahukan fitnah tu lagi besar dosanya dari membunuh?"

"Sa...saya cakap je, tuan." tergagap-gapa

"Tapi, you pernah tengok ke dengan kepala mata you sendiri yang Cik Kayla tu merempit?"

"Err... Err... Tak, tuan. Tapi, kawan saya kenal Cik Kayla. Cik Kayla datang pun naik motor... Tak pernah naik kereta atau grab pun."

"Tapi, jadi isu ke Cik Kayla datang naik motor? Dia naik motor besar, Ducati tu... Bukan motor kapcai..."

"Sekarang ni, tuan... Buka semua benda kita boleh percaya tuan... Nampak baik je... Hakikatnya... Nauzubillah..."

"Macam youlah, kan? Pakai tudung, tutup aurat tapi perangai... Nauzubillah..." Sindir Qaizer sebelum berlalu. Merah padam muka gadis tadi dipelri Tuan Qaizer.

"Ceh! Kita pulak disindirnya... Blahlah!"

"Biar betul si Kayla ni minah rempit, bohsia? Takkanlah... Aku tengok dia elok je..."

"Aku baru nak adjust si Kayla tu... Takkanlah dia dah... Ah! Tak mungkin..."

"Apa yang dibebelkan sendirian tu, Tuan Qaizer?" Tegur Farhan, salah seorang eksekutif di syarikat itu ketika masuk ke pantri.

"Eh, Farhan..."

"Dari tadi, saya perasan Tuan Qaizer, bebel sorang-sorang. Ada masalah ke, tuan?"

"Eh, takdelah. I..."

"Saya dengar tuan sebut nama Kayla. Tuan suka dengan Kayla?" Cantas Farhan.

"Bukan macam tu... Cuma, saya dengar yang Cik Kayla tu minah rempit, bohsia... Betul ke?"

"Siapa yang sampaikan pada tuan?"

"Siapa yang bagitahu tu bukan masalah. Cuma, betul ke apa yang I dengar?"

"Tuan, selama dua tahun saya kenal Cik Kayla kat suini, dia bukan macam tu, tuan. Saya kenal dia. Cik Kayla tu pergi kerja, balik kerja. Tumpuan dia lebih kepada keluarga."

"You kenal dia, Farhan?"

"Kenal, tuan. Kami kawan satu sekolah. Cuma, berlainan kelas. Tapi, dia memang budak yang baik. Yang tak baiknya, kakak dia, Kartina."

"Kartina?"

"Ya, tuan. Cik Kayla dan Kartina adik-beradik satu ibu lain bapa. Tapi, Kayla selalu dianatirikan ibu dia."

"Sebab?"

"Sebab, Kayla lahir dari seorang suami yang bukan pilihan si ibu. Kahwin paksa, maksud saya."

"Oh..."

"Sejak kecil, Kayla memang lasak orangnya. Tapi, dia pandai. Bijak, genius. Tak macam kakak dia..." Farhan menghenyakkan punggung di kerusi.

"Kayla kurang bercampur dengan kekawan sebab kakak dia. Sampai satu ketika, dia belajar memandu, menunggang motor. Dia bawa laju sangat sebagai cara nak melepaskan masalah yang ditanggungnya."

"Jadi, betullah dia merempit?"

"Tidak, tuan. Kayla ke mana-mana pun, selalu sendirian. Dia takde kawan. Semuanya sebab kakak dia yang terlalu cemburukan kelebihan yang ada pada Kayla. Dan, kami kekawan tahu yang Kayla selalu dipukul. Nasib baik, ada ayah dia yang selalu jaga dia."

"Banyak yang you tahu pasal Kayla?"

"Hahaha... Sejujurnya, saya pernah sukakan dia. Saya pernah cuba nak melamar Kayla. Tapi, bila melihat perangai ibu dan kakak dia yang macam orang tak siuman, saya batalkan niat."

"Apa maksud you? Kenapa kakak dan ibu Kayla?"

"Anak-beranak ni, kejam... Kejam pada Kayla dan bapa Kayla. Senang cerita, dengki dengan kelebihan
yang ada pada Kayla. Setiap kali Kayla dipinang, ibu dia akan tolak mentah-mentah. Alasannya nakkan si kakak kahwin dulu."

"Kenapa tak kakak dia yang dikahwinkan?"

"Sebab takde orang nakkan bekas orang..."

"Maksud you?"

"Kakak dia sudah ditebuk, tuan..."

"Ditebuk?"

"Sorry, tuan. Kakak Cik Kayla dah takde dara, tuan sebab pernah melakukan hubungan seks sebelum bernikah..."

"OMG!"

"It's true, tuan... Sebab tu, sampai ke hari ini, tiada mana-mana lelaki yang sudi nak kahwin dengan kakak dia yang agak bebas."

"Serious?"

"Ya, tuan... Kalau tuan nak tahu, kakak Cik Kayla, berhijab. Berbeza sangat dengan Cik Kayla yang free hair..."

"Hurm... Interesting. Tak sangkakan?" Farhan angguk kepala.

"Tapi tuan... Nak rapat dengan Cik Kayla, tak mudah tuan. Cik Kayla tu, jinak-jinak merpati. Dekat boleh, nak sentuh, tak semudah itu..."

"You buat I lagi tertarik nak kenal Cik Kayla, Farhan..."

"Cubalah, tuan. Mana tahu, tersangkut... Cuma, saya bagitahu awal-awal. Tak nak tuan kecewa kemudian hari."

"Farhan, you buat I rasa takut pulak..."

"Relaks, tuan... Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai... Semuanya terletak pada diri tuan sendiri. Bertindak atau sebaliknya. Siapa lambat, dia tak dapat." Ujar Farhan sebelum melangkah keluar dari pantri.

"Hurm... Jinak-jinak merpati... Macam menarik je... Well, ini Qaizerlah... Sekali aku petik, berderet perempuan nakkan aku..." Ujar Qaizer dengan senyum sinis menghiasi wajahnya. Qaizer merancang sesuatu untuk membuatkan Kayla jatuh ke dalam pelukannya.

"Kayla..."

"Err, Tuan Qaizer... Ada apa, tuan?" Serta-merta Kayla berdiri tegak tatkala Qaizer tiba-tiba berada di hadapannya.

"Sorry, I ganggu you. I ingat nak ajak you lunch sama-sama..."

"Err... Sorry, tuan. Saya ada lunch date dengan Farah."

"Oh really? Kalau macam tu, I ikut sekali."

"Boleh, tuan. Takde masalah. Kami nak makan kat belakang bangunan ni." Tiba-tiba Farah mencelah.

"Farah..."

"Sorry, Cik Kayla... Tapi, tak salahkan kita ajak Tuan Qaizer bersama?"

"Tak salah... Tapi, belakang bangunan ni ada tempat makan ke?"

"Ada, tuan. Bawah pokok... Tapi, serius sedap..."

"Tak panas ke?"

"Ala, tuan... Panas dia, sikit je tuan. Bukannya panas sangat. Cuma, takde air-condlah..." Ujar Farah.

"Err, kalau macam tu, takpelah. I tak biasa makan kat tempat panas macam tu... Perit muka I, nanti." Ujar Qaizer sebelum berlalu.

"Huh! Tak boleh panas, konon... Mengada je... Tahulah awak tu lahir kat London... Tapi, tak perlulah nak cakap macam tu. Awak tu tetap orang melayukan?" Bebel Farah.

"Sudahlah tu, Farah. Dah dia tak nak... Nak buat macamanakan?"

"Cik Kayla, kena hati-hati dengan Tuan Qaizer."

"Kenapa?"

"Sebab dia ada plan nak kenakan Cik Kayla..."

"Hah! Mana awak tahu?"

"Saya dengar Tuan Qaizer berborak dengan Encik Farhan pagi tadi di pantri... Dorang cakap pasal Cik Kayla."

"Cakap pasal saya?"

"Ya, Cik Kayla... Cik Kayla kena berhati-hati. Saya dapat rasa, Tuan Qaizer ada niat tak baik pada Cik Kayla."

"Ya Allah... Apa yang berlaku ni?"

"Sekarang ni, ada baiknya, Cik Kayla jangan bersendirian. Itu lebih baik dari menjadi mangsa kerakusan Tuan Qaizer..."

"Terima kasih, Farah."

"Sama-sama, Cik Kayla. Jom, kita makan. Saya dah lapar ni..."

"Emm, kalau kita tapau je, boleh tak? Saya... Saya rasa tak selesa pulak bila awak dah cakap macam tu..."

"Boleh, Cik Kayla. Kita pergi tapau. Lepas tu, kita makan kat pantri."

"Saya okey je..." Farah simpul senyum sebelum mereka berdua berlalu pergi. Sebelum melangkah keluar, Kayla terlebih dahulu menghantar mesej pada encik tunang dan memberitahu Azroy yang dia akan makan di tempat yang Farah maksudkan dan mengajak Azroy makan di temoat yang dimaksudkan jika Azroy berkelapangan.

Ting!

Kayla melihat handphone di atas meja. Pesanan dari encik tunang, dibaca.

'Please take care of yourself... Jangan bersendirian. Bahaya ada di mana-mana... Kalau perlukan bantuan saya, call saya, okey... Saya sentiasa ada di hati awak... Jauhi Qaizer...'

Kayla tersenyum lebar membaca pesanan encik tunang.

"Kenapa dia sebut pasal Qaizer? Dia nampak ke apa yang berlaku kat office ni? Ke... Dia pasang cctv?" Bebel Kayla sendirian sebelum mendongak mencari keberadaan cctv di sekeliling.

Share this novel

Nurul_MataPena
2023-09-15 15:55:18 

nanti kita hurai satu persatu

DHIA AMIRA.
2023-09-15 00:28:21 

no

DHIA AMIRA.
2023-09-15 00:28:17 

dah agak tuan qaizer something


NovelPlus Premium

The best ads free experience