BAB 5 - BGL - BIRTHDAY

Romance Completed 29589

Tok! Tok!

"Masuk!" Laung Kayla dari dalam bilik.

"Kayla..."

"Ya... Eh, Tuan Qaizer..." Tegak tubuh Kayla melihat Tuan Qaizer berdiri dihadapannya.

"Busy ke?" Soal Tuan Qaizer selaku salah seorang pengurus besar di dalam syarikat jurutera milik bumiputera itu.

"A little bit. Err, tuan, jemput duduk..." Pelawa Kayla.

"It's okay... I sekejap je..."

"Err, ada apa ya Tuan Qaizer tiba-tiba datang ke pejabat saya?" Soal Kayla, memandangkan ini hari pertama dia masuk kepejabat setelah menerima kenaikan pangkat sebagai salah seorang pengurus di syarikat itu.

"Err, lunch nanti, I nak ajak you lunch bersama, boleh?"

"Err, boleh je. Takde hal. Tapi kekawan lain, macamana?"

"Semua. I ajak semua." Kayla mengerutkan dahinya.

"Semua? Untuk apa, ya Tuan Qaizer?"

"Untuk apa you rasa?"

"Saya tak tahu.Tuan Qaizer cakaplah..."

"Well, I nak celebrate birthday Kayla dengan kekawan pejabat. Amacam? Boleh?"

"Allah... Saya sendiri lupa birthday saya hari ini. Allahuakhbar... Terima kasih, Tuan Qaizer..."

"Sama-sama. By the way, ini ada hadiah untuk you." Ujar Qaizer sambil menghulurkan hadiah berupa kotak kecil yang dibalut kemas dengan reben di atasnya.

"Happy birthday, Kayla..."

"Hah? Hadiah?" Kayla menyambut huluran dari Tengku Qaizer.

"Ya... I tak nak bagi depan staff lain. Tak seronok pulak. Takut ada salah faham nanti."

"Salah faham? Kenapa?"

"Takpelah, Kayla. You ambil hadiah tu. Nanti you tengok sendiri, ya. Tapi, jangan cakap dengan sesiapa yang I bagi hadiah tu kat you."

"Kenapa?"

"Please, jangan banyak tanya. You terima je hadiah ni tanpa banyak soal, okey. Bye... See you lunch time nanti."

"Err, okey... Thanks, Tuan Qaizer..."

"I pergi dulu."

"Baik." Kayla mengerutkan dahinya.

"Tak pernah-pernah dia bagi hadiah, tiba-tiba bagi aku hadiah... Dah kenapa?" Omel Kayla. Deringan telefon mengejutkan Kayla.

"Assalammualaikum, Kayla..."

"Waalaikumussalam... Azroy..."

"Morning..."

"Morning to you..."

"Happy birthday to you, Kayla..."

"Auw... Sweetnya dia... Thanks, Roy... Eh, mana awak tahu hari ni birthday saya?"

"Abi bagitahu."

"Lar, abi ni..."

"Takpe... Emm, nanti saya nak ajak awak makan malam untuk celebrate bithday awak. Boleh tak?"

"Tapi, abi?"

"Kita bawa sekali."

"Betul ke ni?"

"Ya..."

"Deal!"

"So, tunggu kat rumah. Pakai cantik-cantik tau..."

"Okey..."

"Malam ni, dalam pukul sembilan, saya sampai..."

"Okey, Roy. Thanks..."

"Most welcome dear..." Talian dimatikan.

"Dia cakap aku, dear? Biar betul? Allah, kenapa jantung aku berdegup kuat ni?" Bebel Kayla sambil menyentuh dadanya. Hadiah yang diterimanya dari Tuan Qaizer, dibuka dengan cermat.

"Hah? Gelang tangan... Pandora. Ya Allah... ini gelang yang aku idam-idamkan... Allah... Terima kasih Allah, untuk rezeki ni..." Ucap Kayla sambil memeluk hadiah pemberian Tuan Qaizer. Dari kejauhan Qaizer memerhatikan gelagat Kayla.

"Cute..." Ujar Qaizer sebelum berlalu.

"Happy birthday, Kayla..." Lepas satu, satu ucapan yang dihadiahkan pada Kayla ketika makan tengahari yang diadakan di hotel berhadapan dengan pejabat mereka.

"Terima kasih, semua. Sebenarnya, saya terkejut. Tak sangka, ada orang ingat birthday saya. Saya sendiri lupa birthday saya hari ni..." Ujar Kayla, jujur.

"Berapa usia Kayla sekarang?"

"Ala... Tak payahlah tanya umur saya. Saya dah berusialah..."

"Dua puluh enamkan?" Celah Tuan Qaizer.

"Eh... Err, ya... Saya dua puluh enam."

"Wah! Muda lagi rupanya. Ingat Kayla dah macam tiga puluhan."

"Hah? Tuanya saya..."

"Takdelah... Kayla nampak matured. Matang dari usia sebenar Kayla."

"Yelah, Kayla. Kayla nampak matang dari usia sebenar, Kayla. Patutlah dapat naik pangkat." Serta-merta berubah riak wajah Kayla.

"Err, yang itu awak semua salah. Kayla dipilih berdasarkan qualification yang dia ada. Lagipun, dah hampir dua tahun Kayla kat syarikat ni, keuntungan syarikat meningkat. Peratusan kenaikan saham kita meningkat dua kali ganda dari kebiasaan. Kayla menunjukkan keikhlasan dan dedikasinya ketika bertugas." Semua kusyuk mendengar bicara Tan Sri Rais, mewakili anak buahnya, Qaizer.

Tan Sri Rais merupakan pemilik Syarikat Pembinaan RR Berhad yang dibinanya sejak tiga puluh tahu lalu. Memandangkan Tan Sri Rais tidak mempunyai anak lelaki, jadi, dia memilih anak buahnya, Qaizer Qabil untuk memegang tampuk pimpinan sebagai salah seorang pengurus di syarikat itu.

"Saya tak mahu ada di antara pekerja di dalam syarikat ni yang membuat sebarang andaian atau spekulasi sendiri tanpa memikirkan kebenarannya. Jika ini berlaku, saya takkan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan pada orang tersebut. Is that clear?"

"Yes, tan sri..."

"Good. Dah, makanlah. Hari ni, saya belanja sempena hari ulang tahun kelahiran Kayla dan sebagai meraikan kenaikan pangkat Kayla sebagai pengurus di bahagian pengurusan. So, enjoy your food." Ujar Tan Sri Rais Raisudin.

"Terima kasih, tan sri..." Ujar Kayla. Kayla berharap apa yang telah diperkatakan Tan Sri Rais dapat diterima kakitangan lain. Sejujurnya, dia sendiri tidak pernah memikirkan mengenai isu kenaikan pangkatnya yang diterimanya minggu lalu.

Dia sendiri tidak mampu memikirkannya lantaran dia sibuk memikirkan keadaan dirinya dan abi yang terpaksa keluar dari rumah selepas dihalau umi.
Fikiran Kayla hanya tertumpu pada abi. Dia rela pindah ke tempat lain, asalkan abi ada bersama.

"Eh, cantiknya Kayla... Hadiah hari jadi dari pakwe ke?" Tergamam Kayla bila tangannya yang disarng gelang tangan pandora diangkat ke atas oleh rakannya. Kayla menoleh ke arah Tuan Qaizer sebelum Qaizer menggeleng sedikit kepalanya.

"Err, taklah. Hadiah dari abi Kayla." Ujar Kayla menjawab persoalan dari Rina, rakan sepejabatnya

"Oh... Pandai abi Kayla pilih. Cantik sangat."

"Terima kasih."

"Selalunya, orang lelaki ni jarang tahu warna kesukaan orang perempuan. Lagi-lagi orang tuakan?"

"Ya jugakan? Tapi, rezeki Kayla sebab abi Kayla sayangkan Kayla dan tahu kehendak Kayla." Kayla cuba mempertahankan diri.

"Betul juga. Dahlah. Makan dulu. Nanti kita lambat masuk office." Segala gerak-geri Kayla diperhatikan Qaizer dengan penuh minat. Kayla cuba sebaik mungkin mengawal tingkah lakunya.

"Berminat ke?" Soal Tan Sri Rais pada Qaizer usai selesai lunch tadi.

"Ah?"

"Qaizer berminat ke dengan Kayla tu?"

"Err, takdelah uncle... Cuma... Zer suka tengok Kayla tu. Dia jenis cool je... Tak pernah nak tengok dia marah, merungut... Dia buat je kerja dia tanpa bunyi."

"Itulah kelebihan Kayla."

"Dan satu lagi Zer perhatikan dia tak macam pekerja perempuan yang lain."

"Maksud Zer?"

"Yelah... Kalau staff perempuan yang lain, sibuk nak touch-up muka dengan make-up bagai. Tapi, Kayla ni... Susah nak tengok dia pakai make-up tebal. Yang Zer perasan, bibir dia je yang dia calit lip gloss..."

"Kayla tu, tak make-up pun dah cantik. Kalau dia make-up, mau terangkat lagi agaknya." Seloroh Tan Sri Rais.

"Wah, uncle... Nak cuba ke?"

"Nak mati ke? Silap haribulan, uncle kena tidur luar nanti..." Tambah Tan Sri Rais membuatkan kedua-duanya tergelak besar.

"Pandai Zer pilih gelang tangan tu..."

"Hah?"

"I saw you, Zer..."

"Err... Zer saja je nak bagi Kayla hadiah tu. Bukan apapun. Sebagai tanda perkenalan. Lagipun, sekarang Kayla akan lebih banyak menghadap Zer memandangkan kami bakal bekerjasama dalam projek baru nanti. Jadi, Zer nak kenal Kayla dengan lebih rapat."

"Kayla tu bukan sebarangan perempuan yang Zer kenal. Bukan macam anak-anak uncle. Kayla tu lasak orangnya. Dia datang ke pejabat pun dengan superbike dia... Uncle tak pernah tengok dia pakai baju kurung atau kebaya."

"Naik superbike?"

"Yap! Ducati 1262 cc."

"Ducati 1262 cc? Besar tu!"

"Tahu takpe... Jangan nampak dia diam tu, dia macam nerd... She's really good in martial art."

"Interesting..."

"Yap... Tapi, sayang... Masalah keluarga dia buat dia jadi pendiam. Tapi, dia tidak pernah merungut, tidak pernah ambil cuti kecemasan atau cuti sakit sekalipun."

"Masalah keluarga?"

"Ya. Dia ada minta cuti hari tu nak settlekan hal keluarga. Kesian dia... Ada family, berpecah-belah."

"Maksud uncle?"

"Kayla dengan ayah dia dihalau dari rumah. Jadi, dia duduk kat tempat lain. Dia ambil cuti hari tupun sebab nak pindah. Kesian sangat. Nasib baik ada kawan yang sudi tumpangkan rumah untuk Kayla dan ayah dia..."

"Kesiannya, uncle..."

"Ya... Tapi, Kayla tu kuat orangnya. Spesis yang kental. Kalau orang lain dah tak kerja, menangis, dok fikirkan masalah. Tapi, Kayla tidak. Dia ambil cuti untuk pindah je. Lepas tu dia datang semula bekerja macam biasa."

"Dia memang kental."

"Dahlah. Kalau berkenan, kejar. Jangan lambat sangat. Nanti ketinggalan... Kayla tu satu dalam seribu. Dah tentu dia ramai peminat. Maklumlah, orang cantik... Rare ni..." Ujar Tan Sri Rais seraya tergelak kecil. Qaizer tersengeh diusik bapa saudaranya.

"Happy birthday, Kayla!!!" Tergamam Kayla mendengar sorakan dan ucapan dari tetamu yang hadir. Sejujurnya, dia memang terkejut melihat Azroy dan tetamu yang berada di dalam ruang tamu rumah sewanya.

"Selamat hari lahir, anak abi..." Ucap abi sambil memeluk tubuh anak daranya.

"Terima kasih, abi..."

"Kayla, ini saya kenalkan, mama dan daddy saya... Kak long, kak ngah, kak lang, kak teh, kak chik dan kak uda saya..." Kayla yang masih terkejut, menyalami kesemua ahli keluarga Azroy.

"Subhanallah... Cantiknya Kayla pakai macam ni... Macam model..."

"Err, taklah... Kayla biasa je..."

"Ish, janganlah humble sangat, Kayla... Jujur... Kayla memang nampak cantik sangat malam ni."

"Err, sebenarnya saya yang ajak keluarga saya meraikan hari lahir awak sebab saya tahu, awak tak nak tinggalkan abi sendirian kat sinikan?"

"Terima kasih, Roy. Saya hargai sangat."

"Kayla, ini semua idea Azroy. Azroy yang nak celebrate birthday Kayla kat rumah ni."

"Maaf dah susahkan semua orang."

"Takde apa, Kayla. Kebetulan, kami takde apa pun nak buat malam ni..."

"Ya, Kayla... Aunty ingat nak tengok bakal menantu aunty ni..." Ujar mama Azroy sambil mengelus wajah Kayla.

"Kalau macam ni Encik Hamidon, kami setujulah Kayla jadi menantu kami." Ujar papa Azroy. Sekaligus membuatkan Kayla tersembur air minuman. Abi tergelak kecil melihat telatah anak gadisnya.

Huk! Huk!

"Ya Allah, kesiannya si Kayla ni. Tersembur air yang diminum... Papa kamu ni pun, Azroy... Terkejut Kayla dibuatnya..." Ujar mama sambil menggosok belakang Kayla.

"Saya tak kisah, datuk. Saya ikut je mana yang elok. Tapi, seeloknya, kenalah tanya pada empunya diri. Tak gitu, datuk?" Papa Azroy tersenyum lebar. Azroy hanya mampu tersenyum mendengar usikan demi usikan yang ditujukan pada Kayla dan dirinya.

"Sorry ya, Kayla. Sebenarnya, saya takde niat pun nak terkejutkan awak dengan kehadiran family saya. Cuma... Niat saya baik. Saya tahu keadaan awak dan abi. Jadi, saya nak buat awak rasa dihargai dan buat awak rasa happy. Saya nak awak tahu yang awak tidak keseorangan. Itu yang penting..."

"Terima kasih, Azroy. Sejujurnya saya memang terkejut. Tak sangka saya dapat merasai kegembiraan seperti ini. Tak pernah saya diraikan sebegini."

"Kat office?"

"Ada... Tadi, kali pertama saya diraikan kerana hari lahir dan kenaikan pangkat."

"Alhamdulillah. Rezeki tu..."

"Ya, saya tahu. Cuma, pelik... Pelik bila pengurus saya yang selama ini tak sukakan saya, selalu muka masam, tiba-tiba dia serahkan hadiah pada saya. Selama dua tahun saya di syarikat tu sebaik sahaja tamat belajar, dia tak pernah kisahkan saya pun." Ada perubahan riak wajah di wajah Azory.

"Dia bagi awak apa?"

"Gelang. Gelang tangan pandora... Saya memang dah lama idamkan gelang tu. Tak sangka pulak dia nak hadiahkan pada saya."

"Anggap jelah itu rezeki."

"Tapi, Roy... Dia bagi pun secara sorok-sorok. Dia cakap jangan cakap depan kawan-kawan. Pelik pulak saya." Azroy terasa tercabar.

"Itu tandanya dia sukakan awak, Kayla..."

"Ish, takkanlah... Saya ni dengan dia, ibarat langit dengan bumi."

"Emm, Azroy..."

"Ya, mama..."

"Ni, hadiah untuk Kayla. Bagilah sekarang. Ni kita nak potong kek untuk Kayla..." Ujar mama sambil menghulurkan sebuah kotak sederhana besar pada Kayla.

"Baik, mama..."

"Mari, Kayla. Kita potong kek. Abi tentu dah lapar. Lagipun ni semua saya yang masak."

"Eleh... Nak nama je. Lupa ke, kak chik pun tolong sama."

"Eh, eh, eh... Kak teh pun sama, ya..."

"Jangan lupa kak long, kak ngah, kak uda pun sama. Kami semua bekerjasama menyiapkan juadah dan kek ni untuk Kayla tau..." Kayla bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Roy... Awak..."

"Sorry, Kayla. Kami takde niatpun nak buat Kayla tak selesa. Cuma, macam yang Azroy cakap. Kami nak gembirakan Kayla. Dah dalam masa yang sama, kami nak tengok sendiri gadis yang berjaya mencuit hati adik bongsu kami ni." Usik kak long pula membuatkan wajah Kayla berbahang dan merona.

"Sorry, Kayla. Kakak-kakak saya memang macam ni. Suka mengusik."

"Takpe, Azroy. Saya tak kisah. Saya seronok ada adik-beradik ramai macam ni. Meriah..." Ujar Kayla, jujur.

"Saya tak pernah rasa dihargai seperti ini... Terima kasih banyak."

"Sama-sama, Kayla..."

"Err, mana hadiah saya?"

"Ingat tak nak tanya tadi..."

"Eh, mestilah nak... Birthday sayakan?"

"Nah! Aip!"

"Lar... Kenapa?"

"Ini dari family saya... Dan ini dari saya... Khas buat awak, gadis idaman saya..." Tergamam Kayla mendengar bicara Azroy.

"Roy..."

"It's true, Kayla... Saya tak boleh nak sorok perasaan saya lagi. Lagi-lagi lepas awak bagitahu pengurus di pejabat bagi awak gelang pandora... Saya rasa tercabar..." Kayla tergelak kecil sebelum membuka hadiah pemberian Azroy.

"Azroy?"

"Untuk awak... Sebagai hadiah penyatuan dan perkenalan kita. Saya tak kisah kalau takde jodoh saya dengan awak. Saya cuma nak awak tahu yang saya sentiasa ada dengan awak. Saya berdoa moga jodoh saya dengan awak, berpanjangan." Ujar Azroy sambil menyarungkan rantai emas putih ke leher Kayla dengan loket yang tertera dua huruf, R&K.

"Ini..."

"R for Roy and K for Kayla..."

"Thanks, Roy..."

"Most welcome, Kayla. Do you like it?"

"Of course I like it. Saya tak pernah dapat hadiah macam ni..." Ujar Kayla jujur sambil membelek-belek rantai di lehernya.

"Cuma buka pula hadiah dari family saya ni...." Roy menghulurkan kotak besar itu pada Kayla.

"Besarnya hadiah ni..."

"Bukalah..." Dengan berhati-hati, Kayla mebuka penutup kota itu.

"Azroy..."

"Ya. Untuk awak. Hanya untuk awak..."

Amacam? Okey tak chapter ni?

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-09-11 18:58:54 

alaa biar dgn roy ... hope mreka ada jodoh


NovelPlus Premium

The best ads free experience