"Kayla... Dengar cakap umi, abi... Jangan tunggang motor lagi. Awak tu perempuan! Buat macam perempuan!"
"Umi, kenapa ni umi? Salah ke Kayla nak naik motor? Bukannya Kayla naik dengan lelaki. Kayla tunggang sendiri je. Umi tahukan, ini memang minat Kayla dari kecil lagi."
"Itu waktu Kayla kecil. Sekarang, Kayla dah dewasa tau... Sepatutnya, dalam umur macam ni, Kayla dah ada calon untuk umi dan abi."
"Allahuakhbar, umi... Kayla baru dua puluh lima tahun, umi. Kayla belum terfikir pun nak berumah tangga. Kayla baru je bekerja, umi... Bagilah Kayla peluang nak cari kehidupan Kayla sendiri."
"Kayla nak jadi apa, hah? Kayla dah semakin liar sekarang ni..."
"Astaghfirullahalazim... Umi, kata-kata umi, satu doa tau. Umi memang doakan Kayla jadi gadis liar ke?" Puan Halimah memincingkan mata.
"Menjawab ke mulut tu. Nak kena jentik dengan umi ke?"
"Umi ni, kalau Kayla cakap je, semuanya salah. Kalau Kak Kartina buat salah pun, umi tak marah. Malah umi backing Kak Tina... Apa yang hebat sangat Kak Kartina tu?"
"Jaga mulut kamu, Kayla!"
"Itulah! Marah-marah je yang umi tahu. Asal usik je nama Kartina, confirm umi akan marah Kayla. Sedangkan Kak Tina tu, belajar pun tak pernah lulus."
"Tapi, Kak Tina kamu belajar sekolah pondok. Tak macam kamu. Hilang agama, hilang hijab. Kamu ingat cantik sangat ke kamu dengan tak berhijab ni?"
"Umi cakaplah apapun. Kayla tetap dengan pendirian Kayla. Kayla tak nak jadi macam Tina. Hipokrit. Umi ingat anak dara sulung umi tu, baik sangat ke?"
"Apa yang kamu merepek ni, Kayla? Apa yang kamu tuduh kakak kamu tu? Apa yang kamu jaki sangat dengan si Tina tu?"
"Takpe, umi. Kalau Kayla cakap pun, bukannya umi nak dengar pun. Cakap Tina, umi ikutkan je. Buatlah umi. Lepas ni, minta duit dengan Tina. Jangan nak minta duit dengan Kayla lagi. Asyik, asyik, nak backing Tina, Tina, Tina... Dahlah! Kayla nak keluar." Kayla mengambil helmet full face dari dalam almari sebelum memakai kasut butnya dan melangkah keluar.
"Kayla! Kayla!"
"Assalammualaikum umi..."
"Mikayla Marlisa!" Kayla langsung tidak mengendahkan jeritan uminya.
"Kayla nak ke mana? Dah lewat petang ni..." Soal abi. Abi faham kehendak anak bongsunya yang memang mudah memberontak. Tapi, abi tidak salahkan Kayla seratus-peratus. Kalau bukan disebabkan umi yang bersikap berat sebelah, tentu Kayla takkan jadi begitu.
"Maafkan Kayla, abi. Kayla nak ambil angin sekejap. Kayla dah tak tahan nak dengar bebelan umi. Maki hamun umi."
"Abi faham. Tapi, jaga diri. Jangan balik lewat sangat. Esok, Kayla kerjakan?" Kayla melorekkan senyuman.
"Terima kasih, abi. Kayla pergi dulu, ya? Assalammualaikum..." Ujar Kayla seraya itu mengucup tangan abinya.
"Waalaikumussalam... Hati-hati Kayla..."
"Baik, abi..." Deruman motor besar, jenis Ducati X Diavel S, 1262 cc, milik Kayla memecah keheningan petang itu. Abi hanya mampu mendoakan anak bongsunya berubah menjadi lebih baik satu hari nanti. Bila difikir, ada betulnya juga kata-kata Kayla. Umi lebih memihak pada kakaknya, Kartina.
Ya, memang diakui, Kartina anak yang baik dan mendengar kata. Tapi, kata-kata orang sekeliling turut diambil kira. Bukan tak pernah abi mengingatkan umi akan perihal si Kartina yang selalu dilihat bersama lelaki. Tapi, umi sekadar mendiamkan diri bila melibatkan anak kesayangannya.
Disebabkan itu, abi hanya mampu mendiamkan diri. Enggan membiarkan dirinya berterusan di herdik si isteri. Bukan takutkan isteri. Tapi, abi tak mahu panjangkan cerita. Umi pernah menghalau abi kerana marahkan Kartina dan segala-galanya umi ungkit. Abi bagaikan tidak mampu bersuara bila, kata-kata sumpahan umi meluncur laju dari mulut si isteri gara-gara dia menegur si isteri yang terlalu memihak pada Kartina.
Flashback #
"Kartina, ke mana kamu malam-malam ni?"
"Tina... Tina baru habis belajar mengaji, abi..."
"Betul ke, Tina? Kamu tak tipu abikan?"
"Apa... Apa abi mengarut ni? Abi jangan nak dengar cakap orang lain. Takkan Tina nak tipu abi dan umi."
"Awak ni, kenapa bang? Kenapa awak sangsi dengan anak saya ni?"
"Bukan macam tu, Kamariah... Saya ni, tak nak apa-apa berlaku pada Kartina. Sebab tu, saya tegur."
"Awak tak payahlah nak tegur Tina. Tahulah saya menegur anak saya ni. Awak pun, bukannya baik sangat." Sindir umi bersama jelingan tajam.
"Astaghfirullahalazim... Apa yang awak merepek ni, Kamariah? Apa maksud awak cakap saya macam tu? Apa yang tak baiknya saya ni, Kamariah?"
"Tina, masuk bilik."
"Baik, umi..."
"Eleh... Tak payahlah nak berdrama sangat, Tuan Haji Hamidun oi... Awak tu kerja pun biasa-biasa je. Kalau bukan sebab harta mak bapak saya, awak pun tak sesenang ini..."
"Ya Allah, awak ni Hajah Kamariah... Kenapa yang itu pulak awak ungkit? Saya ni, suami awak tau. Belajar hormat sikit..." Hajah Kamariah menjeling.
"Saya tahu, selama ni saya tumpang kesenangan keluarga awak."
"Tahu pun..."
"Tapi, awak yang terhegeh-hegeh pujuk bapak awak kahwinkan saya dengan awak. Awak lupa?"
"Huh! Awak pun nak ungkit?"
"Kenapa tidak? Kalau awak boleh ungkit dan nak malukan saya depan anak kesayangan awak ni, kenapa saya tak boleh?" Hajah Kamariah memincingkan mata ke arah Haji Hamidun.
"Saya sedar, saya buka bapa kandung si Kartina. Tapi, saya ada hak sebab dari dia lahir, saya yang jaga dia. Awak mengandungkan dia lepas tu awak paksa saya nikah dengan awak. Awak lupa semua tu?"
"Hei! Awak yang nak sangat nikahkan? Kenapa tak tentang je?"
"Astaghfirullahalazim... Kamariah oi... Awak mengandungkan anak luar nikahkan? Awak lupa, Kamariah? Awak merayu-rayu kat saya. Awak menafikan yang awak... Allahuakhbar..." Mengucap panjang abi. Umi menelan air liurnya. Bimbang Haji Hamidun akan pecahkan rahsianya selama ini yang tersimpan rapi.
"Saya dah puas hidup dalam perasan serba-salah begini, Kamariah... Jangan sampai saya keluarkan kata-kata yang boleh membuatkan kita berpisah, Kamariah..." Ugut abi sebelum berlalu meninggalkan umi.
Flashback end #
Sejak bergaduhan itu, abi dan umi sudah jarang bersama. Tiada lagi gurauan dan perbualan mesra antara mereka berdua. Kayla tidak tahu apa yang berlaku antara kedua ibu bapanya lantaran jarang melekat di rumah. Tapi, Kayla tahu, yang Kartina bukan anak abi disebabkan surat beranak yang Kayla temui ketika mahu menyambung pelajarannya di universiti dulu.
Haji Hamidun tidak berat sebelah walaupun dah bermacam-macam perangai dan kesilapan yang Kartina lakukan. Dia tetap sayangkan Kartina macam anak kandungnya sendiri. Keadaan semakin parah selepas kelahiran Kayla. Hajah Kamariah enggan menyusukan Kayla. Bagi Hajah Kamariah, kelahiran Kayla adalah satu kesilapan kerana dia tidak suka pada Haji Hamidun.
"Allahuakhbar... Ampunkan aku Ya Allah. Ampunkan aku. Kau bukakanlah pintu hati isteri dan anak-anakku, Ya Allah. Aku tak mampu nak mengubah pendirian mereka. Aku gagal, Ya Allah... Ampunkan aku...Sesungguhnya, aku insan yang lemah, Ya Allah..." Doa Haji Hamidun dalam solatnya.
Walaupun dia dan isteri sebilik, tapi, mereka tetap tidak bertegur sapa. Makan minum Haji Hamidun pun, tidak terjaga. Hajah Kamariah benar-benar menunjukkan sikap berontaknya. Kayla sedar hal itu. Kaylalah yang akan menyediakan makanan untuk abinya. Kayla tahu, umi dan Tina tidak akan menyentuh masakannya kecuali terpaksa.
"Hai, sorang je..." Usik dua orang pemuda ketika Kayla sedang berehat di sebuah taman permainan selepas keluar dari rumah mereka.
"Ada nampak orang lain ke kat sini? Takdekan?"
"Amboi, garang..."
"Tapi, garang-garang pun cantik... Awak tunggu siapa?"
"Apa awak peduli? Busybody..."
"Jual mahal..."
Buk!
"Argh!" Terteleng wajah salah seorang dari lelaki itu selepas dihentak Kayla dengan helmetnya akibat cuba menyentuh Kayla.
"Berani, masuklah... Kalau nak rasa helmet aku melekat kat muka kau." Ugut Kayla. Kayla sudah bersiap sedia dengan kekudanya.
"Kau..." Jari dituding ke arah Kayla.
"Kau apa? Berani, masuklah! Jangan ingat aku mudah disentuh. Kau ingat aku apa? Perempuan murah?"
"Sialan!"
"Hoi!"
"Wah! Ada hero rupanya..."
"Cik tak apa-apa ke?"
"Tak, alhamdulillah. Saya okey. Mangkuk depan saya ni yang tak okey."
"Kurang ajar kaukan? Kau panggil kami mangkuk?"
"Yelah! Mengganggu orang! Cuba nak sentuh orang! Korang takde adab ke?"
"Siapa suruh kau melepak kat sini sorang-sorang?"
"Hei, mangkuk hayun! Tempat ni ada tulis nama kau ke? Bapak kau punya tanah ke? Takdekan? Jadi, jangan banyak mulut!"
"Sial punya betina! Kau tak kenal aku lagi!"
Buk!
Tertunduk lelaki tadi bila private partnya dihentak Kayla menggunakan helmet. Tak sempat lelaki tadi mahu mendekati Kayla, helmet Kayla sudah melekat di anunya.
"Argh! Sa...kit..." Rintih lelaki tadi.
"Dan kau pun nak rasa ke hentakan helmet aku?"
"Sor...ry..."
"Ambik kawan kau! Berambus!" Jerkah Kayla.
"Ba...baik."
"Awak okey, ke?"
"Ada nampak saya tak okey ke?" Pemuda itu merapati Kayla.
"Sorry, saya tak bermaksud begitu..."
"Sorry, awak. Saya tak suka diganggu macam tu. Budak-budak takde masa depan. Takde kerja lain agaknya..." Omel Kayla.
"Saya, Roy..."
"Saya, Kayla..." Mereka berjabat tangan. Kayla masih tahu menjaga adab dan sopan santun. Dia menyalami Roy dengan tangan yang masih memakai glove yang digunakan untuk menunggang motor Ducatinya.
"Awak seorang ke?"
"A'ah... Saja nak release tension."
"Emm, kalau rasa nak lepaskan atau nak luahkan sesuatu, saya sedia mendengarnya..."
"No, it's okay... Saya okey je... Cuma..." Nafas dihela.
"Mind to share?"
"Awak ada family?"
"Ada..."
"Ada adik-beradik?"
"Ada... Saya anak bongsu dari tujuh adik-beradik."
"Hah? Tujuh?"
"A'ah... Saya satu-satunya lelaki dalam adik-beradik saya." Kayla menilik Roy dari atas ke bawah depan ke belakang.
"Apa yang awak tengok?"
"Takdelah. Awak kata awak anak ke tujuh dari tujuh beradik dan satu-satunya lelaki?"
"Ya, tapi kenapa?"
"Takdelah... Selalunya, kalau dah seorang je lelaki dalam kalangan adik-beradik, tentu nampak macam..."
"Lembut, macam sotong?" Kayla mengangguk.
"Adalah sikit. Tapi, sikit je... Yelah. Saya dibesarkan kakak-kakak saya ketika ibu dan babah mencari rezeki. Tu yang terlembut sikit. Tapi, takdelah macam sotong pun."
"Kenapa awak asyik tersengeh? Awak gelakkan saya eh?"
"Takdelah. Bila awak cakap awak macam sotong, saya teringat kisah kawan saya. Dia ada cousin yang kononnya macam sotong, tapi, hakikat tak pun. Nampak macho, hemsem..."
"Ada juga?"
"Ada... Kisah macam awak juga... Dibesarkan kakak-kakak ketika parents dorang cari rezeki. Tapi, dia dah kahwin dah... Ada anak kembar sepasang kalau tak silap saya."
"Wow... Dahsyat."
"Kan? Lagi satu, cousin dia tu pandai masak. Lepas tu, berjodoh dengan anak mix mat saleh. Cantik..."
"Rezeki dorangkan?"
"Betul.. Jodoh itu rahsia Allah." Roy tersenyum mendengar kata-kata Kayla. Kayla menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia dah ada teman berbicara.
"Awak tak busy ke?"
"Taklah... Kenapa?"
"Emm, apa kata kita minum-minum kat cafe sana tu? Boleh berbual panjang. Lagipun, sekejap lagi dah nak senja. Kat cafe tu ada disediakan surau untuk solat."
"Oh, ya ke? Alhamdulillah. Baguslah idea owner cafe tu..." Roy tersenyum.
'Comel...' Gumam Roy.
"Jom... Saya nak pekena cappucinolah. Sedap petang-petang macam ni makan dengan sandwich."
"Saya belanja."
"Eh, tak payahlah. Saya ada duitlah. Ingat saya sengkek sangat ke?" Seloroh Kayla.
"Bukan macam tu... Saya ikhlas nak belanja awak. Sebagai tanda persabahatan."
"Baik. Tapi, kali ni je... Lepas ni, turn saya pulak yang belanja awak. Boleh?"
"It's up to you."
"Jom..." Mereka beriringan menuju ke cafe yang terletak tidak jauh dari tempat pertemuan mereka.
"Macamana? Sedap tak makanan kat sini?"
"Alhamdulillah. Sedap sangat. Kena dengan selera saya."
"Baguslah kalau awak cakap macam tu. Takdelah rasa bersalah kalau saya belanja makanan yang tak sedap."
"Kenapa? Ada ke orang cakap macam tu? Maksud saya, ada ke sesiapa pernah salahkan awak belanja makanan yang tak sedap?"
"Setakat ni, takde pulak. Cuma, saya sendiri yang risau kalau ada pihak yang tak suka saya belanja kat cafe murah macam ni... Lepas tu complaint tak sedap..."
"Ish... Orang lain tu. Saya okey je. Lagi berterima kasih, adalah. Orang dah belanja, nak banyak songeh. Tak bagus macam tu. Tak bersyukur langsung..."
"Betul. Saya setuju."
"Err, awak... Saya nak solat dulu. Nanti, takut terlepas waktu maghrib."
"Boleh je. Jom saya tunjuk. Saya pun nak solat maghrib sekali." Kayla tersenyum.
"Nanti kita jumpa kat sini semula, ya?"
"Okey..." Roy simpan senyum melihat Kayla berlalu.
"Awak nak ke mana lepas ni?"
"Tak ke mana... Cuma, nak singgah kedai buku sekejap. Lagipun, esok saya kerja."
"Oh... Yelah. Saya lupa... Esok Isnin..."
"Ish, awak ni... Muda-muda lagi dah jadi pelupa."
"Bukan macam tu. Saya ni sibuk sikit. Dapat berehat macam ni, saya rasa lega sangat. Sekurang-kurangnya esok masuk kerja, takdelah rasa monday blues..."
"Hihihi... Awak kelakarlah. Okeylah, Roy. Saya nak balik dulu. In shaa Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi."
"In shaa Allah. Err, Kayla..."
"Ya?"
"Nombor phone awak?"
"Oh...Sekejap... Bak phone awak..."
"Hah?"
"Telefon awak... Bagi saya sekejap."
"Nah..." Roy hanya melihat kelakuan comel Kayla yang sedang mengambil gambarnya sendiri dengan dua jari sebagai tanda 'peace' menggunakan Iphone Roy sebelum memasukkan maklumat tentang dirinya.
"Nah! Nombor saya ada kat dalam ni..." Telefon bimbit Roy diserahkan kembali.
"Thanks, Kayla. Nanti, sedang-senang, kita berchatting ya." Ujar Roy sebaik sahaja Kayla menyarung helmet full face di kepala.
"In shaa Allah... Thanks, Roy untuk makanan sedap tadi."
"No sweat, Kayla. Hati-hati..."
"In shaa Allah. Assalammualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Deruman enjin motor Ducati milik Kayla memecah kehehingan malam. Roy tersenyum puas.
'She's adorable...' Gumam Roy lagi.
Share this novel
hihi... keep it up sis
Roy x kyla
best hihi