"Umi! Umi!"
"Kamu ni kenapa, Tina? Terjerit-jerit macam orang gila! Aku nak buang air besar pun tak senang!" Omel umi sambil membetulkan kain batiknya.
"Ala, cepatlah! Tina nak tunjuk sesuatu ni..."
"Apa dia? Apa yang penting sangat kau nak tunjukkan kat umi ni?"
"Ni, hah! Umi tengoklah ni..." Sambil menghulurkan majalah yang sudah diipat ke arah umi.
"Umi tengok ni..."
"Apanya, Tina?"
"Nilah... Gambar budak ni... Cantik Kayla, umi. Tak sangka Kayla dapat jadi model... Jealous Tina, umi..."
"Ala... Setakat jadi model murah ni, takda maknanya aku nak herankan, Tina..."
"Umi ni, tak sudah-sudah dengan perangai bongkak umi. Kayla tak pernah ganggu hidup umi pun, umi. Sudahlah tu."
"Ah, kau tak payah nak ajar akulah, Tina... Budak sial ni dengan bapak dia, sama je... Tak guna satu sen."
"Tak guna satu sen pun, duit dia umi nak. Umi paksa Kayla cari duit untuk kita semua. Padahal boleh je umi keluarkan duit sendiri. Umi bukan takde duit. Dengan abi lagi. Umi buat abi macam orang takde perasaan. Abi tu suami umi tau..."
"Eh, Tina! Kau tak payah nak ngajar akulah! Aku hidup dulu dari kau!"
"Umi, umi... Tak berubah langsung. Agaknya, title hajjah yang umi dapat tu, umi beli ke?"
Pang!
"Argh!"
"Anak kurang ajar! Kau kenapa, hah? Sejak bila kau pandai melawan cakap aku ni? Aku dah buat macam-macam kat kau, ini yang kau balas kat aku, Tina!" Terjelepuk Tina ke sisi kerusi di dapur selepas ditampar umi.
"Huh! Tina tak sangka umi sekejam ini. Sebab umilah, Tina banyak buat dosa. Semuanya sebab umi! Sampaikan..." Tina mengusap perutnya.
"Alhamdulillah... Tina bersyukur sebab anak dalam kandungan Tina ni dah gugur. Mungkin anak ni tak sanggup nak tengok perangai umi dan Tina yang kejam bila dia lahir nanti." Umi menjeling ke arah Tina yang menangis hiba.
"Sebab umilah, Tina jadi macam ni. Sebab umilah, Tina rosak. Semuanya sebab umi! Umi tak layak jadi umi!"
"Tina! Tina!" Tina berlalu meninggalkan umi sendirian.
"Sialan! Aku pulak yang dia nak ajar. Dasar anak tak sedar dek untung. Budak sial ni... Aku ingat dah mampus! Hidup lagi rupanya kau... Huh!" Keratan majalah di tangan, dikoyak kasar.
Semakin hari kebenciannya pada Kayla dan suaminya, semakin kuat. Entah kenapa dia bencikan anak sebaik Kayla. Adakah disebabkan suaminya yang dinikah atas bukan kehendaknya? Sedangkan, dia dan Haji Hamidon sah sebagai suami isteri dan sudah mempunyai seorang anak, iaitu Mikayla Marlisa.
'Apa yang aku dah lakukan pada Kayla dan suami aku? Kenapa aku terlalu bencikan mereka berdua? Apa dosa mereka pada aku?' Gumam umi. Melihat wajah di cermin, menampakkan wajah yang semakin kusam dan menua. Hilang sudah seri diwajahnya. Sejak sebulan dua ni, umi sering tidak sihat. Nak makan ubat, dah tak lalu.
'Kayla, maafkan umi, nak... Maafkan saya, bang... Saya bersalah. Saya terlalu ikutkan perasan saya... Umi rindu Kayla...' Gumam umi lagi sambil mengusap air matanya yang hampir tumpah mengingatkan anak bongsunya ketika ini. Mengikut perkiraan, sudah hampir enam bulan, Kalya dan suaminya keluar dari rumah mereka.
Entah di mana hendak dicari kedua beranak itu. Sejujurnya dia rindukan air tangan Kayla. Kayla berbeza dengan Tina. Kayla bijak, cantik dan Kayla rajin di dapur. Masakan Kayla ternyata berbeza dengan masakan Tina dan masakannya sendiri.
Kayla dilahirkan dari rahimnya. Tapi, entah kenapa, umi terlalu bencikan Kayla. Tidak tahu di mana silapnya sehingga Kayla dilayan tak ubah macam orang luar. Keluhan dilepaskan.
Majalah yang terpampang wajah Kayla, dikutip dan peluk erat. Jujur, umi rindukan Kayla. Tetapi, keegoan dan kebencian yang menebal dalam diri, membuatkan umi buang jauh-jauh perasaan rindu itu.
"Maafkan umi, Kayla... Maafkan ibu..."
Huk! Huk! Huk!
"Ya Allah, sayang... Perlahan sikit, minum tu..." Azroy menepuk-nepuk perlahan belakang Kayla.
"Mana ada saya minum laju. Tiba-tiba tersedak, nak buat macamana..."
"Okey, my bad.. Feel better, now?"
"Hurm... Thanks, awak..."
'Siapa pulak mengumpat pasal aku ni?' Gumam Kayla.
"Awak okey ke, Kayla?"
"Kenapa tanya macam tu? Dah tentu saya okey..."
"Takdelah. Awak macam memikirkan sesuatu." Kayla melepaskan keluhan.
"Tak elok mengeluh, sayang..." Usik Azroy.
"Anything to share with me?" Air mata Kayla mula bertakung di tubir mata.
"Sayang, awak kenapa ni? Cuba cakap dengan saya. Awak buat saya tak senang duduk, tau... Ceritalah. Saya nak dengar. Kalau saya boleh tolong, saya tolong..."
"Mikayla Marlisa..." Kayla mendongak.
"Ya Allah, sayang... Haish... Tengah menangis pun cantik. Macamana saya nak marah awak, sayang..." Kayla menundukkan kepala diusik Azroy. Tersipu-sipu menahan senyuman.
"Kan cantik ni, senyum macam ni... Senyuman awak ni, mahal tau. Jangan senyum kat orang lain macam ni. Senyuman ni hanya untuk saya je..." Kayla menjeling.
"Awak ni, Azroy. Saya serius ni..."
"Okey, okey... Apa dia? Cuba ceritakan..."
"Saya... Saya rindukan umi dan Tina..." Ujar Kayla.
"I knew it!" Terdongak Kayla.
"A...awak tahu?" Azroy angguk kepala.
"Nak saya temankan awak jumpa mereka ke?"
"Saya... Saya tak berani."
"Kenapa?"
"Saya masih ingat kata-kata umi dan Tina sebelum saya pindah keluar dari rumah tu. Sakitnya masih terasa, awak..." Ada getaran pada suara Kayla.
"Sayang, dah enam bulan berlalu, kan? Tak boleh ke awak lupakan apa yang dorang katakan?"
"Awak tak rasa, Azroy. Awak tak rasa sakitnya dihina, dikeji, dibuli, dipukul... Awak tak rasa peritnya melihat umi yang hanya membelek Tina dan tak hiraukan saya langsung. Saya macam orang luar je dalam rumah tu." Air mata Kayla mengalir jua. Nasib baik mereka di kawasan tertutup.
"Sayang, awak yang saya kenali seorang yang cukup kental, cukup kuat, cukup bersemangat. Kenapa kali ni, awak nampak sangat rapuh? Apa yang menghantui awak sebenarnya? Cuba cakap dengan saya..."
"Awak nak tahu kenapa?"
"Ya, saya nak tahu. Saya nak tahu apa yang menghantui fikirkan awak sampai awak keberatan nak menemui keluarga awak. Cuba cakap dengan saya agar saya faham." Kayla menggali nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan.
"Saya takut..." Dahi Azroy berkerut.
"Takut siapa dan kenapa?"
"Tina dan umi."
"Atas alasan?"
"Awak nak tahu tak, ramai yang tolak saya sebab Tina dan umi. Dua kali, pinangan untuk saya ditolak bila Tina memburukkan saya pada bakal tunangan saya."
"Kenapa dia buat macam tu?"
"Cemburu. Tina cemburu bila ada orang yang sukakan saya dan setiap kali ada kawan lelaki yang nak rapat dengan saya, Tina mainkan peranan dan akhirnya saya ditinggalkan begitu sahaja. Sebab tu, saya takde kawan lelaki atau perempuan. Kat pejabat pun, nasib baik ada Farah."
Huk! Huk!
"Awak ni..."
"Saya tak buat apa-apapun awak. Tiba-tiba je tersedak." Kayla mengusap belakang Azroy. Terpejam mata Azroy menerima sentuhan hangat cik tunang.
"Awak okey tak ni?"
"Okey. Thanks dear. Tersedak je..."
"Saya terluka sangat... Sangat-sangat, Roy. Benci sangat dorang dengan sayakan?" Rintih Kayla.
"Sayang, saya rasa, awak kena jumpa dengan umi, sayang."
"Saya... Saya tak nak..."
"Kenapa? Saya temankan awak, ya?"
"Saya tak fikir itu jalan terbaik."
"Awak takut Tina buat hal?" Kayla angguk kepala.
"Saya tak nak dia rampas awak dari saya, Roy. Saya tak nak kehilangan awak... Tina kejam. Dia takkan bagi peluang pada saya. Cukuplah saya dah lama bertahan dengan sikap dia selama ini." Azroy simpan senyum mendengar kenyataan dari cik tunang.
"Kenapa awak senyum sorang-sorang?"
"Takdelah. Rasa terharu dengar kenyataan dari tunang saya ni."
"Kenyataan apa?"
"Awak tak nak kehilangan saya?" Kayla menundukkan kepala. Malu bila diusik Azroy.
"In shaa Allah, Kayla. Awak takkan kehilangan saya. Itu janji saya."
"Awak janji?"
"Saya janji, sayang... Dah. Tak mu sedih-sedih macam ni... Orang memerhatikan awak je ni..."
"Ke...kenapa? Saya ada buat salah ke? Pakaian saya teruk sangat ke?"
"Sebab awak cantik sangat hari ni..." Tersipu-sipu Kayla.
"Awak... Jomlah balik. Abi tentu tengah lapar."
"It's okay, sayang. Saya dah suruh staff saya hantar makanan kat abi. Abi dah makan pun."
"Hah? Awak suruh orang hantar makanan?"
"A'ah."
"Awak, betul ke ni?"
"Ya, sayang. Abi dah makan. Kalau tak percaya, tengok ni. Staff saya siap ambil gambar dia makan dengan abi sekali." Video yang berdurasi sepuluh saat dihalakan ke arah Kayla.
"Thanks, awak... Risau saya. Sekejap lagi, ada shooting lagi. Takut tak sempat nak hantar makanan kat abi."
"Awak jangan risau. Selagi saya ada, saya akan bantu awak. Lagipun, abi pun dah macam abi saya juga."
"Auw... Sweetnya tunang saya ni..." Azroy kulum senyum.
"Dah ke? Kita dha kena gerak ke studio ni."
"Sayang, studio tu kat atas ni je. Bukan jauh sangat."
"Ya, saya tahu. Saya tak nak terlewat."
"Okey, okey. Saya faham... Tunang saya memang sharp on time..."
"Tahu takpe. Cepatlah..."
"Ya, sayang..."
"Dato Azroy..."
"Ya..." Azroy menoleh bila namanya disebut seseorang.
"Dato' Azroy Aiman?"
"Ya, saya. Cik siapa ya?"
"I, Nina..." Ujarnya sambil menghulurkan tangan pada Azroy.
"Maaf, saya tak bersentuhan dengan orang lain." Nina menahan malu apabila huluran tangannya tidak bersambut.
"Ops... I faham."
"Awak siapa ya?"
"Dato' tak kenal !?" Azroy menggeleng.
"Do I know you? Saya tak fikir saya pernah bertemu dengan you?"
"Dato, saya Nina, salah seorang model terkenal di Malaysia. Dan I salah seornag model yang menggayakan rekaan pereka fesyen hari ni..."
"Maksud awak, Karmila Khalishah?"
"Ya... Dato kenal dengan Cik Karmila?" Azroy kulum senyum. Malas nak jawab pertanyaan perempuan gedik di hadapannya. Sejujurnya, memang Azroy tak kenal langsung dengan perempuan di hadapannya ini.
'Cantik lagi tunang aku...' Gumam Azroy sambil menjeling.
"Dato... You free ke?"
"Kenapa?"
"I ingat nak ajak dato minum kat cafe. I belanja..."
"Sorry, saya dah minum tadi."
"Dato tak sudi ke?"
"Saya tak berminat. Lagipun saya takkan buatkan tunang saya terasa hati."
"Tunang?"
"Ya, saya dah bertunang dan bakal berkahwin sikit masa lagi."
"la, dato... Lelakikan boleh kahwin sampai empat."
"Itu pendapat orang yang kufur nikmat. Saya tak tamak. Cukuplah seorang wanita dalam hidup saya."
"Hahaha... Dato bercakap soal kesetiaan? Come on, dato... Tak kahwin pun tak mengapakan? Asalkan kita tak sunyi..."
"Itu pendapat orang yang takde agama. Tak tahu dosa pahala." Sindir Azroy sambil leka memerhatikan cik tunang yang menghala ke arahnya dan perempuan yang bernama Nina.
"Sayang, are you done?" Soal Azroy sambil merangkul pinggang Kayla.
"Dah... Err, siapa ni awak?"
"Entah. Dia tegur saya tadi." Nina mengepal penumbuk sambil menahan marahnya apabila Azroy mengatakan yang dia tidak mengenali Nina. Sedangkan baru tadi mereka berkenalan.
"You... Kayla... Model yang tengah meletup sekarang ni?"
"Taklah. Saya biasa je. Takde apa yang meletupnya."
"Err, saya Nina..."
"Or, Cik Nina... Saya, Kayla." Kayla menghulurkan tangan sebelum disambut Nina.
"Awak cantik sangat, Kayla. Patutlah Dato Azroy tak pandang I, tadi." Kayla simpan senyum.
"Taklah. Awak pun cantik, Nina... Err, awak... Beg saya mana?"
"Ni..."
"Nak air..."
"Sekejap." Azroy mengeluarkan sebotol air masak dari botol berjenama Tupperware dari beg Kayla yang dibelikan Azroy untuk cik tunang.
"Haus sangat ke?"
"A'ah. Kat belakang tu disediakan air. Tapi, awak tahukan saya tak minum air mineral sebarangan."
"Sorry, nanti saya inform dorang ya. Sorry, my bad."
"Takpe. Saya dah ada air ni pun dah cukup. Jangan susahkan orang lan. Tak baik."
"Awak ni, sayang. Baik sangatlah..."
"Ish, bukan macam tu. Awak tahukan saya tak suka susahkan orang lain. Selagi saya mampu, saya boleh je usahakan sendiri." Nina memerhatikan merpati dua sejoli di depannya.
"I jealous tau, tengok dato dan Kayla. Secocok sangat. Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua." Kayla tersimpul malu. Azroy masih merangkul pinggangnya.
"Hi cousin..." Tegur seorang wanita sambil merangkul lengan Azroy. Azroy beriak biasa. Tahu sanga perangai sepupunya yang seorang ni. Nina dan Kayla turut memusingkan tubuh melihat empunya diri yang merangkul lengan Azroy.
"Karmila Khalishah?"
"Cik Karmila?"
"Ya, saya Karmila Khalishah. Hai, Kayla... Hai, Nina..."
"Cik Karmila..."
"Ni, Dato Azroy Aiman, cousin kesayangan saya."
"Hah? Cousin?" Azroy simpan senyum.
"Awak..."
"Ala, Kayla... Relakslah. Dia saja je tak nak bagitahu awak. Dia takut awak tak nak terima dia."
"Awak ni... Tak baik buat saya macam ni." Azroy simpan senyum.
"Hurm... Untung awak, Cik Kayla..."
"You nikan, memang tak boleh tutup mulut, eh?"
"Ala rilekslah, Roy... By the way, baju yang you tempah tu, dah nak siap. Nanti boleh ajak Kayla fitting."
"Awak, baju apa?"
"Baju kahwin."
"Hah? Awak..."
"Ish, si Melly go slow ni... Suka tau pecahkan rahsia."
"Awak, betul ke?"
"Ya, sayang..."
"Err, dato, Kayla, Cik Karmila... Saya beredar dulu. Team production panggil tu."
"Silakan, Nina. Nice to meet you."
"Jumpa lagi, Nina..."
"Terima kasih." Nina berlalu dengan hati yang bengkak. Niat di hati nak sambar lelaki yang berpangkat. Senang nak hidup mewah. Ternyata Nina salah orang. Dato Azroy yang dia dengar, rupanya tunang Kayla, model yang baru meningkat naik.
"Haish... Melepas lagi... Apalah malangnya nasib aku ni... Aku tak cukup cantik ke?" Omel Nina sebelum berlalu.
"Awak... Ya, ini Melly go slow... Cousin saya... Dia yang saya upah untuk buat baju nikah kita."
"Dan sepasang baju special untuk you..." Tambah Karmila a.k.a. Melly.
"Hah?"
"Ala, tak payah terkejut sangat. Nanti dah siap, I bagitahu you..."
"Jadi, pakaian yang kami peragakan ni, semuanya rekaan Cik Melly?"
"Ya..."
"Kenapa saya tak tahu?"
"Ini semua artas arahan tunang kesayangan you ni... Bertunang pun senyap-senyap." Kayla menoleh ke arah Azroy.
"Ala, rilekslah... I bukannya tak nak bagitahu. Tapi, ni semuanya mengejut. Nanti, majlis kami, I ajak semua."
"You jangan lupa, Roy... Kalau tidak, I tak siapkan baju nikah you nanti."
"I janji..." Kayla masih mencerlung tajam ke arah Azroy.
"Sorry, sayang. Saya tak nak bising-bising. Saya nak awak terima saya sebab saya. Bukan sebab pangkat dan kedudukan."
"Tapi, saya tak macam tukan?"
"Ya, saya tahu. Sebab tu saya sayang awak." Kayla merona diusik encik tunang.
Sorry guys, ambil masa sikit nak update. Enjoy reading.
Share this novel
baru marathon ... hiiihi ... yg uc nnty ya sisturr
nama sedap karmila khalishah