BAB 4 - BGL - KENANGAN

Romance Completed 29589

"Kayla, demi Allah... Saya sukakan awak sebab Allah. Bukan sebab nafsu."

"Tapi, kita baru berkenalan, Roy... Keluarga awak tentu susah nak terima saya. Kena pulak keluarga saya macam ni, berpecah-belah... Malu saya nanti, Roy..."

"Kayla, kenapa itu yang awak baca. Keluarga saya tak pernah campur pun urusan saya, Kayla. Dorang semua memahami. Kalau tidak, masakan mama saya izinkan saya untuk benarkan awak tinggal di rumah inikan?" Azeoy cuba memancing Kayla.

"Azroy... Saya hargai perasaan awak. Tapi, boleh bagi saya masa? Saya perlu selesaikan semua ni dulu. Lagipun, saya dan abi baru je berpindah ke rumah nikan?"

"Saya minta maaf, Kayla. Jujur saya takde maksud pun nak buat awak terkejut macam ni. Saya hanya nak awak tahu yang awak tak keseorangan. Abi awak tak sendirian. Saya dan keluarga saya sentiasa ada menemani awak dan abi awak, okey?" Kayla menguntum senyuman.

"Thanks, Azroy... Saya tak sangka, awak bari saya kebahagiaan sebegini selepas saya dan abi menerima nasib sedih. Thanks again, Azroy. Saya terhutang budi pada awak dan keluarga awak. Malu saya... Apapun, saya doakan awak dan keluarga awak dipeermudahkan segala urusan."

"Aamiin... Thanks, Kayla. Dah, pergi makan. Saya tahu awak belum makan lagi."

"Err, awak?"

"Takpe. Saya akan makan kemudian."

"Tak! Tak boleh macam tu... Awak kena makan juga. Kalau tidak, saya pun tak nak makan." Ugut Kayla.

'Comel je dia...' Getus hati Azroy.

"Okey, okey. Saya makan sekali. Jom. Kesian abi awak makan seorang diri..." Kayla menguntum senyuman.

'Oh! I'm flattered!' Gumam Azroy.

Uwerk! Uwerk!

"Allah... Sakitnya tekak aku... Janganlah muncul waktu macam ni... Aku tak laratlah..." Omel Kartina sambil mengurut lehernya. Rasa mual dan loya menjadi-jadi sejak kebelakangan ni. Risau rahsia diketahui umi.

"Kenapa kamu ni, Tina? Dari hari tu lagi, umi dengar kamu ni asyik uwek, uwek..."

"Ala, umi ni. Tina tak sihat je... Kat madrasah tu, entah apa yang dorang masak tak... Tak sedap langsung... Ramai yang sakit perut, muntah-muntah."

"Ya ke ni, Tina? Kamu jangan macam-macam..."

"Eh, umi ni... Yelah. Tina kan tak pernah tipu umi?" Pujuk Tina seraya itu merangkul lengan uminya. Sejak semalam, Tina tak selesa dengan tekaknya kerana selalu terhidu bau yang kurang menyenangkan.

"Yelah. Umi nak keluar kejap. Nak pergi bayar duit kutu kat Mak Kinah kamu..."

"Eh, umi... Bercakap pasal Mak Kinah... Bukan si Kamal tu dah balik ke? Dia dah habis belajar rasanya."

"Kamal? Anak Mak Cik Kinah?"

"Ya, umi... Kamal, yang belajar kat oversea tu... Tina dengar dia dah balik sini. Dah habis belajar."

"Lar... Ya ke? Kenapa umi tak tahu pulak?"

"Umi ni... Selalu sangat bertenggek kat rumah Mak Senah tu, takkan tak dengar pasal si Kamal... Dorang cakap, Kamal bawa balik girlfriend orang putih."

"Oi... Kamu ni betul ke, Tina? Kamal tu bukan ke belajar jadi doktor kat luar sana..."

"Umi ni lembablah. Memanglah dia belajar kat luar negara tu jadi doktor. Takde masalah pun. Tapi, dia bawa girlfriend minah saleh, umi. Untung badan dapat si Kamal tu."

"Apa yang untungnya. Lawa sangat ke budak perempuan tu?"

"Entahlah, umi. Tapi, Kamal tu dah hemsem sekarang ni, umi. Dulu comot je. Sekarang, dah sado. Untung badan siapa yang dapat Kamal tu..."

"Hurm... Kamu ni bercakap pasal Kamal je... Berkenan ke?"

"Ish, umi ni... Takkanlah Kamal nak pandang Tina... Dia tentu nak cari yang sama level dengan dia. Tina ni setakat sekolah pondok je."

"Kalau sekolah pondok je pun, kenapa? Tak boleh? Anak umi ni kan cantik? Takkanlah takde orang berkenan... Jangan risau, Tina. Nanti umi cuba risik-risik si Kamal tu... Sekejap lagi, umi singgah rumah Mak Kinah, umi tanyakan Kamal. Manalah tahu, dia berkenan pulak kat kamu..."

"Ala, umi ni... Buat Tina malu je..." Rengek Tina tersipu-sipu.

"Dah, jaga rumah. Kejap lagi umi bagitahu khabar gembira kat kamu."

"Yelah, umi. Hati-hati umi. Tina nak mandi kejap. Berlengas badan ni."

"Jangan lupa kunci pintu ni, Tina. Umi ada bawa kunci lain."

"Baik, umi."

"Kamal... Aku dah lama tak jumpa kau, Kamal... Agaknya, kau ingat lagi tak kat aku..." Bebel Tina sendirian. Memang sejak dulu, Tina sukakan Kamal. Tapi, Kamal tak melayan sebab Kamal sukakan Kayla.

Ramai kawan-kawan lelaki di sekolah, mahupun di kawasan perumahan yang sukakan Kayla dari Tina lantaran sikap Tina yang selamba dan tidak kurang ajar. Kayla juga tidak gemar berpeleseran. Bukan Kayla anti sosial. Kayla cuma tak mahu melayan kawan lelaki atas arahan Tina atau Kayla akan berhadapan dengan uminya.

Kartina sejak dulu suka dikerumuni, sukakan perhatian berbeza dengan Kayla yang lebih suka merendah diri. Kayla lebih bijak dari Kartina yang memang malas belajar dan hanya mahu mencantikkan diri demi meraih perhatian yang lebih dari pelajar lelaki.

Pernah suatu ketika Kayla ditampar Tina hanya kerana Tina melihat Kayla berbual dengan Kamal. Tina menuduh Kayla merampas Kamal darinya. Sedangkan hakikat sebenar, Kamal sendiri sukakan Kayla. Kamal pernah luahkan perasaannya pada Kayla. Tapi, Kayla tolak selepas diugut Tina dan uminya.

Flashback #

"Eh, betina! Kau memang perempuan gatalkan?"

"Argh!" Tubuh Kayla ditolak kasar sehingga dia tersandar ke dinding sekolah.

"Dasar perempuan tak sedar diri!"

"Hei, Kak Tina ni kenapa nak tolak Kayla ni? Apa masalah Kak Tina?"

"Kau jangan nak buat tak tahu, eh! Kenapa kau layan si Kamal?"

"Apa masalah Kak Tina ni? Gila eh?"

"Aku gila? Kau tak gila? Sibuk gilakan boyfriend orang! Tak malu ke?"

"Hei, Tina! Awak ni tak malu ke asyik cakap saya boyfriend awak? Awak memang muka tak malukan? Apa masalah awak ni, Tina? Sejak bila saya cakap saya sukakan awak?"

"Ka...kamal... Saya dah lama sukakan awak, Kamal."

"Tapi, saya tak sukakan awak! Saya sukakan Kayla." Kayla menoleh ke arah Tina dan Kamal.

"A...apa yang awak merepek ni, Kamal?"

"Kayla, saya... Saya dah lama sukakan awak. Saya tahu ramai yang nak pikat awak. Tapi, saya ikhlas sukakan awak, Kayla."

"Kamal... Saya rasa awak dah salah faham ni. Saya tak pernah sukakan sesiapa. Kak Tina ni... Dia dah lama sukakan awak. Awak terima Kak Tina, ya?" Pujuk Kayla.

"Awak nak paksa saya sukakan Tina sedangkan dalam hati saya ada nama awak, Kayla."

"Hei! Korang berdua ni! Tak payah nak buat drama depan aku! Kau, Kayla. Tunggulah! Aku cakap dengan umi nanti." Ujar Tina sebelum berlalu.

"Kamal, awak tak boleh buat macam ni. Kak Tina tu dah lama sukakan awak..."

"Kayla, awak ni terlalu baik. Awak sanggup ketepikan perasaan awak sebab Tina? Awak rasa, kalau awak paksa saya, saya nakkan Tina ke?"

"Tapi..."

"Sudahlah, Kayla! Kalau awak tak nak terima saya, awak tak boleh nak paksa saya terima Tina! Mati hidup semula pun saya takkan terima Tina!" Kamal berlalu meninggalkan Kayla keseorangan.

"Allahuakhbar... Apa dah jadi ni? Masak aku kena dengan umi nanti..." Omel Kayla.

"Hah! Baru balik?"

"Ya, umi. Kayla ada kerja kat sekolah tadi." Ujar Kayla.

"Bukan kau menggatal dengan si Kamal?" Soal umi dengan rotan panjang di tangan. Tina sedang tertawa kecil sambil merangkul lengan umi.

"Jangan fitnah, Kayla... Kayla tak buat. Kamal cuba minta Kayla tolong untuk hiasan kat sekolah sempena Hari Guru nanti."

"Yelah tu! Umi jangan percaya Kayla, umi. Tina nampak dorang bermesraan. Bila Tina tegur, Kayla marah Tina. Lepas tu, dia tolak Tina, umi... Sakit belakang Tina..."

"Hei! Kenapa Kak Tina cakap macam tu? Kayla tak buat pun apa yang Kak Tina cakap. Kak Tina yang tolak Kayla sampai Kayla terhantuk ke dinding." Kayla cuba mempertahankan dirinya sendiri. Muka umi dah menyinga. Kayla tahu umi takkan percayakan cakap Kayla.

"Dia tipu, umi."

"Umi, kalau umi tak percaya, umi tanya Kamal sendiri. Kamal ada sebagai saksi."

"Jadi, betullah kau ada skandal dengan Kamal?"

"Tidak, umi. Kayla takde apa-apa hubungan pun dengan Kamal. Percayalah, umi... Kayla tak tipu." Rayu Kayla.

"Dasar anak tak sedar diri! Kalau aku tahu macam ni perangai kau, dari kecil lagi aku dah bunuh kau. Kau tahu tak?"

"Umi, sampai hati umi cakap Kayla macam tu. Kayla tak salah, umi. Kayla tak buat apa yang Tina cakap. Dia tipu, umi!"

"Berani kau cakap Tina menipu? Nah! Rasakan! Ini sebagai hukuman untuk anak tak sedar diri macam kau!"

Zap! Zap! Zap!

Libasan demi libasan singgah di tubuh Kayla. Tina hanya tertawa kecil melihat Kayla dilibas tanpa henti.

"Ah! Umi, sakit umi! Kayla tak buat semua tu! Umi, jangan! Sakit... Demi Allah, Kayla difitnah..." Tangisan Kayla bergema di ruang tamu ruang dua tingkat itu.

"Berani kau buat macam tu kat anak aku! Kau ingat, kau siapa?"

"Umi, Kayla ni bukan anak umi, ke?" Tangisan Kayla semakin menyesakkan.

"Kau bukan anak aku! Kau anak yang aku tak pernah terima kewujudan kau!"

Zap! Zap!

"Allahuakhbar... Apa salah dan dosa aku, Ya Allah?" Rintih Kayla sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Zap!

"Umi, sakit! Aduh... Umi, tolong Tina!" Semua terkejut bila terdengar jeritan Tina yang merintih sakit.

"Hei, Haji Hamidon! Awak buat apa ni? Kenapa awak pukul anak saya?"

"Anak awak? Kayla bukan anak awak, Hajah Kamariah?"

"Budak sial tu anak awak! Bukan anak saya!" Ujar umi selamba sambil memeluk Tina yang merintih kesakitan.

"Astaghfirullahalazim... Mengucap, Kamariah. Mengucap..."

"Umi... Sakitnya..."

"Macam tulah sakitnya Kayla dilibas umi kamu, Tina. Berani kamu fitnah adik kamu, Tina. Itu baru satu libasan, Kartina. Sedangkan Kayla menerima lebih libasan dari kamu." Suasana sepi seketika. Umi mencerlung tajam ke arah abi.

"Berani awak pukul anak saya!"

"Ya! Budak ni yang sepatutnya mati bukannya Kayla. Dasar budak tak sedar dek untung. Belajar malas, bodoh! Tapi, dia jugalah yang awak menangkan selama ini... Apa nak jadi dengan awak, hajah oi..." Ujar abi sambil mendapatkan Kayla yang menahan kesakitan bersama kesedihan.

"Bawak mengucap, Kamariah, oi... Ingat tuhan. Istighfar... Awak kalau dengan Kayla, macam musuh awak buat. Dengan Tina, bukan main sayang awak lagi. Ibu jenis apa awak ni, Kamariah?"

"Hei, orang tua! Tak payah nak ajar sayalah! Budak tu yang banyak dosa! Patut diajar dengan lebih teruk lagi. Itu baru sikit saya bagi, tau!" Menggeleng abi dengan perangai isterinya yang tidak pernah berubah.

"Eloklah tu, Kamariah. Orang dah balik haji ni dah bergelar haji atau hajah sepatutnya perangai awak, bertambah baik. Bukan semakin teruk, hajah oi. Apa nak jadi dengan awak? Awak tak henti-henti nak seksa budak ni? Apa salah dia, Kamariah?"

"Tulah awak! Kalau saya ajar sikit si Kayla tu, awak menangkan dia. Patutlah budak tu banyak lemak." Ujar umi sambil menjeling.

"Patut si Tina tu yang awak ajar! Budak tu dahlah malas! Malas nak masuk dapur, malas nak belajar. Asyik nak cari jantan je! Tak ubah macam awak, Kamariah! Awak tak malu ke Kamariah?" Tina menelan air liurnya berkali-kali. Bimbang rahsia yang selama ini disimpan rapi, terbongkar.

"Tak payah nak ajar sayalah orang tua!"

"Awak lupa ke awak tu lagi tua dari saya tiga tahun, Kamariah?" Sindir abi.

"Umi... Sa...kit..." Rintih Tina.

"Huh! Mari Tina. Umi letak ubat."

"Huh! Dasar orang tua tak sedar diri! Dia yang tua, kita pulak yang dituduh tua!" Bebel abi.

"Kayla... Kayla boleh bangun?"

"In shaa Allah, abi..."

"Maafkan abi, Kayla. Abi lambat sampai..."

"Takpe, abi. Kayla okey je. In shaa Allah..."

"Bangun... Masuk bilik kamu. Lepas tu, ambil krim ni, sapu kat tempat sakit tu."

"Terima kasih, abi..."

"Sama-sama..." Kayla berlalu masuk ke bilik sambil menahan sakit. Abi hanya mampu melepaskan keluhan. Entah apa yang dibencikan sangat isterinya pada Kayla. Sedangkan Kayla juga anak kandung yang lahir dari rahimnya sendiri.

Flashback end #

"Hai, Kamal..."

"Assalammualaikum..." Berubah wajah Tina mendengar salam yang diberikan Kamal.

"Bila sampai?"

"Tak reti nak jawab salam ke? Macam ni ke budak sekolah pondok?"

"Waalaikumussalam... Bila awak sampai?"

"Dah beberapa hari dah."

"Awak sihat?"

"Sihat tapi terus tak sihat bila nampak kau." Berubah lagi wajah Tina disindir Kamal.

"Kamal, siapa perempuan tu?"

"Kenapa busy body?"

"Kamal, awak tahukan saya sukakan awak, sayangkan awak..."

"Hah! Suka? Sayang?" Tina angguk laju.

"Awak ni memang dari dulu syok sendirikan?"

"Kamal... Awak ni kenapa susah sangat nak terima saya?"

"Hei, Tina! Saya hanya akan terima Kayla sahaja dalam hidup saya! Nama awak, sikit pun takde dalam list saya, tau!" Ujar Kamal sebelum berlalu.
"Kamal! Kamal!" Kamal tidak mengendahkan panggilan Tina.

"Ish! Bodoh punya jantan! Budak tu juga yang dia nak! Aku punya cantik, gebu ni, sikit pun dia tak heran! Balik-balik, si kayla. Kayla, Kayla, Kayla... Entah apalah si Kayla bagi kat kau, Kamal... Sampai kau sibuk nakkan si Kayla tu..." Bebel Tina.

"Takpe. Aku akan buat kau kahwin dengan aku... Ini, Tinalah..." Omel Tina lagi dengan senyuman penuh jahat.

Dah siap baca? Amacam? Jangan kecam sis, ya? Enjoy guys...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience