BAB 8 - BGL - PERTENGKARAN

Romance Completed 29589

"Kenapa you tak pakai gelang Pandora tu? I percaya, itu mesti gelang kegemaran semua gadis macam you."

"Saya tak berminat sebenarnya." Kayla cuba menipu. Enggan menyakiti hati encik tunang.

"Apa maksud you, Kayla?"

"Tuan, saya tunangan orang. Saya rasa tuan tentu tahu pasal saya dah bertunangkan?"

"I don't care, Kayla. Selagi you belum jadi isteri orang, I tak peduli. Sedangkan orang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula sekadar bergelar tunangan orang." Sindir Qaizer.

"Tuan boleh cakap apa sahaja. Ini... Saya kembalikan semula hadiah tuan pada saya sempena hari lahir saya yang lalu. Saya tak nak. Saya tak nak melukakan hati tunang saya dengan perkara remeh macam ni..." Kotak yang berisi gelang Pandora, ditolak perlahan ke arah Qaizer.

"Huh! You tolak hadiah pemberian I?"

"Yap! Saya tak nak orang salah faham dengan saya lagi."

"Kayla, you tak boleh buat I macam ni... I dah sukakan you..."

"Sorry, tuan Qaizer... Dua tahun saya kat sini, tuan tak pernah nak bertegur sapa dengan saya. Bukan kata nak tegur, nak pandang saya, tuan tak sudi. Kenapa tiba-tiba tuan berminat nak kenal dengan saya? Kenapa tiba-tiba bagi hadiah pada saya? Apa motif tuan sebenarnya?"

"What do mean, Kayla?"

"Apa motif tuan? Tuan bagitahu saya apa motif tuan dan saya akan bagitahu tuan apa maksud saya. Deal?" Soal Kayla tanpa berbasi-basi.

"You cabar I, Kayla?"

"Whatever, Tuan Qaizer. Tuan takde hak nak paksa saya terima tuan sedangkan saya sudah mempunyai tunang."

"Tapi, you baru bertunang, Kayla. Bukannya berkahwin. Sedangkan orang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula, baru bertunang?"

"Tuan pernah bertunang?" Qaizer menggeleng.

"Pernah berkahwin?" Qaizer menggeleng lagi.

"So, you better keep your mouth shut!" Terkedu Qaizer mendengar suara Kayla yang semakin meninggi. Ini kali pertama Kayla menaikkan ton suaranya pada Qaizer dan perasaan marah itu jelas kelihatan di wajah bujur sireh Kayla.

"Saya dah lama bertahan dengan tuan. Saya minta sangat jangan cabar kesabaran saya. Tuan belum kenal siapa saya yang sebenar!" Bentak Kayla dengan penumbuk yang dikepal.

"So, betullah kata orang yang you ni perempuan murah? Gadis litar, minah rempit?" Kayla menghadiahkan sengehan dengan soalan kurang ajar Qaizer.

"Tuan boleh cakap apa sahaja pasal saya. Saya tak kisah. Tuan nak tuduh apa sahaja, silakan. Cuma satu nasihat saya, jangan pandang saya sebelah mata, Tuan Qaizer Qabil..."

"Huh! Tak sangka I bertemu dengan gadis macam you."

"Gadis macamana maksud awak, Tuan Qaizer Qabil? Tuan ingat saya macam perempuan yang biasa tuan jumpa kat kelab-kelab malam ke?" Ada riak terkejut terpampang di wajah Qaizer.

"Saya tahu apa niat lelaki gersang macam tuan ni... Tuan sanggup bertaruh untuk mendapatkan saya. Hah! Ingat saya tak tahu?"

"You... You jangan sengaja nak naikkan darah I, Kayla?"

"So, what? Tuan ingat tuan anak saudara pada Tan Sri, saya kena tunduk pada kemahuan tuan yang mengarut ni?"

"Dasar perempuan murah!"

"Dasar jantan gersang! Nak sangat betina murah, pergi kelab malam sana. Pergi cari betina murah tu kat sana, kat tempat yang selalu tuan pergi untuk berfoya-foya!" Berombak dada Kayla menahan amarahnya.

"You..." Qaizer menuding ibu jarinya ke wajah Kayla.

"You, what? Ingat Tuan Qaizer... Saya bukan perempuan murah macam betina kat kelab yang selalu tuan peluk, tuan pegang. Saya, Mikayla Marlisa... Saya pantang dicabar lelaki dayus macam tuan!"

"Huh! You akan menyesal, Kayla! You akan menyesal!"

"Berambus! Blah!!!" Tersentak Qaizer bila dia dijerkah Kayla yang mula berubah sikapnya. Qazer benar-benar tergamam dengan perubahan Kayla. Jelas kelihatan wajah merah Kayla yang sedang menahan air matanya dari mengalir.

Bam!

Tersentak tubuh Kayla bila pintu biliknya dihempas. Air mata Kayla mengalir juga usai Qaizer keluar dari biliknya. Terhinjut-hinjut tubuh Kayla menahan esakannya.

"Awak, okey ke Kayla?" Suara seorang lelaki mengganggu gegendang telinganya. Lantas Kayla mengusap air matanya dengan segera bagi mengelakkan dilihat orang lain.

"Tan Sri..." Beria-ia Kayla mengusap air matanya dari terus mengalir di hadapan Tan Sri Rais, bapa saudara Qaizer.

"What happened to you, Kayla?"

"Saya... Saya..." Esakan Kayla mula kedengaran. Ada perasaan bersalah mula bersarang di hati Tan Sri Rais. Tan Sri Rais tak sangka Qaizer sekejam itu. Sanggup Qaizer menghina Kayla hanya kerana Kayla enggan menerima Qaizer dalam hidup.

"Kayla, nangislah... Lepaskan semuanya."

"Saya minta maaf, tan sri. Saya... Saya terkilan dituduh perempuan murah. Saya buka perempuan murah, bukan perempuan rempit. Saya bukan gadis litar, tan sri. Saya hanya nak jadi diri saya sendiri, tan sri. Saya tak minta nak dipuja atau dipuji orang. Kenapa hina saya macam tu? Hinakah saya sebab bawa motor besar macam tu? Hinakah saya sebab tak cantik macam orang lain?" Esakan Kayla semakin kedengaran. Farah yang menemani Tan Sri Rais ke bilik Kayla, hanya menundukkan wajahnya.

Sejujurnya, dia kesiankan Kayla. Dia sendiri tidak sukakan dengan Qaizer lantaran sikap bongkaknya. Segalanya yang berlaku tadi, sempat dirakam Kayla menggunakan telefon bimbitnya, sebagai langah berjaga-jaga. Dalam diam, Farah turut merakam aksi perkelahian antara Kayla dengan Tuan Qaizer. Farah dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku sebaik sahaja Qaizer muncul di dalam bilik Kayla tanpa sebab.

"Kayla, saya akan bagi amaran keras pada Qaizer." Terdongak kayla mendengar kata-kata Tan Sri Rais. Air mata diusap laju dengan tapak tangannya. Kayla hanya mengangguk laju.

"Terima kasih, tan sri." Tan Sri Rais angguk laju.

"Err, tan sri..."

"Ya, Kayla..."

"Kalau saya nak minta tukar department, boleh?"

"Kenapa? Awak tak nak jumpa Qaizer lagi?"

"Itu yang sebaiknya, tan sri. Saya itu jalan terbaik sebelum keadaan semakin melarat. Atau, saya rasa, meletakkan jawatan adalah perkara utama."

"Jangan, Kayla... Jangan... Awak permata dalam syarikat ni. Sebab awak, banyak tender yang kita dapat. Ya, saya akui, Qaizer anak buah saya. tapi, jujur saya katakan, kehadiran Qaizer disini, sekadar menjadi pelengkap sahaja. Tidak ada apa yang saya nampak Qaizer lakukan melainkan mengarahkan orang lain melakukan kerjanya." Kayal hanya mendiamkan diri.

"Jadi, saya rayu awak, Kayla... Jangan letak jawatan. Saya akan bagi amaran keras pada Qaizer. Saya tak kira samada dia anak buah saya atau siapa sahaja dia... Saya akan bertindak mengikut lunas undang-undang. Itu janji saya..."

"Baiklah... Saya ikut kata tan sri. Tapi, andai saya tak mampu bertahan, saya harap tan sri faham keadaan saya."

"Baik, Kayla. Saya minta maaf sekali lagi bagi pihak Qaizer. Saya takkan biarkan Qaizer ganggu awak lagi."

"Terima kasih, tan sri..."

"Sama-sama, Kayla. Jangan fikirkan sangat hal ni. Saya tahu, awak mampu tangani masalah ini. Saya tahu awak kuat... Jadi, teruskan kerja awak macam biasa. Pedulikan orang macam Qaizer tu. Dia tak mendatangkan hasil pun."

"Hurm..." Kayla angguk laju.

"Saya percayakan awak, Kayla. Awak orang kepercayaan saya. Jangan mengalah dengn benda-benda remeh ni. Saya tahu awak terluka dengan kata-kata Qaizer. Tapi percaya cakap saya, awak takkan rugi pun kalau takde kawan macam Qaizer tu."

"Ya, tan sri. Saya faham."

"Okey, Kayla. Saya keluar dulu. Jangan lupa, rehat secukupnya. Awak ada presentation esokkan?" Kayla angguk kepala.

"Good luck, Kayla."

"Thanks, tan sri." Tan Sri Rais melangkah keluar dari bilik Kayla.

"Farah, tolong tengokkan Kayla untuk saya."

"Baik, tan sri." Sempat Tan Sri Rais tinggalkan pesanan pada Farah selaku pembantu peribadi Kayla.

"Cik Kayla okey?"

"In shaa Allah. Saya okey, Farah. Terima kasih."

"Saya risaukan Cik Kayla. Tak sangka, Tuan Qaizer sanggup cakap macam tu pada Cik Kayla..."

"Takpe, Farah. Saya dah lali. Cuma, saya kesal dengan sikap tak matang Tuan Qaizer. Hanya kerana saya enggan menerima hadiah pemberian dia, saya dituduh perempuan murah. Hina sangat ke saya di mata dia? Saya tak dia sebab saya dah bertunang. Kenapa dia tak nak faham?"

"Tuan Qaizer cakap apa ada Cik Kayla?"

"Dia tuduh saya minah rempit, gadis litar hanya sebab dia terdengar kata orang. Sakit hati saya, Farah. Jelas dia tidak matamg walaupun umur dah hampir tiga puluhan."

"Sampai hati Tuan Qaizer..."

"Saya malas nak cakap pasal dia lagi. Hati saya terluka. Benar-benar terluka. Dia suka hati tuduh saya macam tu, sedangkan saya bukan gadis litar. Saya suka menunggang motor berkuasa besar. Salah ke saya minat macam tu? Saya tak ganggu orang pun. Jadi, apa masalah dia sampai nak hina saya?"

"Cik Kayla tak perlu bagi muka dekat Tuan Qaizer lagi. Saya tahu Tan Sri Rais dah janji nak tegur diakan? Biarkan je. Orang macam Tuan Qaizer tu, perlu diajar. Biar dia tahu cara nak hormat orang. Jangan ingat dia anak buah orang kenamaan, dia boleh sesuka hati je nak hina orang."

"Entahlah, Farah. Saya tak faham orang macam ni... Apa yang dia tak puas hati dengan saya pun, saya tak tahu."

"Cik Kayla pedulikan je... Dia baru anak buah tan sri... Saya ada sepupu yang kelaurga dia memang dari kalangan orang kaya. Sama je macam keluarga Tan Sri... Tapi, sepupu saya tu, relaks je. Adik-beradik dia yang lain pun tak macam anak orang kaya. Dorang stay humble... Takdelah nampak mewah. Tak pernah menunjuk-nunjuk kekayaan dorang walaupun dorang memang kaya-raya. Cousin saya tu baru je bertunang dengan orang biasa. Takde masalah pun."

"Lain orang lain hatinya, Farah. Qaizer ni spesis buaya. Lepas tu, dia ingat apa yang dia nak tu kena jadi milik dia. Sorry... Hell no!"

"Cik Kayla jangan risau. Saya tahu, Cik Kayla kuat, kental orangnya. Super womankan?" Seloroh Farah.

"Banyaklah awak, super woman... Saya ni orang biasa je. Tapi, masih punya hati dan perasaan. Ada masanya saya kalah bila sering dihina, dicaci. Saya dah letih, Farah. Hati saya tak kuat. Tapi, saya kena lawan juga perasaan tu."

"Saya faham, Cik Kayla. Cik Kayla jangan susah hati, ya? Lepas ni, kalau dia datang lagi, saya akan pastikan saya akan teman Cik Kayla. Ke mana saja Cik Kayla pergi, saya akan teman Cik Kayla. Lagipun, tan sri dah arahkan saya untuk tengok-tengokkan Cik Kayla."

"Hah? Tan sri suruh awak tengokan saya?" Farah mengangguk. Kayla tertawa kecil.

"Nak buat apa?"

"Entah. Tapi, saya rasa, ini ada kaitan dengan kejadian tadi."

"Pasal tadi?"

"Tuan Qaizer... Tadikan dia kacau Cik Kayla."

"Tapi, macamana tan sri tahu pasal Tuan Qaizer?"

"Emm, sebenarnya, Cik Kayla. Tadi, tan sri ada di bilik sebelah, di bilik Cik Lina... Tan Sri dengar semuanya." Kayla tergamam.

"Jadi, awak dan tan sri dengar pertengkaran kami?"

"Ya, Cik Kayla. Sebab tu, tan sri masuk bilik Cik Kayla sebaik sahaja Tuan Qaizer keluar tadi."

"Patutlah. Saya terkejut bila tan sri tiba-tiba muncul kat bilik saya."

"Takpe, Cik Kayla. Biar tan sri tahu sendiri dari tan sri dengar dari mulut orang lain. Sekurang-kurangnya, Cik Kayla ada sebab yang kukuh kenapa Cik Kayla marahkan Tuan Qaizer tak guna tu."

"Ish, tak baik cakap macam tu, Farah."

"Cik Kayla ni, baik sangat. Sebab tu, jantan ngok ngek tu kacau Cik Kayla. Kalau sayalah... Hurm... Tak tahulah apa yang akan saya lakukan. Silap haribulan, saya dah tampar muka Tuan Qaizer tu. Tak boleh panas, konon... Porah!"

"Hahaha... Awak ni, Farah... Kelakarlah..."

"Cik Kayla ni, senang betul move on, kan? Kalau saya, mau tiga hari tiga malam menangis meraung marahkan jantan tak berguna tu..." Bebel Farah.

"Sudahlah tu. Pergi sambung kerja. Esok saya ada presentation. Data saya awak dah masukkan, Farah."

"Hihihi... Sikit lagi Cik Kayla. Sat lagi saya hantar ke email Cik Kayla, ya... Sorry, Cik Kayla..." Ujar Farah sebelum berlalu. Kayla hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum dengan gelagat pembantu peribadinya.

Sorry, guys... Lewat update Enjoy reading...

Share this novel

DHIA AMIRA.
2023-09-22 22:39:50 

huhuhu

DHIA AMIRA.
2023-09-22 20:50:16 

tp org mcm qaizer tu xknal erti kalah ... bware kayla

DHIA AMIRA.
2023-09-22 20:49:05 

satu lg yg pneman plumba tu tp tu kna seksi huhuhu ...


NovelPlus Premium

The best ads free experience