"Kau ni kenapa, Qai? Kau okey ke? Aku tengok dah sebulan dua ni, kau lain macam sangat..."
"Aku... Aku perlukan dia, Jak... Aku perlukan dia. Aku terlalu rindukan dia..."
"Siapa yang kau maksudkan? Kau jangan cakap yang kau masih ada hati dan perasaan kat Datin Kayla... Bini orang tu, bro... Berdosa simpan perasaan kat isteri orang..." Nasihat Ajak selaku rakan kongsinya di kelab.
"Tak. Bukan dia... Aku dah lama lepaskan dia jauh dari hati aku ni... Sumpah, Jak... Aku dah takde perasaan lagi kat Kayla. Aku sedar, dia isteri orang."
"Jadi, siapa yang kau maksudkan?"
"Qila..."
"Qila? Budak IPTA yang kau dah rosakkan tu?" Lambat Qaizer anggukkan kepala.
"Kau angau dengan dia?"
"Aku... Aku tak tahu, Jak... Tapi, selepas malam tu, aku langsung tak jumpa dia. Aku nak cari dia. Aku nak tebus kesalahan aku pada dia..."
"Kau tak cari dia kat tempat call girl tu?"
"Dah... Aku dah cari. Boss dia cakap, lepas Qila jumpa aku, Qila langsung tak berhubung dengan dia. Aku tak tahu kat mana nak cari dia, Jak... Aku..."
"Kau dah rindukan dia?" Qaizer anggukkan kepalanya.
"Kau dah jatuh cinta pada Qila?" Qaizer mendongak.
"Betulkan, kau dah jatuh cinta pada Qila?" Lambat Qaizer anggukkan kepalanya.
"See... Aku tahu, bro. Tapi, kenapa lambat sangat kau nak cakap. Kalau kau cakap awal-awal, mungkin aku boleh bantu kau..."
"Aku takut. Aku bertepuk sebelah tangan. Dan yang paling aku bimbangkan, Qila... Aku takut dia mengandungkan benih aku..."
"Kau nak cakap, kau..."
"Ya, Jak. Aku lelaki pertama yang usik Qila. Tak mustahil Qila tak mengandungkan anak aku..."
"Jadi, kau cari dia sebab nak tebus kesilapan kau, macam tu?"
"Bukan sekadar tebus. Aku nak kahwini Qila. Aku nak bertanggungjawab pada Qila. Sejujurnya, aku dah jatuh cinta pada Qila, Jak..." Ajak mengukir senyuman.
"Pertama kali, kau jujur dengan aku..." Bahu Qaizer ditepuk perlahan.
"Kau ada gambar Qila?" Qaizer menggeleng.
"Tapi, aku takkan lupa seraut wajah yang membuatkan aku angau pada Qila..."
"Payah juga aku nak tolong, Qaizer. Kau takde gambar dia. Macamana aku nak tahu, itu Qila yang kau cari?"
"Aku ingat suara dia. Aku kenal rupa Qila walaupun tanpa secalit make-up."
"Confirm kau angaukan Qila..."
"Aku cakap betul, Jak. Aku nak cari Qila. aku tak tahu kenapa aku gilakan sangat dengan si Qila ni..."
"Kau tak nak cari kat kampung dia?"
"Dia anak yatim piatu, Jak. Takde family."
"Hurm... Memang payah kalau macam ni..."
"Takpe. Aku akan usaha sendiri."
"Jangan macam tu, bro. Kalau kau perlukan bantuan aku, kau cakap je. In shaa Allah, aku akan tolong kau."
"Thanks, Jak..."
"No sweat, bro..." Qaizer melepaskan keluhan.
"Kat mana aku nak cari kau, Qila? Apa yang kau dah buat kat aku, Qila?" Qaizer meraup wajahnya. Bayangan Qila sentiasa mengekori Qaizer. Sehinggakan Qaizer selalu bermimpikan Qila yang meminta bantuannya.
"Hai hemsem..." Seorang GRO yang dikenali sebagai Melly, mendekati Qaizer.
"Aku tak berminat dengan kau... Berambus!"
"Qai, kenapa ni? Selalu, you okey je dengan I?" Dada Qaizer diraba-raba dengan hujung jarinya yang diwarnakan merah menyala.
"Selalunya... Tapi, hari ni aku takde mood. Blah!"
"I tahu macamana nak handle mood you... Kita ke bilik I, jom..."
"Not interested!"
"Qai... You tak pernah tolak pun permintaan I selama ni? What's wrong with you?"
"Aku tak nak, kau faham tak? Jangan paksa aku! Aku tak berminat. Blah, sebelum aku mengamuk."
"Huh! Tak habis-habis dengan mengamuk you... Blahlah! Banyak lagi jantan lain..."
"Berambuslah!" Qaizer melangkah keluar dari kelab dangdut iu. Tak tahu ke mana arahnya selepas ini. Nak pulang ke rumah pun, takde teman lantaran dia duduk seorang diri di kondo.
"Eh! Itu macam... Tak mungkin... Takkan dia..." Qaizer sedikit tersentak melihat kelibat seseorang yang dia kenali sedang mencuci pinggan di restoran mamak tidak jauh dari kawasan kondo Qaizer memberhentikan kenderaanya sebelum memerhatikan tingkah gadis itu.
"Tapi, perut dia tak buncit... Bermakna dia tidak mengandung." Bebel Qaizer sendirian.
"Tapi, wajah dia saling tak tumpah macam Qila.." Omel Qaizer sendirian. Sehingga ke jam tiga pagi, Qaizer leka memerhatikan Qila.
"Aku mesti cari Qila. Aku mesti bertanggungjawab pada Qila." Ujar Qaizer. Sebaik sahaja Qila habis kerja tepat pukul tiga pagi, Qaizer mengekori Qila sehingga tiba di sebuah rumah setinggan yang kelihatan sangat uzur. Qaizer menelan air liurnya.
"Tuan siapa? Kenapa ekori saya?" Qila terkejut bila kelibat manusia berada di belakangnya sebaik sahaja dia tiba di rumah.
"Qila..." Qila menelan air liurnya yang berpasir.
"Awak, Qila? Betulkan..."
"Tuan salah orang. Saya bukan Qila... Saya, Laila..."
"Tak... Awak tipu. Saya kenal awak..."
"Maaf, tuan. Tak manis ikut saya balik sampai ke rumah. Dah nak hampir subuh ni..."
"Bagitahu saya yang awak Qila..."
"Maaf, tuan. Saya Laila... Bukan Qia..."
"Qila... Saya tahu, awak Qila. Saa dah lama mencari awak, Qila." Tangisan Qila pecah akhirnya.
"Untuk apa, tuan? Untuk apa tuan cari saya? Saya dah takde apa-apa yang berharga untuk saya serahkan pada tuan lagi. Hidup saya dah musnah, tuan. Pulanglah..."
"Qila..." Qaizer memeluk kaki Qila. Qila terkejut.
"Tuan, lepaskan saya, tuan. Jangan buat macam ni... Lepaskan saya." Rayu Qila bila kakinya dipeluk Qaizer dengan tangisan yang menyesakkan.
"Qila, maafkan saya, Qila. Maafkan saya. Saya dah ragut kesucian awak. Saya dah rosakkan hidup awak. Tolong maafkan saya."
"Tuan, bangun tuan. Jangan malukan diri tuan. Saya yang bersalah. Saya yang sanggup terima kerja bodoh tu demi wang. Saya terpaksa... Bukan salah tuan. Jangan malukan diri, tuan."
"Qila, ikut saya balik rumah saya."
"Nak... Nak buat apa, tuan? Saya dah tak buat kerja tu lagi..."
"Saya tahu. Saya nak bertangungjawab pada awak, Qila... Saya dah lama cari awak. Awak tinggalkan saya tanpa sebarang berita. Merata saya cari awak." Qila melepaskan keluhan. Qila melabuhkan punggung di tepi pintu rumah setinggannya.
"Tak perlu, tuan. Saya bukan Kayla. Saya Qila... Saya tak layak untuk lelaki seperti tuan. Saya terima segala takdir yang ditentukan untuk saya."
"Qila, saya minta maaf, Qila. Demi Allah, selepas awak, saya tak pernah berssama dengan mana-mana perempuan. Kayla, hanya kenangan lama saya. Saya dah lama lupakan dia semenjak kehadiran awak Qila..."
"Maafkan saya, tuan. Sejak malam itu, saya nekad tak nak serahkan diri saya pada mana-mana lelaki lagi. Saya dah salah pilih jalan. Saya akui, memang nak cari duit tu mudah. Tapi, jalannya sahaja yang salah. Saya tak sanggup. Sebab itu saya tinggalkan tuan. Saya rasa berdosa, tuan." Qila menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya.
"Boleh saya tanya sesuatu?"
"Pelajaran awak?" Qila tersenyum sedikit.
"Awak dah berhenti?"
"Ya, tuan. Saya terpaksa lupakan cita-cita saya. Saya tak sanggup nak belajar dengan wang yang tidak berkat. Saya bimbang, saya tak dapat belajar dengan tekun selepas mendapat wang yang banyak."
"Awak... Awak..." Qila mengerutkan dahinya melihat keadaan.
"Saya tahu apa yang tuan maksudkan..."
"Ya, saya disahkan mengandung selepas sebulan kita bersama."
"Anak saya?"
"Demi Allah, tuan orang pertama yang sentuh saya dan yang terakhir." Qaizer meraup wajahnya.
"Tapi, Allah lebih sayangkan anak saya. Dia pergi sebelum sempat keluar melihat dunia."
"Maafkan saya, Qila. Saya bersalah pada awak. Saya berdosa..." Rintih Qaizer seraya itu melutut di hadapan Qila.
"Maafkan saya, Qila. Tolong maafkan saya. Saya rindukan awak, Qila. Saya tak tahu kenapa saya tak dapat melupakkan awak, Qila. Anak kita... Anak kita... Ya Allah, berdosanya, aku, Ya Allah..." Rintih Qaizer.
"Tuan, bangunlah tuan. Bangunlah. Jangan macam ni, tuan..."
"Saya akan bangun kalau awak setuju untuk kembali pada saya. Saya nak awak ikut saya balik. Saya akan halalkan awak, Qila..." Qila terkedu, tergamam mendengar kata-kata Qaizer.
"Tuan, jangan main-mainkan perasaan saya, tuan. Saya tak sanggup nak ditipu lagi. Saya tak berdaya nak menanggung sakitnya..." Rintih Qila.
"Qila, demi Allah... Saya berani bersumpah, Qila. Saya nak halalkan awak. Saya nak jadikan awak, hak saya. Hak saya seorang. Saya akan nikahi awak. Itu janji saya."
"Tuan, jangan bergurau dengan saya, tuan. Saya sedar siapa saya..."
"Qila, tolong percayakan saya. Saya akan paksa awak kalau awak enggan ikut saya."
"Tuan takde hak nak paksa saya!"
"Saya berhak, Qila..."
"Argh! Tuan lepaskan saya! Lepaskan!" Jerit Qila bila tubuhnya di cempung kasar dan dimasukkan ke dalam kereta Qaizer.
"Tuan! Lepaskan saya!"
"Shut up, Qila!"
"Lepaskan saya!"
"No! Diam! Atau saya akan rogol awak kat sini!" Terkatup mulut Qila diugut begitu.
"Good girl. Jangan buat saya marah, Qila. Saya bukan penyabar... You should know me better!"
"Masuk!" Arah Qaizer sebaik sahaja mereka tiba di kondo Qaizer.
"Masuk, Qila... Atau awak nak saya dukung awak?" Cepat-cepat Qila masuk ke dalam kondo Qaizer.
"Ini rumah saya. Mulai sekarang, awak akan tinggal di sini bersama-sama..."
"Tapi, tuan..."
"Saya dah cakap, saya akan nikahi awak, Qila. Saya akan halalkan awak secepat mungkin. Saya hanya perlukan sedikit masa."
"Untuk apa, tuan?" Terhenti langlah Qaizer.
"Untuk apa semua ni, tuan? Untuk apa? Kenapa tuan beria-ia mahukan saya?"
"Kau akan tahu kemudian."
"Tuan!" Terhenti langkah Qaizer bila Qila menahan langkahnya.
"Move away, Qila..."
"Tak! Saya takkan bergerak. Saya nak tahu kenapa tuan beria-ia sangat nak halalkan saya? Kenapa tuan nak nikahi saya. Saya bukan Kayla, gadis yang tuan idam-idamkan. Saya bukan sesiapa. Kenapa saya?"
"Jangan paksa saya, Qila..."
"Saya nak tahu kebenarannya!"
"Umph..." Bibir Qila dipagut penuh kelembutan sehingga membuatkan Qila terbuai.
"Maafkan saya, Qila... Saya cintakan awak, Qila. Saya terlalu cintakan awak..." Ujar Qaizer usai kucupan terlerai. Dahi mereka bersatu.
"Maafkan saya, Qila. Saya terlambat. Saya dah berusaha mencari keberadaan awak. Saya tak tahu kat mana nak cari awak. Sehinggalah hari ini, tuhan tunjukkan awak pada saya... Percayakan saya, Qila. Saya cintakan awak..." Rintih Qaizer membuatkan air mata Qila mengalir.
"Shu... Saya tak nak tengok air mata ni, Qila... Saya hanya nak awak. Saya janji, saya akan halalkan awak. Saya akan nikahi awak. Saya nak awak jadi isteri saya. Isteri yang saya cintai sehingga nafas saya yang terakhir." Esakan Qila semakin kedengaran.
"Please, percayakan saya, Qila. Demi Allah, saya takkan seksa awak. Saya nak bina hidup baru dengan awak. Hanya dengan awak, Qila. Saya nak bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan pada awak."
"Tuan takkan tipu saya?" Air mata Qila berterusan mengalir di wajah mulusnya.
"Tak. Saya janji... Saya hanya cintakan awak seorang. Tiada dua dan tiada ketiga... Kita bina kehidupan baru dengan anak-anak kita, ya?" Air mata Qila diusap perlahan.
"Janji dengan saya, awak akan sentiasa dengan saya walau apa pun yang berlaku..."
"Saya janji selagi tuan tidak mengabaikan saya..."
"Saya janji..." Qila kulum senyum.
"Please, no more tuan..."
"Saya... Saya dah biasa..."
"You should change it to abang..." Wajah Qila merona.
"Please... Saya nak dengar awak panggil saya, abang..." Qila menundukkan kepalanya sambil menggeleng perlahan.
"Sayang, please..." Semakin Qila malu diusik begitu. Dagu Qila dipaut. Qaizer mengucup kedua-dua mata Qila.
"Abang akan pastikan sayang bahagia dengan abang. Abang janji..." Qila melorek senyuman sabil mendakap tubuh tegap Qaizer.
"Alhamdulillah." Dengan sekali lafaz, Qila dengan rasminya menjadi hak milik Qaizer. Majlis pernikahan dan persandingan di adakan dengan sederhana atas permintaan Qaizer sendiri. Qaizer dan Qila bernikah di masjid dan mereka meraikan majlis persandingan mereka di sebuah hotel dan segalanya ditanggung Qaizer sendiri.
"Sayang..."
"Abang..."
"Are you happy?"
"Alhamdulillah. Terima kasih..."
"Untuk apa?"
"Untuk segala-galanya..." Qaizer merangkul pinggang Qila dari belakang.
"Hurm... Wanginya sayang abang ni..." Ujar Qaizer penuh sensual bila leher Qila dikucup sekilas. Ketika ini, Qila dan Qaizer berada di Paris untuk berbulan madu.
"Abang, gelilah..."
"Jom kita tidur... Abang dah ngantuk..."
"Tidur? Kan awal lagi ni..."
"Awal ke? Abang rasa mengantuk sangat ni..." Qila simpan senyum dengan gelagat lelaki yang sudah bergelar suaminya. Sejak majlis nikah mereka Qaizer menunjukkan perangai sebenarnya yang manja dan merenyam. Pening kepala Qila nak handle perangai manja encik suami yang manja tak bertempat.
"Abang... Kita baru lepas makan..."
"Ya, abang tahu. Tapi, serius... Abang memang mengantuk sangat." Tergeleng kepala Qila dengan perangai encik suami.
"Nasib baik sayang..." Omel Qila sebelum menyambut huluran tangan Qaizer yang sedang tersengeh macam kerang busuk. Bahagia. Itu perkataan yang sesuai buat keduanya.
Atas dasar seorang kawan dan tidak mahu Qila tersalah sangka, Qaizer menjemput Kayla dan suaminya, Dato' Azroi ke majlis perkahwinan mereka. Qaizer memperkenalkan Qila pada Kayla dengan niat tak mahu Qila buruk sangka padanya lagi.
Qila sendiri terkejut melihat Kayla yang bergelar datin, sanggup hadir ke majlis perkahwinannya dengan Qaizer dan ternyata Qila memuja Kayla dalam diam. Kayla seorang wanita hebat, yang cukup cantik dan anggun. Patutlah, Qaizer terlalu taksub dengan Kayla. Ternyata Kayla terlalu cantik bila dilihat secara berdepan.
Setahun berlalu, Qila dan Qaizer dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Qalish Qaizer. Qaizer dan Qila mengecapi kebahagian mereka seperti yang mereka idamkan selama ini. Qaizer sudah menjual saham kelab dangdut pada Ajak kerana mahu menumpukan sepenuh masanya pada syarikat milik bapa saudaranya dan keluarga tercinta. Bagi Qila, dia tidak mengharapkan kesempurnaan. Tetapi, Qila berharap agar bahagia ini berterusan sehingga nafas mereka yang terakhir.
Share this novel
dah abis kn?