PILIHAN TERAKHIR 7

Romance Series 26776

Elisa berlari anak kembali ke biliknya. Dia mengesat air matanya agar tidak seorang pun yang perasan dengan keadaannya terutama sekali Dian. Sekarang waktunya rehat tengah hari. Nasibnya sangat baik kerana semuanya telah keluar untuk makan tengah hari. Dia belum bersedia untuk menceritakan apa yang terjadi. Sulit untuk dia terima.

Elisa hanya menundukkan kepala di atas meja dan berbantalkan tangan.

"Kenapa aku lemah bila berhadapan dengan dia. Mana diri aku yang dulu. Mulutku seakan keras untuk meluah kata. Aku benci kau Eden!!!" Elisa menghentak tangannya di meja.

Terjengul kepala Dian di pintu bilik Elisa apabila ketukannya tidak berbalas.

Dian meluruh masuk apabila mendengar tangisan dari Elisa.

"El, kau kenapa? Bos marah kau ke?" Soal Dian.

Elisa diam tanpa sebarang suara. Dia tiada hati untuk melayan sesiapa saat ini. Bukan nak mengetepikan Dian tapi semua orang butuh waktu untuk sendiri.

"Kenapa senyap ni? Cerita lah. Kau buat aku risau." Kelihatan jelas riak kerisauan di wajah Dian.

"Dian, please biarkan aku sendiri. Nanti aku cerita." Sayu suara Elisa menjelaskan kepada Dian. Berharap sahabatnya itu mengerti keadaannya.

"It's okay dear. Take your time. I will always be with you. Anytime you need me." Jelas Dian sambil memegang erat tangan Elisa.

"Thank you Dian." Senyum terpaksa.

Dian segera keluar dari bilik tersebut membiarkan Elisa tenang.

*****

Alicia mengangkat tangan apabila melihat kelibat kekasih hatinya Eden. Eden segera menemui Alicia.

Alicia melihat jam di tangan. "Em on time." Menghadiahkan senyuman paling manis kepada Eden.

"Ofcourse. Anything for you baby." Eden mencuit hidung Alicia.

"I miss you." Alicia berkata dengan suara manja. Gedik. Entah kenapa Eden boleh menyukainya.

"I miss you too." Mencubit pipi Alicia.

"Auchh! Sakit lah sayang." Alicia berpura-pura mengeluh lalu bibirnya di gigit tanda menggoda.

"Sabar Eden. Anak dara orang tu. Belum kahwin. Kawal sikit nafsu tu." Eden bermonolog dalam hati.

Bercakap pasal kahwin, dia teringat tentang perbincangan bersama ibunya semalam namun baru sahaja ingin menyoal Alicia tiba-tiba pelayan cafe tersebut datang.

"Ehem.." Eden berdehem sambil membetulkan duduknya.

"Excuse me Sir, Ms. Order please?" Pelayan tersebut mengeluarkan kertas dan pen untuk mencatat pesanan yang akan dipesan sebentar lagi.

Setelah siap mengambil pesanan. Pelayan tersebut mengucapkan terima kasih lalu beredar.

"Sayang. Saya nak bincang sikit boleh?" Soal Eden.

"Em apa tu? Cakap lah. Nampak macam penting je." Sambil menghirup jus oren yang baru saja tiba.

"Ya... sangat penting. Saya harap awak dapat pertimbangkan. Sebab ni antara hidup dan mati saya." Jelas Eden.

"Okay." Alicia membalas sepatah lalu kembali fokus melihat Eden.

"Macam ni. Semalam mama tanya tentang hubungan kita. Dia nak kita kahwin. Kalau boleh secepatnya. Mama hanya bagi masa dua minggu untuk bawa calon berjumpa dengan dia." Jelas Eden dengan panjang lebar.

Alicia teruja. "Lalu apa awak kata? Waa bestnye. Tak lama kita akan berkahwin lah ni? Yeahhh!!!" Alicia bersorak kegirangan seperti anak kecil.

"Tapi..." Eden menghela nafas panjang sebelum menyambung semula.

"Tapi apa?" Dahi Elisa berkerut seribu.

"Tapi mama nak awak berhenti jadi model dan keluar dari dunia hiburan. She want you to help me manage the company. May you?" Eden memandang mata Alicia meminta kepastian.

"What!!! Are you insane?!" Alicia terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Eden.

Tanpa disedari, ramai mata yang memandang mereka. Eden menundukkan kepala tanda meminta maaf. Keadaan kembali seperti biasa.

"Please baby. Do you love me right?" Suara Eden menjadi sayu untuk meraih simpati dari Alicia.

"No...no...and no! Saya tak akan sesekali berhenti dari dunia hiburan. It's part of my life. Saya tak sedia lagi nak ada anak. Saya tak nak gemuk." Alicia mengangkat tangan tanda protes.

Eden sedih mendengar kenyataan dari Alicia. Dia tidak menyangka bahawa perempuan yang dicintainya tidak mengambil serius tentang hubungan mereka. Dia mengeluh lalu terus beredar meninggalkan Alicia sendiri dengan perasaan yang sangat kecewa.

Alicia hanya membiarkan Eden pergi dengan pikiran yang kosong. Dalam hatinya tetap akan menegaskan prinsipnya. Bukan dia tak cintakan Eden tapi saat ini dia lebih memilih dunianya. Belum sanggup untuk meninggalkan dunia popularitinya. Bukan setakat model peringkat negara tetapi International. Bukan senang nak meraih populariti zaman sekarang dek kerana ramai artis baru.

*****

Elisa yang sudah pun mengemas file yang bersepah kat atas meja mengambil beg dan bergegas keluar dari biliknya untuk pulang. Takut Dian menunggunya lama.

Tanpa Elisa sedari, semasa ingin keluar dari lift dia terlanggar Eden.

"Maaf encik. Saya..." Belum pun sempat habis kata-kata dari Elisa, dia mengangkat muka sedikit untuk melihat siapa yang dilanggar alangkah terkejutnya apabila dia melihat muka bengis Eden.

Eden menarik kasar lengan Elisa untuk mengekorinya.

"Sakit Encik....." Aduh Elisa kesakitan. Akhirnya empangan air mata Elisa pecah dek kerana takut bercampur dengan sakit.

*****

Thanks for read guys. Please wait for the next chapter. Will try my best to update every day. Keep reading yaa :*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience