PILIHAN TERAKHIR 15

Romance Series 26770

(Elisa P.O.V)

Setelah bersiap, aku segera turun ke kafe untuk menikmati sarapan pagi. Sengaja bangun awal. Malas hendak bertembung dengan manusia yang tak seberapa betul tu. Siapa lagi kalau bukan hero awak semua. Encik Eden. Eh yeke hero? 

Pagi ini aku hanya memesan English Breakfast bersama secawan coffee Latte. Baru sahaja aku mencicip sedikit minumanku tiba-tiba ada suara yang tidak diundang menegur. 

"Elisa, kat sini rupanya awak. Sampai hati tak tunggu saya. Saya tunggu awak kat luar pintu lama tau tak." Sayu suara Eden, entah sedih entah tidak.

"Siapa suruh tunggu?" Aku dengan selambanya menjawab.

Eden dengan segera melabuhkan punggungnya di hadapanku tanpa dipinta.

"Saya yang nak. Awak lupa ke janji semalam?" Eden menjongketkan keningnya.

"Janji? Setahu saya, saya takde buat perjanjian apapun dengan awak." Aku mencicip kembali minumanku. Malas hendak melayan kerenah malaun sorang kat depan ni.

"Tak kira, saya nak awak ikut saya juga. Awak lupa ke dengan hutang Iphone 8 tu? Lagipula saya bawak awak datang sini untuk apa? suka-suka?" Ujar Eden dengan tegas.

Aku teringat kembali insiden lama membuatkan aku terpaksa akur. Kalau tak jangan harap nak ikut. Buang masa. Pfft.

"Ishh yela-yelaa. Kalau ya pun tak payah lah main ugut!" Aku mendengus geram.

"Hah! Kalau macam tu dari tadi kan bagus." Eden tersenyum manis dihadapanku.

Tiba-tiba satu lagi suara garau yang tidak asing menyapa kami.

"Hai Encik Eden dan Cik Elisa, tak sangka bertemu lagi." Aiman yang entah datangnya dari mana tiba-tiba menyapa dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Eh Aiman!" Aku menyapanya kembali namun tidak kepada Eden. Dia hanya membiarkan dengan riak yang sukar untuk ditafsir.

"May I join you guys?" Soal Aiman dengan sopan dan keningnya dijongketkan sebelah.

Eden segera memandangku dengan matanya dibesarkan memberi tanda isyarat. Aku buat-buat muka tak faham.

"Boleh, siapa kata tak boleh. Lagi meriah. Kan Encik Eden?" Balasku dengan senyuman sengaja menyakitkan hati Eden lalu aku menjelirkan lidah kepadanya. Biar padan muka.

Aiman segera melabuhkan punggungnya di sebelah Eden. Waa jodoh depan mata. Siapa agaknya yang akan ku pilih. Eh perasan la pulak. Dah macam drama petang-petang. Hihihii

Setelah siap menikmati sarapan pagi. Aku bersuara.

"Jadi bos kita nak start kat mana ni?" Soal Aku meminta kepastian. Malas hendak berlama duduk disitu.

"Eh korang nak jalan-jalan ke? Kalau tak keberatan aku boleh bawa korang melawat tempat menarik kat sini." Cadang Aiman.

"It's okay......" Belum pun sempat Eden menghabiskan kata-katanya aku memotong.

"Yes! For sure. Lagipun awak dah biasa kat sini. Senang lah sikit. Kan Encik Eden?" Aku sekali lagi mengenakan Eden biar padan muka dia. Lagipun tak best lah jalan berdua dengan mamat poyo ni.

Eden hanya mempamerkan riak muka yang sukar untuk ditafsir. Aku kesah apa. Hahaha

*****

(Eden P.O.V)

Geramnya dengan Elisa ni. Ahh serabut lah macam ni! Andai dapat ku luah pasti akan ku kerat-kerat badan si Elisa ni.

Macam mana lah aku nak jalankan misi kalau ada malaun ni asyik nak berkepit je. Aihh, nasib baik klien. Layan je lah.

Takpe, hari ni hari kau Elisa. Aku tersenyum sinis memandang kedua-dua mereka yang kini berada di hadapanku lalu aku menyertai mereka. Kini aku berada di sebelah kanan Elisa manakala Aiman pula berada di sebelah kiri.

Puas keliling kota Korea, penat juga jalan-jalan ni kan. Macam mana lah perempuan tahan jalan lama-lama macam ni, dengan high heels lagi. Conform patah.

"Korang, jom pergi main luncur ais. Nak tak?" Soal Aiman.

"Nak-nak. Jom!" Elisa dengan riak terujanya memandangku meminta kepastian.

"Aku ok je." Aku mengeluh seketika. Penat tau tak.

"Jom lah, awak ni lambat lah. Bukan selalu dapat main. Lagipun kat Malaysia mana ada tempat macam tu." Elisa menarik tanganku agar mengekorinya.

Aku berasa lidahku keluh seketika. Hangat terasa tangan Elisa. Seperti ada arus elektrik yang mengalir. (Over lah pulak Eden ni, kan guys? Eh kacau je lah author ni. Hihihi)

Aku memandang tangan Elisa yang kini erat menggenggam tanganku. Elisa yang menyedarinya segera melepaskan dengan sengihan.

"Sorry." Elisa hanya mengucapkan perkataan tersebut tanpa mengeluarkan suara namun jelas meniti dibibirnya.

Aku hanya membiarkan lalu terus berjalan membuntuti mereka.

"Elisa awak tunggu kat sini. Biar aku dan Eden pergi menempah kasut roda." Arah Aiman memandangku.

Elisa hanya mengangguk mengiyakan.

"Naa kasut awak." Kata Aiman sambil menghulurkan kasut roda tersebut kepada Elisa.

"Terima kasih awak." Ujar Elisa.

Elisa mendekatkan dirinya disisiku lalu membisikkan sesuatu.

"Awak, saya tak pandai sebenarnya main benda ni. Tolong saya boleh?" Bisik Elisa agar tidak didengari oleh Aiman. Malu kot depan crush.

"Yang awak excited sangat nak datang sini tadi tu buat apa?" Bisikku kembali dengan nada geram.

"Please awak." Sayu kedengaran suara Elisa.

"Bawa sini kasut tu." Arahku lalu memakaikan Elisa. Aiman yang sedari tadi hanya fokus dengan memakai kasutnya.

"Ehem!" Aiman berdehem apabila melihat aku memakaikan Elisa kasut.

"Elisa, awak pandai main ke ni?" Soal Aiman kepada Elisa.

"Eh sebenarnya tak tapi takpe, boleh cuba." Elisa hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Sini aku ajar." Kata Aiman sambil menarik tangan kiri Elisa.

"Takpe, biar aku ajar." Aku pula menarik tangan kanan Elisa.

Elisa hanya memandangku dan Aiman bersilih ganti. Bermula lah adegan tarik menarik.

"Stop!!!" Ujar Elisa dengan tegas lalu tangannya dilepaskan.

"Apa masalah awak berdua ni?!" Elisa mendengus geram.

Aiman mengangkat kedua tangannya tanda meminta maaf manakala aku hanya menggaru kepala.

"It's okay Aiman. Biar Eden yang ajar saya." Ujar Elisa.

Aku tersenyum kemenangan mendengar apa yang diungkapkan Elisa sebentar tadi.

Lalu aku hadiahkan senyuman sinis kepada Aiman setelah Elisa berpaling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience