PILIHAN TERAKHIR 13

Romance Series 26770

"Elisa...Elisa!" Eden menekan butang loceng berkali-kali sambil memanggil-manggil nama Elisa. Tidak peduli dengan penginap-penginap yang lalu lalang melihatnya pelik.

"Mana lah minah ni. Takkan jam segini belum bangun." Memandang sekilas jam di tangannya. Timbul rasa menyesal di hati sebab menyuruh Elisa menyiapkan kerjanya walhal dia telah pun menyiapkan semua dari awal.

Sabarlah Eden. Elisa memang ada penyakit susah nak bangun pagi.

Sudah sejam Eden menunggu Elisa di luar. Berpuluh kali juga Eden menelefon tapi tiada balasan yang diterima.

"Minah ni hidup lagi ke apa ni. Jangan-jangan dah mati sebab kurang tidur." Agak Eden dengan membuat andaian yang kurang bernas.

Timbul rasa risau di hati. Terpaksa dia pergi ke kaunter untuk mendapatkan kunci pendua.

"Minah ni kalau tak buat aku pening kepala tak boleh ke." Bebel Eden sambil bibirnya diketap geram.

Akhirnya pintu terbuka jua. Dia mencari kelibat Elisa. Dia memandang sekujur tubuh yang masih lagi dibuai dengan mimpi. Terlampau penat bersengkang mata agaknya.

Eden memerhati wajah Elisa yang masih lena. Dia turut membetulkan rambut Elisa yang hampir menutupi seluruh wajahnya.

Elisa yang berasa terganggu terjaga. Dia membuka sedikit matanya kerana masih sulit untuk terbuka luas. Dia seakan melihat kelibat seseorang namun samar-samar. Digagahkan juga dirinya untuk bangun.

Matanya segera terbuka luas apabila melihat wajah Eden dihadapannya. Alangkah terkejutnya dia lalu mencubit pipinya yang disangka sedang bermimpi.

"Awak buat apa kat sini?! Macam mana awak dapat masuk?!" Menarik selimut menutupi badannya. Masih mencerna apa yang terjadi.

Eden mengangkat kunci pendua yang dia dapat sebentar tadi lalu memberikan senyuman sinis kepada Elisa.

"Sioknya kau tidur kan. Kau tengok jam sekarang!" Arah Eden sambil wajahnya bertukar bengis.

Elisa yang masih bingung memandang sekilas jam di dinding. Terlopong mulutnya apabila teringat sebentar lagi mereka akan berjumpa dengan klien.

Segera menolak Eden untuk keluar dari bilik. "Give me fifteen minute untuk bersiap." Rayu Elisa.

"Okay. Aku tunggu kau kat kafe. Lambat aku bunuh!" Eden memberi amaran sambil jarinya acah mengerat leher.

Elisa meneguk liur terasa seram melihat apa yang dilakukan Eden.

Eden segera pergi. Kuat terasa debaran di hatinya melihat Elisa sebentar tadi namun dia menidakkan perasaannya sendiri.

"Kenapa aku jadi macam orang tak betul ni?" Hairan akan kelakuan dirinya semenjak dua menjak ini.

Elisa segera menyiapkan dirinya. Syukur kerana dia bukan seorang yang kaki makeup. Hanya menggunakan sedikit bedak dan pelembap agar tidak kelihatan pucat. Masih terserlah kecantikan aslinya.

*****

"Maaf Encik. Lama ke tunggu?" Soal Elisa dengan sengihan.

Nasib baik mereka hanya bertemu klien di hotel yang sama tempat mereka menginap.

"Dah lambat berani pula tanya. Siap kau nanti!" Eden mendengus geram.

Beberapa minit kemudian klien yang mereka tunggu pun tiba.

Eden bersalaman bersama klien tersebut. Elisa masih dengan keadaan tertunduk kerana sibuk mencari pendrive.

"Saya Eden Edward dan ini Elisa Rose." Eden memperkenalkan dirinya.

Elisa mendongak setelah namanya disebut. Terkejut dia melihat pemuda yang sangat dikenalinya sekali lagi.

"Aiman Haikal! Jadi awak........?" Elisa teruja sehingga lupa tentang kehadiran Eden disebelahnya.

"Yes I am. Tak sangka bertemu lagi. Jodoh kita kuat kali ni." Aiman tersengih sebentar.

"Oh so korang saling kenal?" Sampuk Eden dengan riak hairan.

"Yup. Ofcoz I know siapa gadis comel kat sebelah awak tu. Bahkan lebih dari kenal." Jelas Aiman namun matanya memandang ke arah Elisa.

Elisa tersipu malu, terasa pipinya mulai panas membahang.

Eden yang terasa menyampah melihat adegan itu terus mengubah topik.

"So, can we start?" Ujar Eden dengan kolernya diperbetulkan.

"Elleh jeles la tu!" Elisa menjeling namun luahannya hanya didengari oleh Eden.

"Yes, for sure." Balas Aiman.

Eden mengeluarkan semua dokumen yang akan dibentangkan sebentar lagi. Termasuk pendrive yang berisi maklumat penting.

Elisa yang terasa hairan menghulur pendrive yang berisi maklumat yang dibuatnya semalam sehingga dia sanggup bersengkang mata namun Eden menolaknya kembali.

Elisa yang terasa pelik mula menangkap sebab kenapa pendrive itu ditolak. "What?! So, dia bodohkan aku!" Elisa menahan geram. Tidak sabar menunggu perbincangan itu tamat.

"Aku dah lah sanggup tak tidur semata nak siapkan semua. Dia boleh je tolak macam tu. Tengok pun tak. Kecik besar kecik besar je aku tengok kau ni." Elisa bermonolog sendiri sambil matanya dikecilkan memerhati Eden.

Setelah mengambil masa selama dua jam, perbincangan mereka akhirnya selesai.

Elisa hanya mempamerkan senyuman palsu kepada kedua lelaki tersebut. Sakit hatinya masih ditahan.

Aiman berlalu pergi setelah bersalaman dengan Eden dan Elisa. Sempat juga dia meminta nombor telefon Elisa. Eden hanya membiarkan namun terasa menyampah.

Kelibat Aiman dilihat semakin jauh, Elisa terus menyerang Eden. Wajahnya bertukar merah dek kerana sakit hati akibat terasa dirinya diperbodohkan oleh Mr yang berlagak perfect dihadapannya kini.

"Sampai hati awak buat saya macam ni! Kalau saya tahu baik saya tak ikut awak datang sini!"

Elisa yang tadinya marah namun kini suaranya menjadi sayu lalu air matanya perlahan mengalir.

"Awak kalau masih marahkan saya, tak perlu lah nak permainkan saya sampai macam ni. Awak tau tak saya risau kalau tak dapat siapkan kerja yang awak bagi tu sampai saya sanggup bersengkang mata! Saya buat semua tu sebab saya hormat awak sebagai majikan saya. Saya taknak kecewakan awak depan klien awak tapi apa yang saya dapat hah?" Jelas kelihatan riak kecewa di wajah Elisa.

Elisa terus berlalu pergi meninggalkan Eden yang hanya terpacak dihadapannya tanpa menunggu sepatah bicara dari Eden.

"Aku kan hanya nak gurau. Saja buat dia sakit hati. Tak sangka pula dia serius macam ni." Eden mengetuk kepalanya sendiri.

Hairan orang melihat kelakuan Eden namun tidak diendahkan.

*****

Sorry lambat update. Busy bawa tour. Sekarang ni pun sebab guest masih lunch. Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience