PILIHAN TERAKHIR 14

Romance Series 26770

Elisa segera berlari keluar dari hotel tersebut. Air matanya dikesat. Diteruskan perjalanannya apabila terlihat taman yang tidak ramai pengunjung. Digagahkan dirinya berjalan untuk menenangkan hatinya.

Dia kembali menangis merintih nasib yang menimpanya. Dia tau dia lemah kerana terlalu sensitif. Dirinya mula menjadi sensitif saat ibunya meninggal. Terasa bahawa hilang sebelah sayapnya. Dirinya yang dulu selalu ceria bertukar menjadi seorang yang pendiam, sering berduka. Kadang menangis seorang diri kerana terlalu merindui ibunya.

"Mama, Elisa rindu. Kenapa semua orang suka sakitkan Elisa? Papa juga tinggalkan Elisa. Ma, papa dah ada family baru. Papa dah tak peduli Elisa. Elisa nak ikut mama." Sayu kedengaran suaranya menahan sebak di dada.

Tanpa disedari Aiman rupanya mengekori sebaik saja melihat Elisa berlari sambil mengesat air mata. Dia terdengar semua rintihan Elisa. Timbul rasa simpati dengan gadis dihadapannya kini.

"Hei. Kenapa nangis sorang-sorang ni?" Sapa Aiman dengan berani.

Elisa hanya memandang Aiman sepi. Sukar untuknya berbicara saat ini.

"It's okay. Awak boleh menangis sepuasnya kat sini. Lepaskan semuanya." Sambil tangannya dengan berani membaringkan kepala Elisa di bahunya.

Eden yang sedari tadi tercari-cari kelibat Elisa tiba-tiba melihat adegan mesra itu. "Dasar perempuan miang!" Eden malah tersenyum sinis. Hilang perasaan rasa bersalahnya sebentar tadi. Malas hendak melihat semua itu akhirnya dia kembali semula ke hotel.

Elisa yang sudah puas menangis melarikan kepalanya dari bahu Aiman lalu membetulkan sedikit rambutnya.

"Naa! Lap air mata awak tu." Aiman sambil menghulurkan sapu tangannya.

Elisa segera mengambil lalu mengucapkan terima kasih.

"Amacam, lega?" Soal Aiman memandang Elisa.

Elisa hanya mengangguk.

"Lain kali kalau awak ada masalah nak kongsi, awak boleh cari saya. Jangan lah nangis sorang-sorang macam tadi." Memegang kepala Elisa seperti anak kecil.

Elisa hanya tersenyum membetulkan kembali rambutnya.

"Hah kan bagus kalau senyum. Manis je. Cair hati ni." Aiman tersengih menampakkan baris giginya yang putih berkilat.

"Mengada je lah awak ni." Menepuk lembut lengan Aiman.

"Ni kartu nama saya. Anything call me. I got to go."

Aiman segera pergi sambil tangannya melambai-lambai ke arah Elisa.

"Thank again!" Laung Elisa.

Aiman membuat tanda isyarat okay dari jauh.

*****

"Pandai kau berlakon kan Elisa. Ternyata kau sama je macam perempuan lain! Suka akan lelaki kaya. Takpe, kali ni aku lepaskan kau sebab ada misi yang harus aku buat. Kau harus jatuh cinta padaku!" Bentak Eden lalu meraup wajahnya.

Eden segera mencapai telefonnya lalu nombor Elisa didail.

Elisa hanya membiarkan panggilan dari Eden. Malas hendak menjawab. Buat sakit hati je. Lalu digagahkan kakinya berjalan untuk kembali ke hotel semula.

Eden yang terasa geram kerana panggilannya tidak diendahkan menghentak tangannya di dinding. "Kau tunggu!"

Baru sahaja dia membuka pintu, dia terlihat kelibat Elisa semakin hampir namun dalam keadaan menunduk. Eden menarik nafas lembut sebelum menegur Elisa.

"Elisa! Awak ke mana? Puas saya cari awak." Sapa Eden lembut namun semua itu hanya pura-pura. Dalam hati tiada siapa yang tahu.

Elisa yang mendengar membuat seakan tidak tahu akan kehadiran Eden. Sakit hatinya masih terasa.

Eden yang tidak puas hati dengan layanan Elisa terus memegang erat pergelangan tangan Elisa.

"Awak, please maafkan saya." Ucap Eden dengan wajah simpati.

Elisa merentap kasar tangannya lalu cepat segera masuk ke biliknya. Masih merajuk.

"Shit!" Bentak Eden perlahan.

Eden mula merasa egonya tercabar kerana tidak pernah ada perempuan yang berani biadap terhadapnya.

*****

Malam ini mereka berdua masing-masing tidak keluar dari bilik. Mereka juga hanya memesan makanan untuk di hantar ke bilik.

Sedang Elisa kusyuk melayan drama korea di youtube, telefonnya berbunyi tanda notifikasi masuk.

WhatsApp from "unknown number". Dahinya berkerut seribu.

"Hi awak. Dah tidur? ??" Soal manusia yang tidak dikenalinya.

"Awak siapa? ??" Tanya Elisa direct to the point.

"Uh, garangnye. Saya ni Aiman Haikal. Elisa ke ni?" Balas Aiman.

"Oh Aiman. Ya saya lah ni Elisa. Mana dapat nombor saya ni?" Laju tangan Elisa membalasnya setelah mengetahui siapa gerangan tersebut.

"Takkan lupa? Yelaa siapa lah kita ni nak diingat. Sob Sob :("

Elisa cuba untuk mengingat kembali lalu diketuk kepalanya sendiri.

Masuk pula notification dari mamat poyo.

"Elisa, masih marahkan saya ke?"

Elisa mendengus geram lalu hanya memberikan tanda bluetick. "Biar padan muka dia kena bluetick, baik aku layan Aiman." Elisa tersengih lalu laju membalas whatsApp dari Aiman.

"Eh maaf lah, terlampau banyak fikir hingga buat saya lupa."

Masuk lagi notification dari Eden.

"Jangan lah marah lagi. Rindu senyuman manis awak tu. Maafkan saya pasal insiden tadi petang. Saya niat nak gurau je, tak sangka buat awak marah sampai macam ni. :("

Setelah membaca text dari Eden, tiba-tiba loceng pintunya berbunyi. 

"Siapa pula kacau malam-malam ni. Aku takde pun panggil cleaner or services malam-malam buta ni." Digagahkan juga dirinya untuk bangkit membuka pintu.

"Eden?. Apa lagi awak nak?" Elisa dengan gayanya menyilangkan tangan. Entah marah entah tidak.

"Maafkan saya please?" Rayu Eden dengan riak muka simpati.

"Ok saya maafkan, pergilah masuk. Bye!" Segera menutup pintu namun sempat dihalang oleh Eden.

"Awak, nanti dulu!" Menghalang pintu yang tak lama lagi akan tertutup, dengan hanya berapa inci lagi.

"Apa lagi? Cakap lah cepat!" Elisa kembali membuka pintunya.

"Esok saya nak bawa awak jalan-jalan sebagai tanda maaf saya. Lepas breakfast kita start, ok? Asalkan awak maafkan saya." Sayu suara Eden.

"Emm, tengoklah esok macam mana. Good night!" Elisa masih dengan egonya lalu segera menutup pintu.

Elisa segera berlari mendapatkan telefonnya untuk melihat chat dari Aiman namun hampa apabila tiada balasan. Dah tidur agaknya.

"Ni semua sebab mamat poyo la ni. eee geramnya!" Elisa mengetap bibir lalu menghempuk bantal yang berada di sisinya.

*****

Next Chapter we use (P.O.V) ya guys. untuk memudahkan pembaca agar lebih faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience