PILIHAN TERAKHIR 3

Romance Series 26770

"Morning bos." Sapa Amy PA Eden sebaik sahaja melihat kelibat Eden.

Eden hanya menundukkan kepala lalu masuk ke bilik pejabatnya.

Eden menekan butang interkom. "Amy, please call Alif come to my room now. Urgent!" Arah Eden lalu mematikan butang interkom.

"Kau tunggu apa aku akan buat perempuan tak guna. Kau jangan ingat boleh lari. Aku akan buat kau menyesal seumur hidup!" Eden meraup mukanya berkali-kali.

Bunyi ketukan membuat Eden kembali tersedar.

"Masuk! Silakan duduk." Arah Eden.

"Kau dah kenapa Eden? Tak perlu lah nak formal sangat. Kita dua je kot yang ada." Alif tersengih menampakkan baris giginya yang putih.

"Aku serabut lah lif. Aku nak kau buat sesuatu untuk aku. Aku rasa maruah aku dah tercalar."

"Opps! Aku tak faham lah. Elok kau cerita dari awal. Senang sikit kerja aku. Nanti aku pula yang ikut serabut." Alif menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Serius please. Okay aku cerita dari awal."

Eden mula menceritakan insiden yang berlaku semalam kepada Alif sahabatnya itu.

"Itulah yang terjadi. Aku malu lah. Aku tak nak kalah. Aku nak buat dia malu dan menyesal seumur hidup."

"Emm... kalau diikutkan dari cerita kau, perempuan tu tak salah. Dah jelas-jelas kau yang salah. Lupakan je lah hal tu. Lebih baik kau fokus kat Alicia tu." Cadang Alif.

"Ehh mana boleh. Dia yang salah sebab pecahkan hadiah yang aku beli. Aku tak kisah sangat pasal bayaran tu. Masalahnya aku dah lah penat-penat berbaris semata untuk dapatkan keluaran terbaru tu. Dia senang je pecahkan, dapat tamparan lagi. Malu tau tak!" Balas Eden dengan riak tak puas hati.

"Whoaa...whoaa... sabar. So kau nak aku buat apa?" Alif mengangkat tangan tanda menyerah kalah.

"Hmm...aku nak kau siasat siapa perempuan tu. Aku nak maklumat semua tentang dia."

Eden menghulurkan pendrive kepada Alif.

"Apa ni?" Alif memainkan keningnya tanda ingin tahu.

"Itu rakaman cctv yang aku dapat. Oleh kerana aku takde gambar perempuan tu, aku terpaksa lah guna cctv. Kalau tak macam mana kau nak siasat. Right?" Giliran Eden memainkan keningnya sambil tersenyum sinis.

"Kau memang hebat bro. Kalau macam tu aku gerak dulu. Anything call me."

"Okay. Good luck."  Eden tersenyum nakal.

Alif segera beredar dari bilik Eden.

*****

"Mak Kia...oh Mak Kia! Ehh mana pula Mak Kia ni menghilang? Penat aku cari." Bebel Elisa sambil tercari-cari Mak Kia pembantu rumahnya.

Elisa beralih ke taman bunga. Taman bunga yang dicipta dan dihiasi oleh arwah ibunya. Semua bunga tersebut ditanam oleh ibunya sendiri. Sekarang Mak Kia lah yang menjaga dan merawat taman bunga itu. Kadang Elisa akan membantu Mak Kia apabila ada masa lapang.

"Hah kat sini pun Mak Kia..." Kejut Elisa.

"Opocot... kaki kau tarabang. Ehh cik Elisa. Terperanjat Mak Kia." Mak Kia mengurut dadanya perlahan.

Elisa hanya tertawa terbahak-bahak hingga tekeluar air mata.

"Nasib baik Mak Kia tak sakit jantung tau. Kalau tidak naya kamu nak angkatnya nanti." Mak Kia menepuk lengan Elisa.

"Aduh sakitlah Mak Kia. Okay maaf." Elisa tersengih seperti kerang busuk.

"Cik Elisa nak apa pagi-pagi dah ada kat sini? Selalunya kalau cuti jangan harap nak bangun awal." Seloroh Mak Kia.

"Ehh Mak Kia ni... perli nampak. Takde lah. Cuma nak bagitau. Elisa pikir nak pindah sekejap dari sini. Nak cari yang dekat sikit dengan tempat kerja. Tapi Elisa janji setiap hujung minggu Elisa balik."

"Jadi takkan nak biarkan banglo ni tak berpenghuni? Bosan lah Mak Kia duduk sendiri lepas ni." Mak Kia buat-buat muka sedih.

"Alah Mak Kia jangan lah buat muka sedih. Elisa bukannya tak balik pun. Elisa lagilah bosan duduk kat rumah besar ni sorang-sorang." Ujar Elisa dengan keluhan.

"Takpe lah. Yang penting Elisa pandai jaga diri. Ada pa pe call Mak Kia. Lagi satu, Elisa dah minta izin nenda ke belum?"

"Nenda? Belum lagi lah Mak Kia. Nanti-nanti je lah Elisa bagitau. Nenda bukannya ada pun kat sini. Sana tu hah kat London. Setahun sekali je baru balik jenguk Elisa. Pandai-pandai je lah Mak Kia jawab kalau nenda call."

"Ah yela.. jangan lupa minta izin nenda." Mak Kia sekali lagi mengingatkan Elisa.

"Baik lah. Okay lah. Elisa gerak dulu. Barang dah siap kemas tu. Nanti Elisa datang lagi kalau ada yang tertinggal. Jaga diri tau Mak Kia. Jangan mengurat Pak Hashim." Elisa menyalam tangan Mak Kia.

Pak Hashim ialah pengawal keselamatan yang menjaga kediaman mereka.

"Takde makna nye lah. Pandai je la kamu cik Elisa. Jaga diri kamu tu. Jangan lupa makan. Nanti gastrik datang menyerang. Ingat semua pesanan Mak Kia."

"Baik lah bos!" Elisa memberi tabikan kepada Mak Kia lalu segera beredar.

Mak Kia hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan Elisa.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience