PILIHAN TERAKHIR 12

Romance Series 26770

Setelah beberapa jam berada di udara. Akhirnya mereka tiba jua di Incheon International Airport. Elisa terpegun sebaik sahaja tiba di Airport Korea. Lagaknya seperti rusa masuk kampung. Eden hanya membiarkan Elisa ternganga.

"Kalau ya pun tutup la mulut tu. Masuk lalat kang baru tau." Eden meneruskan perjalanannya.

Elisa yang menyedarinya terus tersengih seperti kerang busuk. Pipinya merona merah seperti buah Cherry.

"Eh lantak lah." Elisa segera mengekori Eden.

Mereka menaiki sebuah teksi untuk ke Grand Hyatt Incheon Hotel. Elisa hanya mengekori Eden sambil matanya melilau sekeliling. Akhirnya hajatnya untuk ke Korea tercapai. Jarak dari Airport ke hotel lebih kurang 3.2 km.

"Waa... so beautiful." Elisa tidak sengaja terlanggar Eden kerana terlampau teruja.

"Kau boleh tak jalan tu elok sikit! Jangan buat malu kat sini ye. Jangan sampai aku jual kau!." Eden separuh berbisik namun jelas didengari oleh Elisa.

"Tak takut pun. Lantaklah! Lagipun mana ada yang kenal aku." Elisa menayang muka selamba.

"Ehh suka hati kau lah!" Meneruskan perjalanannya untuk ke bilik. Semua telah diatur oleh PA nya. Malas hendak berbalah dengan Elisa setelah penat beberapa jam berada di udara. Tidak sabar untuk merehatkan badan. 

Elisa memberi jelingan maut lalu meneruskan perjalanan. Biliknya hanya berhadapan dengan Eden. Juga diaturkan oleh Amy PA Eden.

"Wao! VIP Room lah. Thank you my lovely Boss!" Memerhati sekeliling biliknya yang sangat cantik. Seperti hendak tinggal terus di situ.

Jangan hairan dengan kelakuan Elisa. Anak orang kaya tapi tidak pernah dimewahkan dengan harta benda sejak dari kecil lagi. Namun Elisa cukup bersyukur kerana selalu diberikan kasih sayang yang penuh.

Mereka masing-masing terlelap setelah menghempaskan badan di tilam yang empuk.

*****

Jam menunjukkan pukul 7 petang. Eden segera membersihkan badan setelah puas berehat.

Loceng bilik Elisa berbunyi. Elisa baru sahaja selesai bersiap. Segera membuka pintu kerana dia pasti itu Eden.

"Lapar?" Soal Eden sebaik sahaja Elisa membuka pintu.

"Lapar." Jawab Elisa sepatah.

"Jom ke kafe." Ajak Eden dengan riak menyampah.

"Ok kejap." Elisa segera mencapai beg siring yang berisi dokumen penting dan telefon.

"Memahami sungguh bos kite ni. Tau-tau je aku lapar." Berkata perlahan namun jelas didengari oleh Eden.

"Apa dia?" Soal Eden dengan sengaja.

"Eh takde apa." Elisa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Eden hanya tersenyum sembunyi di hadapan Elisa.

Setelah selesai menikmati makan malam. Elisa meminta izin untuk ke tandas. 

"Awak, kalau awak nak naik awak naik je lah dulu. Saya nak ke toilet kejap." Ujar Elisa meminta izin. 

"Ingat! Jangan jalan sorang-sorang. Kalau kau sesat jangan menyusahkan aku!" Eden memberi amaran lalu beredar. Banyak lagi kerja yang harus disiapkan untuk berjumpa dengan kliennya esok.

Elisa segera ke toilet. Biasa lah perempuan dengan toilet berpisah tiada. Hehehe

*****

Seusai keluar dari tandas, tiba-tiba seorang pemuda tidak sengaja terlanggarnya.

"Sorry, saya tak sengaja." Ucap pemuda itu.

Elisa mendongak melihat siapa gerangan yang melanggarnya. Dia terkejut melihat pemuda yang sangat dikenali itu.

"Elisa? Elisa Rose right?" Sapa pemuda itu sambil menjongketkan kening.

"Eh Aiman? Aiman Haikal! Tak sangka dapat jumpa awak kat sini." Bukan Aiman Tino ye guys. HAHAHA... Elisa masih dengan riak terkejut. Crush depan mata kot. Opps! Ex Crush.

"Alangkah kecilnya dunia ini. Tak sangka dapat berjumpa dengan gadis secantik awak kat sini." Aiman mengenyitkan mata menyakat Elisa. Dari zaman university lagi dia suka menyakat Elisa. Suka melihat pipi Elisa yang merona merah apabila disakat.

"Mengada je lah awak ni. Tak pernah nak berubah en." Menepuk lengan Aiman lembut. Pipinya merona merah tanpa disedari.

"Oh ya, awak buat apa kat sini?" Soal Aiman ingin tahu.

"Takde lah, saya teman Boss jumpa klien kat sini sambil tu nak tengok tempat menarik yang boleh dimasukkan dalam pakej baru nanti. Awak pula?" Terang Elisa.

"Oh macam tu. Saya memang stay kat sini. Urus syarikat kat sini." Jelas Aiman pula.

"Oh macam tu." Elisa hanya mengangguk mengiyakan jawaban dari Aiman.

"Okaylah kalau macam tu. Saya pergi dulu. Ada kerja nak buat. See you when I see you." Aiman menghadiahkan senyumannya kepada Elisa yang pastinya boleh mencairkan mata-mata yang melihat.

Elisa hanya menghantar kelibat Aiman dengan pandangan mata lalu dia segera beredar untuk kembali ke biliknya.

"Tak reti pakai phone ke?" Sapa Eden sebaik melihat Elisa keluar dari lif menuju ke arahnya.

"Eh, awak ada call saya ke?" Sambil tercari-cari telefonnya dalam beg. Terlopong mulutnya melihat 35 misscall. 5 text dari Eden.

~Elisa! Awak kat mana?!

~Balik sekarang!

~Pergi toilet ke buat toilet!

~Lima minit awak tak sampai saya umumkan nama awak kat Hotel bahawa awak hilang! Jangan cabar saya! Hmm!

~Jangan buat saya risau please.....

Elisa tersengih melihat text yang terakhir. 

"Risau juga awak kat saya ye. Bukan tadi kata jangan menyusahkan ke? Elleh cakap tak serupa bikin!" Elisa memulangkan paku keras kepada Eden.

"Aku luku juga kepala kau ni tak lama! Jangan sampai aku hilang sabar. Aku taknak kena tuduh kes culik. Takde maknanya ada kaitan dengan awak! Pfftt perasan!" 

"Naaa! Ambil ni. Aku nak kau siapkan malam ni. Esok aku tak kira. Sebelum berjumpa dengan klien yang aku tau semua dah siap! Terima kasih adik manis. Good night baby" Eden tersenyum sinis melihat Elisa lalu segera masuk ke biliknya.

"Eiii geramnya! Baru je nak mimpi indah!" Elisa berlalu masuk sambil menghentak kakinya tanda protes. Geli geleman dirinya mendengar perkataan "baby" yang keluar dari mulut Eden. 

"Baru padan muka kau. Puas aku!" Eden tertawa riang setelah puas mengenakan Elisa.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience