PILIHAN TERAKHIR 16

Romance Series 26770

(Elisa P.O.V)

"Awak, saya takut lah." Aku masih berkeras tidak berganjak dari tempatku.

"Jangan takut lah. Sini tangan awak." Eden menghulurkan tangannya kepada ku. Aku segera menyambut huluran tersebut.

"Awak kena belajar seimbangkan badan awak, lepas tu jalan perlahan-lahan macam ni. Yakin je." Eden menerangkan dengan teliti.

Aku hanya memandang setiap gerak geri yang diajar lalu aku mencubanya tanpa melepaskan tangan Eden malah makin erat genggamanku.

"Awak ikut apa yang saya buat ni." Eden menarik tanganku mengekorinya.

"Waa...bestnya." Sedang aku kusyuk bermain tiba-tiba genggamanku terlepas dan aku meluncur semakin laju.

"Elisa, hati-hati!" Laung Eden dan Aiman serentak.

Eden segera mengejarku diikuti oleh Aiman. Aku hanya menutup mata pasrah dengan apa yang terjadi, tinggal menunggu saat untuk jatuh terhempas.

"Eh, tak jadi jatuh ke?" Aku segera membuka mata.

Alangkah terkejutnya aku apabila kelibat Eden dihadapanku mengerang kesakitan. Aku berada diatasnya segera bangkit berdiri namun jatuh sekali lagi lalu menghempas kembali badan Eden.

"Aduh! Elisa sakitlah. Beratnya awak ni! Makan batu ke apa?" Eden dengan riak menahan sakit sempat lagi memerliku.

Aku kini berada dipelukan Eden dan aku terpaku melihat raut wajahnya yang tampan. Matanya yang berwarna coklat gelap. Bibirnya yang pink dan kulit wajahnya yang kuning langsat. Jantungku berdegup kencang.

"Best ke baring atas ni? Nak saya cium?" Eden menjongketkan kedua keningnya.

"Eii tak kuasa lah aku!" Aku segera menggagahkan diri untuk bangun.

"Elisa awak tak pa pe ke?" Soal Aiman yang baru saja tiba lalu menolongku untuk berdiri.

"Tak. Sikit je ni." Aku tersengih memandang Aiman lalu mengerling Eden seketika.

"Awak cedera ni. Jom kita duduk kat sana." Aiman terus menarikku meninggalkan Eden yang masih terbaring untuk melihat luka di lututku.

"Hold on." Aku berpatah balik untuk menolong Eden. Kali ni aku terhutang nyawa.

Aiman hanya berdiri membatu di situ tanpa membantu. Aku hanya membiarkan.

"Huh penatnya." Aku menghempaskan badan di atas tilam yang empuk.

Aku segera mengambil telefon lalu aplikasi WhatsApp ku buka dan mencari nombor Eden.

"Thank you for saving me just now ?" Laju tanganku menekan butang send.

Beberapa saat kemudian notifikasi dari Eden masuk.

"Takpe, dah jadi tanggungjawab saya sebagai majikan untuk menjaga awak kat sini. Dah pergi lah rehat. Jangan lupa bersihkan luka awak tu. ??" Balasan dari Eden membuat hatiku berbunga-bunga. Entah kenapa jantungku selalu berdegup kencang apabila berada di sisinya.

"Thank you again Eden. Good night ??" Balasku bagi menamatkan perbualan.

"You're welcome. Good night too sweety ??"

Hatiku semakin berbunga membaca text yang terakhir dari Eden. Aku menekup mulutku menggunakan bantal agar suaraku tidak kedengaran. Teruja yang teramat sangat. "I'm so happy today!"

*****

(Aiman P.O.V)

Aku membuka baju sebaik tiba dalam bilik hotel. Terasa darahku panas membara.

"Tak guna! Takpe Eden, hari ni hari kau esok-esok jangan harap! Aku akan buat kau benci Elisa kerana dia akan menjadi milikku! Aku pasti itu." Aku tersenyum sinis berbaring di atas sofa.

Sesal menyelubungi diriku kerana menolak cinta Elisa dulu. Kalau tak, pasti aku dah bahagia dengannya sekarang.

Teringat memori dulu masa zaman kolej.

"Em, surat siapa ni?" Aku menoleh ke kiri ke kanan namun tiada seorang pun yang berada di kelas selain aku lalu ku buka surat yang terletak kemas di atas mejaku.

"Hai awak. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana dengan tiba-tiba kertas putih ini telah muncul dihadapan awak secara tiba-tiba. Mesti awak tertanya-tanya dari siapa datangnya surat yang tersesat ini kan? Hihihi.... Sebenarnya saya sentiasa memerhatikan awak tanpa awak sedari. Ingin diri ini mengenalimu dengan lebih dalam namun siapalah diri ini. Saya hanya budak biasa yang tak seorang pun ingin berteman. Lagipun perkenalan itu juga tidak boleh dipaksa kan...? Saya berharap awak sudi berteman dengan saya. Kalau tak sudi pun apa boleh buat. Saya terima dengan seikhlas hati. - Elisa Rose"

Aku tersenyum sebaik siap membaca coretan tersebut kerana merasa kelakar. Elisa Rose? Emm... Nice name but sedihnya aku tak kenal.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi dari arah belakang kelas. Pelan-pelan ku toleh namun tiada kelibat seorang pun. Aku berasa cuak lalu beranikan diri untuk berjalan ke belakang seperti pencuri masuk rumah. Bunyi tapak kaki aku perlahankan.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang perempuan yang berambut panjang berkaca mata tersengih di sebalik meja.

"Elisa Rose?" Soal ku kepada gadis itu.

Dia hanya mengangguk tersipu malu. Namun perbualanku terhenti di situ saat pelajar semakin ramai masuk ke kelas.

Dari hari itu aku dan Elisa hanya saling membalas senyuman sehingga lah aku beranikan diriku untuk menegurnya.

Aku mula suka dengan dirinya yang sedikit lurus namun sejuk mata memandang. Aku terpaksa menolak cintanya kerana aku terpaksa pindah jauh mengikut kehendak keluarga. My first love yang tak pernah aku luahkan sampai sekarang. Kami hanya berteman biasa kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran.

Sekarang Elisa hadir kembali membuat hatiku berdegup kencang.

Mataku mulai terasa layu mengenang memori lama yang ku pendam sampai lah aku terbuai lena dalam senyuman.

*****

Akhirnya! Sis kerahkan juga idea untuk korang. Sis update 3 chapters terus untuk korang. Thank you sebab sudi tunggu :* Kepada yang ada akaun whattpad sudilah untuk follow sis "Cik_RB" Siapa tau kita boleh berteman disitu. Senang untuk korang berhubung dengan sis. Hehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience