PILIHAN TERAKHIR 1

Romance Series 26770

Kring...Kring...Kring...! Jam penggera dalam bilik Elisa berbunyi.

Elisa menggeliat sambil menggosok-gosok matanya yang masih sukar untuk dibuka.

Elisa memandang jam sekilas.

"What?! Dah pukul 12 tengah hari. Alamak, apa punya anak dara lah macam ni. Mati lah aku kena bebel dengan Dian." Elisa segera bangun lalu mencapai tuala untuk mandi dan bersiap.

"Mana la si mak cik ni. Mesti masih diulit mimpi. Bertuah punya mak cik! Dari tadi aku call tak angkat. Karang aku balik merajuk pula." Dian mengomel sendiri

"Hello... Dian kau kat mana? Aku dah nak sampai ni. Jangan kata kau dah balik."

"Ewahhh... cantik muka. Tau takut aku balik. Panjang dah janggut aku tunggu kau. Aku masih lagi ni hah kat shopping mall. Aku tunggu kau kat McD. Cepat! I give u 10 more minutes."

"Alaa jangan lah marah. Baik lah bos. See u later"

"10 minutes!" Dian segera mematikan panggilan

"Hah sampai pun kau. Menyesal datang awal. Kalau aku tau baik aku........"

"Baik aku apa?... sergah Elisa sambil mengecilkan mata.

"Lupakan je la, kau dah makan belum? Kalau belum makan la dulu. Kau order and belanja. Aku penat dah tunggu kau dari tadi dengan perut lapar bagai. Huhh" Jelas Dian

"Alaa ciannya bff I ni." Sambil tangan terangkat dan mata dijegilkan lalu segera pergi untuk memesan makanan.

*****
"Dian kau pilih la nak tengok wayang apa, aku nak pergi toilet kejap."

"Bertuah punya kawan. Tak ngam timing betul la. Pergi lah, jangan lama tau."

"Tak tahan dah ni." Segera berlalu meninggalkan Dian.

"Eiii buruk benar perangai" Dian hanya mampu menggelengkan kepala melihat sahabatnya itu.

Tanpa membuang masa Elisa mempercepatkan langkah agar sahabatnya itu tidak menunggu lama.

*****
Seusai keluar dari toilet, Elisa bergegas untuk mengejar Dian semula. Tanpa disedari dia terlanggar seseorang.

Belum sempat pun Elisa membuka mulut untuk meminta maaf, perempuan tersebut terus menyergahnya.

"Heii perempuan! Jalan tu pakai mata, mata jangan letak kat lutut. Awak tau tak awak dah buat Iphone 8 saya jatuh dan pecah!" Alicia berang lalu memarahi Elisa tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang.

"Saya minta maaf cik, saya tak sengaja......"

Belum pun sempat Elisa menghabiskan ayatnya Alicia terus menolak bahu Elisa menggunakan jari telunjuk menyebabkan Elisa terundur sedikit.

"Kau pikir dengan maaf kau tu dapat ganti Iphone 8 aku ni? Kau tau tak aku orang pertama di Malaysia yang memiliki Iphone 8 ni"

Alicia menunjukkan muka menyampah kerana hadiah dari buah hatinya hancur berkecai. Apatah lagi dia belum pun sempat memakainya. Bukan jodoh agaknya...

"Maafkan saya cik, saya tak sengaja." Elisa hanya mampu mengucapkan kata maaf sambil berdoa agar ada yang datang membantunya.

"Sayang, awak pergi mana? Kenapa saya call tak angkat? Kenapa Iphone ni pecah?" Eden yang entah muncul dari mana terus menegur kekasih hatinya Alicia.

"Datang pun awak. Tengok lah perempuan ni, dia yang langgar I sampai Iphone ni jatuh. I belum sempat pun merasa dah jatuh berkecai." Alicia buat-buat suara manja dan sengaja berpura menangis meminta simpati.

Eden tanpa menyedari kehadiran gadis yang berdepan dengan mereka terus memarahinya sekali lagi.

"Ohh jadi kau lah orangnya. Sudah lah pecahkan barang orang. Nak nangis buat apa? Kau ingat dengan air mata kau tu dapat ganti ke? Tengok pakaian pun dah tau miskin!"

Elisa hanya mampu menangis tanpa sedikit pun perkataan yang keluar dari mulutnya.

Tiba-tiba Dian datang lalu menyapa Elisa.

"El, kau ni pergi mana? Lama dah aku tunggu. Kau kata pergi toilet. Kau pergi toilet kah buat toilet ni.?"

Dian terkejut apabila melihat air mata Elisa yang mengalir.

Elisa hanya mampu menangis dipelukan Dian.

"Hei babe. Kenapa nangis ni? Siapa yang buat kau macam ni." Tanpa menyedari kehadiran dua malaun kat depan mereka.

"Ehem...ehemm..." Eden berpura-pura batuk.

"Aku datang sini bukan nak tengok drama air mata korang berdua. Untuk pengetahuan awak, kawan awak telah memecahkan Iphone 8 milik kekasih saya. So sekarang saya nak dia bayar!" Eden tersenyum sinis memandang Elisa.

Elisa hanya menundukkan pandangannya. Takut untuk berhadapan dengan muka bengis Eden.

"Betulkah apa yang mamat poyo ni cakap Elisa?"

Elisa hanya menganggukkan kepala.

"What? Poyo kau kata. Dasar perempuan tak tahu malu. Cukup bersyukur kamu berdua saya tak bawak pergi balai. Dah rosakkan harta benda orang tak reti nak bayar! Dasar perempuan murah!" Tiba-tiba perkataan "murah" keluar dari mulut Eden.

*****

Thank you for support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience