PILIHAN TERAKHIR 4

Romance Series 26770

Setelah hampir sejam memandu, akhirnya Elisa tiba jua di kediaman barunya. Rumah teres yang berdekatan dengan tempat dia bekerja. Hanya mengambil masa 10 minit.

"Akhirnya sampai juga aku kat tempat ni, penatnya." Elisa merehatkan badannya seketika di dalam kereta.

Beberapa saat kemudian, Dian pun tiba lalu menghon Elisa menyebabkan Elisa berpaling.

Elisa tersenyum lalu keluar dari keretanya.

"Sampai pun kau kat sini." Tegur Dian.

"Yelaa.. kenapa tak sudi aku tinggal dengan kau?" Balas Elisa

"Bukan tak sudi cuma hairan sebab kau kalau masa cuti macam ni mana nak bangun awal. Dah berubah ke? Syukur lah." Dian menadah tangan tanda ucapan syukur.

"Perli lah tu. Malas nak layan kau. Baik kau tolong aku angkat semua barang ni masuk dalam." Elisa membuka bonet keretanya setelah puas menjeling Dian.

"Jeling lah puas-puas. Juling baru tau." Seloroh Dian sambil tertawa.

"Huhh akhirnya dapat juga aku rehat.Banyak betul barang kau ehh. Kenapa tak angkat je banglo tu sekali. Takde lah menyusahkan." Dian menghempas badannya di sofa.

"Menyusahkan ke? Yelaa. Hari tu bukan main excited  lagi suruh aku pindah. Sekarang lain pula." Elisa buat-buat sedih.

"Jangan buat-buat sedih ehh. Baik kita rehat. Malas nak pujuk. Mengada."

Dian dan Elisa masing-masing terlelap seketika di sofa ruang tamu mereka.

*****

"Alif, kenapa call  ni? Ada berita baik ke?" Eden menyambut panggilan setelah melihat skrin yang tertera nama Alif.

"Aku cuma nak bagitau maklumat sedikit tentang perempuan tu. Dia tinggal bersama seorang lagi perempuan. Duduk kat Taman Melur. Aku dah hampir dapat semua maklumat tentang perempuan tu. Hanya tempat mereka bekerja lagi aku belum dapat sebab masih cuti. Esok aku datang jumpa kau setelah semuanya selesai." Jelas Alif panjang lebar.

"Bagus! Esok pastikan semua maklumat berkenaan dia ada sebelum datang jumpa aku."

"Baiklah." Segera mematikan panggilan.

Senyuman Eden semakin melebar setelah menerima sedikit maklumat dari Alif. Dia hanya tersenyum di atas katil sambil memeluk bantal.

"Siap kau kali ni. Aku takkan lepaskan kau." Eden tersenyum sinis sambil memejam semula matanya menanti sebuah mimpi yang indah.

*****

Dian terjaga lalu melihat jam di dinding.

"Ehh dah pukul 5 Petang. Lama juga aku tidur ni."

Dian segera mengejutkan Elisa.

"El.. bangun. Dah pukul 5 petang dah ni. Apa pun kita tak kemas lagi." Dian menunjuk semua barang Elisa yang mereka punggah sebentar tadi.

Elisa bangun dengan malas.

"Kau jangan nak malas-malas. Siapa suruh bawa barang banyak betul. Padan muka!" Dian memukul punggung Elisa.

"Diaannnnnnnnn!!!!!" Bergema satu rumah dengan teriakan Elisa.

"Okay okay... I'm surrender." Dian mengangkat tangan tanda menyerah.

Setelah siap mengemas semua barang, mereka beralih ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

*****

"Eden, macam mana kerja dekat pejabat? Everything okay?" Soal papa Eden.

"Everything is okay papa. Papa jangan risau. Lebih baik papa pikir mengenai kesihatan papa. Jaga kesihatan papa tu." sambil menjamah makanan yang terhidang di atas meja makan.

"Eden, kamu bila nak bagi mama and  papa menantu? Kami dah tua sayang. Nak juga menimang cucu. Tengok kawan mama semua dah dapat menantu. Eden tu bukannya mudah lagi. Umur pun dah 31." Jelas kedengeran keluhan Puan Adilah.

"Mama, Eden bukan taknak khawin tapi mama tu yang taknak terima Alicia jadi menantu. Dia okay apa. Cantik, model lagi tu. Hah! Apa lagi yang kurang?" Terhenti suapan Eden seketika.

"Entah lah Eden. Mama tak seberapa suka lah. Kamu nak ke isteri yang suka tayang body  suka-suka? Body dia tu dah jadi tatapan satu dunia tau tak. Mama akan consider if she want tu quit her job as a model. She can help you manage the company. If no, I will find the right one for you. Sekarang pilihan di tangan kamu. Mama bagi masa dua minggu saja untuk kamu bawa menantu untuk mama. Do you understand darling?" Tegas Puan Adilah.

Eden hanya mengangguk. Malas hendak melawan kata-kata mamanya. Pasti saja dia akan kalah.

Setelah siap menikmati makan malam. Eden kembali ke bilik untuk berehat.

"Alicia nak ke kalau aku suruh berhenti dan ajak kahwin. Hari tu dah try suruh berhenti dia taknak. Dia mana lah nak tinggalkan dunia hiburan tu." Eden bermonolog sendiri.

Penat memikirkan masalah yang akan terjadi sehingga menyebabkan Eden terlelap.

*****

Thank you readers for support my story. Don't forget to votes ya. Love you all guys ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience