PILIHAN TERAKHIR 20

Romance Series 26776

(Elisa P.O.V)

"Ready Elisa?" Soal Dian kepadaku dengan penuh semangat.

Aku hanya mengangguk mengiyakan. Debaran semakin terasa.

"Let start!" Dian menarik pergelangan tanganku memasuki pusat membeli-belah yang kini terpacak tinggi dihadapanku.

Aku hanya mengekori kemana sahaja Dian pergi. Naik lenguh dah kaki ni ikut jejak Dian. Semakin aku cuba untuk menghilangkan gusar dihati semakin fikiranku melayang jauh.

Aku tersedar mendengar Dian memanggil namaku.

"El! you should try this." Dian menghulur stilletto heels berwarna silver kepadaku.

"Tak over ke?" Aku meminta kepastian.

"Nope."

Aku akur dengan pilihan Dian.

?

"Sesuai sangat dengan cik. Cantiknya." Puji salah seorang pekerja di situ.

Aku hanya membalasnya dengan senyuman. Malu sebenarnya.

"Nice. We want this." Arah Dian kepada pekerja tersebut.

"Next!" Dian memandangku dengan senyuman yang sangat bermakna.

Setelah puas mengelilingi seluruh pusat beli-belah ini, aku mula penat dan mengalah kerana tiada satu pun yang sesuai untukku.

Tiba-tiba aku terpandang dress yang sangat menarik perhatianku. Aku menarik tangan Dian masuk ke butik tersebut.

"You think what I think?" Soalku dengan kening terjongket agar Dian memahaminya.

"Yes! Akhirnya!" Dian tersenyum gembira.

Aku berlalu ke bilik persalinan. Aku mula menilik setiap inci tubuhku dihadapan cermin. "Emm cantik juga aku ni." Aku tersengih sendiri lalu menapak keluar.

"Wao...! You look so elegent Elisa. Simple but nice. I like it." Puji Dian dengan mulut terlopong.

?

Dian segera membawaku ke kaunter untuk membuat pembayaran. Setelah selesai, Dian meneliti jam di tangan. "Now we just only have 3 hours to proceed last mission."

"Bukan dah siap ke?" Soal ku bingung.

Dian menggeleng. "Lastly! Saloon ofcourse."

"Huh okay." Aku akur sekali lagi.

Sebaik tiba di saloon beauty, salah seorang pekerja lelaki dengan gayanya yang lembut menegur Dian. "Cik Dian! Lama tak jumpa, nak buat rambut ke?" 

Aku hanya memerhati gelagat mereka dengan geli hati.

"Bukan saya tapi dia. Tolong ubah sahabat saya ni jadi paling cantik malam ini. Jangan buat saya kecewa." Tegas Dian.

"Emm...natural beauty. Cik Dian tenang dan cik boleh tunggu kat sana." Jelasnya sambil mukaku di belek-belek.

"I know you wan." 

"Bukan wan tapi wani." Pekerja tersebut memperbetulkan kembali namanya.

"Erghh. Whatever!" Dian berlalu pergi dari situ.

Setelah hampir dua jam, akhirnya selesai juga.

"Tadaaaaaa... ~ So cik Dian, cik Elisa? Berpuas hati?" Wan memandang kami berdua dengan senyuman yang sangat lebar.

Aku memandang Dian, Dian memandangku. Aku membuat satu pusingan untuk Dian dihadapanku.

?

"Sangat berpuas hati! Tak sia-sia aku bawa kau kat sini. Memang tepat!" Puji Dian.

"Thank you wan. Opps! a.k.a wani." Dian tersengih menunjukkan baris giginya yang putih bersih.

"Elleh perli lah tu. Anything for you baby."

"Euwww!" Dian membuat gaya geli.

"Okay lah. We have to go now. See you next time WAN." Dian sengaja menekankan perkataan wan untuk menyakat pekerja tersebut.

"Cik Dian!!!"

Kami hanya tertawa sambil berjalan keluar dari Saloon tersebut.

*****

"Aku nervous lah." Luah Elisa kepada Dian sambil memegang erat tangan sahabatnya itu.

"Sejuknye tangan kau. Just relax and think positive. Don't forget to smile dear." Dian menenangkan perasaan Elisa berharap sahabatnya itu tidak terlalu gementar.

Tepat pukul tujuh malam, Eden tiba di perkarangan rumah sewa mereka lalu membunyikan hon.

Eden tampil dengan suit tuxedo, dengan figuranya yang boleh mencairkan wanita-wanita di luar sana. Dia kelihatan segak, handsome sudah semestinya.

?

Dia menunggu Elisa dengan penuh gaya. 

Elisa yang menapak keluar juga sempat memerhati diri Eden dari atas sampai ke bawah. "Aduhh... jantung tolong jaga perangai." Elisa memberi amaran kepada jantungnya yang berdebar-debar saat ini.

Eden yang melihat diri Elisa juga sempat menelan liur. Matanya tidak berkelip memandang Elisa. Cantik sampai tak terkata Eden dibuatnya.

"Hello..." Elisa melambai-lambai dihadapan Eden kerana sedari tadi Eden hanya tersenyum lebar melihat dirinya.

Eden yang tersedar segera berdehem. Dia memegang jantungnya yang tidak henti berdegup kencang.

"Please my beautiful princess." Eden membukakan pintu untuk Elisa.

Elisa tersenyum bahagia kerana baginya Eden sweet sangat dan baik melayan dirinya.

Tidak lama selepas itu, mereka pun tiba di villa keluarga Eden.

"Kenapa ramai orang?" Soal Elisa dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsir.

"Sikit je tu sayang, semua tu keluarga terdekat saya. Mama yang jemput. Tak sabar nak jumpa bakal menantu." Jelas Eden.

"Hah? Bakal menantu?" Jelas riak wajah Elisa yang terkejut mendengarnya.

"Kenapa? Awak tak suka?" Soal Eden dengan raut wajahnya sengaja disedihkan.

"Eh bukan macam tu, saya takut pandangan keluarga awak terhadap saya. Saya dari golongan yang biasa-biasa saja." Jelas Elisa pula dengan perasaan yang bercampur baur.

"Tak perlu risau, saya ada je kat sebelah awak. Jom, semua dah tunggu kita tu."

Mereka berjalan beriringan memasuki villa yang tersergam indah itu. Semua mata tertumpu kepada mereka.

"Puan, mereka dah sampai." Kata salah seorang pembantu rumah di situ.

Puan Adillah bergegas ke hadapan untuk melihat siapakah gerangan yang bakal menjadi menantu dan pilihan anaknya itu.

"Sampai pun anak mama ni." Puan Adilah menyambut salaman anaknya.

"Ma, kenalkan ini Elisa Rose."

Elisa menyalam tangan Puan Adilah sebaik dikenalkan oleh Eden.

"Cantik orangnya. Pandai Eden pilih." Puji Puan Adilah.

"Eh mestilah. Anak mama kan."

Elisa yang mendengarnya tersipu malu. Pipinya berubah merah seperti buah cherry.

"Jom lah, semua dah tunggu kat ruang makan tu. Elisa pun dah tentu lapar." Tangan Elisa ditarik oleh Puan Adilah agar mengekorinya.

"Huh, nasib baik mama suka. Kalau tak naya aku nak cari mangsa lepas ni." Sempat lagi Eden bermonolog dalam hati.

"Eden!" Laung Puan Adilah.

"I'm coming." Segera ke ruang dapur dan mengambil tempat bersebelahan dengan Elisa.

*****
Sebenarnya sis ada letak gambar sebagai contoh tapi tak dapat tengok kalau kat sini. je boleh. Kalau nak tengok boleh je singgah kat @cik_RB bagi yang ada . Tapi korang untung lah sebab kat sana sis update chapter 1-5 saja. Dan akan upload chapter 20 ni khas untuk korang yang nak lihat gambar kasut, baju dan rambut Elisa. Tak lupa juga suit tuxedo Eden. Much love guys :*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience