PILIHAN TERAKHIR 11

Romance Series 26770

Baru sahaja Eden melangkah ke dalam rumah. Ibunya sudah terpacak di ruang tamu menunggunya.

"Eden! Explain this! Menghempas majalah terbaru yang terpampang wajah Alicia." Puan Adilah melepaskan amarahnya kerana malu dengan apa yang dilihatnya.

Eden hanya mengeluh panjang lalu air matanya mengalir perlahan. Penat memikirkan semua itu. Dia sangat mencintai Alicia tapi semua cinta itu seakan sia-sia.

Puan Adilah yang melihat air mata anaknya mengalir membuatkan dia merasa sakit hati. Naluri seorang ibu pasti dapat merasa kesakitan yang dialami oleh anak kesayangannya.

Eden mendekati ibunya lalu Puan Adilah memeluk erat dirinya.

"Sayang. It's okay. Dah jangan nangis. Dia tak layak untuk kamu. Simpan air mata tu untuk orang yang lebih layak. Mama tahu kamu kuat. Malu tau tak lelaki nangis macam ni." Pujuk Puan Adilah sambil mengusap belakang anaknya.

Eden menyeka sisa air matanya lalu tersenyum kepada ibunya.

"Hah macam ni lah baru anak mama."

Eden melentokkan kepala di bahu ibunya. Hanya ibunya yang dapat menenangkan hatinya.

Puan Adilah hanya membiarkan Eden berbuat demikian.

"Mama, maafkan Eden sebab dah buat mama malu. Eden janji akan bawa calon menantu yang terbaik untuk mama. Mama pasti suka punya lah." Eden kembali menatap wajah ibunya memberi keyakinan.

"Betul ni? Bukan tadi dah patah hati ke?" Puan Adilah mempamerkan wajah hairan.

"Ish apalah mama ni. Eden cuba. Lagipula Eden nak try bercinta selepas kahwin. Alah macam mama dengan papa dulu. Siapa tau dapat mengubat hati ni." Eden memegang hatinya.

Puan Adilah tersenyum mendengar kata-kata anaknya. Berharap anaknya mendapat jodoh yang lebih baik lepas ni.

"Okay lah ma, Eden naik dulu. Nak rehat."

*****

"Elisa! Kau dah siap kemas barang belum? Lambat lah kau ni. Kau pergi satu minggu je kot bukannya lima tahun." Laung Dian dari arah dapur.

"Sabar lah! Kau makan je la dulu. Nanti aku makan kemudian." Balas Elisa.

"Ish apalah Dian ni. Buat malu kaum hawa je teriak-teriak. Hilang keayuan. Bergema satu Taman dengan laungan dia tu. Tak boleh ke cakap elok-elok. Tak jauh pun dapur tu." Elisa membebel sendirian. Geram dengan perangai sahabatnya itu. Tidak pernah berubah.

"Aku tak kira. Aku bagi kau masa dalam dua minit. Kalau tak aku habis kan semua. Dalam peti ais dah kosong." Dian memberi amaran kepada Elisa kerana dia tahu Elisa pasti akan segera datang apabila berkaitan makanan.

"Ah yela-yela. Aku datang sekarang." Elisa mencuka sambil berjalan ke arah dapur.

Kan dah bagitau tadi. Korang tak percaya. Hihihii.. Ehh tiba-tiba pula author masuk.

"Nah! Aku masak special untuk kau. Mee korea jenama Samyang campur udang."

"Waa. Makanan kegemaran aku lah. Makin aku sayang lah kau macam ni. Memahami sangat." Puji Elisa ikhlas untuk Dian.

Setelah selesai menikmati makan malam. Telefon Elisa berdering. Dia segera berlari mendapatkan telefonnya. Belum pun reda pedas di bibirnya akibat mee samyang. Sudah ada yang mengganggu.

"Unknown number. Emm" Berkerut seribu dahi Elisa. Dia hanya membiarkan panggilan itu.

Setelah beberapa kali berdering baru Elisa menjawab panggilan tersebut.

"Hello! Tak reti nak jawab phone ke? Baik tak payah ada phone. Buang je masuk jamban." Pekik Eden setelah panggilannya dijawab.

"Ehh! Encik Eden. Saya mana lah tau Encik nak call saya. Saya tak angkat nombor orang asing ni. Lain kali tu text je la." Balas Elisa geram.

"Oh. Kau pikir ada ke yang sudi nak call kau tu. Jangan perasan lah minah! Aku call ni nak bagitau. Esok aku jemput pukul lapan pagi. Lambat aku tinggal!" Panggilan terus dimatikan.

"Apa? Call aku semata nak bagitau itu je. Pikir hal apa yang penting sangat tu. Dah tu main off je macam tu. Apa kejadah mamat ni. Sekejap baik sekejap berubah. Ahh serabut lah aku!" Elisa semakin geram lalu menghempas telefonnya di katil.

*****

Eden tersenyum gembira setelah puas menyakat Elisa. Dia pun tak paham kenapa suka sangat mengganggu Elisa. Sekejap dia berubah jahat sekejap jadi baik.

"Padan muka kau!" Eden kembali tertawa mendengar suara geram Elisa.

"Eh kenapa aku rasa happy semacam ni. Tak boleh. Tak boleh.. aku takkan sesekali menyukainya." Cepat-cepat Eden menidakkan perasaannya sendiri.

"Permainan kita bermula esok." Eden tersenyum sinis.

Eden akhirnya terlelap. Tidak sabar menanti hari esok.

*****

"Pit...pit....pit.....!" Bunyi hon kereta Eden memekik tepat pukul lapan pagi.

"Dian! I got to go! Orang gila dah datang. Kau jaga diri kat jepun tu. Jangan lupa bawa balik kimono untuk aku." Elisa segera mencium kedua belah pipi Dian.

"Okay babe. Kau pun jaga diri kat korea tu. Hati-hati dengan mamat kerek tu. Jangan lupa bawakan aku hanbook juga k." Laung Dian apabila Elisa bergegas untuk keluar.

Elisa memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta Eden. Eden hanya membiarkan Elisa buat dengan sendirinya. Tak gentlemen langsung.

"Cepatlah! Kita dah lambat ni." Arah Eden dari dalam kereta.

"Sabarlah!" Elisa segera mempercepatkan langkahnya memasuki ke dalam perut kereta Eden. Air mukanya dari tadi cemberut saja. Geram dengan mamat poyo tu.

*****

Nanti saya sambung lagi. Banyak kerja kena buat. Hihihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience