PILIHAN TERAKHIR 17

Romance Series 26770

(Elisa P.O.V)

Hari ni hari terakhir kami di sini. Aku sempat membelikan Hanbok sebagai ole-ole untuk Dian. Entah lah apa khabar sahabatku itu. Tidak sabar untuk berjumpa dengannya.

"Elisa! Awak dah siap beli semua barang yang awak nak?" Soal Eden menghampiriku dengan tangannya dipenuhi oleh barang shopping nya sendiri. Melebihi perempuan.

"Dah! Jom balik." Balasku dengan menunjukkan semua barangku yang kupegang.

"Sebelum kita balik Malaysia saya nak bawa awak ke satu tempat." Eden tersenyum manis kepadaku. Hatiku kembali berdegup kencang setiap kali melihat senyumannya, seperti hendak gugur jantung ini.

"Emm? Nak ke mana?" Soal ku dengan menayangkan riak hairan.

"Adalah. Mana boleh bagitau. Suprise!" Eden menjongketkan keningnya berkali-kali.

"Alaa... bagitau lah." Rayuku dengan mata ku kedip-kedip kan meminta simpati.

"Ikut je lah kalau nak tau. Kalau saya bagitau bukan suprise lah namanya. Jom!" Eden berjalan mendahuluiku. Aku terpaksa akur sambil memuncungkan bibirku. Hampa!

Eden yang perasaan kelakuanku bersuara. "Bibir tu muncung kan je panjang-panjang. Jangan sampai aku cium. Kang tak pasal-pasal awak menangis tak berlagu." Eden tersenyum nakal melihatku.

Aku segera mengetap bibir lalu menjarakkan diri sedikit dari Eden. Tidak lupa juga dengan jelingan maut kuhadiahkan. Geram! Suka menyakat.

"Comel!" Puji Eden.

"Ape tu?" Soalku meminta kepastian dengan apa yang aku dengar sebentar tadi.

"Eh takde, makcik tu comel." Eden menjuihkan bibirnya ke arah seorang makcik penjual bunga.

"Eii gatal! Dengan makcik pun ada hati. Euwww geli lah!" Ujarku dengan gaya nak muntah.

"Excuse me, atleast saya bukan kunyit okay!" Balas Eden taknak kalah.

Tiba-tiba timbul akal jahat dariku. Aku tersenyum sinis lalu menghampiri makcik penjual bunga tersebut. Lagipun makcik tersebut seperti kacukan melayu. Ternyata tekaan ku tepat lalu aku membisikkannya sesuatu. Eden hanya menayang riak wajah yang hairan.

"Hai handsome. Nak beli bunga? Meh lah sini. Makcik bagi diskaun untuk awak tapi untuk awak sorang je." Makcik penjual bunga tersebut menyapa Eden dengan suara yang menggoda.

"Emm?" Eden yang masih bingung membalas dengan kepalanya di garu-garu.

"Handsome nak tak makcik sebagai diskaun? Tapi makcik sanggup bagi free." Dengan mata dikenyitkan.

Aku hanya mengetap bibir untuk menahan ketawaku yang bila-bila saja akan pecah.

"Elisa!!!" Laung Eden yang melihat aku sudah mula berlari dari situ. Tidak tahan melihat wajah geli Eden. Padan muka! Baru dia tau siapa Elisa.

*****

"Waaa cantiknya!!!" Aku terpaku memandang keindahan alam yang berada di depan mataku kini.

Eden membuka atap kereta yang disewanya. Aku menikmati udara yang segar dengan menutup mataku beberapa saat sambil mendepakan tangan. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.

Rambut ku yang terurai kemas berterbangan ditiup angin hingga menutupi mataku. Aku sangat menyukai lautan ataupun pantai kerana sangat menenangkan jiwa.

Eden hanya tersenyum melihat kelakuanku. Dia hanya fokus dengan pemanduannya.

Setelah puas menikmati keindahan tersebut. Eden kembali menutupi atap keretanya. Kemudian aku membetulkan kembali rambutku.

"Dah sampai!" Kata Eden dengan mematikan enjin.

Selama mengambil masa dalam sejam akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Pulau Jeju yang sangat terkenal. Rugi lah datang korea tak pergi sini.

"Tapi sebelum tu awak kena tutup mata." Ujar Eden sambil tangannya mengambil kain untuk menutupi mataku.

"Emm?" Aku dengan riak bingung.

"Nanti awak tau lah. Kan suprise." Eden mengenyitkan matanya lalu tersenyum hingga menampakkan lesung pipinya.

Aku hanya akur lalu membalas senyuman Eden. Tak sabar nak tahu.

"Lama lagi ke?" Aku yang penat berjalan dengan dipimpin oleh Eden bersuara.

"Tak. Sikit je lagi ni. Hanya beberapa langkah lagi." Jelas Eden memegang erat tanganku.

Sebenarnya aku kurang selesa apabila Eden memegang tanganku. Jantungku berdegup kencang mengalahkan ombak yang kedengaran.

"Ok kita dah sampai." Eden bersuara lalu membuka kain yang menutupi mataku.

Aku membuka mataku perlahan-lahan.

Aku tak mampu berkata-kata dan hanya menekup mulutku. Mataku terbeliak melihat apa yang ada di depan mataku kini.

Sekarang yang aku pijak ialah karpet merah. Dihiasi dengan bunga ros merah dan putih ditepi. Aku berjalan perlahan diikuti oleh Eden. Diatas kepalaku juga dipenuhi dengan bunga ros merah dan putih. Aku merasakan seperti seorang pengantin yang memasuki pintu gerbang.

Tanpa aku sedari air mataku mengalir tanda terharu. Tak pernah ada yang melayanku seperti ini. Aku memandang Eden sekilas.

"Hei, kenapa nangis ni? Tak suke?" Eden menarikku untuk melihatnya. Air mataku dikesat menggunakan kedua ibu jarinya.

"Suka! Suka sangat. Saya terharu." Aku membiarkan Eden mengelap air mataku. Aku berasa selesa dan bahagia.

"Jom!" Eden tersenyum lalu memegang tanganku erat untuk meneruskan perjalanan.

"Please have a sit my lady." Eden mempelawaku untuk duduk. Meja lut sinar yang penuh dengan makanan yang lazat. Tidak lupa juga dengan bunga kegemaranku iaitu ros merah dan putih.

Beberapa saat kemudian datang beberapa orang beserta alat muzik dimainkan. Alunan muzik yang sangat romantik. Kami menikmati makan malam sambil mendengar lagu.

Langit kelihatan semakin gelap. Tiba-tiba semua pokok yang berhampiran menjadi terang-benderang dihiasi dengan lampu berwarna-warni.

Eden meminjam gitar yang dimainkan oleh pemain muzik sebentar tadi. Dia memandangku dengan senyuman yang sungguh mencairkan hati. Aku berasa malu saat ini. Ingin saja aku membenamkan wajahku di dalam pasir sekarang.

Eden mula memetik gitar dengan matanya memandang tepat ke dalam anak mataku. Tak sangka dia mempunyai suara yang sedap.

"If our love was a fairy tale
I would charge in and rescue you
On a yacht, baby, we would sail
To an island where we'd say I do" 

Aku menikmati setiap bait yang diungkapkan oleh Eden sambil tersenyum kepadanya. Aku merasa seolah dunia hanya ada aku dan dia.

"And if we had babies they would look like you
It'd be so beautiful if that came true
You don't even know how very special you are

You leave me breathless
You're everything good in my life
You leave me breathless
I still can't believe that you're mine"

Eden bernyanyi sambil tersenyum lalu matanya dikenyitkan melihatku yang tersipu malu. Wajahku saat ini hanya Tuhan saja yang tahu. Malu plus terharu. Semualah bah. Ehh terkeluar pula bahasa Sabah. 

"You just walked out of one of my dreams
So beautiful, you're leaving me breathless"

Tidak lama kemudian Eden semakin menghampiriku. Aku hanya mampu tersenyum memandangnya. Aku melihat tepat ke anak matanya, dia kelihatan ikhlas menyanyikan lagu tersebut.

"And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I'm thankful for the life we've made

And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don't even know how very special you are

You leave me breathless
You're..."

Setelah selesai menyanyikan sebuah lagu, Eden mengembalikan gitar lalu ditangannya terlihat sejambak bunga ros merah lalu berjalan menghampiriku.

"Can you be my girlfriend?" Eden mengungkap sambil bunga ros itu diberikan kepadaku.

Aku tersenyum lalu menikmati wangian bunga ros tersebut.

"Girlfriend?" Ujarku mencari keikhlasan melalui anak matanya.

"Yaa...Be my someone special?" Balas Eden dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

Aku mengangguk lalu berkata "Yes!" dengan senyuman.

Eden mencapai kedua tanganku. "Thank you sayang."

Aku merasa seperti bermimpi. Sukar untuk melupakan hari yang paling indah ini. Akan sentiasa aku semat kemas memori terindah ini di dalam hati.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience