PILIHAN TERAKHIR 9

Romance Series 26776

Hari ini seperti biasa. Elisa menumpang Dian pergi kerja. Dian masih dengan riak wajah mencuka kerana Elisa tidak mengendahkan soalannya dari rumah sampai lah di tempat mereka bekerja.

"Okay lah babe. Malas hendak melayan kerenah kau. Aku masuk dulu. Bye." Elisa meninggalkan Dian dengan muka tidak bersalah.

"Em... sampai hati kau en. Bilang bff lah bagai. Takpe. Makan sorang-sorang lunch nanti!" Laung Dian kerana Elisa sudah pun mendahuluinya beberapa langkah.

Elisa hanya tertawa mendengar laungan Dian lalu menuju ke lift utama.

"Aduh. Lambat lah pula lift ni bergerak. Siapa lah yang naik lama betul ni." Elisa mengerling sekilas jam jenama Gucci di tangannya.

Elisa mengalah kerana hampir lima minit dia menunggu lift masih juga belum bergerak turun. Akhirnya dia memilih untuk menaiki tangga. Tak lah tinggi mana pun biliknya. Hanya berada di tingkat tiga.

Setelah menaiki beberapa anak tangga, Elisa hilang keseimbangan. Dia seakan pasrah dan menutup mata serapat-rapatnya. Tidak tau akan nasibnya selepas ni.

Tiba-tiba Elisa merasa ada tangan yang merangkulnya. Dia segera membuka mata lalu matanya melekat pada wajah lelaki dihadapannya ini. Sungguh kacak persis Zayn Malik. Dia meneliti setiap sudut rupa lelaki tersebut.

"Ehem...ehem.." Alif sengaja berdehem kerana sedari tadi Elisa tidak bergerak merenungnya. Dia berasa janggal dan kekok.

Elisa segera membetulkan kembali dirinya. Tiba-tiba perasaan malu timbul kerana kelakuannya sebentar tadi.

"Eh. Maaf Encik. Saya tak sengaja. Terima kasih sebab menolong saya." Elisa senyum tersipu malu.

"Takpe. Lain kali jalan tu hati-hati. By the way, I'm Alif Syazwan. Just call me Alif." Alif memperkenalkan dirinya kepada Elisa.

"Hi Alif. Saya Elisa Rose. Just call me Elisa. Nice to meet you. Thanks again. I got to go." Elisa segera meminta izin untuk pergi.

Alif hanya menghantarnya melalui pandangan mata lalu menggelengkan kepalanya.

"Comel." Dia tersenyum sendiri melihat gelagat Elisa.

*****

Elisa hairan melihat jambangan bunga ros yang terletak kemas di atas mejanya sebaik sahaja dia membuka pintu bilik pejabatnya. Dia segera mengambil dan menghidu bunga ros tersebut.

"Em wangi. Tapi siapa yang bagi?" Elisa tertanya-tanya lalu terlihat sekeping kad berwarna merah jambu yang menarik perhatiannya.

Elisa berasa teruja kerana ini merupakan kali pertama dia menerima bunga beserta ucapan. Dia terus membuka dan membacanya dengan penuh minat.

"I just got what a beautiful means when I looking at you, Elisa Rose. -Eden" Hati Elisa berbunga-bunga setelah membaca kata-kata yang tertera pada kad ucapan tersebut. Hatinya bertambah mekar mengalahkan bunga ros setelah mengetahui siapa yang menghadiahkan dia bunga ros tersebut. Dihidu sekali menikmati wangian bunga tersebut lalu meletaknya elok di atas meja.

Elisa menekan butang interkom setelah menerima panggilan.

"Cik Elisa Rose?" Soal Amy PA kepada Eden.

"Ya saya. Ni siapa ye? Soal Elisa kembali.

"Cik Elisa, saya Amy PA kepada Encik Eden. Encik Eden meminta kamu datang ke biliknya sekarang juga."

"Baiklah. Terima kasih Amy." Terus mematikan butang interkom.

Elisa segera berjalan menuju ke bilik Eden. Kebetulan Eden berada di luar bilik bersama Amy. Eden segera membukakan pintu untuk Elisa. So sweet.

"Thank you." Elisa tersenyum manis melihat Eden.

"Please jangan senyum." Eden sambil memandang senyuman Elisa.

"Kenapa? Salah ke?" Elisa yang hairan menjongketkan keningnya.

"Tak salah tapi senyuman awak buat saya tak keruan. So, you must stop it." Balas Eden dengan merapatkan mukanya ke muka Elisa.

"Mengada je lah awak ni." Segera menjarakkan dirinya dari Eden. Pipinya berubah merah dengan kelakuan Eden.

"Duduklah." Arah Eden.

Elisa segera mengambil tempat yang berhadapan dengan Eden.

"Ada apa awak panggil saya? Ada hal penting ke?" Soal Elisa ingin tahu. Yela, sebelum ni mana pernah majikan ingin bertemu dengannya. Selalu berhubung melalui email je.

"Macam ni. Esok saya nak bawa awak ke Korea." Belum pun sempat Eden menjelaskan semua Elisa sudah memotong perbicaraannya.

"What? Korea!" Elisa mempamerkan riak yang sangat teruja kerana Korea berada dalam list kota idamannya.

"Ya. Tapi sebelum tu dengar dulu apa saya nak jelaskan ni." Eden kembali serius.

Elisa hanya tersengih seperti kerang busuk. Malu dengan sikapnya sebentar tadi.

"Sebab awak sebagai Tour Coordinator kat syarikat ni, saya ingin membawa awak ke sana untuk meng-explore tempat-tempat menarik untuk dimasukkan dalam pakej baru. Sambil tu temankan saya untuk berjumpa client dekat sana." Jelas Eden panjang lebar.

"Tapi kenapa saya? Kenapa bukan Cik Dian. Dia kan Manager Tour Coordinator kat sini." Soal Elisa kerana dia memikir sahabatnya itu lebih layak.

"Sebab saya dah aturkan Dian untuk pergi ke Jepun berjumpa dengan client dekat sana. Perjumpaan itu bercanggah dengan tarikh client kat Korea. Saya terpaksa hantar dia kat sana." Jelas Eden kembali.

"Oh macam tu." Elisa mengangguk kepala tanda faham dengan penjelasan Eden.

"So, apa keputusan awak? Yes or Yes?" Eden memberi pilihan yang rasanya bukan pilihan.

"Yes or Yes? Macam takde pilihan lain je." 

"Yes exactly! You can go now." Arah Eden.

Elisa segera bangkit untuk beredar. Baru saja berjalan beberapa langkah dia berpaling.

"Tapi..."

"No tapi-tapi. Esok pagi saya akan jemput awak." Eden tersenyum hingga menampakkan lesung pipinya.

"Thanks for the flowers." Elisa segera pergi tanpa menunggu balasan dari Eden. Hatinya berdebar-debar melihat senyuman Eden. Nasib jantung ciptaan Tuhan. Kalau buatan cina dah lama jatuh.

Elisa berjalan dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Tidak mengendahkan mata-mata yang melihatnya. Tidak kisah dengan pandangan sinis mereka. Yang pastinya hari ini dia sangat gembira. Tidak sabar untuk memberitahu berita baik itu kepada Dian.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience