PILIHAN TERAKHIR 2

Romance Series 26770

Elisa hanya menangis teringat insiden yang berlaku petang tadi. Nasib baik ada Dian yang datang menyebelahinya. Kalau tak, tak tahu lah apa nasib yang akan menimpanya.

"El, awak okay ke? Sudah lah tu, yang lepas jangan dikenang lagi. Baru tau mamat tu siapa kita. Sayang handsome tapi poyo!" Dian memujuk Elisa dengan menunjukkan riak menyampah.

"Aku okay tapi tak sangka pula aku berani buat macam tu. Aku rasa bersalah lah." Elisa menunjukkan riak muka yang rasa serba salah.

"Tak perlu nak rasa serba salah sangat. Baru padan muka dua malaun tu. Nak je aku bagi penampar kat awek dia tu. Dah lah bimbo. Ehh geram lah aku."

Elisa tersenyum melihat gelagat Dian. Sahabatnya itu.

"Hah, macam ni lah baru Elisa yang aku kenal. Manis je bila senyum. Kau rehat lah ye, jangan banyak pikir." Dian mencubit manja pipi Elisa.

"Tapi sebelum tu aku nak tanya sikit boleh?" Dian menunjukkan reaksi muka yang penuh tanda tanya.

"Tanya je la. Sejak bila kau pandai minta izin aku ni? Jangan soalan yang pelik sudah."

"Aku dari tadi dok pikir ni... kenapa kau kata kau miskin ehh kat mamat tu? Dah lah poyo! Kenapa tak mengaku je yang kau akan bayar?" Dian bertukar reaksi geram kembali bila memikirkan mamat poyo tu.

"Aku malas lah babe, dah dia yang label aku miskin hanya kerana aku pakai macam ni. Mesti kena pakai vogue ke setiap kali nak keluar. Ok apa macam ni, t-shirt and skinny jeans. Bukan baju nak attend dinner or wedding macam awek dia tu. Shopping mall je kot." Elisa membelek-belek dirinya di hadapan Dian.

"Sombong betul mamat tu kan. Tapi caya la, kau dah buat dia terkejut beruk dengan tamparan kau. Hah tu baru tamparan dah mati kata. Kalau tau status kau yang sebenar mungkin mati terus kot. Haha" Dian tertawa mengingat kembali muka mamat poyo tu.

"Ishh kau ni Dian. Aku tak sedar lah. Kang mamat tu jumpa aku lain kali habis lah aku." Elisa menepuk dahinya.

"Kau jangan risau punya la. Lepas ni dia mesti takkan berani lagi. Mungkin juga takkan jumpa lagi." Balas Dian

"I hope I can meet him again one day. Aku nak ganti balik duit tu and minta maaf. Aku yang salah sebab dah langgar awek dia. Mungkin mamat tu marah sebab bersusah payah dia kumpul duit beli and dapatkan Iphone 8 tu. Who knows right?" Elisa hanya memandang Dian meminta kepastian.

"Kau ni El, sempat lagi nak pikir perasaan orang lain. Baik hati kau even dia dah sakitkan hati kau." Dian hanya mengangkat bahu tanda mengalah lalu mencubit pipi Elisa sekali lagi.

"Sakit lah Dian. Thank you selalu ada saat aku susah." Giliran Elisa pula yang mencubit manja pipi Dian.

"Takde hal lah. Apa guna sahabat. Okay lah aku gerak lu. Ada pa pe roger. Dah lewat ni." Dian segera berdiri untuk pulang.

Elisa hanya menghantar kelibat Dian dengan pandangan mata.

Insiden petang tadi kembali bermain dalam fikiran Elisa.

*****

Perkataan murahan yang keluar dari mulut Eden membuatkan Elisa yang dari tadi hanya menangis tersentak.

Elisa yang tersentak terasa panas lalu menampar Eden dengan sekuat hati.

"Itu akibat mulut kau yang biadap dan angkuh! Murahan? Kekasih kau lebih murahan! Saya tak nak nilai seseorang melalui pakaian tapi oleh kerana kau yang menilai saya miskin hanya kerana pakaian saya. Saya tau saya miskin tapi kau tiada hak untuk menghina dan menghukum saya. Siapa saya untuk menilai tapi dari pandangan mata kasar orang lain akan fikir yang dia lebih murahan dari saya! She can settle by her own right? Lelaki mulut macam perempuan lebih murah! Sekian!"

Elisa terus menarik lengan Dian untuk segera beredar dari situ.

Alicia dan Eden hanya mampu memandang sepi pemergian mereka.

"Tak guna punya perempuan!... eeee geramnya." Alicia hanya mampu membebel sendiri tapi jelas didengari oleh Eden.

Eden yang merasa malu dengan mata-mata yang melihat terus beredar meninggalkan Alicia. Alicia yang menyedari terus mengejar Eden.

"Cik....cik...Cik Elisa" Panggil pembantu rumah Elisa

"Ehh Mak Kia. Maaf lah tak sedar. Dah lama kat sini?" Elisa kembali ke alam nyata.

"Takde la. Mak Kia cuma nak bagitau. Mak Kia balik dulu. Cik Elisa jaga diri tau. Ada pa-pe call je." Pembantu rumahnya memberi pesanan sebelum beredar.

"Baiklah Mak Kia." Balas Elisa

Mak Kia merangkap pembantu rumah Elisa hanya tinggal berdekatan. Tak jauh pun. Pergi je kat halaman belakang. Rumah dibuat khas untuk Mak Kia kerana telah berkhidmat dari sebelum Elisa lahir lagi.

Elisa yang malas menaiki tangga menuju ke lift. Maklum lah biliknya berada di tingkat 3. Elisa kaya? Nanti author cerita. Hihihii

Setelah tiba di bilik, Elisa terus mencapai tuala untuk membersihkan diri. Dia hanya ingin segera membersihkan diri lalu tidur dek kerana penat memikirkan insiden yang berlaku tadi.

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience