PILIHAN TERAKHIR 5

Romance Series 26770

"Elisa cepatlah siap. Mak Enon betul lah kau ni! Aku tinggal baru tau." Laung Dian dari arah dapur.

"Apa? Mak Enon dia kata. Bertuah punya kawan. Nasib baik aku tumpang kereta dia." Segera mencapai beg dan barang-barang yang penting.

Elisa mempercepatkan langkah untuk turun ke dapur.

"Kau ni tak pandai sabar lah. Lambat sikit je bebel. Malas lah macam ni." Sambil mengunyah sandwich yang dibuat oleh Dian.

"Emm sedapnya sandwich ni. Boleh kahwin dah." Seloroh Elisa

"Elleh... saja lah tu memuji takut kena bebel. Baik kau cepat. Aku tunggu kau kat luar." 

Dian beredar meninggalkan Elisa menikmati sarapan pagi sendiri.

Belum pun sempat Elisa menghabiskan makanannya, dia terus mengekori Dian. Takut kena tinggal. Hari pertama berdua pergi kerja menaiki kereta Dian. Semua cadangan diberikan oleh Dian sebab bukan boleh percaya Elisa ni bangun awal. Nanti tak pasal-pasal lambat pula.

Tanpa mereka sedari. Alif mengekori gerak-geri mereka.

*****

Riak muka Alif berubah hairan kerana mereka menuju ke tempat yang sama iaitu syarikat agensi pelancongan Eden.

"Buat apa mereka datang sini? Takkan lah nak datang jumpa Eden. Mustahil." 

Alif mengekori sahaja kemana mereka pergi. Sampaikan dekat parking lot pun dia ikut.

Beberapa minit kemudian, Alif mengetuk kepalanya sendiri. Dia hanya menggeleng lalu terus pergi untuk menemui Eden.

"Buat penat je aku siasat. Apalah Eden ni. Tak lah pintar sangat pun." Alif membebel sendiri sambil menunggu pintu lift menuju ke bilik Eden terbuka.

Alif mengetuk pintu Eden.

"Masuk!" Arah Eden

Melihat Alif terjengul di depan pintu biliknya membuat Eden tersenyum.

"Panjang umur kau. Baru je nak call. Please have a sit."  Eden mempelawa Alif untuk duduk kerana tidak sabar untuk mengetahui maklumat tentang Elisa.

"So, anything progress?" Soal Eden

Alif menghulur sebuah sampul yang berisi maklumat tentang Elisa tanpa mengeluarkan sepatah kata. Eden menyambut  huluran tersebut lalu terus mengeluarkan isinya. Dia membelek dan memerhati setiap helaian yang diberikan.

"Elisa Rose... nice name." Eden hanya memuji dan menyebutnya dalam hati.

Eden mengerutkan dahi melihat Alif.

"Kenapa pandang aku macam tu?" Alif seakan dapat mengagak apa yang ada dalam kotak fikiran Eden.

"Aku rasa kau lupa sesuatu." Kerutan dahi Eden semakin jelas kelihatan.

"Tempat kerja Elisa?" Soal Alif dengan senyuman sinis

"Yes! Kau lupa?" Eden dengan lagaknya menyilangkan tangannya sambil menyandar di kerusi.

"Apalah kau ni Eden. Pekerja sendiri pun tak kenal ke?" 

"What?!!! Macam mana aku boleh tak tahu ni." Eden terperanjat mendengar penjelasan Alif.

"Dah memang kau tak ambil kisah. Macam mana nak tahu. Elisa tu bekerja di syarikat kau sendiri dan dia sebagai Tour Coordinator kat sini." Jelas Alif lagi.

"Kau jangan nak perli eh. Mana lah aku nak cam satu-satu pekerja kat sini. Ada banyak kot." Terang Eden untuk menafikan kenyataan Alif.

"Yelaa tu Eden. Aku macam tak kenal kau. Dalam otak kau tu hanya Alicia... Alicia dan Alicia. Okay lah, aku harap semua maklumat tu dah cukup untuk kau. Aku pergi dulu. Banyak lagi kerja nak kena buat. Jangan lupa naikkan gaji aku." Alif hanya tersengih lalu beredar.

"Elisa...Elisa...Elisa..... Alangkah kecilnya dunia ini." Eden tersenyum sendiri. Lupa tentang Alicia seketika.

*****

Bunyi ketukan pintu Elisa menyebabkan kerjanya terbantut.

"Masuk!" Arah Elisa.

Dian terus masuk mendapatkan Elisa.

"Hah kenapa ni Dian? Ada apa-apa masalah ke? Cuba tarik nafas tu dulu. Macam orang kena sawan dah aku tengok kau." Elisa mentertawakan Dian.

"Kau jangan nak ketawakan aku ehh, aku ada hal penting nak bagitau ni." Dian duduk dihadapan Elisa.

"Apa dia? Cakap lah." Elisa menunggu butir perbicaraan yang akan disampaikan oleh Dian.

"Bos nak jumpa kau." Ujar Dian

"Apa?! Takkan lah. Kenapa pula tiba-tiba ni? Aku ada buat silap ke?" Memandang Dian meminta kepastian.

Dian hanya mengangkat bahu dengan pertanyaan Elisa.

"Aku mana lah tahu. Kau kena lah jumpa baru tahu kan. Jangan risau lah. Manatau handsome boleh recommend dekat aku." Dian tersengih seperti kerang busuk.

"Eii gatalnya." Elisa mengecilkan matanya memandang Dian. Geram dengan kelakuan sahabatnya itu.

"Cepatlah pergi. Bos nak jumpa kau sekarang tu. Jangan lupa story kat aku apa yang terjadi. Good luck babe." Dian memberi kata semangat kepada Elisa.

Elisa berdebar-debar sambil berjalan memasuki lift ke tingkat 10.

*****

Sorry for late update guys. Tonight I try to update again. Please do rate and comment my story. Thank for support. Love you all guys ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience