PILIHAN TERAKHIR 6

Romance Series 26770

Debaran semakin terasa apabila lift berhenti di tingkat 10. Hanya beberapa langkah lagi menuju ke bilik Eden.

"Aduh. Nak ketuk kah tidak ni. Ketuk...tidak...ketuk...tidak..." Elisa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Akhirnya dia mengetuk juga setelah beberapa saat bertarung dengan gelisah di hati.

"Silakan masuk!" Arah Eden tanpa menghadap siapa pun gerangannya kerana dia tahu siapa yang akan datang.

Eden juga telah memaklumkan kepada Amy agar tiada siapa yang akan mengganggunya ketika ini.

Elisa segera masuk dan dia berjalan dengan keadaan tertunduk kerana debaran yang terasa semakin kuat.

"Please have a sit!" Arah Eden dengan keadaan yang masih membelakang.

Elisa duduk lalu memberanikan diri untuk mengangkat muka. Ingin mengetahui siapa gerangan di sebalik kerusi hitam itu. Tua kah muda, kacak kah tidak. Gatal! Sempat lagi.

Alangkah terkejutnya dia apabila Eden memusingkan kerusinya menghadap Elisa.

"Selamat berjumpa kembali." Eden menghadiahkan senyuman sinis kepada Elisa.

"Aduhh! Matilah. Mamat hari tu. Betul ke bilik yang aku masuk ni. Jangan-jangan aku salah ni!"

Elisa memerhati keadaan bilik Eden lalu terlihat tanda nama CEO di atas meja Eden. Sudah pasti dia memasuki bilik yang tepat.

"Eden Edward... So, are you....?" Belum pun sempat Elisa menghabiskan kata-katanya.

"Yes! I am. Terkejut? Kat sini rupanya kau kerja. Senanglah kerja aku lepas ni." Eden tersenyum jahat.

Elisa menguis-nguis kukunya. Takut untuk berhadapan dengan makluk yang ada di hadapannya sekarang. Tak sangka bahawa dia akan bertemu dengan mamat poyo ni. Apatah lagi dia bos kat sini. Gelap lah masa depan.

"Jangan-jangan dia nak pecat aku ni." Elisa membuat andaian sendiri.

Eden berdiri lalu beralih ke arah sofa yang berada dalam biliknya.

Elisa mengekori Eden dengan pandangan mata.

Sebaik sahaja Eden menunjuk ke arah sofa yang berhadapan dengannya, Elisa segera bangun berjalan dengan keadaan lutut yang terketar-ketar.

"Apa dia nak ni? Takkan nak minta ganti sekarang. Aku mana ada bawak duit sebanyak tu. Kalau aku keluarkan duit sebanyak tu dalam masa sehari mesti nenda akan syak yang bukan-bukan." Tanpa dia sedari dia mengetuk kepalanya sendiri.

"Kenapa? Dah sawan? Atau nak aku tolong ketuk?." Eden menegur apabila melihat kelakuan pelik Elisa.

"Ehh tak.....sa..yaa.. na..k" tergagap-gagap Elisa untuk menjawab.

"Saya nak apa?! Cakap lah elok-elok! Hari tu bukan main lancar lagi kau kan!" Sergah Eden.

Elisa tersentak dengan sergahan Eden.

"Saya nak minta maaf." Elisa kembali tertunduk.

"Maaf? Hahaha. Kau pikir aku senang-senang je nak maafkan kau? Kau tau tak kau dah malukan aku depan orang ramai." Eden tersenyum sinis mendengar kata maaf dari Elisa.

"Tapi Encik Eden, saya tau saya silap sebab menampar Encik, saya tak sengaja."

Air mata Elisa mula bergenang di tubir mata. Tinggal tunggu masa lagi untuk mengalir. Dia memang sensitif apabila ada yang meninggi suara kepadanya. Hatinya senang tersentuh.

"Tak sengaja kau kata? So, kau nak salahkan tangan kau lah? Pandai kau kan perempuan. Aku takkan lepaskan kau! Kau ingat tu." Eden memberi amaran dan riak mukanya berubah menjadi bengis.

Tanpa disedari air mata Elisa mengalir.

"Kenapa nangis?! Aku rasa aku tak sentuh pun kau lagi. Takut? Kau pikir aku akan tertipu dengan sandiwara kau? Kau silap!" Bentak Eden lagi.

"Tak... saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Saya janji saya akan bayar. Encik potong gaji saya pun takpe. Saya mengaku silap saya." Elisa meminta maaf sambil menangis teresak-esak.

Nafasnya seperti turun naik turun naik. Entah kenapa dia cepat terasa hati. Mungkin sebab memori lama yang menyebabkan dia trauma.

Tiba-tiba Eden berasa sedih melihat tangisan Elisa. Kerana ego dia ketepikan rasa itu.

"Kenapa aku rasa sedih ni. Tak boleh macam ni. Aku tak boleh kalah. Semua ni hanya lakonan." Cepat-cepat Eden menidakkan perasaan yang mengganggunya.

"Kau jangan harap boleh lepas! Keluar sekarang!" Arah Eden.

Elisa masih berkeras kerana sulit untuk dia menggerakkan kakinya seperti ada yang menahan.

"Get out now!"

Bentak Eden membuatkan Elisa tersentak lalu segera berlari keluar dari bilik Eden.

Eden menghempaskan badannya di sofa. Puas melihat Elisa menangis.

"Ini baru sikit. Kau tunggu apa aku akan buat. Aku akan pastikan kau menyesal pernah tampar aku." Eden tersenyum sinis sambil otaknya bergeliga memikir idea seterusnya untuk mengenakan Elisa. Ini hanya amaran pertama darinya.

Telefon Eden berdering menyebabkan dia kembali ke jalan yang benar. Dia melihat tertera nama "My Future" di skrin lalu menekan butang answer.

"Hello sayang. Jom lunch." Ajak Alicia dengan suara manja.

Eden terbuai seketika mendengar suara manja Alicia.

"Jom. Jumpa kat tempat biasa. 10 minit saya sampai. See you later darling." Balas Eden dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Okay baby. Jangan lambat. I wait for you." Terus menamatkan perbualan.

*****

Do support and comment. Sorry if hambar. Author akan cuba sedaya upaya untuk membuat cerita ini menarik. Maklum lah. First try. Hihihii

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience