PILIHAN TERAKHIR 18

Romance Series 26770

(ELISA P.O.V)

Akhirnya tiba jua di KLIA. Kenangan berada di korea akan aku simpan kemas. Tapi macam tak percaya aku sekarang dah ada boyfriend. Macam mana aku boleh terima dia ehh? Aku bingung sendiri memikirkan tentang hal yang satu itu. Rasa macam mimpi.

"Hei! Kenapa termenung ni?" Soal Eden mengejutkan aku.

"Eh takde la, penat." Aku hanya tersengih lebar.

"Kalau macam tu jom lah balik. Saya hantar." Balas Eden kembali.

"Takpe lah. Saya balik sendiri. Lagipun awak kan penat." Cadangku kepadanya, sebenarnya malu.

"Betul ni?" Soal Eden lagi meminta kepastian.

"Ya betul, dah pergilah balik." Aku menolaknya perlahan.

"Okay if you say so. Take care love." Eden tersenyum manis melihatku.

Hampir gugur jantungku melihat panahan mata Eden. Ingin saja aku sembunyikan diri dalam bagasi namun apakan daya. Dah aku yang terima. Hadap je lah. Aku membalas senyumannya lalu melambaikan tangan setelah dia beredar tidak jauh dari situ.

Setelah melihat kelibat Eden yang telah pun menghilang, aku mencari kelibat Pak Hashim. Hampir dua minggu aku tak balik rumah. Rindu dengan Mak Kia pembantu rumahku. Memandangkan Dian esok baru balik so baik aku stay dengan Mak Kia. Home sick.

"Cik Elisa!" Laung Pak Hashim.

Aku bingkas menoleh apabila mendengar namaku. Aku mengangkat tangan lalu segera pergi. Setelah bagasiku siap dimasukkan ke dalam bonet. Pak Hashim pun meluncur pergi dari situ. 

Akhirnya sampai jua aku di perkarangan rumah agam ni. Rindunya.

Alangkah terkejutnya aku melihat sosok tubuh yang uzur yang sangat aku rindui. Siapa lagi, tak lain tak bukan iaitu nenda ku sendiri.

"Nenda! Kenapa datang Malaysia tak bagitau?" Soalku terus berlari mendakap nenda ke dalam pelukanku.

"Saja nak buat suprise untuk cucu kesayangan nenda ni. Macam mana dengan korea? Is everything okay?" Soal nenda setelah meleraikan pelukan.

Aku membawa nenda untuk duduk di sofa ruang tamu. "Semuanya okay nenda. Best sangat-sangat! Rasa macam taknak balik." Aku menceritakan dengan teruja sekali.

"Ada jumpa jodoh tak?" Soalan nenda membuat lidahku kelu.

"Ehh nenda ni. Sampai ke situ pula." Aku tersipu malu menjawab soalan nenda.

"Senyum-senyum sendiri ni mesti adalah tu. Cucu nenda ni dah besar panjang dah. Cantik pula tu. Siapa la yang tak sangkut kan? Hah! Kalau dah ada tu jangan lama-lama tau. Kenalkan lah pada nenda." Nenda tersenyum manis kepadaku namun kelihatan jelas kedutan di wajahnya.

"Awal lagi lah nenda. Nanti dah sampai masanya Elisa bawa dia jumpa nenda okay." Jelasku sambil meminta diri untuk naik ke atas. "El naik dulu ye, nak bersihkan diri. Nanti kita sambung." Aku segera berlalu naik ke atas dengan menaiki lif.

*****
(Eden P.O.V)

Setelah puas berehat, aku segera turun ke dapur untuk menikmati makan malam.

"Hah! Turun pun kamu Eden." Tegur Puan Adilah kepadaku.

Aku hanya berjalan menghampiri mereka dengan senyuman yang entah ikhlas atau tidak.

"Macam mana dengan urusan kat korea?" Soal papa pula.

"Semuanya okay papa." Aku hanya menjawab sepatah.

Baru sahaja aku hendak menyuakan makanan ke dalam mulutku mama bersuara.

"Macam mana? Ada jumpa jodoh tak kat sana? Jangan lupa. Lagi dua hari masa untuk kamu bawa calon menantu untuk berjumpa dengan mama. Kalau tak....." belum pun habis mama menamatkan soalannya aku menyampuk.

"Ofcourse! Dan dia sangat comel. Mama pasti suka." Kali ni aku memberikan senyuman ikhlas seikhlas ikhlasnya.

Mama dan papa saling berpandangan dan turut tersenyum. "Hah bagus lah kalau macam tu. Tak sabar nak jumpa menantu mama tu."

Aku menikmati suapanku sampai suapan yang terakhir namun fikiranku melayang entah ke mana. Fikiran ku berserabut. Macam mana nak ajak Elisa jumpa dengan keluargaku. Nak ke dia? Ahh serabutnya!

*****
(Elisa P.O.V)

Setelah selesai menikmati makan malam. Aku menemani nenda diruang tamu. Aku melabuhkan punggungku di sebelah nenda lalu memeluknya manja. Nenda membelaiku dengan penuh kasih sayang.

"El, kalau nenda nak cakap sikit boleh?" Nenda berhenti membelaiku.

Aku segera mengangkat kepala berhadapan dengan nenda. "Macam serius je?" Soalku dengan keningku terjongket.

"El, bila nak kahwin?" Soal nenda dengan menunjukkan riak wajah yang serius.

"Kenapa nenda dah tak sayang El ke? Nanti kalau El dah kahwin tak dapat lah bermanja dengan nenda lagi." Aku menuturkan kata-kata dengan perasaan yang sebak.

"Bukan macam tu sayang. Nenda ni dah tua. Sebelum nenda pergi nenda nak juga lihat cucu nenda ni bahagia. Sekurang-kurangnya nenda tak perlu lagi risau sebab dah ada yang boleh jaga El. Kalau sempat nenda nak juga timang cicit. Siapa kata nenda tak sayang El? El lah satu-satunya cucu kesayangan nenda tau." Jelas nenda sambil kepalaku dibelai.

Aku hanya melentokkan kepala di bahu nenda. Terbuai dengan belaian nenda.

"El faham. Maafkan El nenda. Suatu hari nanti kalau jodoh El dah sampai El pasti akan kahwin. El takut jadi macam papa dan mama. El tak sanggup." Air mataku akhirnya pecah jua.

"El, tak semua lelaki kat dunia ni sama. El kena cuba bukakan pintu hati El tu. Belajar memaafkan orang lain. El tak boleh terus-terusan macam ni sayang. Macam mana nenda nak pergi dengan tenang." Nenda menggenggam erat tanganku.

"El takut nenda." Aku memandang wajah uzur nenda meminta agar situasinya difahami.

"Tak perlu takut. Tuhan kan ada. Dia dah takdirkan semua untuk kita. Pasti akan ada bahagia disebalik kedukaan yang kita alami. Dah jangan nangis macam ni." Nenda mengesat air mataku menggunakan kedua-dua ibu jarinya.

Aku memberikan senyuman sekilas kepada nenda.

"Hah macam ni lah baru comel. Kalau nangis comel macam beruk." Seloroh nenda sambil mentertawakan ku.

"Eh nenda ni sempat lagi menyakat ye." Aku memukul lengan nenda dengan manja lalu kepala kulentokkan kembali di bahu nenda.

"Nenda jangan risau ye. El cuba. Sayang nenda"

"Nenda pun sayang El."

Setelah selesai berbual dengan nenda, kami pun masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience