PILIHAN TERAKHIR 19

Romance Series 26770

(Eden P.O.V)

Ahh Serabutnya! Dari semalam aku tak dapat tidur. Macam mana nak ajak Elisa jumpa mama ni. Hmmm ~

Aku menggapai telefon bimbit yang berbunyi menandakan text masuk. Tertera nama Elisa, senyumanku terukir.

"Morning awak :)" whatsapp from Elisa.

Aku segera membalasnya. "Morning too, syg wat pe tu?" 

"Tgh sarapan ni. Awk dah sarapan?" Balas Elisa.

"Belum, kejap lagi. Syg, sy nak ckp sikit boleh?" Aku mula nervous. Kenapa tiba-tiba nervous pula ni. Aduhh.

"Em? Boleh je.?" Balas Elisa.

"Mcm ni, esok sy nak bwk awk jumpa parents sy. Awk ok tak?" Laju jari-jemariku menekan butang send. 

"Haa?! Seriously!!! Awk tak rasa terlalu awal ke?" Balas Elisa lagi yang seakan terkejut beruk.

Over pula perempuan ni! Aku membalasnya lagi dengan perasaan menyampah. "Ya, serius lah ni. Sy harap awk bersedia. Esk pukul 7 mlm sy jemput awk." 

"Ok awak :)" 

Ok je? Hmm lantak kau lah. Yang penting ok. Aku bingkas bangun untuk membersihkan diri.

*****
(Elisa P.O.V)

"Hello, Dian! Angkat pun. Penat aku call banyak kali tak pandai nak angkat! Baik kau buang je phone kau tu masuk dalam jamban kat situ. Tak juga lah phone kau sedih sebab kena buang kat Jepun. Eee geramnya!" Tanpa disedari mulutku terkumat-kamit laju dengan leteran.

"Dah siap membebel ke makcik? Aku baru je sampai KLIA ni. Hah ada hal apa yang penting sangat tu?" Soal Dian dengan malas kerana penatnya yang masih belum hilang.

"Bukan sepatutnya esok ke kau balik?" Soalku dengan hairan.

"Nanti je lah aku citer. Kau kat mana ni?"

"Hah! Tu lagi masalah. Aku kat rumah aku ni. Kau kena datang sini sekarang. Esok kita balik rumah sewa bersama."

"Kau dah giler ke apa? Aku penat ni beb."

"Alaa.. please... kau kena tolong aku ni. Ni berkaitan hidup dan mati aku." Aku merayu sehabis mungkin agar Dian cair. 

"Emm ok lah kalau macam tu. Pastikan air coklat terhidang untukku dan aku nak kau yang buat, bukan Makcik Kia." Arah Dian.

"Takde hal punya lah. Okay aku tunggu." Lalu mematikan phone.

Aku segera berlari anak ke dapur untuk menyediakan air coklat.

"Eh Cik Elisa, kenapa susah-susah ni?" Tegur Makcik Kia dari arah belakang.

"Takpe Makcik, kacang je ni. Air coklat je pun. Ok lah saya naik dulu. Nanti kalau Dian datang suruh je masuk dalam bilik saya." Aku tersengih lalu terus berlalu naik ke bilik dengan lif.

Makcik Kia hanya menggeleng melihat gelagatku.

*****

(Author P.O.V)

Hi korang! Rindu author tak? Eh HAHA ~ Ok ok Mari kita teruskan kesudahannya.

Makcik Kia sudah sedia menyambut kehadiran Dian di hadapan pintu. "Cik Dian, lama tak jumpa, masuklah."

Dian menyalam tangan makcik Kia dengan sopan. "Eh Makcik Kia, tak perlu lah nak panggil cik-cik. Panggil je Dian. Makcik sihat?" Soal Dian dengan kepalanya terjengul-jengul kedalam mencari kelibat Elisa.

"Sihat je ni Dian. Tadi Elisa pesan suruh kamu masuk je dalam bilik dia terus. Dia tunggu kat sana. Beg ni nanti makcik minta Pak Hashim tolong angkat ke bilik tetamu." Jelas makcik Kia. 

Dian hanya mengangguk lalu meminta izin untuk berlalu.

Belum pun sempat Dian mengetuk pintu, Elisa terdahulu membuka pintu untuknya.

"Panjang umur sahabat aku sorang ni. Baru cadang nak jemput kat bawah." Elisa tersengih lalu membiarkan Dian masuk ke dalam.

"Banyak lah kau punya jemput. Apa yang penting sangat tu?" Dian menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah.

Elisa menghempaskan badan di katil empuknya diikuti oleh Dian. "Sebelum aku mula, aku mohon jangan jerit."

"Emm..." Dijawab sepatah oleh Dian.

"Aku dan Eden a.k.a our boss is officially couple." 

"What?!!!!!" Jerit Dian dengan mata terbuntang.

Elisa yang tersentak terus segera menekup mulut Dian. "Please...nanti nenda dengar."

"Ape? Kau dah giler ke? Macam mana nenda boleh ada kat sini?" Dian separuh berbisik.

"Aku mana lah tahu. Kemarin aku sampai je tup tup nenda dah ada depan mata. Dan lagi satu yang paling penting. Tapi janji jangan jerit?!" Elisa memberi amaran.

"Okay-okay." Dian mengangkat kedua-dua tangannya.

"Esok Eden nak bawa aku jumpa parents dia."

"What?!!!" Sekali lagi jeritan Dian bergema.

"Elisa? Kenapa tu sayang?" Nenda mengetuk pintu bilik Elisa bertalu-talu.

"Kan aku dah kata jangan jerit. Degil lah kau ni." Elisa bergerak membuka pintu dengan matanya dibulatkan.

Dian hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Eh nenda, tak tidur lagi? Sorry bising malam-malam. Dian tu hah excited giler cerita pengalaman dia kat jepun. Kan Dian?" Elisa memberi signal kepada Dian sambil bibirnya diketap-ketap.

"Betul tu nenda, sorry." Dian membuat jari peace sambil tersengih.

"Dian rupanya. Bila sampai sini?" Soal Nenda.

"Baru je, saja taknak kacau nenda." 

"Emm.. ok lah kalau macam tu, nenda masuk rehat dulu." 

Nenda terus berlalu pergi selepas mendengar jawapan serentak dari Elisa dan Dian.

"Ok sambung!" Kata Dian sebaik Elisa menutup pintu.

"Entah lah Dian." Terdengar keluhan berat dari Elisa.

"Sebelum tu, macam mana kau dan bos boleh kapel?" Soal Dian dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsir.

"Panjang ceritanya."

"So pendekkan."

Elisa mula menceritakan apa yang terjadi dari A to Z.

"Wah... tak sangka romantik juga bos kita tu ya. Beruntungnya. Dah lah handsome, kaya pula tu. Full package! Yang pastinya menjadi idaman wanita-wanita di luar sana." Puji Dian yang tak putus-putus.

"Aku takut lah dear, nanti apa pandangan mereka terhadap aku. I mean kau tengok lah diri aku ni. Dah lah kulit pucat lesi macam mayat, berfesyen lagi lah jauh sangat. Aku buntuh."

"Elisa, kau cantik lah. Tak perlu lah risau semua tu, boleh belajar pelan-pelan. Biar aku jadi pereka fesyen kau esok. Dah jom lah rehat. Penat lah." Jelas Dian untuk menenangkan fikiran Elisa yang bercelaru.

"Thanks dear. Jom! Aku pun dah ngantuk ni." Sambil menguap.

Selesai menghantar Dian ke bilik tetamu, Elisa segera menghempas kembali tubuhnya dengan harapan mimpi yang indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience