PILIHAN TERAKHIR 10

Romance Series 26776

"Dian!!!" Elisa meluru masuk ke dalam bilik pejabat Dian tanpa mengetuk pintu kerana terlampau gembira.

"Ya Allah Elisa. Kau dah kenapa?" Dian yang terkejut dengan kelakuan Elisa mengurut perlahan dadanya.

Elisa yang selamba terus duduk tanpa dipelawa sambil mengipas mukanya dengan tangan.

"Kau kenapa? Dah lah masuk tanpa izin. Nasib baik bff. Kalau tak dah aku maki hamun kau tadi. Tau tak!." Geram Dian dengan sikap Elisa.

"Aku nak beritahu berita gembira ni. Kau nak dengar tak?" Elisa berasa teruja untuk memberitahu berita baik itu kepada Dian.

"Hah apa dia berita baik tu? Sampai kau jadi macam orang tak betul ni." Balas Dian yang ingin tahu.

"Esok aku akan ke Korea!!!" Bergema bilik Dian dengan suara Elisa. Terlampau teruja.

"Just wow?" Kata Dian dengan selamba.

"No, double wow!" Elisa yang tadi begitu teruja memberi jelingan maut kepada Dian.

Ambik kau jelingan maut dari Elisa.

"Aku tahu lah. Bos dah bagitau kemarin." Dian kembali melihat fail yang berada di atas mejanya.

"Yeke? Kenapa tak begitau aku. Merajuk lah macam ni." Elisa mencuka depan Dian.

"Elleh... dah orang tu sibuk dating. Mana ingat orang yang kat rumah yang duk menunggu." Dian memulangkan paku keras kepada Elisa.

"Lagipun biarlah kau tahu dari bos sendiri. Dah dia yang ajak. Tak macam aku ni. Kena pergi jepun sorang-sorang. Tak best lah macam ni." Sambung Dian dengan keluhan yang memanjang.

"La yeke? Kesiannye. Baik kau request sorang teman kau. Bos mesti ok punya lah. Kau kan pekerja kesayangan." Cadang Elisa.

"Dah. Aku cadang nak bawak kau sekali tapi bos kata dia nak kau teman dia. And you know what?"

"Tak. Kenapa?" Balas Elisa dengan sengihan.

"Memang lah kau tak tahu. Aku belum pun bagitau." Dian tertawa diikuti oleh Elisa.

"Issh! Sempat lagi. Tahu apa?" Elisa menyoal kembali.

"Bos kata Alif yang akan temankan aku. Aku mana lah kenal orang yang bernama Alif. Handsome ke tak. Jangan-jangan orang tua lagi. Emm gelap lah masa depan macam ni." Sayu kedengaran suara Dian.

"Alif Syazwan? Just really? Kau nak tukar tak dengan aku. Aku sanggup. He is hot and for sure very handsome. Untung lah. Cerah masa depan tau!." Elisa kembali teruja mendengar nama Alif. Crush kot.

"Handsome? Kau kenal kat mana? Banyak kau tak bagitau eh. Dah pandai berahsia dah sekarang." Dian menongkat dagu memandang Elisa.

"Ehh manada. Kebetulan je tadi berjumpa dengan dia. Terserempak dekat lift. Semua pekerja kat sini kan ada tag nama. Dah dia handsome. Aku perati je nama dia." Elisa tersengih seperti kerang busuk. Malu untuk menceritakan perkara sebenar kepada Dian.

"Waa kantoi usha anak teruna orang. Kalau macam tu harap peramah la ye. Jangan harap je kacak tapi sombong." Ujar Dian.

"Mesti best punya lah. Tak macam aku. Terpaksa ikut mamat poyo tu. Tiba-tiba je jadi baik. Apapun syukur lah dia dah maafkan aku."

"Kau kena juga hati-hati babe. Mana tau ada udang disebalik batu. Who knows right?" Dian mengingatkan Elisa.

Elisa hanya mengangkat bahu.

"Okay lah dear. Aku sambung buat kerja dulu. Kirim salam kat Alif. He is mine." Gurau Elisa.

"Eii tak malu. Gatal!" Bidas Dian.

Elisa hanya tertawa lalu kembali ke biliknya.

*****

Eden bersandar di kerusi miliknya memikirkan hari esok.

"Elisa, Elisa. Kenapa lurus sangat? Senang je kau lupa semua apa kau dah buat kan." Eden tersenyum sinis.

"Kau ingat aku dah lupa? Kau jangan harap aku akan baik bila kau dah terima aku. Aku akan buat jiwa dan raga kau tersiksa."

Eden bercakap sendirian mengenangkan peristiwa yang telah berlaku antara dia dan Elisa.

Mengenangkan peristiwa itu membuatkan Eden rindu dengan Alicia. Mana perginya Alicia tanpa khabar.

Eden mengambil telefon lalu nombor Alicia didail. Panggilannya tak berbalas.

"Sayang. Where are you? I miss you." Ujar Eden dalam hati.

Untuk menghilangkan rasa rindu dia kat Alicia. Eden membuka aplikasi instagram untuk melihat perkembangan terbaru kekasihnya itu kerana Alicia sentiasa aktif dan update aktiviti hariannya.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat majalah gambar mesra Alicia dengan seorang lagi artis. Alicia hanya menggunakan pakaian dalam begitu juga lelaki itu. Setahu dia Alicia hanya model busana, ataupun baju-baju keluaran terbaru pereka fesyen.

Alangkah sedihnya Eden dengan perkembangan terbaru Alicia. Menyesal membuka aplikasi itu. Pasti Alicia mendapat tawaran baru. Yang lagi meremukkan hati Eden ialah Alicia sekarang berada di london tanpa memberitahunya.

Egonya tercabar dengan kelakuan Alicia. Perasaan benci mulai hadir sehingga menyebabkan air mata jantannya jatuh tanpa dipinta.

Eden segera pulang setelah memaklumkan kepada Amy untuk membatalkan semua appointment pada hari ini. Lebih baik dia pulang untuk menenangkan hati dan fikirannya.

Dia berjalan keluar tanpa menyedari kehadiran Elisa.

"Ehh, dia limpas je?" Elisa yang hairan melihat kelakuan Eden hanya membiarkan tanpa menegur.

Elisa pelik dengan perangai Eden yang sekejap baik sekejap macam orang tak kenal akan dirinya. Malas hendak berfikir, Elisa meneruskan perjalanannya.

*****

Sorry guys. Saja buat suspen. Tunggu the next chapter ya.. hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience