PILIHAN TERAKHIR 8

Romance Series 26770

Elisa merentap kasar tangannya lalu terlepas dari genggaman Eden.

"Kau ni dah kenapa? Dasar lelaki gila!" Bentak Elisa. Dia harus melawan makhluk dihadapannya ini. Tidak harus dibiarkan melarat.

"Ya.. memang aku gila. Gilakan kau!" Eden tersenyum menggoda.

Elisa terpegun melihat senyuman manis dari Eden yang menunjukkan lesung pipi di sebelah kiri pipinya.

"Dia senyum? Just really? Why so handsome." Mata Elisa seperti berkaca-kaca melihat ciptaan indah yang berdiri segak di hadapannya kini.

Namun Elisa kembali tersedar apabila terasa sakit di lengan akibat genggaman kuat dari Eden sebentar tadi.

"Aku harus buat dia jatuh cinta dengan aku kerana hanya dia mangsa yang boleh aku perbodohkan. Aku akan buat dia yakin untuk berkahwin dengan aku. Aku dah takde pilihan lain." Eden memandang lama mata Elisa sambil bermonolog dalam hati.

Eden terpaksa membuat plan B dengan menjadikan Elisa sebagai mangsa.

"Sakit ke?" Soal Eden apabila melihat Elisa mengusap-usap lengannya.

Elisa hanya mengangguk tanda mengiyakan soalan Eden.

"Kenapa tiba-tiba jadi baik dia ni. Rasa bersalah ke." Elisa berasa pelik lalu hanya membiarkan pertanyaan itu terbuku dalam hati.

"Jom teman aku dinner. Sebagai tanda maaf. Boleh?" Eden mengangkat kening di bahagian kiri.

"Eh... sorry tak boleh. Dian sedang tunggu aku. Aku tumpang dia." Tolak pelawaan Eden dengan berhati-hati agar tidak mengguris perasaan.

"Dian?" Soal Eden ingin tahu.

"Oh Dian. She is my bestfriend and my housemate." Terang Elisa.

"Em Takpe. Aku hantar. Please?" Eden merayu meminta simpati agar Elisa menerima pelawaannya.

"Baiklah. Sebagai tanda maaf saya kat awak hari tu. Bukan atas alasan lain. Just sebagai majikan dan pekerja." Elisa akhirnya bersetuju.

"Alright." Balas Eden.

Selepas itu, Elisa meminta izin untuk memaklumkan kepada Dian bahawa dia akan balik lewat untuk mengelakkan Dian risau tentang dirinya.

Setelah selesai, mereka beriringan jalan menuju ke kereta Eden untuk menikmati makan malam.

*****

Setelah selesai menikmati makan malam, Eden menhantar Elisa untuk pulang.

Dalam perjalanan untuk menghantar Elisa, keadaan dalam kereta menjadi sunyi. Eden yang merasa janggal dengan kesunyian tersebut menegur Elisa bagi memecahkan kesunyian.

"Awak?" Panggil Eden apabila melihat Elisa hanya diam dari tadi.

"Em?" Elisa berpaling melihat Eden.

Eden terpegun melihat mata bundar Elisa. Baru dia perasan akan kecantikan dan keayuan Elisa. Anak matanya yang berwarna kelabu gelap. Rambutnya yang berwarna coklat gelap asli. Kulit yang kuning langsat dan senyuman yang manis. Boleh mencairkan mata yang melihat.

"Hati-hati!." Teriak Elisa dengan terpancar riak terkejut.

Eden kembali ke alam yang nyata setelah menyedari bahawa dia sedang memandu. Dia kembali fokus melihat ke hadapan.

"Sorry, tak sengaja." Eden tersengih menayang baris giginya yang putih tersusun.

"Apalah Encik ni. Memandu pun boleh menghayal ke. Nasib baik lah tak terjadi apa-apa." Elisa mengeluh perlahan namun jelas didengari oleh Eden.

Eden menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih kembali seperti kerang busuk.

"Awak, mulai hari ni panggil je saya Eden. Tak perlu lah formal sangat. Sekarang bukan waktu pejabat." 

"Baiklah Encik. Eh E..den!" Elisa tersasul lalu membetulkan kembali.

"Macam tu baru lah." Eden menghadiahkan Elisa senyuman yang paling manis.

Elisa terbuai seketika melihat senyuman Eden.

"Eii gelinya. Takpe, demi mama aku sanggup berlakon. Sikit je lagi. Perasan!" Eden bermonolog dalam hati. Tidak suka akan Elisa yang perasan akan layanan yang diberikan.

"Syukur lah mamat ni dah tak marah." Elisa tersenyum gembira menerima layanan baik dari Eden.

Akhirnya mereka tiba juga diperkarangan rumah Elisa.

"Thanks for today Elisa." Ucap Eden sambil memandang tepat ke dalam anak mata Elisa agar Elisa yakin dengan sandiwaranya.

"Thank for the dinner." Balas Elisa. Jantungnya berdegup kencang melihat panahan mata Eden.

"Ehem..." Dian berdehem apabila melihat sahabatnya itu saling berpandangan bersama mamat poyo itu.

Mereka kembali tersedar melihat kelibat Dian. Elisa tersenyum malu. Eden segera beredar setelah mengucapkan selamat malam kepada mereka.

Dian memandang Elisa dengan seribu soalan di otak. "You owe me a story." Dian menunjuk riak tidak puas hati.

Elisa hanya berlari masuk ke dalam bilik untuk melepasi Dian. Belum sedia untuk bercerita. Terlalu penat dengan kejutan yang diterima hari ini.

"Elisa! Jangan harap nak lari. Hari-hari aku akan tanya." Laungan Dian dari arah ruang tamu.

Elisa hanya menutup telinga tanda tidak ingin mendengar kata-kata Dian. Dia tahu pasti sahabatnya itu akan menceramahnya dua hari satu malam dan disambung keesokan paginya.

*****

Eden yang sudah beberapa minit tiba menghempas badannya di tilam yang empuk. Dia harus merendahkan ego untuk meyakinkan Elisa.

"Jangan harap kau akan bahagia selepas kahwin dengan aku. Aku akan layan kau macam sampah. Dasar perempuan miskin! Geli lah." Eden bercakap sendiri di atas tilamnya yang empuk itu.

Dalam pada masa yang sama, Eden terimbas kembali perbincangannya bersama Alicia tengah hari tadi. Dia tidak menyangka Alicia akan berbuat sedemikian. Dia boleh beri semua apa yang Alicia perlukan. Bahkan lebih dari pendapatannya sebagai seorang model. Eden masih terasa hati dengan kenyataan Alicia yang tidak inginkan anak saat ini. 

Rindu dirinya kepada Alicia namun hatinya hancur remuk kerana sudah beberapa kali dia mengajak Alicia untuk bernikah tapi masih sahaja mendapat jawaban yang sama. Bahkan sampai saat ini Alicia tiada menghubunginya. Malas hendak memikir masalah yang satu itu, Eden segera mencapai tuala untuk menyegarkan badan.

***** 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience